SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 12 Mei 2022

4 Tips Utama Blog Untuk Blogger Baru Malaysia : Zaman Telefon Pintar Relevan Lagi Ke Blogging?

Zaman Telefon Pintar Relevan Lagi Ke Blogging?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Saya pernah ditanya soalan seperti ini. Zaman telefon pintar ni, relevan lagi ke kalau nak blogging? Semasa saya memulakan hobi menulis blog dulu, saya terpaksa menulis blog di Cyber Cafe. Saya juga terpaksa membayar internet RM3 untuk satu jam di Cyber Cafe. Waktu tersebut, jika nak mempunyai internet sendiri di rumah sangat mahal bagi saya. Jadi, CC saja harapan.

Cara dan Bagaimana Memulakan Blog Sendiri, Tips Blogging


Pada waktu tu, blog ibarat Facebook dan Instagram. Kami bertukar cerita, update kisah raya, dan kongsi gambar. Berkenalan antara blogger dan kami gembira walaupun blog yang kami tulis tidak memberi sebarang pendapatan. Apabila zaman semakin maju dengan teknologi, CC sudah kurang menerima pengunjung blogger-blogger. Kami menulis blog masing-masing melalui telefon pintar apabila tak ada komputer riba.

Malah, internet tak ada kat rumah menjadi sesuatu yang mustahil pada zaman ini. Rasa macam, eh? betul ke tak ada data? Benda ni dah terbalik tau. Dulu, orang tak hairan kita tak ada internet kat rumah. Sekarang, orang hairan kalau tak ada internet kat rumah.

Jadi, relevan atau tidak pada tahun 2022 ni untuk memulakan blog peribadi sendiri? Jawapannya, tak pernah tidak relevan. Malah, sekarang blogging bukan lagi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman peribadi tetapi sudah menjadi platform menyebarkan ilmu, berkongsi tips, dan boleh menjadi sumber pendapatan jika tahu strateginya. Semakin hari, semakin mencabar sebenarnya. Apatah lagi bila kita cuba kejar SEO dan trafik.

Jika kita baru dalam dunia blogging dan ingin memulakan blog sendiri pada tahun 2022 ni, masih belum terlambat. Insya Allah, tahun 2023, 2024, dan seterusnya pun masih boleh. Setiap tahun akan ada sahaja cara dan strategi baru untuk kita berkembang dalam dunia blogging ni.

4 TIPS BLOGGING BAGI PEMULA PADA TAHUN 2022


1. PERCAYA KEPADA PROSES DAN PRAKTIS

Perkara paling penting yang perlu kita ingatkan kepada diri sendiri. Trust the process. Sebagai pemula, sudah pastilah kita akan belajar sedikit demi sedikit. Banyak perkara yang kita tidak tahu dan memerlukan masa untuk mempelajarinya. Practice make improvement. Jangan berhenti jika penat. Berehatlah dan esok buat lagi.

Blogging nampak mudah, menaip dan publish. Jika nak jadikan dunia blogging sebagai sumber pendapatan sampingan, bukan just for fun, proses pembelajaran dan praktis perlu dihadapi dengan sabar.

Saya sendiri mengambil masa. Dulu blogging sekadar minat dan suka-suka. Hari ini saya blogger sepenuh masa dan Alhamdulillah Allah beri saya peluang untuk menerima rezeki Allah melalui blogging. Insya Allah zaman sekarang sesiapa sahaja yang baru nak memulakan blog sendiri pasti lebih mudah untuk belajar proses blogging berbanding kami dulu-dulu. Insya Allah. Ramai yang telah berkongsi ilmu blogging melalui media sosial. Alhamdulillah.

2. MEMBUAT KAJIAN

Sebelum memulakan sebarang blog, seeloknya membuat sedikit kajian mengenai dunia blogging. Apa itu blogging dan bagaimana blogging. Percaya atau tidak berjuta-juta tips blogging yang ada dalam internet untuk membantu blogger baru.

Membuat kajian terlebih dahulu sangat penting untuk kita mempunyai pengetahuan sebelum kita mulakan blog kita sendiri. Nak tanya blogger yang sudah lama dalam bidang blogging pun boleh. Insya Allah akan ada yang sudi membantu.

3. FIKIRKAN KENAPA NAK MULAKAN BLOG

Selain dari membuat kajian, kita perlu fikirkan kepada nak memulakan blog. Apa matlamat kita menulis blog. Jika saya sendiri, zaman remaja dulu saya menulis blog memang sebab hobi menulis. Just for fun. Hanya nak berkongsi cerita dengan pembaca. Biasanya, jika tak ada matlamat seperti ni, memang tak kisah ada pembaca atau tidak. Tapi, sepanjang saya menulis blog suka-suka, masih ada yang suka membaca kisah peribadi orang lain di dalam blog.

Jika kita nak membina blog dengan matlamat dan tujuan yang bermanfaat lebih baguslah sebab boleh membantu pembaca. Insya Allah ada juga ganjaran pahala dari Allah SWT.

Di bawah saya sertakan contoh-contoh "Kenapa Nak Mulakan Blog":
  • Berkongsi ilmu pengetahuan yang kita expert
  • Untuk mempromosikan perniagaan
  • Untuk mendapat pendapatan sampingan
  • Untuk membantu orang lain dengan mengongsikan tips / tutorial / strategi
  • Untuk memulakan kerja dari rumah
Itu di antara contoh-contoh "kenapa nak tulis blog" yang mungkin boleh membantu membuat keputusan matlamat menulis blog yang bakal dibina kelak.

4. BLOG NICHE

Apa itu niche? Niche adalah topik spesifik yang kita pilih untuk penulisan-penulisan artikel yang bakal kita kongsikan di blog kita. Sebagai contohnya, blog pelancongan. Blog yang menulis pengalaman melancong, biasanya mereka akan dipanggil sebagai travel blogger. Mereka juga akan membuat review penginapan, pakej pelancongan, dan tempat-tempat menarik di sesuatu tempat untuk memudahkan pelancong-pelancong lain di masa hadapan.

Jika niche masakan, blog mereka akan mengongsikan resipi masakan yang mereka masak. Biasanya ditulis oleh chef dan mereka yang sangat suka memasak dan ingin berkongsi cara memasak yang mereka rasa boleh membantu sesiapa sahaja yang baru belajar memasak atau yang nak mencuba resipi baru.

Kenapa nak ada niche bagai ni? Ya betul. Dulu pun saya mempersoalkan perkara ni. Blogging adalah sesuatu yang kita panggil melontarkan thoughts, apa yang kita fikir, idea dan pendapat kita. Kenapa kita nak menulis mengikut topik spesifik sepanjang kita menulis blog? Dah macam peperiksaan pula kena ikut tajuk. Betul tak?

Tapi... ada sebabnya. Biasanya kita akan berhadapan dengan beberapa isu jika blog kita tidak mempunyai niche.

Isunya adalah audience blog kita akan datang dan pergi. Mereka tidak setia dengan kita. Sebab tidak semua topik yang ada dalam blog kita tu adalah topik yang mereka minat. Seperti contoh niche yang saya berikan tadi, memasak. Audience kita adalah audience yang mempunyai minat memasak dengan kita. Audience seperti ini akan memberi impak besar dalam engagement dan trafik blog kita.

