SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 27 September 2021

Hospital, Adik Doktor, dan Beg Sandang

Hospital, Adik Doktor, dan Beg Sandang

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Sekitar 10:30 pagi. Hospital Nukleus Labuan.

Saya terlupa bawa buku catatan dan buku novel untuk dibaca. Jadi, saya blogging guna telefon pintar. Internet kat hospital ni macam Chipsmore. Chatting pun tersekat-sekat.

Kali kedua lepak berjam-jam kat hospital Nukleus. Sebelum ni, temujanji di Hospital Membedai tak sampai berjam-jam sangat pun. Saya teman mommy saya ada temujanji dengan doktor pakar. Nombor giliran kali ni kepala 4. Masa pertama kali ke Pakar Perubatan ni beberapa bulan lalu, nombor giliran kepala 3. Kalau yang kepala 3 menunggu kat sini ambil masa 6 jam, jika kepala 4 agak-agaknya dapat luangkan masa berapa jam kat sini secara percuma? Dengan keadaan mengantuk dan lemau lagi... GahaHaha... Sebenarnya saya lapar ni. Saya tak sempat nak sarapan. Nampak gayanya 'Brunch' saja lah petang nanti. Salah sendiri. Jangan lupa minum petang sekali. 3 in 1.

Tanda-tanda seorang pesakit akan 'dating' dengan doktor makan masa 40 minit ke atas, memang dah jelas kelihatan berdasarkan pemerhatian saya yang rabun ni. Rabun tahap tak boleh melihat tanpa kaca mata... Nombor bergerak sangat perlahan. Betul-betul menguji kesabaran.

'Dating' dengan doktor pakar kat area ni memang macam ni pada pendapat saya. Sebab temujanji yang lain, pertukaran angka ke angka bergerak normal sahaja. Doktor perlu memeriksa dengan teliti. Menyoal siasat dengan soalan bertubi-tubi. Pesakit bukan sakit biasa. Sesuai dengan statusnya, 'Doktor pakar'.


Doktor yang bakal saya temui ini adalah seorang doktor muda. Kecil molek. Comel belaka. Wanita. Seorang yang suka menyanyi dan suaranya sangat merdu, halus, dan comel...

Ya! sweet orangnya.

Baru tahun ni beliau menyaksikan sendiri keindahan Pulau Labuan dengan matanya sendiri. Menggunakan kanta kaca matanya yang besar. Sesuai dengan wajahnya.

Tidak pasti berapa lama beliau bakal bertugas di sini.

Bulan Ramadan lepas, ketika bersua dengannya pertama kali, mata berpandangan mata. Hati terdetik, mudanya awak sudah menjadi seorang doktor pakar. Kecil-kecil cili padi sungguh. Kecil bukan sebarang kecil, doktor ya. 

Tidak perlu dia membuka pelitup muka, saya tahu dia seorang yang ada rupa. Ya betul... Ntah macam mana tiba-tiba tali pelitup mukanya terputus. Dia tersenyum dan senyumannya manis sekali.

Perbualan dengannya sekadar topik yang berkaitan dengan mommy saya. Tapi, cukup membuat saya ingat wajahnya. Kalau dia adik saya, saya pasti bangga ada dia dalam hidup saya.

Siapa tidak gembira ada ahli keluarga berjaya? Saya akan raikan dia. Saya akan jadi penyokong paling hebat buat dia.

"Adik, mari sini...", Katanya. Memanggil saya dengan kata ganti diri, "Adik" membuatkan saya tersenyum disebalik pelitup muka.

Saya rasa kelakar tapi saya biarkan saja. Dia memanggil saya "adik" lebih dari sekali. Berkali-kali dan saya biarkan lagi. Dan lagi... 

Masa tu, saya bertudung sarung, baju sweater hijau emerald, membawa sanitizer Superman di leher yang saya beli di kedai arwah Uncle Smiley. Beliau meninggalkan dunia ini setelah tidak berjaya dalam perjuangannya menentang virus Covid 19 yang telah menguasai tubuh badannya. Al-Fatihah buat Uncle Smiley kesayangan saya. Buat masa ni saya sudah tidak mahu lepak depan kedai beliau. Teringat.

Saya juga memakai beg sandang. Berkasut sukan. Saya tahu, imej ini menambahkan lagi diri ini kelihatan seperti budak-budak. Terutamanya, beg sandang. Saya jarang memakai handbag wanita ayu dan saya sangat membenci kasut tinggi. Saya rasa seperti berjalan serupa itik ketika memakai kasut tinggi. Hhahaha...

Saya ada handbags dan ada high heels. Saya perempuan, bukan pengkid seperti yang mereka pernah gelar dulu. Cuma, saya lebih suka membiarkannya bersawang, berhabuk dan digigit serangga perosak.

