SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 14 Ogos 2017

Menjawab Semua Soalan Mengenai Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 1)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hii guyss....

Melalui entry saya mengenai "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh lahir" , terdapat banyak persoalan sebab tak faham cara mengira. OK! Saya cuba jawab semua soalan. In Shaa Allah.

Soalan [1]
"Pleasela........sy tak faham ni......cara pengiraan tuh tak brpe jelas.....harap dpt bantu sy......"

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

OKla...untuk lebih jelas cara kira, saya jelaskan satu per satu.


💟Mula-mula pilih satu tarikh lahir. Saya pilih 16/09/1990 sebab tu tarikh lahir saya.
💟Lepas tu, Lukis segi tiga terbalik dan buat pembahagi seperti di dalam rajah di bawah.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟Lukis 7 kotak kecil seperti rajah di bawah (Kotak biru bertanda A hingga G).
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟Kemudian, Letakkan tarikh lahir di tempat yang ditetapkan seperti berikut.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 6 = 7 . Tulis nombor 7 ke dalam kotak biru bertanda A.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟0 + 9 = 9 . Tulis nombor 9 ke dalam kotak biru bertanda B.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 9 = 10 . Disebabkan nombor 10 mempunyai dua digit (dua nombor), jadi kita tambahkan lagi nombor 10 ini agar menjadi 1 digit sahaja. SO, 1 + 0 = 1 . Tulis nombor 1 ke dalam kotak biru bertanda C.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟9 + 0 = 9 . Tulis nombor 9 ke dalam kotak biru bertanda D.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

OK! Sekarang kita dapatkan pula kiraan untuk kotak biru bertanda E dan F.

💟7 + 9 = 16 (Nombor dalam Kotak A tambah dengan nombor dalam Kotak B,jawapannya adalah nombor dalam Kotak E) . Jadikan nombor 16 ini kepada 1 digit sahaja. 1 + 6 = 7. Tulis nombor 7 di kotak bertanda E.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 9 = 10 (Nombor dalam Kotak C tambah dengan nombor dalam Kotak D,jawapannya adalah nombor dalam Kotak F). jadikan nombor 10 ini kepada 1 digit sahaja. 1 + 0 = 1. Tulis nombor 1 di kotak bertanda F.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Siap yang di atas, kita dapatkan pula jawapan untuk Kotak biru bertanda G.

💟7 + 1 = 8 . Tulis nombor 8 di kotak bertanda G.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Siap!
Kotak biru bertanda G merupakan nombor ASAS kita mengikut kiraan tarikh lahir mengikut format yang saya sudah jelaskan dari atas. So, maksudnya... Nombor 8 adalah NOMBOR ASAS SAYA. Sekarang, kira pula tarikh lahir korang. Dapat nombor berapa untuk di kotak biru bertanda G mengikut tarikh lahir korang? Hehehe...

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Bagi NOMBOR ASAS 8 ini adalah merupakan element API! yang membawa maksud seperti berikut :

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

PERGH!! Korang bagaimana pula? Element apa? Apa pun, saya harap cara saya jelaskan kali ni, korang lebih faham cara mengira OK!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Kaklong Chan berkata...

Kaklong dapat No.6 = Metal.

TQ tau. Tak sabar nak tunggu part 2 ^^

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, kiraan metafizik ni hampir accurate dengan diri saya, mohon ada sambungan lagi . Tq

Sofinah Lamudin berkata...

Hai kak long. Terima kasih datang sini. Part 2 on the way... :)

Sofinah Lamudin berkata...

ada sambungan. Belum publish lagi, soon. Thanks sebab datang blog ni.