Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, May 25, 2011

Kucing Angkat

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semalam, masa balik kerja tu, saya dengar bunyi kucing 'asing' dalam rumah saya ni. Hmm...kakak saya tu memang pencinta wanita.eh! Maksud saya pencinta kucing! Rupanya, dia dah bawa balik seekor anak kucing lagi...

Kucing tu, ekor dia kontot/pendek!

Hari ni saya lepak kat rumah je. Malas nak ke mana-mana..nak rehat habis-habisan..nak landing tahap gila-gila punya..Hahaha...Sekarang ni, saya blogging sambil dikelilingi oleh para anak kucing yang pelbagai saiz..Termasuk 'kucing angkat' tu lah ada kat sebelah saya sekarang.

Kakak saya panggil kucing tu 'kontot' ? Err...pasal ekor dia lah tu! Saya kira nak panggil dia Si Manja..sebab dia manja betul kat saya..tapi dah asyik dengar orang dalam rumah ni panggil tot tot tot... so, lupakan lah nak panggil Si Manja. Otak saya terprogram dengan perkataan tot. meh~

Si Ontot yang kurus kering. Huhu..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

2 comments:

  1. hehe zuan nampak kucing yg d belakang tu.. hitam putih... kucing tu ka yg sophee lukis tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe..Zuan..kucing kat belakang tu memang hitam putih tapi yang sophee lukis bukan yang tu..Actually, banyak kucing hitam putih kat rumah Sophee ni. Kakak Sophee rajin dan sayang semua kucing tu.. InsyaaAllah kalau masa mengizinkan,Sophee bagi tunjuk semua gambar kucing Sophee kat blog ni. Memang niat nak simpan kat blog ni tapi tak ada kesempatan..hehe...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Sila Komen.