Assalammualaikum Bloggers dan Readers,
Beg sandang
hitam? Beg sekolah atau beg yang dibawa ke pantai? Sebenarnya, kisah Beg
Hitam ni, lebih kurang dengan entri saya yang bertajuk ‘Saturday Evening Post’
yang lalu. Mungkin ini lebih senang untuk difahami bagi mereka yang pernah merasa
situasi yang sama seperti yang saya rasa suatu ketika dahulu.
Sebenarnya
kisah BEG HITAM ni telah dikongsikan oleh seorang pemimpin saya di sebuah
company MLM iaitu ELKEN. Pada masa tu, beliau datang daripada Sandakan untuk
membimbing kami di Labuan dalam perniagaan. Di waktu terluang, kami makan
bersama-sama di Taman Damai, Layang-Layangan, WP.Labuan. Sebagai seorang
pemimpin yang sangat saya kagumi, apa sahaja perkongsian beliau sangat menarik
minat termasuklah tentang BEG HITAM.
Pernah
merasa kecewa yang bertubi-tubi? Atau merasa kecewa dengan pelbagai perkara
yang berbeza dalam satu masa? Simple. Oleh kerana peristiwa-peristiwa hitam yang
lalu membuatkan kita berhenti dan tidak mahu terus melakukan sesuatu yang
terbaik. Pendirian kita berubah-ubah. Kita goyang. Hidup berdasarkan lalang. Kita
terjatuh , cuba untuk bangun tetapi tetap jatuh.
Pernah tak korang membenci seseorang sehingga apabila korang melihatnya meski hanya dari jauh
korang akan bergetar dan merasa sangat sakit hati?! Masa tu lah korang akan
mengingat semua kesalahan dan apa sahaja yang dia pernah lakukan terhadap korang yang
sangat menyakitkan hati.
Inilah BEG
HITAM. Korang masih membawa sesuatu yang berat di bahu korang!
MAAFKAN
SEMUA KESALAHAN MANUSIA LAIN akan melepaskan kita dari membawa beg hitam
tersebut ke mana-mana.
LUPAKAN
SEMUA KEKESALAN KITA DAN BERTAUBATLAH
akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.
FIKIRKAN
DARI SUDUT POSITIF KENAPA SEMUA ITU BERLAKU akan melepaskan kita dari membawa
beg hitam tersebut ke mana-mana.
MAAFKAN DIRI
SENDIRI DENGAN TIDAK TERLALU MERASA BERSALAH akan melepaskan kamu dari membawa
beg hitam ke mana-mana.
BERSIHKAN
HATI DENGAN TIDAK PERNAH MENYIMPAN PERASAAN DENDAM DALAM HATI AKAN MEMBUAT KITA MERASA SANGAT BERLAPANG DADA! Tuhan ajar kita untuk memaafkan orang lain
kerana, Tuhan mahu kita tahu, jika kita berdosa kepadanya, TUHAN TETAP MENERIMA
KITA SEADANYA! Kita semua manusia. Kita semua sama sahaja. Katakan BOLEH untuk
menjadi hamba yang pemaaf. Tuhan kita ajar kita macam tu, right? :)
Lepaskan apa
sahaja yang membebankan kita! Kita layak untuk hidup gembira! Hidup kita sangat
singkat untuk memikir perkara-perkara yang menyedihkan! Hidup kita sangat
singkat untuk terus merasa diri kita tidak berguna. TERUS BERJUANG TANPA ADA
BEG HITAM!
P/S : Apa
sahaja perasan yang negatif akan membuat kita terbeban tanpa kita sedari. SAYA HARAP, LEPAS NI KITA SEMUA BUANG BEG HITAM TU JAUH-JAUH. JANGAN SESEKALI MENGAMBILNYA SEMULA DAN MEMBAWANYA KEMANA-MANA. BEG TU SANGAT BERAT! OKE! HEHE.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
4 Kata-kata Dari Teman:
Aku suka psl artikel beg hitam ni...mmg bermakna...teruskan usaha...
terima kasih =)
esok aku tukar beg warna pink la...
haha. Tukar laa =P
Catat Ulasan