Assalammualaikum Bloggers dan Readers,
Tidak
seperti Ramadhan tahun lalu. Tahun ni, saya menyambut Ramadhan sebagai
kakitangan DJ di Lapangan terbang, Labuan. Suasana agak cukup berbeza.
Kawan-kawan juga bukan kawan-kawan dulu lagi. Apa-apa pun, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kawan-kawan di DJ sangat menghiburkan hati ! sama seperti
semasa saya bekerja di Parkson lebih kurang 4 tahun lamanya.
Hari pertama
berpuasa so far so good bak kata seorang kawan di DJ. HAHA. Walau bagaimanapun,
agak menguji kekuatan, kesabaran dan iman, saya ialah penghuni outlet DJ yang
berhadapan dengan McDonalds. HAHA. Agaknya, apa perasaan pekerja McD tu?
Perkara yang
tidak pernah berbeza seperti tahun-tahun yang lalu, apabila berbuka puasa, mak
ayah pasti belanja saya ayam golek! GAGAGA dan kakak saya akan belikan Ais
Batu Campur. Sayang kat family saya 100% dan selamanya!
Bos saya pula
sibuk nak kami pasang lagu Ramadhan dan lagu Raya kat outlet. HAHA. Terasa awal
sangat pula nak on lagu raya hari ni. Baru hari pertama Ramadhan ni. Hahaha!
Saya bersyukur masih boleh bertemu Ramadhan. Kepada kawan-kawan saya, saya
mohon maaf sekiranya selama ni saya dah buat korang terluka, tersinggung atau apa
saja yang buat korang sakit hati. Pernahkah korang merasa satu kelapangan? Saya sudah berjaya melepaskan ‘BEG HITAM’ yang saya sentiasa bawa yang membuat saya sangat sukar untuk terus berjuang dan sebagainya. Mesti korang tidak faham apa
maksud saya dengan 'BEG HITAM' kan?..tak apa Boleh baca mengenai 'BEG HITAM' di entri saya yang bertajuk - "Beg Hitam Yang Menghantui Kita" .
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
2 Kata-kata Dari Teman:
sofie, aku minta maaf atas segala kesilapan ok :) salam ramadhan
hehe... sama2 yan. aku pun minta maaf juga k =) hehehe... yan, thanks!! =D i like this =P
Catat Ulasan