Baik! Itu bohong. Handbags dan high heels tersebut dalam kotak. Hhahahaha... Saya jarang pakai. Saya pakai setahun sekali sahaja. Mungkin juga dua tahun sekali. Ntah lah. Penat lah duduk pulau pun nak pakai high heels ke sana kemari. Lepas tu work from home, keluar pun nak ke mana pakai kasut tinggi? OOTD masuk Instagram? Hhahahaha!

Saya suka doktor kecil molek yang panggil saya adik tu. Hhhahaha... Mungkin saya boleh gelar dia sebagai "Adik Doktor". Dalam Whatsapp pun dia masih panggil saya "adik".

Saya tahu, dia dah sedar bahawa saya lebih berusia dari dia. Jarak lebih kurang 2 tahun kalau saya tidak tersilap buat kira-kira. Social media told her without I'm telling her.

Duduk-duduk di kerusi hospital macam ni membuat kepala ligat berfikir tanpa henti. Macam-macam yang bermain dalam fikiran. Memerhatikan orang lalu lalang dengan pelbagai ragam dan situasi. Ada yang pakai kerusi roda, ada yang pakai tongkat, ada yang...you know...mereka yang sudah mulai sakit. Giliran kita akan tiba kelak. Mungkin tak lama lagi aktiviti merentas Labuan dan Sabah dah boleh berfungsi seperti biasa. Mungkin.

Mungkin?...mungkin adalah perkataan paling saya kerap gunakan untuk perkara-perkara yang berat hati nak fikir dalam-dalam. Ada satu panggilan telefon yang sedang dinantikan dari Hospital Kota Kinabalu, Sabah.

Nama mommy dimasukkan ke dalam waiting list akibat serangan virus yang hebat di seluruh Malaysia baru-baru ini. Temujanji dibatalkan sementara waktu. Di tukar ke tarikh yang belum diberitahu.

Ketika hampir-hampir mommy, ayah, pakcik, dan Mr.Bee ke Kota Kinabalu beberapa bulan lepas, untuk temankan mommy menemui doktor pakar di sana, saya ingat lagi... Saya menemui Adik Doktor untuk mengambil borang swap test dan berikan dia confirmation date keluar Labuan.

Teringat juga, seorang abang polis yang garang halau saya balik ketika perjalanan ke bandar Labuan selesai dari Hospital mengambil borang swap test. Tak ada urusan penting katanya. Hm... Dia tak tanya pun saya nak renew permit kereta pakcik saya untuk apa. Tak apa lah.

Mungkin, tak lama lagi tarikh temujanji baru akan diberikan dari pihak Kota Kinabalu, Sabah. Bersabarlah... Jambatan Labuan - Menombok sekadar sembang kencang politikus. Buatlah jambatan berapa banyak kat sebelah sana puas-puas sampai termuntah. Sakit hati pun tiada berguna. Warga Labuan, terpaksa naik feri / speedboat untuk ke Menombok. Dari Menombok, menaiki bas atau kereta untuk ke Kota Kinabalu demi temujanji dengan doktor pakar yang tiada di Labuan.

Penat saya fikir. Nasib baik Mr.Bee ada. Dia akan teman my parents. Bergilir-gilir memandu dengan my uncle. Itu rancangannya masa tu sebelum temujanji ini dibatalkan.

Saya tak boleh memandu. Saya masih tiada lesen di usia 30an. Apa faktor sekarang tak ambil lesen lagi? Yes. Financial. Belajar juga tapi tak official belajar kat litar. Lepas kereta pun diuji dengan hentaman pokok besar Ogos lalu, jauh lagi lah perjalanan saya untuk memandu kereta sendiri. Saya suka Mini Coopers btw... hhhaha...saja bagitahu.

Faktor dulu-dulu tak ambil lesen? Ketika saya berumur 17 tahun, ramai rakan sebaya yang sudah lega dengan pencapaian ambil lesen. Siap ajak saya jalan-jalan naik kereta ketika hari raya Aidilfitri. Saya dibesarkan dalam keluarga overprotective. Faham-fahamlah sendiri. Kalau Labuan ibarat Sangkar bagi saya, rumah ibarat gua dalam cerita kartun Croods. Pernah tengok? Pergi lah tengok. Kelakar. Tapi, saya menangis tengok cerita ni. Saya tak tipu.

Naik kapal terbang, takut kapal terbang terhempas. Naik speedboat takut speedboat pecah dilambung ombak dan karam. Berkawan dengan tenaga pengajar dari Kelantan takut diculik. Dapat makanan dari seorang guru, takut makanan diletak racun. Sertai perniagaan nanti kaya jadi jahat pula. Pergi Kuala Lumpur nanti mati. Kalau tak mati, mungkin balik bawa anak tanpa bapa. Kalau tak bawa anak? Jadi kaya kat KL sebab jual diri. Tak pun, tak balik-balik Labuan sebab KL lebih seronok.

