Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, July 23, 2012

Desire To Fail - Pernah dengar orang sengaja nak gagal tak?


Assalammualaikum Blogger dan Readers,

DESIRE TO FAIL atau KEINGINAN UNTUK GAGAL. oh! Saya pun tak sangka bahawa ada orang yang ingin gagal. Pada pendapat saya selama ni, tak ada makhluk tuhan yang nak gagal dengan sengaja tapi rupa-rupanya orang yang seumpama ini wujud tanpa kita sedari. Hati-hati! mungkin kita sedang berada di situasi ini tanpa kita sedari.

Keinginan untuk gagal berpunca dari perasaan takut. Kita inginkan kejayaan...kita mahukan kejayaan. Namun, dalam masa yang sama kita sedang lari dari kejayaan. Macam mana yang saya maksudkan? Contohnya, kita mendapat satu panggilan temuduga. Wah...kita gembira dan kita pergi ke tempat temuduga. Kemudian, kita berjaya mendapat jawatan tu. Tapi tiba-bila kita tak mahu jawatan tu dan ambil keputusan untuk tidak bekerja sebagai jawatan tu.

Semua tu berlaku atas sebab kita takut akan tanggungjawab baru, suasana baru, gaya hidup baru, orang-orang baru dan terpaksa meninggalkan persekitaran lama. Ibarat orang pedalaman yang inginkan kekayaan seperti orang bandar tetapi takut untuk keluar kampung kerana tidak berani menghadapi segala cabaran dan tanggunjawab baru. Ini lah yang dimaksudkan keinginan untuk gagal.

Keinginan untuk gagal ini wujud apabila kita takut dengan apa yang bakal kita bawa bersama dengan kejayaan tersebut. Misalnya, kita berjaya mendapat kenaikan pangkat..tetapi kita tolak kerana takut dengan kerja yang lebih banyak dan hebat cabarannya...kita mahu belajar untuk meluaskan pemandangan tetapi kita takut berjauhan dengan ibu dan ayah lalu membatalkan niat dan cita-cita.

Sekiranya saya ialah seorang majikan sebuah syarikat, saya tidak akan suka pada pekerja yang seperti ini. Hal ini kerana, saya yakin dan pasti sekiranya saya memberikan dia satu tugasan, dia akan berusaha menyiapkan kerjanya..tetapi..apabila sudah hampir siap, dia mula berhenti dan menangguh-nangguhkannya. Puncanya kerana dia terfikir jika satu tanggungjawab sudah siap, dia akan diberikan 1 tugasan lain lagi dan mungkin tanggungjawabnya akan lebih bertambah. Pekerja seperti ini sangat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada syarikat. Membayar gajinya tidak berbaloi. Kepercayaan yang diberi tidak ada gunanya.

Orang seperti ini biasanya menggunakan dialog seperti di bawah :
"Seronok! saya suka...saya nak ...TAPI...."
"Saya sayang...TAPI..."
"Itu bagus!...TAPI..."

P/s : BUKA MATA, BUKA MINDA, BUKA HATI..Sekiranya ingin berjaya, kita tidak boleh hanya berdiri sahaja di anak tangga dan menunggu atau setelah naik satu tangga, kita turun semula satu anak tangga (Janganla asyik fikir tentang escalator saja! HAHA). Kita perlu daki satu demi satu anak tangga! Lebih banyak cabaran, akan bertambah kematangan, kemahiran, potensi dan ilmu. Hidup 'bertapi-tapi' tidak akan mendapat apa-apa hasil melainkan kita CUBA dan CUBA dan terus BERUSAHA...tanpa henti!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

2 comments:

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.