I don't have a car. I don't have a license. I don't have a life. I don't have myself...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,
Kisah 28 September, 2021.
Fikiran saya sedikit bercelaru hari ini. Bangun pagi dimulakan dengan pergaduhan antara Oney dan Betty yang tidak pernah nak bersahabat baik. Padahal, kedua-duanya dapat makan ikan terbaik di dunia ini. Dibeli khas menggunakan perkhidmatan Grab setiap minggu. Tak perlu nak pancing sendiri pun. Cuba lihat Chokey... sentiasa cool. Balik rumah makan, lepas tu sambung jadi ketua kampung blok 2. Oney dan Betty sejenis yang tak boleh terlepas waktu breakfast. Memang suka kejutkan saya seawal 4-5 pagi untuk dapatkan breakfast. Ada masa, saya akan berikan breakfast mereka tu sebelum mereka minta. Sebab saya belum tidur sepanjang malam. Ada masa, mereka terlepas waktu breakfast dan Oney akan jadi mangsa kemarahan Betty yang kecewa sebab lapar. Hhahahaha!
Ha? Oney, Betty, dan Chokey tu siapa? Nanti awak ada masa, awak singgahlah ke teratak Instagram saya yang penuh dengan warna pelangi, username sofinah696. Kemudian, periksa story highlight tajuk Oney, Betty, dan Chokey.
Metafizik Tahyul dan Merosakkan Aqidah
Username Instagram ada nombor 696 tu sempena nombor kira-kira metafizik tarikh lahir saya. Saya beritahu sebab saya baru sahaja dapat DM dari seseorang. Dia bertanya bagaimana nak kira personaliti berdasarkan tarikh lahir dia. Saya tak pernah mempercayai apa-apa pun perkara-perkara pelik disebalik nombor. Sekadar dijadikan nombor kesukaan. Kebetulan saya lahir bulan September. Ada nombor 9. Itu sahaja. Saya tahu, ilmu metafizik bukan dongeng, bukan mitos kerana metafizik ini memang wujud.
Cuma, jika disalah tafsir, disalah guna, ini boleh menjadikan kurafat atau syirik kerana percaya rezeki datangnya kerana metafizik. Bukan dari Allah. 'Mengamal ilmu metafizik hingga ke dalam', akan membawa manusia terjerumus dalam kesyirikan. Menyekutukan Allah. Bermain-main dengan alam lain dan jin. Atau...ayatnya lebih sesuai begini, 'mengamalkan ilmu metafizik hingga ke dalam' bukan tak boleh, boleh. Tapi, jangan tersesat. Tu je.
Saya tidak pernah mengatakan di dalam blog ini bahawa rezeki, kesembuhan, dan apa-apapun datangnya melalui kiraan metafizik.
"Metafizik sebenarnya boleh juga membawa kemudaratan bagi orang awam jika disalahfahami ilmu abjad/huruf/nombor ini sebagai musabbib al-asbab sekiranya terjadi kesembuhan." - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Sebenarnya saya tak serius sangat dengan metafizik ni. It's just for fun because...YES IT'S FUN, man... c'mon. Saya baru saja lepas baca comment mengatakan saya bakal rosak Aqidah sebab membaca dan menulis topik metafizik di dalam blog ini. Apa yang saya tulis sekadar informasi asas dan pengetahuan.
Kalau baca mana-mana artikel, saya nasihatkan jangan baca separuh-separuh. Cuba baca dari awal sampai habis. Blogpost metafizik saya ada disclaimer. Tapi tak apa lah. Mana-mana saja lah awak...Saya malas nak fikir panjang-panjang. In Shaa Allah, saya bakal menulis tentang metafizik ni semula kelak. Perlukan masa khas untuk topik ni. Saya memang suka topik ni tapi sekadar untuk content bukan pengamal. Saya juga berharap, selepas ini tak ada sesiapa DM saya jadikan saya sebagai peramal cuaca. Maksud saya, peramal nasib anda.
Dalam dunia ni, tak ada jalan singkat. Kalau nak sesuatu, bertindak dan berusaha. Berdoa dengan Allah. Selebihnya, tawakal. Berserahlah kepada Allah. Ingat, semua rezeki datangnya dari Allah. Setiap apa yang kita lakukan, Allah lihat pada usahanya, bukan hasilnya. Kalau nampak seperti tak berhasil selepas bertungkus-lumus, percayalah...tak ada usaha baik yang Allah sia-siakan.
Cuma saya tak tahu lagi bila nak mula topik ni semula. Mungkin tahun ni? Mungkin tahun depan? Mungkin tak akan pernah bermula sebab saya dah tak ada dalam dunia cyber ni ke? Aih? Cenggitulah pula.
"I don't care... I don't have a car. I don't have a license. I don't have a life. I don't have myself..."
Hari ni dari awal pagi hingga ke malam saya berkurung dalam bilik sahaja. Duduk depan komputer. Menikmati minuman yang bertukar-tukar perisa. Kopi sudah pasti tidak boleh ketinggalan. Saya masih tak dapat hidup tanpa kopi. Tidak dilupakan satu jug besar air masak. Diminum berselang seli dengan air minuman yang lain.
Hari ni, saya makan kek lagi. Sudah tidak terhitung kalori kek saya sumbat sejak awal September bermula dari tarikh hari ulang tahun kelahiran mommy. 09 September 2021. Risau juga kalau saya jadi 'Penguin' suatu hari nanti disebabkan stress eating begini. Masalahnya, saya tak dapat nak tolak. Perut tak lapar pun tapi dessert tu asyik menyeru nama saya sehingga saya distracted dari apa yang sedang saya lakukan.
Arrgghh...terlalu tempting. Bagaimana awak begitu hebat baking cake? Saya teringin nak belajar. Tapi...tapi tak apa lah. Saya pasti baking cake setiap hari dan jadi double penguin kalau saya hebat baking cake. Haa... ya ini statement menipu tak tahu yang kali ke berapa. Tak baking pun, saya order. Hhuhuhu...
Seharian saya online, saya terjumpa satu video seorang perempuan Belgium. Video humour. Cerita kosong tentang parking kat Belgium. Tapi, saya suka accent dia. Saya rasa accent pun boleh buat seseorang begitu menarik. Tapi, ending video dia sebenarnya yang membuat saya suka video tu. Relate melampau.
"I don't care... I don't have a car. I don't have a license. I don't have a life. I don't have myself...", katanya.
Saya ketawa. Rasa kelakar. Saya ulang-ulang-ulang-ulang dan ulang video tu tak pasti berapa kali ulang. Di samping accent dia yang sexy, bagi saya ayat tu begitu deep. Lama-lama saya rasa... video tu tidak sihat untuk saya tonton berulang kali.
Percuma. Video tu dengan senang hati membawa saya mengimbas kembali tahun 2012.
Di suatu malam yang gelap gelita. Seakan tahu betapa sendunya mood saya malam tu. Tiada bintang untuk dihitung. Angin malam terasa sejuk menyapa pipi dan rambut depan bergerak sedikit ditarik jari jemari angin.
Saya dan seorang kawan, bekas junior di sekolah menengah suatu masa dahulu. Kami baru balik dari sebuah kelas multi level marketing. Ya! Saya masih aktif dalam dunia MLM ketika itu. Masih berjiwa besar. Masih berimpian dan bercita-cita tinggi. Masih berani bermimpi dan masih kukuh berpegang pada harapan.
Selesai keluar dari kelas, saya berkata kepada dia, "Weyh... ajar aku drive.."
Dia baru balik dari Kuala Lumpur setelah menamatkan pengajiannya. Bapanya dengan bahagia memberikan dia sebuah kereta Putih sebagai hadiah 'Congratulations'.
Saya berkawan dengan dia sejak saya di tingkatan 4. Semasa dia di Kuala Lumpur bertungkus-lumus menelaah buku dan memerah otak, saya pula di Labuan terjerumus dengan alam semesta MLM yang digambarkan paling hebat di seluruh galaxy. Hhahahaha.
Inilah zaman sahabat handai, rakan sebaya, dan guru-guru mulai menjauhkan diri dari saya. MLM sememangnya sangat terkenal dengan kisah-kisah penipuan bagi mereka yang tidak terlalu menggali kebenaran dan suka melihat dari permukaan dan luaran tanpa usul periksa.
Ya! andaian itu memang benar dan wujud TETAPI tidak semua begitu. Saya akui, syarikat yang saya sertai ini wujud manusia kaki muslihat. Manipulasi yang mereka anggap sebagai strategi perniagaan. Misleading produk dan penggunaan perkataan pelaburan tidak kena pada tempat. Tapi, sekali lagi saya katakan, tidak semua.
Saat saya mengajak dia untuk mengajar saya memandu, jam sudah menunjukkan jarumnya pada nombor 1. Suasana 1 pagi yang sangat dingin. Semasa saya menyertai MLM, saya berumur 22 tahun dan saat itu saya agak memberontak. Tidak mampu bersabar dengan situasi di mana semua rakan sebaya sudah mulai keluar Labuan seorang demi seorang untuk melanjutkan pelajaran demi masa depan yang lebih cerah. Guru-guru, sahabat handai, dan sanak saudara kerap bertanya, "Sambung mana? Bidang apa?".
Dan...setiap kali soalan itu diajukan, tidak mungkin akan menerima jawapan yang tepat daripada saya.
Malah, ada rakan yang dikenali sudah mula tamat pengajian. Senior yang dulunya ijazah, kini upgrade kepada master. Benarlah orang kata, setiap individu pasti akan mempunyai timeline mereka sendiri. Mereka akan mempunyai jalan raya mereka sendiri. Malah bukan setakat jalan raya tapi lebuh raya sendiri. Silap-silap, ada laluan udara sendiri. Bergantung dengan kekayaan duniawi yang mereka perolehi sebagai rezeki daripada Allah yang Maha Pengasuh dan Penyayang.
Timeline saya? Masih level jalan kampung. Work in prgress dan lambat sikit nak develop. Saya tidak peduli malam yang bagaimana pun. Kalau boleh saya tak nak balik rumah. Malangnya, nak ke mana? telefon sering berdering membuatkan saya rimas. Setiap kali terlefon berdering itu tandanya amaran wajib balik.
Sewaktu saya memegang stereng kereta Nissan Sentra berwarna putih, saya menekan minyak sekuat yang boleh. Tengah malam, jalan raya begitu lengang di hadapan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. Memandang bangunan yang terhias indah di bawah langit yang gelap tanpa bintang itu membuatkan rasa ini bertambah pedih. Kedengaran ombak laut di malam hari membuatkan suasana bertambah sendu. UMS KAL, terletak di hadapan pantai. Memang indah untuk ditatap. Memang tenang untuk didengar.
"Weyh! Slow sikit lah weh...", katanya. Saya cuma bergelak girang. Macam tak ada ketakutan dalam diri. Telefon sudah dua tiga kali berdering dan saya mulai tidak selesa dan seriau. Jujur, saya takut dengan panggilan tersebut. Saya menekan brek menghentikan kereta tanpa memastikan tiada kereta lain di belakang.
"Bodoh... kau nak mati ke?" katanya. Saya cuma sengih. Dia pun menghantar saya pulang.
Tak sangka. Malam tiada bintang menjadi saksi pertelingkahan di rumah. Saya disambut dengan tapak tangan yang hinggap ke pipi akibat tidak menjawab panggilan telefon dan memandu kereta milik orang lain.
"Kalau jadi apa-apa dengan kereta orang, kau nak ganti ke?" katanya.
Dengan tiba-tiba ada yang berkata, "Kenapa tak minta saya ajarkan memandu saja?"
Masih sempat saya mengherdik walaupun gigi terasa sakit dengan tamparan maut tangan kasar tadi, "Bila?! Esok? Lusa? Sampai mampus? Dalam rumah ni semua penipu..."
Penantian saya tidak pernah berpenghujung sejak saya berumur 17 tahun. Tak ada sesiapa pun sebenarnya sudi. Dan sebenarnya tak ada sesiapapun yang nak saya berkembang pada pendapat saya ketika itu. Sebab, trauma dan anxiety yang menguasai dirinya di paras tertinggi selepas kehilangan arwah abang. Tempiasnya? Saya. Apa salah saya lahir ke dunia dan dia pergi meninggalkan dunia?
Ada masa saya tertanya-tanya juga. Kenapa saya dan dia buat switching macam ni? Saya datang dia pergi. Malangnya, program switching ni hanya boleh digunakan sekali seumur hidup. Kalau saya pergi, dia tak akan datang-datang dah untuk menggantikan saya pula.
Ketika usia saya sebulan, dan dia 17. Apa agaknya perbualan saya dengan arwah abang?
"Abang, awak pergilah ke syurga...biar saya ganti kat sini...", begini agaknya bunyinya. Mungkin juga saya sudah menanda tangani satu surat perjanjian di alam lain yang saya sendiri tidak ingat. Mungkin saya telah berjanji dan kini saya telah memungkiri janji. Akibatnya? Saya dihukum begini.
Saya manusia. Saya juga inginkan kehidupan dan kejayaan serta pencapaian dalam hidup. Saya bukan pet. Yang boleh dikurung bila-bila masa seperti Oney, Betty, dan Chokey. Sedangkan kucing pun menjerit-jerit meminta dikeluarkan dari kurungan. Inikan saya. Saya menjerit. YA! SAYA MENJERIT sekuat hati tanpa suara.
Keluarga saya baik belaka. Tiada apa yang tidak cukup dari segi keperluan makan, duit, dan tempat tinggal. Kecuali bab ini. Jika bab sokongan seperti ini, memang tiada harapan. Jujur, sayalah manusia yang paling dahaga dengan sokongan. Kisah lain memang manis belaka. Cantik dan terukir sangat indah. Tapi, kemanisan dan keindahan ini merupakan kesakitan dan kesunyian buat saya.
Selesai saya mengherdik, hampir-hampir tamparan kedua hinggap ke pipi. Saya mengelak dan masuk ke bilik. Pintu dihentak dari luar bagai nak rak, memakasa saya untuk membukanya semula kerana takut.
"Sejak kau berkawan dengan diorang, kau jadi macam ni ya. Angan-angan mat jenin! Belajar memandu lah...nak beli skuter lah! Kau panggil diorang datang sini. Mari aku ajar mak bapa kaya kau tu!! Aku tahulah, aku tak kaya, rumah tak cantik, kau tak suka rumah ni! Kau tak tahu ke jiran cakap diorang tu &*%^$%^*"
Ah... sudah. Jiran tu lagi.
Sia-sia, upline terpaksa datang. Kejadian ni, membuatkan saya mulai give up dengan MLM ni. Kawan lari, keluarga tak restu, jiran memfitnah, dan tak ada sokongan. Jiran tu pula kawan baik ahli keluarga saya sendiri. Pengkhianat! Depan saya bukan main. Rupanya...talam dua muka, lidah bercabang.
Kehidupan MLM ada manisnya. Tapi, pendapatan? Belum tentu berlambak setimpal dengan cabarannya. Bila ditambah, ditolak, bahagi dan didarabkan, hasilnya belum tentu memberi keuntungan. Tapi, biasalah cabaran berniaga. Tak ada perniagaan yang hari ini mula, esok dah dapat sejuta! Malagnya, hanya saya yang mengerti semua ini di sini.
Keesokkan harinya, saya pergi bekerja seperti biasa dengan keadaan mata bengkak. Saya menangis sepanjang malam. Memohon Allah bantu. Jiwa dah rabak. Fikiran pun dah tak betul. HHahahhaa... Di tempat kerja, saya mengira stok sambil mengingat kejadian semalam.
Bila upline datang, boleh pula mereka borak macam tak ada apa yang berlaku. Boleh pula bergelak ketawa bergurau senda. Menghidang air sirap merah dan biskut belaka ala-ala lepak kedai kopi 24 jam. Apakah semua ini? Acah-acah 7 eleven at home?
Terasa diri ini diperbodohkan.
Sesuai dengan kata-kata wanita Belgium.
I don't have a car. I don't have a licenced. I don't have a life. I don't have myself. Begitulah rasanya masa tu.
Tapi, tak apa lah. Tempat kerja berhadapan dengan McDonalds. Lepak McDonalds sambil mengenang nasib pun Alhamdulillah survive juga sampai hari ni walaupun rasa macam tak ada life bak kata wanita Belgium.
Sekadar coretan di masa lapang.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan