Follow Instagram @sofinahlamudin

Sunday, July 22, 2012

Beg Hitam Yang Menghantui Kita



Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tertanya-tanya apakah itu      BEG HITAM? HEHE.

Beg sandang hitam? Beg sekolah atau beg yang dibawa ke pantai? Sebenarnya, kisah Beg Hitam ni, lebih kurang dengan entri saya yang bertajuk ‘Saturday Evening Post’ yang lalu. Mungkin ini lebih senang untuk difahami bagi mereka yang pernah merasa situasi yang sama seperti yang saya rasa suatu ketika dahulu.

Sebenarnya kisah BEG HITAM ni telah dikongsikan oleh seorang pemimpin saya di sebuah company MLM iaitu ELKEN. Pada masa tu, beliau datang daripada Sandakan untuk membimbing kami di Labuan dalam perniagaan. Di waktu terluang, kami makan bersama-sama di Taman Damai, Layang-Layangan, WP.Labuan. Sebagai seorang pemimpin yang sangat saya kagumi, apa sahaja perkongsian beliau sangat menarik minat termasuklah tentang BEG HITAM.

Pernah merasa kecewa yang bertubi-tubi? Atau merasa kecewa dengan pelbagai perkara yang berbeza dalam satu masa? Simple.  Oleh kerana peristiwa-peristiwa hitam yang lalu membuatkan kita berhenti dan tidak mahu terus melakukan sesuatu yang terbaik. Pendirian kita berubah-ubah. Kita goyang. Hidup berdasarkan lalang. Kita terjatuh , cuba untuk bangun tetapi tetap jatuh.

Pernah tak korang membenci seseorang sehingga apabila korang melihatnya meski hanya dari jauh korang akan bergetar dan merasa sangat sakit hati?! Masa tu lah korang akan mengingat semua kesalahan dan apa sahaja yang dia pernah lakukan terhadap korang yang sangat menyakitkan hati.

Inilah BEG HITAM. Korang masih membawa sesuatu yang berat di bahu korang!

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN MANUSIA LAIN akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

LUPAKAN SEMUA KEKESALAN  KITA DAN BERTAUBATLAH akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

FIKIRKAN DARI SUDUT POSITIF KENAPA SEMUA ITU BERLAKU akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

MAAFKAN DIRI SENDIRI DENGAN TIDAK TERLALU MERASA BERSALAH akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam ke mana-mana.

BERSIHKAN HATI DENGAN TIDAK PERNAH MENYIMPAN PERASAAN DENDAM DALAM HATI AKAN MEMBUAT KITA MERASA SANGAT BERLAPANG DADA! Tuhan ajar kita untuk memaafkan orang lain kerana, Tuhan mahu kita tahu, jika kita berdosa kepadanya, TUHAN TETAP MENERIMA KITA SEADANYA! Kita semua manusia. Kita semua sama sahaja. Katakan BOLEH untuk menjadi hamba yang pemaaf. Tuhan kita ajar kita macam tu, right? :)

Lepaskan apa sahaja yang membebankan kita! Kita layak untuk hidup gembira! Hidup kita sangat singkat untuk memikir perkara-perkara yang menyedihkan! Hidup kita sangat singkat untuk terus merasa diri kita tidak berguna. TERUS BERJUANG TANPA ADA BEG HITAM!

P/S : Apa sahaja perasan yang negatif akan membuat kita terbeban tanpa kita sedari. SAYA HARAP, LEPAS NI KITA SEMUA BUANG BEG HITAM TU JAUH-JAUH. JANGAN SESEKALI MENGAMBILNYA SEMULA DAN MEMBAWANYA KEMANA-MANA. BEG TU SANGAT BERAT! OKE! HEHE.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

5 comments:

  1. Aku suka psl artikel beg hitam ni...mmg bermakna...teruskan usaha...

    ReplyDelete
  2. Satu arTikeL yang memberikan insPirasi dan motivasi.. PergHhh! :D _Mantan_ :D

    ReplyDelete
  3. esok aku tukar beg warna pink la...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.