Lucu? Awak bolehlah gelak. Ini memang sangat lucu sekarang bila diceritakan semula. Saya yang mengalaminya dulu, tidak pernah ketawa. Zaman remaja pula tu... Hormon tunggang-langgang kot. Yang saya tahu, menangis, marah, mengamuk, berkurung, membenci, dan mempersoalkan dunia dan takdir.

Kalau saya ketawa terbahak-bahak pun, air mata mengalir sekaligus sambil ketawa nak mati. Tiada sesiapa pun perasaan air mata tu maksudnya apa.

Hopeless. Rasa hidup ini tak ada purpose.

Ape pong tak oleh. Acaneee?

Nasib baik saya Islam. Saya tahu kalau bunuh diri Allah kutuk. Kalau tak? Dah lama saya terjun bangunan sekolah. Disaksikan sekian alam, rakan sebaya, dan guru-guru dan saya pun mencipta sejarah.


Astaghfirullahaladzim... 

Astaghfirullahaladzim...

Astaghfirullahaladzim...

Astaghfirullahaladzim...

Astaghfirullahaladzim...

Astaghfirullahaladzim...


Bersabarlah... Bersabarlah... Tak ada kebaikan di dunia ini yang Allah sia-siakan pahalanya. Jadi baik memang susah. Ada masa diri tenggelam hampir lemas dalam lumpur kegelapan kerana amarah dan kebencian terhadap diri sendiri. Tapi, Alhamdulillah, Allah masih sudi pinjamkan tangan untuk menarik saya kembali ke permukaan jalan yang benar.

Dunia ni kejam. Walau sekuat mana pun kita, dunia sentiasa cari jalan menjatuhkan. Itu lah namanya cabaran dunia. Ujian Allah bahasa lainnya.

Kenapa Allah wujudkan dunia kejam ini dan mencipta manusia yang serba serbi kekurangan? Tidak adil dan berpusing seperti roda? Sekejap di atas, sekejap di bawah. Pernah awak mempersoalkan ini? Saya pernah. Sebab saya manusia yang penuh rasa ingin tahu. Masih mahu tahu untuk mempelajarinya. Tapi apalah sangat yang saya mampu kecapi? Ilmu Allah dalam dunia ini, yang baru diterokai manusia mungkin baru di akar. Yang mengetahui segalanya hanya ALLAH.

Dunia ini ciptaan Allah, disebalik penciptaannya, menyimpan rahsia yang tidak mungkin bisa akal manusia jangkaui.

Biarlah. Itu bukan urusan kita. Kerja kita hanyalah ikhlaskan. Tak mudah? Tiada yang mudah. Kita bukan dalam syurga nak mudah belaka.

Manusia dicipta untuk mencintai Allah. Tanpa kekejaman dunia, bagaimana melihat sejauh mana keikhlasan cinta kita pada Allah? Sejauh mana kita tahu tahap kita untuk bertahan demi reda Allah?

Ini terlalu kompleks dan complicated untuk saya tulis. Saya sendiri terumbang-ambing dalam proses mencari pengertian hidup dan memperbaiki diri sendiri.

Just...

Follow Allah. Closer to Allah. Trust HIM. Believe Allah. In Shaa Allah...

Everything will be fine. Masya Allah. Subhanallah. Maha Suci Allah.


Sekitar 4:00 petang. JJ Nazar Labuan.

Selesai urusan di hospital bersama Adik Doktor sekitar jam 2 petang tadi, saya dan Mr.Bee ke bandar Labuan lagi. Bandar Labuan ini kecil tapi penuh dengan kenangan indah dengan suami tercinta. Susah senang diharungi bersama. Mungkin bukan saiz ruang yang perlu saya kira. Tapi kenangan yang banyak hingga tidak mampu dikira lagi yang perlu saya lihat.

Macam biasa, ke bandar Labuan, pick up parcel. Beg sandang baru. Beg sandang lagi... Macam budak-budak lagi. Hhahaha... Tak kisah lah. I can't help myself. Ini hadiah hari lahir dari Mr.Bee. Saya rasa, selagi bulan September tak berakhir, selagi tu hari lahir saya. Hhahahaha! Terima kasih Encik Lebah. Beg ini comel. Boleh bawa pergi perpustakaan.

Update check-up mommy kali ni positif. Alhamdulillah. Sekarang cuma nak tunggu Hospital KK sahaja lagi. Kalau dah ada appointment baru dari KK nanti, bah... KK lah kita ini!

Sekadar coretan di masa lapang.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel