Punca-Punca Terbentuknya Perasaan Rendah Diri Di Dalam Diri Seseorang :
Ada banyak sebab bagaimana perkara ini berlaku. Antara sebabnya adalah semasa kita kecil, kita dilarang melakukan itu dan ini atau telah ditanamkan perasaan bahawa kita tidak berkebolehan melakukan sesuatu oleh orang lain. Ini tidak bermakna orang lain ini sengaja hendak merosakkan hidup kita. Mereka ini mungkin bermaksud baik dan kerana terlalu sayangkan kita dan tidak ingin melihat kita kecewa atau tercedera maka mereka selalu melarang kita melakukan sesuatu. Masalahnya, cara penyampaian mereka ini mungkin secara negatif yang mana apabila terlalu banyak penyampaian secara negatif ditanam ke dalam diri kita, akhirnya apa yang terhasil adalah negatif.
Akhirnya, apabila kita dewasa, kita terus mempercayai perkara-perkara ini dan sentiasa mengulanginya di dalam minda kita apabila hendak melakukan sesuatu.
Maka, sebab itulah timbulnya kepercayaan dan perkataan "Saya tidak boleh melakukannya" , "Saya tidak akan dapat menyiapkannya" , "Saya tidak pandai!" , "Saya tidak berguna" dan bermacam-macam pemikiran yang negatif yang kita dengar diri kita sendiri melafazkannya. Selagi pemikiran-pemikiran ini wujud, maka sampai bila pun kita tidak akan berjaya.
Adakah pada saat ini timbul pada pemikiran kita, "Betul ke apa yang dia cakap ni?" atau "Macam tak boleh percaya je apa yang dia cakap ni.." Itu semua adalah suara-suara negatif yang datang dari minda kita sendiri untuk menolak kata-kata positif atau perkara-perkara yang positif.
Kita telah berfikir, kita telah menanamkan satu kepercayaan, satu keyakinan dan satu kenyataan di dalam pemikiran kita. Itulah yang kita lakukan setiap masa, setiap minit, setiap saat; tidak kiralah sama ada yang positif atau negatif. Itulah yang berlaku setiap hari.
Sekiranya setiap hari kita menanamkan pemikiran negatif di dalam diri kita contohnya "Saya ni memang bodoh!" atau "Saya ni memang lembab!" , akhirnya kita akan mempercayai pemikiran-pemikiran negatif ini dan kita akan menjadi sebagaimana pemikiran kita itu. Kepercayaan inilah yang akan membuatkan kita berasa rendah diri dan menjadi kurang yakin kepada diri sendiri. Seperti yang orang kata, percakapan itu ibarat satu doa. Dan apabila kita berdoa, InsyaALLAH, Allah akan kurniakan apa yang kita doakan itu.
Oleh itu, sekiranya kita ingin mencapai apa yang kita impikan, lakukan perkara ini:
Mulai hari ini sentiasalah berfikiran positif terutamanya tentang kebolehan kita sendiri. Contohnya, "saya akan dapat mencari jalan untuk mencapai cita-cita saya walaupun beribu halangan yang datang!" Cakap kuat-kuat sekiraya perlu. Tetapi janganlah pula terjerit-jerit. Nanti orang ingat kita gila pula 😀😁😂
Selalulah menjana pemikiran positif sehingga kita mempercayainya. Lupakan kritikan yang tidak membina yang orang katakan tentang diri kita pada masa lepas. Itu semua telah menjadi sejarah dalam lipatan hidup kita. Mulakan kepercayaan baru, kenyataan baru dan keyakinan baru di dalam diri kita.
Pada masa hadapan, anggaplah kritikan-kritikan yang tidak membina itu sebagai satu cabaran untuk menjadikan diri kita orang yang lebih baik dan ambillah kritikan yang membina itu sebagai landasan untuk memperbaiki diri kita.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
2 Kata-kata Dari Teman:
Artikel ni mmg bagus la...lebih2 lagi psl benda ni...sbb benda ni la kita hilang keyakinan diri...rendah diri ni bagus utk tanamkan sifat tawaduk..tp klu terlalu merendah diri bleh menyebabkan kita depression...tidak mau bergaul dgn org dan bnyk lagi la....
ha'a.. betul tu awak.. hehe... lepas ni, kita kena lah belajar untuk yakin diri. hehe...
Catat Ulasan