Erk! -Gambar Hiasan- HAHA. |
Bunyi tajuk
di atas seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia pula kan? Hehe..Sebenarnya saya pernah
terbaca tentang ni dalam sebuah buku ketika zaman saya rajin melepak kat
Perpustakaan Awam. Buku tu kategori motivasi. Salah satu topik dalam
buku tu ialah “Jangan tanya kenapa tetapi tanyalah bagaimana..”
Tajuk tu
menarik perhatian saya. Jadi, saya baca. Bila fikir-fikir balik, BETUL JUGA!
Buat apa kita sibuk-sibuk nak tanya kenapa. Kan bagus kalau kita tanya
bagaimana.
Perasan atau
tidak, rutin harian kita yang sama tetap membuat kita melakukan kesilapan dan
kadang-kadang muncul masalah yang tidak diduga ,kan?
Cuba kita
fikir dan imbas kembali saat kita mengalami sesuatu masalah tersebut. Adakah kita akan
bertanya pada diri kita atau orang lain “Bagaimana untuk selesaikan perkara
ini?” atau “Ada idea tak untuk selesaikan hal ni?”
Atau pun
kita akan mengeluarkan soalan “Kenapa boleh jadi begini?” atau “kenapa kamu
lakukan itu hingga hal ini berlaku?”
Cuba kita
periksa! Wajarkah kita untuk bertanya “Kenapa” saat kita perlu menyelesaikan
masalah tersebut? Kenapa kita perlu mencari sebab dan ingin tahu kesilapan
orang atau diri sendiri atas perkara yang sudah berlaku? Masalah sudah berlaku.
Nasi sudah menjadi bubur. Sekiranya kita tahu kenapa orang lain melakukan itu,
adakah masalah akan selesai setelah mereka menceritakannya kepada kita?
Memang tidak
salah sekiranya kita bertanyakan “kenapa” tetapi, sekurang-kurangnya, kita
tanyakan lah dahulu soalan yang boleh membantu masalah selesai sebelum
mendengar jawapan kenapa. Tidak penting soalan kenapa melainkan hanya “kenapa”
yang akan membuat kita dapat menyelesaikan masalah!
Kadang-kadang
saya hairan kebanyakkan orang akan selalu bertanya “Kenapa” berbanding “bagaimana”. Lebih kerap bertanya "kenapa" untuk menyerang atau mengkritik atau nak menunjukkan yang itu salah. Bukan untuk
membantunya menyelesaikan masalah dan bukan juga untuk memberitahunya cara yang betul agar tidak berlaku sedemikian lagi kelak.
Kadang-kadang
saya hairan juga jenis orang yang selalu bertanya “Kenapa saya boleh buat macam tu?”
berbanding “Bos, bagaimana caranya untuk saya membaiki keadaan yang sudah
berlaku atas kesilapan saya?”
Saya pasti
korang mesti pernah alaminya,contohnya...kita dan bos di tempat kerja kita. Apabila bos tanya, kenapa kita lakukan seperti itu,
lalu kita jawab secara jujur, kita tetap ‘ditembak’ lagi malah ‘disembur dakwat sotong’.
HAHAhaha.
Selain itu, bila
kita fikirkan dari segi psikologi, soalan “kenapa” tidak pernah membantu kita
untuk bersemangat menyelesaikan masalah. Malah membuatkan kita bertambah merasa
bersalah! Sudah merasa bersalah merasa menyesal tidak sudah!
Apa kata
kita soal pada diri kita, “Bagaimana untuk aku tidak melakukan ini lagi?”
bukankah secara automatik kita akan
bangun dan terus tidak melakukannya lagi? Secara tidak langsung tercoret dalam
minta satu azam baru dan pengajaran untuk kesilapan lalu.
Warning! Walau bagaimanapun, penggunaan KENAPA, boleh digunakan untuk mencapai impian. Berbanding menggunakan BAGAIMANA.
Penggunakan BAGAIMANA adalah istilah yang hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah bukan mencapai impian.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋
3 Kata-kata Dari Teman:
Saya pun dah follow blog ni. Org Sabah ke? Area mana? Nanti saya dan famili g Sabah boleh la jadi pemandu pelancong saya ek...hehe
Thanks follow =)
Ha'a saya orang Sabah. hmm..kat Wilayah Persekutuan Labuan.
Tahu tak kat mana?
hihi dedua pung boleh ! tp mmg selalu kenapa . sebab dari kenapa timbul bagaimana .
Catat Ulasan