Assalammualaikum Blogger dan Readers,
DESIRE TO FAIL atau KEINGINAN UNTUK GAGAL. oh! Saya pun tak sangka bahawa ada orang yang ingin gagal. Pada pendapat saya selama ni, tak ada makhluk Tuhan yang nak gagal dengan sengaja tapi rupa-rupanya orang yang seumpama ini wujud tanpa kita sedari. Hati-hati! mungkin kita sedang berada di situasi ini tanpa kita sedari.
Keinginan untuk gagal berpunca dari perasaan takut. Kita inginkan kejayaan...kita mahukan kejayaan. Namun, dalam masa yang sama kita sedang lari dari kejayaan. Macam mana yang saya maksudkan? Contohnya, kita mendapat satu panggilan temuduga. Wah...kita gembira dan kita pergi ke tempat temuduga. Kemudian, kita berjaya mendapat jawatan itu. Kita bekerja keras dan akhirnya kita dapat tawaran kenaikkan pangkat tapi tiba-bila kita menolak jawatan tersebut.
Semua tu berlaku atas sebab kita takut akan tanggungjawab baru, suasana baru, gaya hidup baru, orang-orang baru dan terpaksa meninggalkan persekitaran lama.Mungkin juga, kita akan terpaksa membuat lebih banyak kerja berbanding biasa. Ibarat orang pedalaman yang inginkan kekayaan seperti orang bandar tetapi takut untuk keluar kampung kerana tidak berani menghadapi segala cabaran dan tanggunjawab baru di bandar. Begitulah juga sebalik..orang bandar takut nak masuk pedalaman sebab takut susah sedangkan di pedalaman ada pengalaman baru dan boleh mendapat pengalaman baru atau boleh melarikan diri dari kesesakan bandar. Kampung kan tenang. Ini lah yang dimaksudkan keinginan untuk gagal. Tidak percaya diri dan kurang keyakinan membuatkan kita menjadi seorang yang mempunyai keinginan untuk gagal tanpa disedari.
Keinginan untuk gagal ini wujud apabila kita takut dengan apa yang bakal kita bawa bersama dengan kejayaan tersebut. Misalnya, kita mahu belajar untuk meluaskan pemandangan tetapi kita takut berjauhan dengan ibu dan ayah lalu membatalkan niat dan cita-cita untuk belajar jauh jauh. Contoh lain, kita mahu sangat berkahwin dan berumah tangga dengan seorang wanita/lelaki yang selalu bersama kita tetapi kerap menangguh tarikh akad nikah atas alasan belum bersedia. Walhal, takut meninggalkan zaman bujang dan takut berjauhan dengan ibu bapa serta takut akan tanggungjawab baru seperti komitmen menjaga anak bila sudah ada anak, takut tanggunjawab menjaga keperluan suami dan sebagainya.
Sekiranya saya ialah seorang majikan sebuah syarikat, saya tidak akan suka pada pekerja yang seperti ini. Hal ini kerana, saya yakin dan pasti sekiranya saya memberikan dia satu tugasan, dia akan berusaha menyiapkan kerjanya..tetapi..apabila sudah hampir siap, dia mula berhenti dan menangguh-nangguhkannya. Puncanya kerana dia terfikir jika satu tanggungjawab sudah siap, dia akan diberikan 1 tugasan lain lagi dan mungkin tanggungjawabnya akan lebih bertambah atau tidak pernah berhenti. Wujudkah kerja yang akan berhenti...? Pekerja seperti ini sangat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada syarikat. Membayar gajinya tidak berbaloi. Kepercayaan yang diberi tidak ada gunanya.
Orang seperti ini biasanya menggunakan dialog seperti di bawah :
"Seronok! saya suka...saya nak ...TAPI...."
"Saya sayang...TAPI..."
"Itu bagus!...TAPI..."
"Saya bukan tak sayang awak...TAPI..."
P/s : BUKA MATA, BUKA MINDA, BUKA HATI..Sekiranya ingin berjaya, kita tidak boleh hanya berdiri sahaja di anak tangga tempat kita berdiri dan menunggu atau setelah naik satu tangga, kita turun semula satu anak tangga (Janganla asyik fikir tentang escalator saja! Wahaha..Sedang escalator pun, kita perlu naik ke atasnya baru boleh gerak). Kita perlu daki satu demi satu anak tangga! Lebih banyak cabaran, akan bertambah kematangan, kemahiran, potensi dan ilmu. Hidup 'bertapi-tapi' tidak akan mendapat apa-apa hasil melainkan kita CUBA dan CUBA dan terus BERUSAHA...tanpa henti!
Semoga entri ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
2 Kata-kata Dari Teman:
Yeah.. dare 2 fail bah cik sofinah.. :)
Dare 2 fail bah cik sofinah.. :)
Catat Ulasan