Jadi, kena pastikan niche blog terlebih dahulu sebelum membina blog. Lebih awal kita rancang niche lebih senang kerja blogging kita nanti. 

KESIMPULAN

Saya merupakan blogger yang tidak mempunyai niche pada awalnya. Akibatnya saya mengambil masa yang lama untuk 'repair' blog saya dan mengalami masalah audience yang berserabut dan saya sukar untuk memahami audience blog saya sebagai akibatnya. Hal ni juga disebabkan dulu saya blogging untuk suka-suka. Bila saya dah mula serius, saya perlulah bertanggungjawab atas kesilapan kurang membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan blogging.

Mujurlah, wujud niche personal blog atau lifestyle blog. Bolehlah saya kongsikan pelbagai pengalaman peribadi dalam blog. Walaupun begitu, saya tetap berhati-hati memilih topik untuk saya paparkan di blog ni sekarang sebab nak 'housekeeping' kategori blog bukan mudah. Sama macam kita dah bina bangunan atas tanah tiba-tiba kena roboh dinding sana sini sebab tidak merancang pintu dan tingkap. Hahahaha!

Saya harap, kategori baru saya 'tips blogging' di dalam blog saya ni, membantu blogger-blogger baru. Insya Allah. Jika ada sebarang soalan, boleh menghantar komen di ruangan komen atau hubungi saya di whatsapp +60198517652 atau di media sosial saya.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Isnin, 9 Mei 2022

Pengalaman Menggunakan Tetikus Logitech Signature M650 (Review) | Selesa dan Senyap | Mempunyai Pilihan Tangan Kidal

Pengalamanan Menggunakan Tetikus Logitech Signature M650 | Selesa dan Senyap | Mempunyai Pilihan Tangan Kidal


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Saya terpukau seketika apabila melihat tetikus Logitech Signature M650. Bukan kerana dek rupanya tetapi terpana kerana tetikus itu terbalik! Selama mana saya menggunakan komputer, tidak pernah saya melihat tetikus terbalik. Haaa... Ke saya ni saja yang baru ditakdirkan bertemu dengan tetikus untuk tangan kiri?



Setakat ni, saya baru sahaja tahu wujud rupanya tetikus untuk orang kidal seperti saya ni. Yes! Saya kidal tau. Menulis tangan kiri. Semasa saya bertatih-tatih dengan komputer di zaman noob dulu, rasa janggal juga bila terpaksa memakai tetikus menggunakan tangan kanan. Samalah macam ketika saya keliru nak makan guna tangan kanan ke kiri semasa kecil. Kasihan! Terkial-kial.

Alhamdulillah, Allah beri rezeki kat saya memakai tetikus yang sangat selesa ni. Saya jenis tak kisah sebenarnya guna tetikus apa. Yang penting arrow tu gerak dan berfungsilah kan. Hahahha... Selain dari selesa digunakan dan mempunyai pilihan untuk insan-insan kidal, banyak lagi keistimewaan dan kelebihan tetikus Logitech Signature M650 ni.



APA YANG ADA DALAM BUNGKUSAN?

Sebelum cerita panjang mengenai tetikus ini, kita cerita dulu apa yang kita dapat apabila kita membeli tetikus Signature M650 ni. Bila parcel sampai saja, saya tak buat video unboxing untuk dikongsikan di Instagram sebab saya teruja. Hehehe... Tak sabar nak buka. Jadi, saya kongsikan apa yang ada di dalam bungkusan sahaja, okay.



  1. Bateri bersaiz AA.
  2. USB / Bluetooth.
  3. Tetikus Logitech Signature M650 (Susah tentulah).
  4. Dokumen panduan tetikus (Seperti biasa).

SPESIFIKASI TEKNIKAL / CIRI-CIRI TETIKUS

SAIZ


Menarik sekali, tetikus ni mempunyai dua saiz yang berbeza. Kita boleh memilih sama ada nak saiz small-to-medium atau saiz large. Macam nak order McD lah pula kan. Jadi, boleh ikut saiz tangan kita, kalau tangan besar boleh lah pilih saiz besar. Tak ada lah masalah sakit tangan sebab saiz tetikus kurang sesuai dengan tangan.


Sumber : Logitech.com


Signature M650

Height: 37.8 mm
Width: 61.80 mm
Depth: 107.19 mm
Weight: 101.2 g - weight includes battery (25g) and receiver (1.8g)

Signature M650 L

Height: 41.52 mm
Width: 65.63 mm
Depth: 118.19 mm
Weight: 111.2 g - weight includes battery (25g) and receiver (1.8g)

Sumber : Logitech.com



WARNA

Mempunyai 3 warna utama ; Rose, Graphite, dan Off White. Tetikus saya berwarna Rose. Hihi. Saya sebenarnya peminat warna kuning. Jika suatu hari saiz large ada warna kuning, saya nak! Tetikus warna rose saya saiz small-to-medium. Nak try juga saiz L kalau ada warna kuning suatu hari nanti. Tapi, sejujurnya saya jatuh hati juga dengan warna off-white. Nampak clean.



BATERI

Bateri tetikus ni bersaiz AA. Boleh bertahan sehingga 24 bulan.


BUTANG

Terdapat 5 butang. Butang kiri dan kanan seperti biasa. Mempunyai fungsi butang tengah (smartwheel) dan butang back dan forward di kiri tetikus untuk versi tetikus tangan kanan dan sebaliknya.




REVIEW MENGGUNAKAN TETIKUS LOGITECH SIGNATURE M650 SAIZ S-TO-M

REKA BENTUK

Walaupun saya kidal, saya menggunakan tetikus M650 versi tangan kanan. Saya sudah menggunakan standard mouse sejak sekian lama. Jadi, saya tidak ada masalah untuk menggunakan tetikus tangan kanan. Saya risau juga sebenarnya kalau guna tetikus kidal, saya tak biasa.

Tekstur getah, grip, permukaan matte, dan plastik solid

Saya sangat suka permukaan butang kanan dan kiri tetikus ni sebab tekturnya adalah matte. Bukan licin. Tekstur macam ni, tidak akan meninggalkan kesan cap jari. So, tetikus kekal nampak kemas dan lawa. Paling penting, bersih. Permukaan kiri kanan tetikus pula mempunyai tekstur getah yang berkualiti dan kasar jadi ketika kita mengerakkan mouse ni sangat grip dan tidak memerlukan genggaman yang kuat untuk menolak dan menarik tetikus.

SENSOR

Kecekapan atau sensitivity mouse ketika menggerakkan anak panah sangat tepat. Saya sangat suka menggedit gambar menggunakan photoshop dan ada masa saya menggunakan paint untuk kerja-kerja lukisan saya. Kecekapan, kapantasan, dan ketepatan sensor ketika kita bawa arrow ke target tu sangat mantap walaupun kita bawa mouse laju-laju, sepantas kilat. Hahahaha... Paling pasti, mouse ni tak buat saya mengamuk. hHahaha...

SENYAP

Teknologi Silent Touch Logitech pada butang kiri dan kanan tetikus ni membuatkan saya begitu kagum sebab saya tak dengar sebarang bunyi klik klik klik klik. Serius! Teringat zaman bekerja di pejabat dulu kala. Semua staff kusyuk mepakai komputer masing-masing dan keadaan sangat sibuk dan fokus dengan kerja. Tapi, suasana senyap tu dipecahkan oleh bunyi klik klik klik klik klik yang datang dari tetikus yang digunakan.

Tetikus ni sangat sesuai digunakan ketika di dalam perpustakaan atau ketika kelas atas talian. Very silent. Kalau letak kat tepi telinga, bunyi klik mouse sangat soft.

SMARTWHEEL

Smartwheel merupakan teknologi scroll wheel tetikus. Logitech memanggilnya Smartwheel. Butang ini juga senyap. Tak seperti scroll wheel tetikus lama saya yang berbunyi trttt trrr trrr setiap kali saya pusing di hujung jari telunjuk. Hhahahaa... Malah, Smartwheel Logitech Signature M650 ni sangat lancar ketika kita scrolling.

Smooth Scroll Wheel

Saat membuka PDF atau words, saya mencuba Smartwheel dengan memutarkannya sekali dan lepaskan. Wahhh! Page terus scrolling dengan bebas ke page 4. Kalau kita mempunyai kerja-kerja yang banyak pages, saya pasti kita akan enjoy sangat pakai tetikus ni.

Ketika kita scroll smartwheel ke bawah sekali dan lepaskan, kita akan terasa sedikit getaran pada tangan dan mempunyai soft sound like vrooomm vroomm tapi bunyi hanya kedengaran kalau kita dengar dekat-dekat dengan mouse tu lah. Hhaha... kat tangan cuma ada vibrate sikit...

Kalau nak scroll secara melintang pun boleh guna Smartwheel. Hold butang kiri atau kanan, kemudian gerakkan Smartwheel. Gitteww... senang sangat.

PERISIAN LOGITECH OPTIONS+

Paling best, mouse Logitech Signature M650 ni boleh kita setup menggunakan perisian  Logi Options+ . Perisian ini kita boleh  muat turun di laman rasmi Logitech sendiri. Setelah kita muat turun, seperti biasa kita install ke komputer kita.

Butang back/forward yang saya sebutkan di atas tadi, kita boleh tukarkan kepada butang lain yang kita suka atau yang kerap kita gunakan. Butang back/forward sangat sesuai kita guna semasa kita sedang melayari internet dan dengan pantas menggunakan butang tersebut hanya menggunakan tetikus tanpa menekan back/forward pada papan kekunci atau di skrin.



Butang back/forward tersebut boleh juga kita tukarkan kepada copy/paste jika mahu. Akan lebih mudah dan pantas jika kita sedang membuat kerja menulis dokumen di microsoft word dan sebagainya. 


KESESUAIAN PADA TANGAN

Okay, kalau saya mengguakan tetikus, biasanya saya suka saiz tetikus yang boleh sampai hingga ke tapak tangan. Maksudnya saya suka saiz tetikus yang lebih besar berbanding saiz tangan saya. Rasa lebih selesa dan santai saat bermain video game. Since saiz Logitech M650 saya adalah saiz small-to-medium, maka saya berasa kosong di tapak tangan. Masih elok tapi saya masih nak guna saiz yang lebih besar. Tapi kepantasn melakukan kerja dan kualiti mouse ni memang best.


BERAT

Tak berat sangat dan tak juga terlalu ringan. Sederhana sahaja. Walaupun menggunakan material plastic, feel tak terlalu ringan dan tak ada bunyi plastic ketika digenggam atau diletakkan.

Kesimpulannya, saya berikan 5 bintang untuk tetikus ni untuk keseluruhannya. Jika perlukan tetikus yang senyap dan selesa ketika melakukan kerja, tetikus Logitech Signature M650 ni sangat sesuai. Apatah lagi jika selalu menyertai kelas atas talian. 


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Jumaat, 6 Mei 2022

Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya dengan SAFI SHAYLA Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics | Syampu Wanita Berhijab

Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya dengan SAFI SHAYLA Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics | Syampu Wanita Berhijab


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Gatalnya! Rimas, lemas. Eh? Hahahaa... Macam ni lah rasanya kulit kepala saat berhijab. Apatah lagi jika mempunyai masalah kelemumur. Tahu tak apa punca kelemumur? Sebelum saya cerita punca kelemumur, saya cerita dulu apa maksud kelemumur. Kelemumur merupakan masalah gatal kulit kepala yang membuatkan kulit kepala bersisik, mengelupas, kemerahan, dan 'seperti bersalji'. Jika korang mempunyai masalah kelemumur seperti saya, pasti korang mempunyai pengalaman kepingan putih berguguran ketika menyikat rambut. Saat itu, perasaan macam nak marah...rasa nak marah... tapi kena sabar... hahahaha! Syampu Safi Shayla kan ada.



Sepanjang Hari Raya Aidilfitri 2022 ni boleh tahan panas juga cuaca di tempat kediaman saya. Bayangkan, Hari Raya wajiblah berhijab setiap saat. Dari Pagi ke Malam. Walaupun di dalam rumah. Kan hari raya. Ramai tetamu dan ipar-duai yang mewajibkan wanita muslim menutup aurat. Berhijab di waktu panas, tanpa bilik berpendingin hawa, mereka yang mempunyai masalah kelemumur memang tahu apa rasanya. Belum lagi ketika keluar rumah, menziarahi kubur di Aidilfitri di bawah cahaya matahari dan melawat sanak-saudara dalam cuaca panas dan membuatkan kepala berpeluh. Mujurlah sepanjang bulan Ramadan saya sempat mengamalkan syampu Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert).



PUNCA KELEMUMUR DAN MASALAH RAMBUT LAIN

Punca kelemumur sangat banyak dan antaranya adalah keradangan kulit kepala, masalah kulit kepala berminyak, mencuci rambut dengan syampu yang tidak sesuai, masalah hormon, daya imuniti yang rendah, masalah kulit kering dan ketidak seimbangan yang berlaku kerana berhijab.

Hasil penyelidikan Safi Research (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab.

Wanita muslim wajib berhijab kerana rambut merupakan salah satu aurat. Jadi, tiada kelonggaran bagi kita demi rambut lebih sihat tak payah pakai hijab. Hahaha... Jadi, perlu kreatif dan menyelesaikan masalah rambut gatal, rambut gugur, dan sebagainya dengan cara yang sesuai dengan kita sebagai wanita muslim.

Walaupun berhijab, kesihatan dan kesegaran rambut kita perlu kita kekalkan untuk diri sendiri dan pasangan jika kita sudah berkahwin. Betul tak?

Kenapa kulit kepala wanita yang berhijab kurang seimbang? Kerana komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala berlebihan berbandingan bakteria baik. Hal ini terjadi kerana cuaca yang panas dan lembab akibat peluh yang kepam di dalam hijab.

Ini akan menghasilkan pelbagai masalah rambut seperti kelemumur yang kita bincangkan tadi. Masalah kelemumur yang sedia ada akan membuatkannya lebih teruk kerana tindak balas bakteria jahat yang berlebihan di kepala. Masalah rambut gugur dan berbau juga akan berlaku secara serentak.


CARA MENHILANGKAN MASALAH KELEMUMUR, RAMBUT BERBAU DAN GUGUR

Sepanjang bulan Ramadan lepas, saya dan suami sering tidak melupakan makanan yang sesuai ketika bersahur dan berbuka agar memperolehi keperluan penting tubuh badan. Terutamanya ketika bersahur, tidak pernah meninggalkan kurma agar bertenaga sepanjang hari sehingga berbuka kerana kurma mempunyai kandungan serat dan sebagainya.

Sepertimana saya mengambil berat keseimbangan pemgambilan makanan dan penggunakan tenaga sepanjang bulan Ramadan, begitu juga saya mencuba untuk mendapatkan keseimbangan kondisi kulit kepala sebagai kunci tampil menawan dengan rambut lebat menjelang raya. Bagi memiliki rambut yang sihat dan lebat, adalah menjadi satu kewajiban untuk wanita bertudung untuk menggunakan penjagaan rambut khas yang dirumus untuk wanita berhijab seperti Safi Shayla Hijab Haircare Expert.



SAFI SHAYLA HIJAB HAIRCARE EXPERT

Rumusan Revolusi Teknologi Hijab Scalp Biotics

Teknologi Hijab Scalp Biotics merupakan teknologi pertama di dunia. Hebat bukan? Saya sangat mengagumi Safi Shayla dan team SRI. Ini bukanlah sesuatu yang biasa. Teknologi ini diinspirasikan daripada Microbiome Science yang dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik agar mengembalikan semula keseimbangan mikrobiom kulit kepala.


Diperkuatkan Dengan 7 Habbatus Sauda Complex

7 Habbatus Sauda Complex ini adalah untuk membekalkan nutrien yang secukupnya untuk kulit kepala dan rambut. 7 Habbatus Sauda Compleks ini merupakan kombinasi 7 bahan alami iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Kurma, Delima, Buah Tin, Saffron, dan Madu.

Khasiat Habbatus Sauda mempunyai kandungan anti-fungal sehingga boleh menghalang dari kelemumur merebak. Ia juga mempunyai kandungan anti-inflamasi bagi meredakan iritasi atau keradangan pada kulit kepala. Zaitun juga memberi peranan baik kepada rambut antaranya melindungi keratin rambut dan mempunyai kandungan vitamin A.

 


Pasti ramai yang tidak tahu bahawa kurma juga memberikan manfaat kepada rambut. Kurma mengandungi vitamin B dan boleh membantu menjaga rambut agar kekal lembap dan kuat. Asid Punicic yang terkandung di dalam biji buah delima pula didapati boleh menguatkan folikel rambut dan begitu juga buat tin yang mampu memerangi masalah rambut gugur dengan meningkatkan pertumbuhan rambut melalui khasiat mineral, vitamin C dan E yang terkandung di dalam buah tin.

Saffron juga kaya dengan antioksidan yang boleh membuatkan rambut sihat dan berkilau serta mengurangkan masalah rambut gugur. Begitu juga dengan madu yang boelh menjaga kesihatan kulit kepala dan meredakan masalah gatal kulit kepala seperti kelemumur.


Keharuman Berpanjangan Sehingga 72 Jam

Pada mulanya memang rasa macam tak percaya. Hhaha... 72 Jam bersamaan 3 hari. Betul tak? Tapi setelah saya mencubanya memang betul. Wanginya rambut selepas mencuci rambut dengan SAFI SHAYLA memang berpanjangan hingga 3 hari. Best sangat sebab rasa segar.


TOP 5 SYAMPU SAFI SHAYLA

Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla



Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta melegakan masalah gatal kulit kepala dengan sensasi dingin.


Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla



Menguatkan struktur rambut dari akar rambut, mengurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh.


Syampu Licin Terurus Safi Shayla



Melembutkan dan melicinkan rambut yang kering dan yang susah diurus. Rambut akan licin, lembut, dan senang disikat - tidak lagi frizzy dan serabut!


Syampu Segar Bermaya Safi Shayla



Rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampun ini akan membersih secara mendalam dan kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar, dan bermaya.


Syampu Mengawal Gatal Safi Shayla



Menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.


Sekarang, saya dah tak berasa risau dengan masalah rambut berbau ketika membuka hijab. Hehehe, sebab syampu Safi Shayla ni betul-betul wangi. Walaupun saya memakai tudung seharian, rambut kekal wangi selepas berjam-berjam bertudung.



Alhamdulillah masalah gatal dan tidak selesa juga tak ada. Dah tak ada masalah menggaru kepala sambil membuat kerja. Hhaha...

Jika korang mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur, atau nak mengekalkan kesihatan dan kesegaran rambut walaupun bertudung, boleh dapatkan syampu pilihan korang di mana-mana pasaraya yang menjual produk Safi atau boleh juga ke SHOPEE untuk membeli secara dalam talian.



Beli Safi Shayla Atas Talian - Wipro Unza Official Online Store


Maklumat Lanjut :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube - SAFI Malaysia


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Isnin, 7 Mac 2022

Apa itu PSIKOPAT (Psychopath) ?

Apa itu PSIKOPAT (Psychopath)?

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!

Semakin banyak perkataan-perkataan PSYCHOPATH berkumandang di dalam lagu. Malah lagunya viral, trending, dan terkenal di laman-laman sosial pada hari ini. Ramai juga yang saya dengar menggunakan perkataan-perkataan seperti ini sebagai gurauan. Jangan gunakan berlebihan sangat sebagai gurauan. Ada masanya kena berpada-pada.



Apa itu Psikopat?

Psikopat merupakan nama kepada individu yang mempunyai kondisi mental yang tidak stabil atau mempunyai kecelaruan personaliti. Psikopat adalah individu yang mengalami kecelaruan personaliti antisosial ditahap yang sangat teruk.

Psikopat adalah perkataan untuk merujuk kepada individu yang digambarkan tidak berperasaan, tidak beremosi, dan rosak akhlaknya. Walau bagaimanapun perkataan P S I K O P A T ini bukanlah perkataan rasmi. Psikopat bukan sejenis perkataan diagnosis kesihatan mental rasmi. Tetapi, perkataan ini tetap digunakan dalam klinikal dan juga undang-undang.



Individu Psikopat sering menunjukkan kekurangan upaya untuk mencintai atau mewujudkan hubungan peribadi yang bermakna. Mereka juga mempunyai tahap ego yang sangat tinggi dan melampau.

Gejala atau ciri-ciri Psikopat biasanya bertindih dan sama dengan individu yang mengalami kecelaruan personaliti antisosial (ASPD = Antisocial Personality Disorder). Antisosial adalah kecelaruan mental yang secara konsisten tidak menghiraukan perbuatannya betul atau salah (sering melanggar peraturan tanpa berasa bersalah) serta suka mengabaikan hak dan perasaan orang lain.


13 Ciri-Ciri Psikopat Yang Biasa Kelihatan

  1. Tidak mempunyai emosi dan perasaan
  2. Bersikap antisosial
  3. Kelihatan menawan dan berkarisma (Superficial Charm and Charisma)
  4. Kurang rasa bersalah
  5. Kurang rasa empati
  6. Pathology Lying
  7. Manipulasi orang lain
  8. Tidak menghiraukan perasaan dan hak orang lain
  9. Tidak tahu membezakan perkara yang betul dan yang salah
  10. Mudah berasa bosan
  11. Narsistik
  12. Impulsif
  13. Tidak bermoral dan tidak tahu beradab


Apakah Ciri-Ciri Psikopat Yang Lebih Terperinci?

Kebanyakkan Psikopat sukar untuk kita kesan dan kenali kerana mereka biasanya seorang "Phatological Liars" dan sangat pakai dalam manipulasi atau putar belit cerita. Sifat dan perwatakan mereka akan nampak lebih jelas apabila kita kerap berhubung dengan mereka. Akan ketara beberapa tanda dan gejala yang boleh kita lihat. Antaranya :


Bersikap Antisosial

Apa itu Antisosial? Ramai rakyat Malaysia yang sering salah dengan perkataan Antisosial ini. Ramai yang tersalah anggap bahawa antisosial adalah orang yang tidak suka bergaul dan tidak suka bercampur dengan orang ramai. Individu yang tidak suka bergaul dengan orang ramai bukanlah antisosial. Mereka adalah golongan Introvert ataupun asosial. Bukan antisosial. Antisosial membawa maksud yang lain.

Antisosial adalah perkataan yang digunakan untuk individu yang mempunyai ketidakstabilan mental atau mempunyai kondisi kecelaruan personaliti. Gangguan mental ini dipanggil kecelaruan personaliti antisosial atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Antisocial Personality Disorder.

Antisosial ni bermaksud seseorang individu yang mempunyai sifat kurang menghormati orang lain. Mereka sering tidak menerima peraturan, undang-undang, etika, adab, dan seumpama dengannya. Mereka tidak suka semua ni, mereka akan melanggar peraturan-peraturan ini.

Individu antisosial juga sering  atau mudah mencederakan orang lain secara fizikal atau secara emosi tanpa rasa bersalah dan tidak akan mengambil tanggungjawab setiap akibat apa pun dari perbuatan mereka. 


Sifatnya mempersonakan dan berkarisma

Biasanya mereka sangat menawan dan berkarisma. Akan lebih ketara jika Psikopat ini adalah seorang wanita. Mereka kelihatan sangat suka bersosial, teruja, dan beremosi. Walaupun mereka tidak mempunyai emosi dan perasaan yang sejati, tetapi mereka biasanya pakar dalam memalsukan tingkahlaku terutamanya memalsukan sanjungan, simpati, dan kebaikan.

Mereka biasanya menggunakan kepakaran / kemahiran memalsukan serta memanipulasi untuk memperolehi apa yang mereka mahukan. Walau bagaimanapun, hal ini jarang berlangsung lama. Kepalsuan ini biasanya boleh dihidu dan topeng mereka terbuka dengan sendirinya. Biasanya mereka akan menjadi dingin, daya tarikan dan karisma mereka menghilang dengan sendirinya.


Bertindak Kejam Atau Melakukan Sesuatu Yang Tidak Perlu

Disaat daya tarikan dan karisma mereka menghilang, mereka akan bertindak kejam. Kejam di sini bukanlah melakukan keganasan secara fizikal. Biasanya mereka akan melakukan sesuatu seperti bergosip, memburuk-burukan orang yang menggagalkan misi mereka, memberikan komen yang menyakitkan hati orang lain, ketawa terbahak-bahak dan berhibur disaat mereka rasa sakit hati dengan kegagalan dan sebagainya, serta mereka mudah mencabul hak orang lain.


Selalu Berbohong, Tindakan Keterlaluan, dan Tidak Jujur

Kebanyakkan individu psikopat terdedah dengan masalah pembohongan patologi. Biasanya mereka akan membesar-besarkan kebenaran untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mungkin ingin orang lain menyokongnya, menjadi sekutunya, atau juga mungkin mahu orang lain melihat dialah yang benar. Mereka juga suka meningkatkan tahap ego mereka. Mereka suka membuatkan orang lain merasa, berfikir, dan melakukan sesuatu untuk mereka. 

Manusia normal biasanya akan merasa bersalah dan risau apabila didapati menipu. Tetapi tidak bagi individu Psikopat. Mereka kekurangan hati nurani dan tetap meneruskan aktiviti menipu tanpa rasa bersalah walau sedikitpun. Mereka boleh hadir dalam keadaan yang memalsukan rasa bersalah, rasa empati, prihatin. dan mengambil berat terhadap orang lain.


Tidak Bertanggungjawab Atas Perbuatan Sendiri dan Suka Menyalahkan Orang Lain

Seorang Psikopat boleh melakukan kekejaman, keganasan atau kekejian dalam masyarakat tetapi mereka jarang mengambil tanggungjawab atas setiap perbuatan mereka. Malah, mereka lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain, memberikan banyak alasan, dan suka menegakkan benang yang basah dengan cuba mewajarkan tindakan mereka tidak kiralah tindakan mereka itu yang terburuk sekalipun. 

Inilah gejala paling parah bagi individu yang mengalami kecelaruan personaliti seperti ini (Psikopat). Mereka biasanya tidak bermoral, tiada empati, dan tiada hati nurani. Mereka tidak mempunyai perasaan sama ada 'betul' atau 'salah'.


Mereka Perlukan Kuasa, Mengawal dan Dominasi

Psikopat biasanya suka mencari kedudukan dan kuasa kerana mereka sangat menikmati hidup mendominasi, mengawal dan menguasai orang lain. 


Mengabaikan Undang-undang, peraturan, dan Norma

Psikopat biasanya berkelakuan tidak bermoral dan tidak ada adab. Mereka jarang mengikuti kod etika yang sama dengan orang lain dan menyalahi undang-undang. Ini termasuklah perkara-perkara kecil seperti menghantar komen yang tidak sesuai dan kotor. Walaupun tidak semua Psikopat adalah penjenayah ganas tetapi kebanyakkan penjenayah mempunyai sifat Psikopat.


Ringkasan

Psikopat sering menunjukkan tingkah laku yang dingin, manipulasi, narsistik, dan antisosial. Kecenderungan ini berlaku biasanya akibat pengalaman pahit pada awal tumbesaran (pada zaman kanak-kanak) seperti penganiayaan, penolakkan orang sekeliling, kurang kasih sayang ibu bapa, dan sebagainya. Walaupun begitu, hasil kajian tetap masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang boleh menjadi seorang Psikopat. Seseorang individu Psikopat boleh mempunyai risiko yang tinggi untuk melakukan jenayah dan keganasan tetapi tidak semua Psikopat melakukan jenayah ganas. Rawatan seperti CBT boleh mengurangkan sifat dan tingkah laku Psikopat.

Sumber : Very Well Mind, Science Direct, Healthline, Choosing Theraphy, and more...

Share:

Khamis, 3 Mac 2022

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma, Resdung Dan Tingkatkan Sistem Imun Badan

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma, Resdung Dan Tingkatkan Sistem Imun Badan


Assalamualaikum Bloggers dan Readers,

Demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang akan dialami oleh semua orang tidak kira peringkat umur. Lagi-lagi waktu musim tengkujuh. Cumanya waktu sekarang ni, penyakit tu jadi sangat menakutkan dan menjadikan ramai yang risau dan takut bila ada salah satu simptom tersebut.

Kenapa? 



Sebab simptom tersebut juga ada berkait dengan jangkitan Covid-19 yang boleh membawa maut. Ramai yang menjadi mangsa korban disebabkan virus jahat Covid-19 ni. Walaupun wabak nie dah lebih 2 tahun melanda negara kita, tapi semua orang pasti takut bila dengar dan lihat statistik yang semakin meningkat naik setiap hari.


Virus varian Omicron yang melanda negara sekarang menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat walaupun hampir semua rakyat telah pun mengambil vaksin. Kadar kebolehjangkitannya lebih tinggi iaitu lima kali ganda berbanding varian-varian sebelum ini.



Kerajaan mula melancarkan program pengambilan dos penggalak atau booster kepada warga yang berumur 12 tahun dan ke atas serta Program Vaksinasi Covid 19. Ini diikuti program PICKIDS untuk kanak-kanak berusia antara 5 tahun hingga 11 tahun. Ia bertujuan untuk melindungi kanak-kanak ini daripada terkena jangkitan yang lebih teruk.

Vaksin ini terbukti berkesan untuk mengawal penularan penyakit dan komplikasi yang lebih teruk. Namun pengambilan suplemen juga penting dalam usaha memastikan imun badan dalam tahap tertinggi untuk melawan penyakit. 


Nutrisi Yang Ada Dalam Eskayvie Diffenz



Hebat sangat ke Diffenz ni? Diffenz ni mula jadi satu fenomena dan viral sejak PKP yang lepas. Ramai yang dapatkan Diffenz ni sebagai makanan tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan bagi melawan serangan virus Covid-19 dan mengelakkan diri daripada dijangkiti. Kalau yang duduk di Lembah Klang tu, anda akan nampak papan iklan besar Pak Nil sebagai duta Eskayvie di kebanyakan jalan raya utama.


Jom kita berkenalan dengan Eskayvie Diffenz dan ketahui apakah khasiat kandungannya.

Apa itu Diffenz? Produk keluaran Eskayvie Malaysia ini diperkenalkan oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri. Ia mengandungi empat jenis superfood yang terdiri dari Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Vitamin C dan Vitamin D. 

Mari kita baca apakah khasiat “Superfood” tersebut.


Cendawan Susu Harimau



Mesti ramai yang baru dengar Cendawan Susu Harimau ni kan? Ha… Untuk pengetahuan anda semua diluar sana, Cendawan Susu Harimau ini telah pun diiktiraf sebagai “Harta Karun Negara” kerana ia sukar didapati dan harganya yang sangat mahal. Sejenis cendawan eksotik yang amat berkhasiat untuk menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan,  Eskayvie Diffenz telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.


Kebaikan Cendawan Susu Harimau:

  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
  • Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


Buah Camu-Camu



Buah Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren!

Buah ini juga mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.


Kebaikan buah camu-camu adalah :

  • Menguatkan sistem imun
  • Antioksidan dan anti-radang
  • Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengawal gula darah


Vitamin C



Siapa yang tidak mengetahui khasiat vitamin C? Murid sekolah rendah pun telah didedahkan tentang khasiat Vitamin C melalui subjek Sains di sekolah. Vitamin C boleh diperolehi secara terus melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia diperlukan oleh tubuh badan bagi memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. 


Vitamin D


Kenapa Vitamin D penting untuk badan? Ia berfungsi untuk menguatkan tulang tetapi kajian terkini mendapati ia juga membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Vitamin D boleh diperolehi dari cahaya matahari. Apabila badan kita terdedah kepada cahaya matahari maka akan terhasillah Vitamin D.

Serius saya kagum dan teruja dengan kandungan nutrisi yang ada dalam Eskayvie Diffenz ni. Tak salah kalau saya katakan ia adalah suplemen tambahan yang terbaik ketika musim Covid-19 ni. Sedikit banyak suplemen ini boleh membantu kita jadikan perlindungan untuk elak dijangkiti dari serangan virus dan kalau dijangkiti pun, badan kita mampu melawannya.

Jom kita tengok apa kata pengguna Diffenz ni.


Aiman (12 Tahun), Pelajar, Asma Dan Batuk Berkahak Sejak Kecil


Berdasarkan pengalaman adik Aiman yang telah mengamalkan Diffenz sejak Februari 2021, penyakit asma dan batuk berkahak yang dihidapinya sejak kecil beransur pulih. 

Kehidupan sukar yang bergantung kepada inhaler selama ini sudah tidak lagi berlaku.

“Diffenz yang berperisa anggur sedap dimakan, tak macam ubat pahit sebelum nie” kata Aiman. 

Ibunya Puan Norazleen Rijaluddin pula berkata “Doktor beritahu Cendawan Susu Harimau berfungsi untuk lindungi paru-paru”, maka beliau pun terus dapatkan Diffenz untuk diberikan dan diamalkan oleh adik Aiman. Sekarang alhamdulillah asma dan batuk berkahak Aiman sudah beransur pulih dengan izin Allah. 

Puan Norazleen bersyukur dengan adanya Diffenz dapat membantu atas kesembuhan asma adik Aiman. Nafas tidak berbunyi lagi dan batuk pun dah hilang.


Perisai Diri Hanya Serendah RM60

Demi untuk memastikan sistem imun badan kita sentiasa dalam kadar yang optimum adalah sangat penting terutama dalam situasi pandemik Covid 19 sekarang nie. Jadi pengambilan suplemen antara cara terbaik dan berkesan ke arah itu. Jom bersama mengamalkannya dan mendapat manfaat dari kandungnya.  

Pentingnya pengambilan Diffenz dan Diffenz Junior untuk perlindungan seisi keluarga kerana di dalamnya terdapat empat jenis nutrisi yang membantu meningkatkan sistem imun badan iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, vitamin C dan vitamin D.



Eskayvie juga ada perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin iaitu Diffenz Junior. Dapatkan set keluarga Diffenz bersama Diffenz Junior untuk lindungi paru-paru serta tingkatkan sistem imunisasi badan anda dan yang tersayang.

Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda sekeluarga. Hanya serendah RM 60.00 sahaja sebotol. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. InshaaAllah dengan izinNya dengan nilai yang kita keluarkan tu dapat melindungi diri kita dan keluarga kita. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Anda semua boleh dapatkan Eskayvie Diffenz ni pada laman web dan media sosial dibawah.

Instagram: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 


Share:

Khamis, 24 Februari 2022

Verbatim Launches A Full Range Of It And Mobile Accessories

Verbatim Launches A Full Range Of It And Mobile Accessories

Verbatim for more than 50 years, Verbatim has built a future that seamlessly integrates technology in ways that improve how people everywhere live, work and play. As a pioneer in the development of floppy disks and optical media technology, we continue to lead the industry with an extensive selection of data storage devices, computer peripherals, gaming solutions and LED lighting technology, all renowned for their exceptional quality, performance and reliability. Verbatim is technology you can trust – every day.



Verbatim has recently launched its growing range of quality mobile and IT accessories to further expand its target audiences. As technology advances, laptops and portable devices are becoming necessities for our daily life and work. Whether is it your smartphone, tablet or laptop, there’s one common task that all of us would need to do daily, that is to effectively charge the devices at a fast speed.


Verbatim has launched a range of quality chargers and cables to cater to various charging needs. The range of chargers comes with various powerful features and technology, for example Power Delivery, Qualcomm Quick Charge, Programmable Power Supply. These chargers are targeted especially at busy consumers who seeks fast charging with ease of mind. Besides premium chargers, Verbatim delivers to consumer a series of “Toughmax” charging cables to enhance the charging experience.



Verbatim Smart, Safe and Powerful Chargers

Verbatim charges are engineered with Smart Charging Technology, to optimize the current output for your smartphone, tablet, camera, and portable battery, while charging multiple devices simultaneously. This allows consumers to shorten the charging time.

Verbatim charges are designed with Advance Protection Systems (APS). APS features on charges allow for protection for situations where there are over current, over voltage, short circuit and even at times over temperature. Our selective chargers are made with flame-resistant material and certified with multi-national safety standards*, including IEC62368 (H.K.), FCC (U.S.), CE (EU), E1703 (Australia), Safety Mark (Singapore), KC (Korea) and RoHS certificates. It is also covered Global Product Liability Insurance, providing peace of mind. Verbatim design a range of chargers with varied capacity ranging from 20watt to 100watt and there are more 200 watt powerful charges to be launched in 2022.


Verbatim ToughMax Cables - Reliable & Durable

Verbatim ToughMax Cable Series are fortified with premium durable material and it is built to last. ToughMax cables are fortified with DuPont TM Kevlar® Material, a heat-resistant and strong synthetic fibre which are used in applications like race car tires and bulletproof vests.



This material is sometimes compared to be 5 times stronger than steel. DuPontTM Kevlar® Aramid bulletproof fibre wraps the pure copper core. The outer layer is a double-layer of nylon braided material. Verbatim ToughMax series includes Apple Lightning (officially MFi-certified) cable and the latest USB-CTM cable, which is ideal for charging smartphones, tablets and laptops.

Besides focusing on materials used, Verbatim also enhance the durability of the cables by providing more support in jacket between connector and cable. The jacket between connector and cable has passed 35000x bending laboratory test taken by SGS, an international & independent inspection, testing and certification company.


With compatibility assurance, these beautifully designed cables allow you to transfer pictures, music and while simultaneously charging devices. Made from high-quality materials, and designed to reduce tangling, and complete with a cable organizer, Verbatim wishes to provide a premium series that is well designed to fit the current consumer lifestyle. Verbatim ToughMax Cables are also sold in different colours, available in black, grey and gold.


Other Range of Accessories Products

Verbatim adds a variety of other lifestyle essentials to their extensive product offering. This includes ultra Slim and feather-light power banks, 8in1 Type C Hubs and True Wireless Earbuds. The range is specially built to address the changing consumer lifestyle towards more digital usage and mobility. 


* certificates may vary for different models, due to local market requirements


About Verbatim

Globally recognized, Verbatim’s products are sold in over 120 countries with a line-up that includes Optical Storage Media, USB Drives, Memory Cards, Hard Drives, Solid State Drives (SSDs) and Mobile Accessories. Verbatim’s R&D strength and technology leadership combined with its demanding quality control during the manufacturing processes guarantees first-class products and Technology you can Trust.

From its foundation in 1969, Verbatim has shaped the development of data storage technology. In Latin verbatim means “word for word”, and has been used since the company's founding to illustrate the principle of accurate, error-free recording of data. From floppy disks and magneto-optical storage to CDs, DVDs and Blu-ray media, to external hard drives, flash memory cards, USB drives and SSDs - the extent of Verbatim’s extensive portfolio and influence in the storage industry are unrivalled. With a global footprint that spans over 120 countries in six continents, Verbatim’s key regions are Asia/Pacific (APAC), Europe, the Middle East & Africa (EMEA) and The Americas. For further information, visit http://www.verbatim.com

Share:

Tetikus Logitech Signature M650 Menawarkan Pengalaman yang Lebih Selesa, Unik dan Pilihan Kidal

Tetikus Logitech Signature M650 Menawarkan Pengalaman yang Lebih Selesa, Unik dan Pilihan Kidal

[Siaran Akhbar] KUALA LUMPUR, MALAYSIA.- Januari 11, 2022 - Hari ini Logitech (SIX: LOGN) (NASDAQ: LOGI) memperkenalkan tetikus Signature M650 tanpa wayar baharu yang selesa dan direkabentuk dengan dua saiz berbeza serta pilihan kidal. Tetikus ini menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk orang ramai dan reka bentuknya telah dinaik taraf untuk pelbagai jenis meja dan menambah baik pengalaman bekerja dengan ciri roda skrol Smart Wheel serta bunyi 'klik' yang hampir senyap. Reka bentuknya sangat selesa kerana berkontur yang membolehkan kerja lebih pantas dan lebih selesa berbanding sebelum ini.



"Terdapat lebih daripada satu bilion pekerja berpengetahuan di dunia, dan kira-kira separuh daripada mereka tidak menggunakan tetikus atau mempunyai tahap permulaan atau tetikus berwayar dengan fungsi yang terhad," kata Art O'Gnimh, naib presiden perniagaan arus perdana untuk kreativiti dan produktiviti di Logitech. “Signature M650 menawarkan pengalaman Signature Logitech sebenar dengan fungsi produktiviti mudah yang menjadikan kerja sepanjang hari lebih mudah dan lebih pantas.”


Pilih saiz anda dan bekerja dengan lebih selesa dengan skrol Smart Wheel

Sama ada bekerja menggunakan dokumen atau menyemak imbas melalui tapak web, SmartWheel Signature M650 membantu menyampaikan ketepatan apabila diperlukan dan mempercepatkan dalam sekelip mata. Signature M650 dan Signature M650 L bersaiz lebih besar juga menampilkan teknologi SilentTouch, mengurangkan bunyi klik sebanyak 90% berbanding tetikus Logitech M185, sesuai apabila mengklik semasa panggilan video. Nikmati sambungan tanpa wayar yang kuat dan bateri yang tahan lama sehingga dua tahun, memberikan anda ketenangan fikiran.


Dengan dua saiz dan pilihan tangan kiri, bentuk berkontur, kawasan ibu jari yang lembut dan cengkaman sisi getah, reka bentuk inklusif Signature M650 membolehkan anda bekerja dengan selesa untuk waktu yang lama dan memberi anda keupayaan untuk menyesuaikan butang sisi ke pintasan kegemaran dengan Logitech Options+. Signature M650, tersedia dalam warna putih pudar, grafit dan mawar, berfungsi dengan sistem pengendalian Windows, macOS, Linux, Chrome OS, ipadOS dan Android. Sambung dalam sekejap melalui Bluetooth(R Low Energy atau penerima USB Logi Bolt.


Reka bentuk mampan mempertimbangkan impak alam sekitar dan sosial dari saat bahan mentah diperoleh sehingga ke akhir hayat. Di Logitech, produk direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang hebat dan meminimumkan jejak alam sekitar, itulah sebabnya sebahagian daripada bahagian plastik Signature M650 diperbuat daripada plastik kitar semula (PCR) selepas pengguna - 64% untuk grafit, 26% untuk warna putih. dan 26% untuk bunga mawar. Program PCR Logitech menggambarkan komitmen jenama untuk mereka bentuk untuk kemampanan dan memastikan bahawa plastik dalam elektronik pengguna akhir hayat diberi kehidupan kedua. Inisiatif semasa untuk meningkatkan komitmen ini bermakna bahawa kira-kira separuh daripada tetikus dan papan kekunci dalam portfolio terbesar Logitech termasuk beberapa tahap plastik PCR dan pengenalan produk baharu akan menggunakan plastik PCR, di mana mungkin.


Harga dan Ketersediaan

Tetikus Signature M650 kini boleh didapati di peruncit sah kami dan platform e-tail. Harga runcit yang dicadangkan untuk Signature M650 dan Signature M650 L bersaiz lebih besar ialah RM159.


Mengenai Logitech

Logitech membantu semua orang mengejar minat mereka dengan mereka bentuk pengalaman supaya semua orang boleh mencipta, mencapai dan menikmati lebih banyak lagi. Logitech mereka bentuk dan mencipta produk yang menyatukan orang ramai melalui pengkomputeran, permainan, video, penstriman dan penciptaan serta muzik. Jenama Logitech termasuk Logitech, dan Logitech G. Ditubuhkan pada tahun 1981, dan beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Logitech International ialah syarikat awam Switzerland yang disenaraikan di SIX Swiss Exchange (LOGN) dan di Pasaran Pilihan Global Nasdaq (LOGI). Cari Logitech di www.logitech.com atau @Logitech.


Logitech dan tanda Logitech lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Logitech Europe S.A dan/atau sekutunya di A.S. dan negara lain. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang Logitech dan produknya, lawati tapak web syarikat di www.logitech.com.


(LOGIIR)

Share:

Rabu, 26 Januari 2022

5 cara untuk menjadi bos anda sendiri

5 cara untuk menjadi bos anda sendiri

Dunia sentiasa berubah. Paradigma biasa kita untuk mencari pekerjaan, bekerja keras dan mendapatkan kenaikan gaji dari semasa ke semasa, sayangnya, tidak setanding dengan perubahan di dunia. Kita tidak mahu nasib kita bergantung pada mood bos-bos kita atau bahkan situasi pandemik. Apa yang benar-benar penting adalah kebebasan membuat keputusan kita sendiri, bertanggung jawab di atas nasib kita, dan mencari jalan anda sendiri ke arah kehidupan yang bahagia. 


Anda mungkin menganggap cabaran ini mudah, tetapi bagaimana anda mulakannya? Apakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk mencapai impian anda? Tidak ada transformasi ajaib yang mampu menukar dari seorang pelayan menjadi seorang chef dalam masa satu malam. Tetapi sebaliknya, jika itulah yang terjadi, chef baru ini mungkin akan jadi gila dengan perubahan yang begitu mendadak. Kadang-kadang kita takut dengan kejayaan kerana kita fikir ia memerlukan banyak usaha. Dan itulah delusi besar kita. Maksudnya di sini, anda boleh uruskan hidup anda dengan mudah. Jadi mari kita lihat bagaimana caranya! 



1. Putuskan tentang bidang perniagaan

Anda melihat diri anda serasi dengan bidang apa? Perniagaan dalam talian atau luar talian? Menggajikan pekerja atau bermula sendirian? Adakah anda ingin memiliki servis mencuci kereta atau membuka kedai pakaian? Mungkin anda berminat dengan agensi pemasaran? Bagaimana dengan berjaya dalam perdagangan Forex? Anda boleh mencuba apa sahaja yang anda mahukan. Mula percaya pada diri sendiri, dan itu sudah separuh perjalanan.


2. Cerakinkan pai yang besar menjadi kepingan-kepingan yang lebih kecil

Huraikan perniagaan anda secara terperinci. Apa yang anda perlukan untuk bermula. Kemudian semak senarai tersebuit sekali lagi dan sorot bahagian yang paling penting. Kemudian cuba fahami apa sebenarnya yang anda perlukan untuk bermula dengan gear yang rendah. Sebagai contoh, jika anda ingin menjana wang dari "stock photography", adakah anda benar-benar perlukan kamera yang paling mahal? Pilihan yang mesra bajet agak sesuai untuk satu permulaan. 


3. Selami bidang perniagaan pilihan anda

Ini langkah yang sangat penting. Mencari maklumat, pro, kontra, perangkap. Bercakap dengan 3-5 orang yang berpengalaman di bidang tersebut setiap hari. Daftar untuk acara atau perjumpaan yang berkaitan. Cuba tutorial percuma atau versi demo perisian yang ingin anda gunakan. Contohnya, jika anda ingin menjadi pedagang Forex, cubalah bonus tanpa deposit . Anda perlu menjadi ahli perniagaan di dalam minda anda terlebih dahulu. Dan memang anda seorang ahli perniagaan pun. Cuma, anda baru sahaja memulakan perjalanan anda. 


4. Tetapkan deadline

Gariskan tindakan anda langkah demi langkah dan tetapkan deadline untuk setiap tindakan tersebut. Jangan paksa diri anda untuk menyelesaikan segala perkara dalam satu hari yang sama. Pembahagian masa haruslah realistik. Jika tidak, anda akan cepat letih, hilang semangat dan kecewa dengan diri sendiri. Dalam masa yang sama, jangan luangkan sampai sebulan untuk setiap satu tugasan. Masa adalah wang. 


5. Percaya pada diri sendiri

Ingatkah anda, semasa kecil kita tidak pernah ragu-ragu apakah kita berupaya memanjat suatu pohon atau tidak? Kita terus panjat sahaja. Sentiasa ada dahan untuk kita meletakkan kaki kita. Sama juga halnya di sini, terus letakkan satu kaki di hadapan kaki yang lain. Setiap kesilapan membawa anda lebih dekat ke matlamat anda. Dan setiap kejayaan memacu anda lebih laju dalam perjalanan menuju impian anda. Awak boleh lakukannya. Anda benar-benar boleh.

Mengikuti petua mudah ini boleh mencipta perubahan dalam hidup anda. Tidak ada siapa yang dilahirkan sebagai ahli perniagaan. Tetapi dengan perancangan yang baik dan sedikit usaha, ia boleh dilakukan. Menjadikan hidup anda lebih bermakna dengan melakukan perkara yang anda sukai sangatlah bernilai. Selamat berjaya!

Share: