Kali ni challenge ni kata "Something you're proud of in the past few days" pula. Hmm.. Few days? Ada empat perkara.
Pertama :
Anak buah saya, Akirah M, sekali lagi menjadi wakil Wilayah Persekutuan Labuan ke Semenanjung Malaysia. Kali ni untuk acara main bowling pula. Bulan lepas dia baru saja pergi Melaka untuk Pertandingan Menari. Rezeki dia. Alhamdulillah.. Kalah makcik dia ni haa...Mak dia pun kalah.. haha.. Semoga Sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah Akirah M :) Sayang kat you!
Kedua :
Lately ni, Encik Tunang sentiasa gembira bila cerita tentang trading Forex.. Saya dah jarang nampak dia tak happy. Harapnya, Sentisa mendapat rezeki yang melimpah ruah. Apa pun, rezeki tak semestinya tertakluk pada kewangan tapi banyak. Amin amin... Bangga sebab Encik Tunang semakin bersemangat dalam bidang yang diceburi. Semoga terus maju ke hadapan YeahaHHH!! Sayang kat Encik Tunang MUah MuahH! :p
Ketiga :
Semalam, Saya dan Encik Tunang ke Mini Anjung Budaya Labuan untuk menyaksikan Teater Pendek. Saya salah seorang peminat seni. Sastera, penulisan, seni halus, teater, tarian tradisional..Semua tu sangat seronok bagi saya! Terima kasih kepada Encik Tunang yang sudi temankan saya ke Anjung Budaya untuk melihat Teater tersebut pada malam semalam. Saya menjadi salah seorang peminat seni kerana hakikatnya seni juga boleh dan berpotensi untuk menyedarkan khalayak ramai dengan penyampaian dalam teater, drama dan etc. Saya rasa, menggunakan media seni untuk menyampaikan pengajaran sesuatu perkara itu lebih efektif dan sangat dalam kesannya.
Keempat :
I am proud of my self. HAHA.. macam buat orang meluat pun ada kan? Siapa lagi yang boleh bangga pada kita kalau bukan kita sendiri? Ini cara kita untuk bermotivasi. Kita kena bangga apa adanya kita. Redha apa kurangnya kita. Bukan berbangga diri/Tinggi diri/tak sedar diri/perasan/etc tu ye... Yang ini lain maksudnya. Bersyukur dan bangga pada diri sendiri akan buat kita membuta dan mentulikan telinga dengan apa pun orang lain kata mengenai keburukan kita. Malah kita boleh tersenyum bila dengar orang lain mencaci kita. Apapun, umpatan orang lain tu, buat kita dapat pahala percuma..
Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan