SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 28 Jun 2013

Blog Challenge - Day 08 : Short term goals for this month and why

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Target saya pada bulan ini adalah bersedia untuk RAMADHAN al MUBARAK! :) Kenapa? Ramadhan saya kali ini akan berlangsung lain dari Ramadhan yang sebelumnya. Saya tidak sabar dan saya yakin Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang sangat bermakna!



Kenapa?
  • Tahun ni saya menyambut bulan Ramadhan bersama Encik Tunang.
  • Berbuka puasa mungkin tidak akan seperti dulu (dengan kawan-kawan - cincai je)
  • Kalau dulu, saya kerja..so feeling Ramadhan dan Raya tu kurang. Cuti raya pun tak. uh... but tahun ni sangat jauh berbeza. Saya dah tak kerja. Belajar buat pendapatan dari rumah.
  • Selain tu, saya nak fokus dalam penyediaan makanan yang baik untuk diet sepanjang bulan Ramadhan.

Antara makanan yang baik untuk diet sepanjang Bulan Ramadhan adalah :

💟 GABUNGAN KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Karbohidrat Kompleks seperti kacang hijau, gandum, beras merah, kacang merah dan oat adalah hidangkan yang terbaik untuk kita gunakan sebagai makanan semasa sahur atau berbuka puasa kerana karbohidrat kompleks ni lebih mengenyangkan dan akan lebih tahan lama (Kenyang dalam tempoh lebih lama atau mudah kenyang). So, memang sesuai untuk diet.

💟 OMEGA 3 dan PROTEIN
Makanan yang kaya dengan OMEGA 3 dan PROTEIN ialah ikan. Kita boleh memilih ikan sebagai lauk berbuka puasa atau semasa sahur. Ikan yang kita boleh pilih adalah seperti ikan Tuna atau Salmon. Ikan yang lain, bukan tak boleh tapi ikan Salmon dan Tuna sangat kaya dengan Omega 3 yang dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Tapi perlu diingat, walaupun ikan Salmon dan ikan Tuna sangat baik untuk mengurangkan kolestrol lantaran kaya dengan Omega 3, cara memasaknya juga memainkan peranan penting. Pilihlah masakan seperti sup atau dipanggang.Kita perlu kurangkan minyak dalam makanan.

💟 DAGING LEMBU TANPA LEMAK
Ramai yang berpendapatan, jika mengambil daging dalam menu diet seharian akan menggemukkan! Sebenarnya, daging tidak akan menggemukkan badan jika kita membuang bahagian lemak pada daging tersebut. Selain itu, sama seperti yang saya tulis di atas, masakan daging tersebut perlulah bersesuaian seperti kurangkan minyak. Masakan biarlah jenis yang sihat seperti tanpa minyak, tanpa gula atau tanpa garam. Kita boleh buat soto daging juga kalau bosan macam daging grill.

💟 NASI MERAH
Saya ada sebutkan nasi merah di bahagian karbohidrat kompleks di atas. Kalau boleh, gantikan nasi putih kepada nasi merah. Kalau nak lebih sedap, nasi merah ni dimasak bersama halia. Tip top! Hal ini kerana nasi putih adalah sejenis makanan yang sangat mudah dicerna berbanding nasi merah. Nasi merah akan membuatkan kita merasa kenyang lebih lama.

💟 MAKANAN SERAT
Makanan serat adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak lengkap hidangan diet kita tanpa sayur dan buah. Paling baik jika kita masak sayur-sayuran tersebut dengan cara memasak yang sihat. Contohnya salad.

💟 ANTARA MAKANAN DAN MINUMAN YANG MESTI DIELAKKAN
Makanan bersantan,minuman berkarbohidrat dan fast food. Makanan bersantan adalah makanan yang tinggi lemak dan tinggi kalori. Makanan bersantan boleh meningkatkan kadar kolestrol, boleh menaikkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Minuman berkarbohidrat juga adalah minuman yang mengandungi gula yang banyak. Minuman manis akan meningkatkan insulin dalam badan. Jika insulin dalam badan meningkat, selera makan kita akan turut meningkat. Kita akan sentiasa berasa lapar dan mencari makanan.

So, itulah antara makanan yang baik untuk diet di bulan Ramadhan dan makanan yang perlu dielakkan.

Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna dan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya :) Amin.

Usaha untuk sihat pun sejenis amal ibadah juga.

Wassalam.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: