Niche Lifestyle Pilihan Blogger | Beberapa Perkara Blogger Baru Perlu Ketahui Tentang Blog Lifestyle
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,
Response tentang topik niche yang saya bincangkan di media sosial Instagram Khamis lepas, rata-rata memilih niche lifestyle untuk dijadikan topik utama dalam blog mereka. Lifestyle merupakan niche yang sangat popular dalam kalangan blogger-blogger Malaysia dari blogger baru hinggalah ke blogger yang sudah berbelasan tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Jangan tidak tahu, ada di antara mereka sudah mencecah pendapatan sehingga ribu riban sebulan. Tapi hari ni saya tak bincangkan topik blogger yang menjadikan platform ini sebagai sumber pendapatan tetapi nak membincangkan mengenai niche lifestyle.
APA ITU LIFESTYLE?
Untuk blogger baru atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan blog peribadi sendiri tetapi masih dilema dan keliru nak menulis tentang apa, saya mengesyorkan NICHE LIFESTYE sebagai permulaan perjalanan blog yang baru sahaja dibina atau mungkin masih di atas kertas perancangan.
Untuk menulis topik-topik lifestyle adalah sangat mudah kerana lifestyle bermaksud gaya hidup. Terpulang kepada kita untuk menulis cara hidup kita dengan gaya penulisan kita yang tersendiri. Ingin menulisnya secara santai? Serius? Kelakar? Terpulang dengan personaliti dan idea yang kita ada.
Definisi LIFESTYLE dalam Bahasa Melayu adalah Gaya Hidup. Istilah gaya hidup dicipta oleh ahli psikologi yang bernama Alfred Adler pada tahun 1929. Pengertian gaya hidup pada hari ini sudah semakin meluas dan mengikut perkembangan semasa.
Blog niche gaya hidup sangat meluas dan mempunyai subtopik yang pelbagai. Sebab itulah blogger sangat suka memilih niche lifestyle untuk blog peribadi mereka. Ada yang kata, "Semua boleh tapau". Hahahaha kelakar ya diorang ni.
IDEA-IDEA TOPIK LIFESTYLE
Lifestyle blogger biasanya mendapat ilham penulisan berlandaskan kehidupan seharian dan aktiviti yang mereka jalani setiap hari. Sebab itu lah penulisan blog yang mereka tulis sering berkisarkan lokasi yang mereka pernah pergi, fasa-fasa kehidupan dan juga pengalaman dalam hidup mereka.
Apabila kita menulis topik yang bersandarkan kisah peribadi sendiri, penulisan kita akan lebih lancar dan mudah untuk diolah bersama fakta yang kita pelajari dan juga kepakaran yang kita miliki hasil daripada pengalaman dan bakat yang kita asah.
Jadi, tidak hairanlah niche lifestyle sangat popular dalam kalangan blogger Malaysia. Macam-macam kisah dan cerita yang kita boleh baca daripada mereka untuk kita pelajari gaya penulisan atau spark idea untuk blog sendiri jika kita masih baru dalam dunia blogging.
Contoh-contoh subtopik yang kita boleh tulis dalam blog lifestyle kita sangat banyak. Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Hehe.
SUBTOPIK BLOG LIFESTYLE POPULAR
Kesihatan
Jika pekerjaan kita doktor, topik ini snagat menyegat dan sangat mudah untuk tulis berdasarkan kepakaran yang kita ada. Contohnya, Dr.Amalina Bakri. Beliau sendiri mempunyai blog/website untuk mengongsikan tips-tips kesihatan.
Walaubagaimana pun, meskipun kita bukan seorang doktor, kita masih boleh menulis berkenaan kesihatan. Contohnya, kita sangat suka bersenam. Awal pagi ke tepi pantai untuk melakukan aktiviti jogging. Kenapa? Untuk memperolehi vitamin D dari cahaya matahari atau mungkin nak kurus? Banyakkk sangat boleh cerita topik ni.
Pemakanan/Makanan
Pemakanan ni banyak cabang, cerita mengenai diet seimbang, makanan apa nak masak macam blog Azie Kitchen atau Che Nom tu, mukbang pun boleh, review restoren pun boleh.
Fesyen
Bagi mereka yang suka sangat dengan fesyen bolehlah cerita design baju kegemaran atau kisah-kisah OOTD dengan jenama-jenama tertentu. Beli baju kat mana, Shopee ke Lazada...
Pokoknya subtopik lifestyle memang boleh 'tapau' banyak topik. Terlalu banyak untuk saya ulas idea-ideanya. Tapi saya boleh senaraikan subtopik yang lain di bawah :
- Travel
- Kecantikan
- Keibubapaan
- Bina badan
- Pembangunan diri / motivasi diri
- Keagamaan
- Budaya
- Perhubungan
- Kesedaran kesihatan mental
BAGAIMANA CARA MENJADI BLOGGER LIFESTYLE
Pilih Nama Blog Yang Sesuai
Skill Membina Laman Web
Ketahui Kos Membina Blog
BAGAIMANA MENJADI BLOGGER LIFESTYLE YANG BERJAYA?
KESIMPULAN
Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan