Beberapa hari yang lepas (14 hingga 16/08/2017), saya dan my MR.Bee try buka akaun kat CHILINDO. Ramai yang sudah tahu apa itu CHILINDO, right? Tapi kalau belum tahu, hari ini korang akan tahu.
CHILINDO adalah laman membeli belah pelbagai jenis barang dengan cara membida. Pihak CHILINDO membuat lelongan barangan bermula hanya RM1.00 sahaja. Tak kiralah barangan apa pun. Dari besar ke kecil tetap bermula dari RM1.00.
Caj penghantaran pula adalah hanya RM8! Tak kisah berapa banyak barang yang korang beli kat CHILINDO, berat atau ringan, besar atau kecil, tetap RM8! Interesting? Of course-laaah!
Boleh ke laman klik>>www.chilindo.com<<klik untuk buka akaun anda sendiri dan mula membida barang favourite korang.OK! Barang apa? Oh! Ada pelbagai jenis barangan kat CHILINDO.
Antaranya adalah barangan dapur seperti pisau, gunting sayur, periuk, dapur api, err...banyak lagi! Boleh lihat sendiri kat laman web mereka.OK!
OK! SEBELUM korang membida barang kat CHILINDO, mesti fahamkan betul-betul terlebih dahulu. Barangan yang dilelong di CHILINDO bukanlah barangan rare, atau antik, atau barangan lama, atau barangan limited edition, atau barangan yang sukar didapati di tempat lain. Semua barangan di CHILINDO adalah barangan biasa-biasa sahaja. Kenapa saya kata, barangannya adalah barangan biasa sahaja? OK..barangan yang dilelong kat CHILINDO adalah barangan yang boleh kita dapati dari kedai lain juga! Malah boleh juga didapati di laman membeli belah yang lain seperti, LAZADA! SHOPEE! atau LELONG.MY! atau...MUDAH.MY? atau ALIExpress... 😉
SO...jika barang CHILINDO hanya barangan biasa, kenapa kita nak membida juga?
OK! Untuk saya dan MR.Bee, this is so FUN! hahahaha! OK, kidding...
Actually, jika barangan tersebut berbaloi untuk kita miliki melalui perkhidmatan CHILINDO, apa salahnya kita jadi pembida.
Keistimewaan CHILINDO bagi saya dan my MR.BEE ialah kerana lokasi kami adalah di Wilayah Persekutuan Labuan. Barangan kat LABUAN ni, boleh tahan mahal. Thats why, kami prefer beli barang online berbanding beli barang kat LABUAN. Tapi kalau terdesak dan tak ada pilihan memang beli kat sini je laa selain dari ke Kota Kinabalu untuk beli barang yang diidamkan malah banyak pilihan. chehh! kekeke...
Jadi, membida kat CHILINDO ni BUKANLAH untuk BERTANDING siapa yang MENANG maka dia lah HEBAT membida. PEMBIDA yang hebat disini adalah, dia MENANG dengan HARGA yang sesuai dengan bajet poket sendiri dan dapat harga yang murah dari di tempat yang lain melainkan memang dah jatuh cinta sangat dengan barang kat CHILINDO tu, haa..bida la tinggi-tinggi...
Lagi murah, lagi bagus! Itu prinsip terbaiik untuk kita pegang sebelum kita excited nak menang semasa membida di CHILINDO.
TIPS MEMBELI ATAU MEMBIDA BARANGAN DI CHILINDO DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI, ialah....
💟Bandingkan harga barang tersebut di laman membeli belah yang lain terlebih dahulu seperti LAZADA, SHOPEE,LELONG.MY atau MUDAH.MY atau mana-mana yang korang tahu.
💟Bandingkan harga barang tersebut di kedai-kedai berdekatan tempat tinggal korang.
💟Pastikan bajet tersebut adalah bajet yang anda sanggup bayar untuk barangan tersebut.
💟Semasa kita membida barangan di CHILINDO, kita akan dikenakan caj servis sebanyak 10% dari harga barang yang kita menang. Jadi, pastikan murah apabila dicampurkan dengan 10% dan caj penghantaran tersebut.
💟Membida pada waktu-waktu yang sesuai seperti jam 5 petang, 3 pagi, 4 pagi dan jam 6 pagi (Tips ini semakin tidak berkesan jika pengguna CHILINDO semakin meningkat dan ada pengguna baru yang teruja sampai taknak tido).
💟Sebelum membida, perhatikan dahulu harga paling murah (paling rendah) dan paling mahal (paling tinggi) yang pernah dimenangi oleh pembida lain. Hal ini kerana kita akan tahu berapa bajet yang pembida lain sanggup untuk menang.
💟Kalau kita nak juga barang tu, boleh cuba bida dengan harga yang paling murah tadi. Kalau kalah juga, boleh bida dengan harga antara paling tinggi dan paling rendah. Kalau tak berbaloi, bagus blahh je.. (Memerhatikan memang akan mengambil masa).
💟Jangan marah kalau kalah, sebab kita akan letak harga tak masuk akal semata-mata untuk menang. Hahaha! Contohnya kat bawah ni..
Katil/Sofa angin kat atas ni boleh beli dengan harga RM100++ kat Tesco tau. Tak perlu spend sampai RM824.50 ... Wahaha... BUT don't worry, jika kita menang dengan harga yang tidak patut dan tidak berbaloi, tak apa. Jangan daftar keluar dari troli atau maksudnya, jangan barang barangan tersebut. Biarkan je dalam troli. Nanti CHILINDO akan lelong semula barang tu selepas 3 hari kita tak daftar keluar.
Setakat ni, tu sahaja tips yang saya boleh kongsikan kepada sesiapa yang memerlukan.
Lepas membida tu,jangan lupa bayar kalau dah suka barang tu.. kekeke... Boleh baca klik>>kaedah pembayaran<<klik untuk maklumat lanjut mengenai bayaran OK...
Then, Saya nak kongsikan pula barang apa yang saya bida di CHILINDO!
Di bawah ni adalah barang yang saya bida dan saya menang :
PEMBIDAAN PERTAMA
Plan nak beli 1 lagi TV. Tiba-tiba nampak ini, jadi saya bida la. Dapat harga RM9.90 kat Labuan ni boleh tahan murah juga! Yayh! |
This pop socket, saya tak sure nak cari kat mana kat Labuan ni. Tak jumpa langsung. Yang jenis ring tu ada lah.. So, bida je lah. Yang penting bukan RM10.00 satu. Hahahaha! |
PEMBIDAAN KEDUA
Kenapa ada pembidaan pertama dan kedua? Sebab saya terdaftar keluar dah yang pertama tu. huhu... So, saya kena bayar penghantaran sebanyak RM16! Boleh buat penghantaran sekaligus walaupun ada dua invois tetapi kena emailkan dahulu kepada pihak CHILINDO. Disebabkan saya malas, jadi saya biarkan je ada dua penghantaran. NASIB BAIK saya buat dua penghantaran...kalau taaakkk....baca kat sini sebab apa - klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 2)<<klik
Beg Buaya ni cute kan! Bagi saya RM15.00 masih murah. Lagipun beg ni cute dan sesuai untuk someone. Hehehe... Dah membida kat CHILINDO jadi saya sekalikan la untuk hadiah orang birthday. |
Beg kelabu ni! Saya nak sangat..tapi susah betul nak dapat harga dalam RM15.00 atau RM20.00.. huhuhu... So, saya pun bida la beg ni RM25.70. |
Jam tangan ni warna warni. Saya suka sangat warna warna warni... Jadi saya bida dalam RM10.00 tapi kalah. Malas nak menunggu lagi, jadi saya bida je RM11.00 terus sebab memang nak jam ni. |
Ini untuk saya. Waktu-waktu period, memang aktiviti kegemaran saya cat kuku.. huhu... bida RM1.50. Layan.. |
OK! Lampu ni cantik sangat tau... Kalau pasang kat dalam gelap, tengok kat siling... ada bintang-bintang berwarna-warni..Saya bida yang ni pun someone's birthday juga. |
Ini pun untuk someone juga. Tak sangka pula dapat RM4.90 je. |
Pita pengukur ni untuk MR.BEE... sebab dia dalam projek buat bilik. Selalu pinjam ayah punya pita pengukur. Sekarang dah ada sendiri. Senang sikit. Ngeh ngeh.. |
This is my favourite too! hehe... kitorang selalu breakfast telur rebus.. and, memang selalu nak soft atau medium. Tapi selalu tersilap. Terlebih masak pula. RM3.70 bagi saya still murah. |
Itu semua barang-barang yang saya bida dan menang dengan harga yang bagi saya berbaloi. Dan, saya sangat suka membida barangan di CHILINDO ni. Seronok dan memukau.. Hahahaa!
Selepas kita siap membida, kita perlu daftar keluar untuk buat bayaran. Semasa kita klik daftar keluar, akan dipaparkan invois. Invois tersebut, akan senaraikan semua barang-barang yang kita menang tu. Simpan invois ni untuk buat checklist setelah barang-barang kita sampai kelak. Takut ada barang yang tak ada pula.huhu..
Rupa invois tu adalah seperti dalam gambar di bawah :
OK!
Lepas tu, kita akan di bawa ke kaedah pembayaran selepas nampak invois.
Haa..begitulah,cerita berkenaan CHILINDO tapi cerita saya mengenai CHILINDO ni belum tamat lagi!
Boleh baca sambungannya kat sini :
💟klik>>Cara dan Kaedah pembayaran selepas membida di CHILINDO<<klik
💟klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 1)<<klik
💟klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 2)<<klik
💟klik>>Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
9 Kata-kata Dari Teman:
Menarik nampaknya. Belum terjebak lagi dengan chilindo ni. Parah ni kalau terrr daftar.hehe
memang menarik sangat #UmmuTiqah. Hehehe... Seronok layan bid kat CHILINDO ni.
Tp yg sy confused bila kita dah bida kan..mmg ssh jgk nk menang kan..tp mmg seronok
Semakin ramai user kat CHILINDO. And kadang rasa pelik juga laa dengan price yang seolah2 sudah ditetapkan tu.. Tapi better check harga kat website beli belah online yang lain juga sebelum beli kat Chilindo. Takut terkena mahal. Hehe.
Sy biasa dpt brg semua below rm5 shj- lbh sy left
oh hehe...bagus buat macam tu. jimat kan. Mana mana barang yang kita bida kat Chilindo tapi harga tak berbaloi, tak perlu beli. Rasanya ada lagi yang lebih murah kat tempat lain.
Stiap barang bidaan kan ada had belian blej ke kita beli lbih dri had quantiti itu
With my extensive experience and knowledge, you could be assured you is going to be getting exceptional mortgage advice. canada mortgage calculator The maximum amortization period for all those mortgages is 35 years. mortgage payment calculator canada
Catat Ulasan