SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 24 November 2013

Akak, macam mana nak buat cursor comel ni?

Assalammualaikum kawan-kawan blogger :)

Farah Hanim atau blognya dikenali sebagai CikFa tadi ada tanya macam mana nak buat cursor comel.. hehe..
Malam ni saya ada masa yang terluang untuk buatkan tutorial ni untuk Farah Hanim dan untuk kawan-kawan blogger yang lain yang nak buat cursor macam ni juga :)

Cursor saya ni, baru saja saya buat pada 13 November 2013...saja buat sebab masa tu ada kelapangan dan memang mood blog memanjang. kekeke... Ni entry saya lepas siap buat cursor : KLIK SINI untuk baca.

Saya ajar buat cursor ni ikut cara saya k... kalau korang ada idea lebih bagus, boleh guna juga... :)

Saya buat cursor ni guna photoshop..

Step 1 :

Buka photoshop korang dan klik pada "FILE" kemudian diikuti dengan "NEW" .



Step 2 :

Adjust saiz canvas dalam ukuran "CM" . Kat gambar di bawah ni, saya letak lebar 5CM, tinggi 2CM. Kalau korang nak besar lagi, boleh adjust mana yang korang suka k.. kecik lagi dari ni pun boleh.. hehe..



So, korang punya canvas akan jadi macam ni :



Step 3 :

Selepas tu, kita kena delete dulu background cursor kita yang putih tu. Biarkan je dia tak ada background langsung. Klik kat "MAGIC ERASER TOOL" macam kat gambar di bawah ni.



Step 4 :

Bila dah klik kat "MAGIC ERASER TOOL" tu, korang klik kat canvas satu kali, then dia akan jadi macam kat bawah ni.




Step  5 :

Kalau nak letak nama saja, korang boleh pilih "TEXT" untuk korang tulis kat cursor korang. Oke, pilih "TEXT" sekarang. :)




Saya tulis "FATIN" kat cursor ni... :)




Step 6 :

So, macam mana pula dengan Arrow kecik tu ? Saya cari kat image google..korang boleh cari dari mana-mana sumber juga sebenarnya, dari photobucket boleh, kat mana saja yang korang suka boleh. :)

Kalau saya, memang simple saja... cari je kat carian imej google...



...dan saya pilih ini :




save ke komputer korang oke :) kemudian drag terus ke photoshop korang...



Step 7 :

Kecil kan Arrow tu dan letakkan kat tepi atas sebelah kiri canvas korang tu k...

Macam kat bawah ni :



Step 8 :

Lepas tu boleh dah save.. Make sure save dalam format PNG oke :) Macam kat bawah ni :


Pergi ke "FILE" kemudian ke "SAVE AS"...

Lepas tu pilih "PNG" ...

Then pilih "Interlaced" dan Klik "OK" .....

Step 9 :

Kemudian, korang kena dapatkan "URL" gambar korang untuk letak kat kod cursor untuk blog korang tau... Macam mana nak dapatkan "URL" gambar tu kalau letak kat komputer kan ? Macam ni.... korang boleh upload kan gambar tu ke Facebook korang ke, ke photobucket korang ke, atau... paling senang buat macam saya je... letak kat blog korang... upload la gambar tu....

Saya upload gambar cursor nama "FATIN" tadi tu yer... tengok kat bawah ni :



Comel tak ?? Pink lagi tuu.. hehehe... Kalau nak edit letak gambar korang pun boleh juga macam cursor saya tu... cara dia sama saja macam saya buat tadi... tapi bukan guna "TEXT" la. Tapi guna gambar muka sendiri... hehe :p

Sekarang kita ke step seterusnya pula....

..iaitu menjawab soalan "Macam mana nak letak kod cursor tu bersama-sama dengan gambar di atas?" Oke jum kita teruskan membaca .......


Step 10 :

Tengok kod kat bawah ni....

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8H_HJ8_anrjdSfbRq-_1vE4wOiYJo48gZPuB1KBVXPa0v9F6DPkYWyBn_avVaAmOV6ZKAIQT23ofgcBqRfoir5QFoPwjGnpdIdWYKErZJYXQkiR6FwMRMIT34q7gz3zjeg5em87rdV-ip/s1600/Sophee.png), progress;}</style>

Saya dah highlight kan warna kuningMerah kat URL gambar cursor saya. Korang copy kod kat atas ni, tukarkan "URL" gambar cursor saya kepada cursor pilihan korang k.... :)

Lepas tu korang boleh dah paste kan ke bahagian widget korang di blog korang...

Macam kat bawah ni... lepas tu klik "SAVE" ... jangan lupa save nanti tak jadi.... hehehe....



Dah siap tutorial buat cursor... hehe... senang saja kan... ? Selamat mencuba dan lebih kretif :) Sebarang pertanyaan, boleh je tanya kat sini...saya reply. Atau add saya kat facebook : Sofinah Lamudin ...



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

_FARAH HANIM_ berkata...

akak sbnrnye bukan fatin..but farah..hehehxkk,,

Sofinah Lamudin berkata...

Tu la... tersilap laa.. hehehehehe... :p

_FARAH HANIM_ berkata...

heheh..xpe..