SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 20 Mei 2014

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je kan. hakhak.

Just nak update entry kat sini. Hari ni saya sibuk buat kira-kira metafizik tarikh lahir. Bukan lah pertama kali layan pola nombor ni. Dulu-dulu, zaman sekolah pun ada buat juga (sekitar tahun 2004 hingga 2007 macam tu) tapi hari ni terlebih rajin pula. Macam-macam saya search kat internet dan nak tahu.


Ada satu buku, saya pernah pinjam dari perpustakaan Labuan. Cerita mengenai personaliti diri. Kat dalam buku tu pun ada juga mengajar dan memberi rujukan metafizik tarikh lahir dan nombor kombinasi yang kita cenderung (sikap semulajadi). Menurut Dato Fadzilah Kamsah, kajian metafizik ni 95% betul. Wallahualam.

Biar saya kongsikan di sini cara kira-kira metafizik tarikh lahir kita. Kalau jumpa part 'kelemahan' tu, dan rasa macam tak suka atau tak nak ada pada kita, kita berusahalah mengubahnya dan buktikan pada diri sendiri bahawa kita tak macam tu. Kalau ada 'kekuatan' yang rasa-rasa memang ada dalam diri kita, teruskan dan asah lagi bakat tersebut dan gali lagi dalam potensi tu supaya ia benar-benar menjadi kepakaran kita.

No Magic, Just Basic. Maksudnya, nak berjaya kena berusaha. Kena mula dari langkah pertama juga. Tak ada nya magic-magic tiba-tiba jadi kaya ke, tiba-tiba jadi pandai ke apa kan. hehehe.

eh? banyak cakap la pula. Jom terus belajar cara mengira personaliti kita berdasarkan tarikh lahir kita.

Saya ajarkan menggunakan tarikh lahir saya saja OK. Nanti korang boleh tukarkan kepada tarikh lahir korang. Sedikit sebanyak boleh la kenal saya ni macam mana orang nya. hahahahaha.. tak tahu malu :p


TARIKH LAHIR : 16/09/1990

1+6 = 7
0 + 9 = 9
1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
9 + 0 = 9

Kemudian,
7 + 9 = 16. Jadi kecilkan lagi. 1 + 6 = 7

Lepas tu,
9 + 1 = 10. Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1

Last,
7 + 1 = 8

Jadi, KOD ASAS SAYA adalah LAPAN[8]

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
KETULENAN (ELEMENT - METAL


Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.


Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT - WATER


Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

. . . . .


. . . . .

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)


Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)


Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.


Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.


Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
PERINTIS (ELEMENT - EARTH)


Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)


Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.


Sikap Individu dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)
PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)


Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Individu dengan Kod Asas 9
GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)


Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
Selamat mencuba dan mengira.

Aitsss! Tungguuu!!! Belum habis lagi tau...!

Kalau dah habis kira, jangan lupa untuk mengira 3 nombor kombinasi kecenderungan kat entry bertajuk "Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)" ...OK!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

145 Kata-kata Dari Teman:

Tanpa Nama berkata...

tarikh lahirnye bile..?..so mmg xphm..hehe

Tanpa Nama berkata...

tarikh lahirnye bile ek..? xjmpe..kasi highlight sket..huhu sbb tu xpaham y kire2 tu..

Unknown berkata...

A'ah 98% same je....

Effa Amalynna berkata...

99% sama dengan sy! :)

Tanpa Nama berkata...

Same

Tanpa Nama berkata...

Besday admin 16/09/1990 lah .. -.-

Tanpa Nama berkata...

x paham kalau 7.2.2003 ?

yatierauf berkata...

tq..moga bermanafaat untuk semua

Nazim berkata...

Kod asas 8 jugk ..😂

Unknown berkata...

Cuba guna 07.02.2003

Tanpa Nama berkata...

Pleasela........sy tak faham ni......cara pengiraan tuh x brpe jelas.....harap dpt bantu sy......email: dinfairuz304@gmail.com

Ni nom phone wasap/telegram » 01120983789

Tanpa Nama berkata...

Admin......tolong la...sy tak faham lagi nih.......01120983789

Ilya berkata...

Haha...memang ada kena sikit dengan diri ini...huhu...

Suzanah berkata...

As salam nak ty kalu date 22.05.2000 cmne nak kira ya

Unknown berkata...

Dah Kira jd Kod Asas sy 7
Mmng Ada bnyak prSamaan
Cam x caye jerwhhh

Unknown berkata...

Dah Kira jd Kod Asas sy 7
Mmng ada bnyak prsamaan mcm x caye jerwhhh
My Mom Jgak 7

Unknown berkata...

Klu tahun 2001..nk kira camne ehh?

Unknown berkata...

Klu tahun 2001..nk kira camne ehh?

Tanpa Nama berkata...

2 lah kod asanya

Fairoz berkata...

Sy code 2..haha

Tanpa Nama berkata...

sayaa no1.

Unknown berkata...

Thnk u.. Sye dah dpt kire... Thnk for ur information

Unknown berkata...

1.10.1987....betulke saya kira dapat no 9

Unknown berkata...

1.10.1987....betulke saya kira dapat no 9

Unknown berkata...

1.10.1987...saya kira dapat 9...betul ke?

Unknown berkata...

Bleh trangkn lbih detail x..xbpe nk pham la...

Tanpa Nama berkata...

Ini sumua mengarut. Kalo kurang sumua pecaya ini memang buduh...

Tanpa Nama berkata...

sedap2 jer kata mengarut..belajar dulu sebelum nak kata ilmu nie mengarut..sendiri bodoh tapi membidihkan org pulak..

Unknown berkata...

Let say birthday is on 29March1992..
29031992
2+9 = 11=1+1=2
0+3=3
1+9=10=1+0=1
9+2=11=1+1=2
2+3=5
1+2=3
5+3=8--> your code number is 8
*why when 9+1=10 we make it the 10 like this 1+0=1
Because,this calculation only involve number 1-9

Unknown berkata...

Your code is 7

Tanpa Nama berkata...

Your code is 7

Unknown berkata...

Your code is 7

Tanpa Nama berkata...

Kod ko 5

Tanpa Nama berkata...

Tol

Unknown berkata...

Betul ka saya punya kod 7?admin please😭..020193

Unknown berkata...

Betul ka saya punya kod 7?admin please😭..020193

1 berkata...

tq inpong

AR berkata...

Adakah 14051995 dapat angka 7?

AR berkata...

14051995 dapat number 7 ke?

AR berkata...

Adakah 14051995 dapat angka 7?

Aisha berkata...

Saya kod asas 1, tarikh lHir 06/02/1991

Unknow berkata...

Ramai btul x tau kira.. padahal sengang sgt.. sy skali tgok je da tau

Unknown berkata...

Kira la base on tarikh lahir..kira satu2...huhu

Unknown berkata...

Kira la base on tarikh lahir..kira satu2...huhu

Unknown berkata...

30/07/1986 kod apa,xfhm kira

Unknown berkata...

30/07/1986 kod apa,xfhm kira

Unknown berkata...

Kalau korang da lama main benda ni...sampai satu tahap tak perlu mengira tarikh lahir lagi..hanya perhatikan cara orang itu berkomunikasi,bahasa badan,warna yang ada pada badan dan sekitarnya,anda akan dapat meneka dengan tepat kod asas orang itu..

Unknown berkata...

Tak faham cuba kira tapi tak pasti betul ke tak macam mana nak kira kalau tarikh lahir saya 21081989

Unknown berkata...

salam admin.. nombor di kotak biru sebelah kiri, kanan dan bawah mcm mna mau dpt ya??

Anwar Apandi berkata...

saya buat untuk family saya. semua x tepat.

nur berkata...

Sy angka 6

nur berkata...

Mcm kene jer...sy angka 5

Tanpa Nama berkata...

Hmmm ... I do not understand the method of calculation, can you find it for me? My birthday is on 14 MARCH 2000.

Tanpa Nama berkata...

Boleh kirakan untuk saya? Sebab saya tak faham cara pengiraannya...

Tanpa Nama berkata...

Kod asas 1

mefiey berkata...

1

Azirahman berkata...

Fuhhh...nice info

Mellya Musa berkata...

haha sy no 1. tak dapat menerima pandangan orang adoii.. done follow sini, jemput singgah blog saya mellyacrayola.blogspot.com

Unknown berkata...

25/07/1987 kenapa sy kira dapat 12? 😂😂

Amir Ridzuan berkata...

090

Zikri berkata...

kalau tahun 2000 tu... 00 tu ialah 5 jadi.... 2+2+5+7
Kod awak 7... Ustaz saya dulu belajar metafizik

Zikri berkata...

6... Tahun 2000 ialah 7

Tanpa Nama berkata...

1+2

Etuza berkata...

Asalam menarik ni ..wallahualam kan

Sofinah Lamudin berkata...

Wassalam...ye betul. hehe.

Unknown berkata...

boleh tlg kirakan utk saye? 21.12.1993

Unknown berkata...

bleh whatsapp jawapan ke no saya 0178657207

Tanpa Nama berkata...

menarik, bole tahu u dapat dari mana ye? saya nk belajar lebih lanjut

Tanpa Nama berkata...

Mcmmna nak kira metafizik utk tahun ni atau tahun depan mengikut tarikh lahir? Bleh email, azamezra1986@gmail.com

Rafazliyana Rahim berkata...

Kalau sy lahir tahun 2000, belakang akan jadi 0 + 0, so jawapan dia Apa ya?

Rafazliyana Rahim berkata...

Macam mana nak kira 21 06 2000.. Confuse part tahun 2000 tu..

Unknown berkata...

Cmni ke?

14031999
1+4+0+3+1+9+9+9 = 37
3+7 = 9

Tanpa Nama berkata...

tukar tahun 2000 kpd 2005, sebab tahun tu shj yg special...maka akan menjadi : 21/06/2005
kira semula untuk dptkan no.asas anda...jelas ya

DK berkata...

Salam. Salam kunjungan ke sini.



http://datoksirkronik.blogspot.my

.

http://nombormetafizik.blogspot.my

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih singgah ke www.sofinahlamudin.com :)

Sofinah Lamudin berkata...

16.09.1990

Sofinah Lamudin berkata...

16.09.1990

Sofinah Lamudin berkata...

Kann :)

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah...Yang negatif ubah lebih baik, yang positif tambahkan lagi positifnya... :)

Sofinah Lamudin berkata...

Baguslaa.. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Yup.

Sofinah Lamudin berkata...

Jawapannya ada kat sini . Klik untuk baca.

Sofinah Lamudin berkata...

sama-sama.. In Shaa Allah.. Amiinn.

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah. hehehe. Terima kasih mengunjungi blog saya dan membaca artikel berkenaan metafizik.

Sofinah Lamudin berkata...

Cara mengira metafizik langkah demi langkah ada kat sini :

Cara mengira langkah demi langkah..perjelasan satu persatu ada di entri "Menjawab semua soalan mengenai personaliti metafizik tarikh lahir - Part 1"

Sofinah Lamudin berkata...

Cara mengira metafizik langkah demi langkah ada kat sini :

Cara mengira langkah demi langkah..perjelasan satu persatu ada di entri "Menjawab semua soalan mengenai personaliti metafizik tarikh lahir - Part 1".

Sofinah Lamudin berkata...

Bagus laa tu.. tepat kiraannya. Tehee.. Semoga bermanfaat entri metafizik ni.

Sofinah Lamudin berkata...

kiraan metafizik tarikh lahir bagi 22.05.2000 sama sahaja caranya dengan tarikh lahir yang lain. Jawapan bagi soalan ni, boleh klik sini untuk membacanya.

Sofinah Lamudin berkata...

Tehee.. Semoga bermanfaat artikel metafizik dan personaliti tarikh lahir ni.

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah ada persamaan dengan your mom.. good news.

Sofinah Lamudin berkata...

Cara kira 2001, jawapannya ada kat sini .

Sofinah Lamudin berkata...

Klik sini untuk membaca jawapan kiraan tahun 2001..

Sofinah Lamudin berkata...

Nice.. hehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih yang bantu jawabkan :)

Sofinah Lamudin berkata...

Bagus... Semoga bermanfaat..

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama..Semoga bermanfaat..

Sofinah Lamudin berkata...

Kiraan dan jawapan bagi 01.10.1987, boleh baca kat Sini (klik) .

Sofinah Lamudin berkata...

Kiraan dan jawapan bagi 01.10.1987, boleh baca kat sini (klik) .

Sofinah Lamudin berkata...

Kiraan dan jawapan bagi 01.10.1987, boleh baca kat sini (klik) .

Sofinah Lamudin berkata...

Cara mengira metafizik tarikh lahir langkah demi langkah..perjelasan satu persatu ada kat sini : Cara mengira langkah demi langkah..perjelasan satu persatu ada di entri "Menjawab semua soalan mengenai personaliti metafizik tarikh lahir - Part 1" (klik)

Unknown berkata...

Admin buat kn sye punya tarikh lahir 04/05/2000 sye kurang fhm cara nk buat....

Unknown berkata...

Salam admin, saya juga ade ebook yg menerangkan tntg metafizik ini dengan lebih luas, pelbagai aspek kehidupan, jika admin atau sesiapa berminat untuk mendapatkan ebook tersebut, boleh terus whatsapp saya 0168053297, terima kasih

Unknown berkata...

Salam encik/cik, saya ade ebook menerangkan dgn lebih lanjut ilmu metafizik ini, pelbagai aspek kehidupan lagiz kalau berminat utk dpatkan ebook tersebut, boleh whatsapp saya 0168053297

Muhamad Sharizal berkata...

Alhamdulilah. yag baik kita teruskan. yang kurang kita perbaiki. saya bernombur diri 1. tak de no 6. 03041974

Satria berkata...

Sy 13021975 bila campus 7+5 jadi 13 macam tak betul pulak

Tanpa Nama berkata...

Sy dpt 10 akhir skali..tpi xde pun kod 10..ke sy kna tambah lagi? So die jadi 1?

Tanpa Nama berkata...

15041989 mcm mana kira

Nasarudin berkata...

Saya cuba kira utk 10 Mac 1969 ... betul ke no metafizik saya adalah 2?

faiz berkata...

13/03/1995

Sofinah Lamudin berkata...

Ye jadi 1.

Sofinah Lamudin berkata...

Cara kira boleh baca --> Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir

Sofinah Lamudin berkata...

Berdasarkan Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir , ye betul 2.

Sofinah Lamudin berkata...

Sila rujuk Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir

Sofinah Lamudin berkata...

Semoga bermanfaat.

Sofinah Lamudin berkata...

Rujuk cara mengira di sini --> Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir

Sofinah Lamudin berkata...

Sila rujuk Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir

Sofinah Lamudin berkata...

Pun boleh juga sis.

Sofinah Lamudin berkata...

Sila rujuk Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir .

Sofinah Lamudin berkata...

Cara mengiranya : Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir .

Sofinah Lamudin berkata...

Sila rujuk - Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir .

Sofinah Lamudin berkata...

kosong jawapannya sis.

Sofinah Lamudin berkata...

Cara kira sama macam nombor lain juga sis. Sila rujuk Step by Step Mengira Metafizik Tarikh Lahir . Kalau jumpa 0+0, jawapannya 0 sis.

Sofinah Lamudin berkata...

3 + 7 = 10, then, 1 + 0 = 1.
Kalau jumpa jawapan 2 digit, tambahkan lagi hingga menjadi 1 digit.

Sasha KLfaraway berkata...

Terima kasih dik. Mohon halalkan ilmu. Jelas & terang.

Sofinah Lamudin berkata...

Sama sama sis :D

Unknown berkata...

01.02.1987

Rawlins GLAM berkata...

Saya nyer asas 3 jika tak silap kira. Api plak asas saya hahaha ada a few yang saya rasa betul - yang lain macam tak betul hahah

Ai berkata...

Puas lah nak cuba paham jalan kira tu. Lambat betul sel-sel otak ni nak berhubung haihhh.

Fanahalim berkata...

Macam pening je. Hahaha. Nak kira kira ni lemah betul lah.

Julia Mahir berkata...

Wah detail betul benda ni. Zaman muda2 dulu suka la nak baca2 personiliti semua ni hehe.

Sis Lin berkata...

Sis ni orangnya tak suka tau personaliti sendiri hahahaa...biasa orang yang tanya, Sis jawab then dia bagitaus ekian sekian...tapi takpe nanti nak cuba gak ler nengok...

Wai Yee aka Rane berkata...

oh this is so interesting! Very good to know my number and what's it means to me

mrsliez berkata...

Tak faham lg mcm mn nak kira.. xpe nnt nak try smp berjaya.nak tahu gak ada xyg kena dgn kak liez ni..

Ika.S berkata...

huhu benda cmni ika tak brp nak fhm sgt. konfius hehe

Izaramli berkata...

Owhh. Tak pernah tau pun pasal ni. Menarik jugak bila baca. Tapi Iza belum try lagi. Jap lagi boleh try tgk sama ke tak.

miedaJaz berkata...

K mid x faham..tapi slow2 baca nanti insyallah bole cuba kira sendiri...klu dah tahu memang menarik

Farhana Jafri berkata...

hahaha memang tepat lah description dengan nombor asas, 5 tu. Elemen bumi ni memang bila baca macam tu la perangainya.

Nina Mirza berkata...

Nina dah kira dah. Nina dapat asas 6. Ada lah juga persamaan dia. Thank you yee ajarkan kita.

Shikin Razali berkata...

😅sedikit sebanyak memang betul apa yang diperkatakan...Insha Allah mana yang ada kekurangan akan diperbaiki..

Unknown berkata...

Xsampai 2 jam ilmu mathematic sy xmacam kat sekolah dulu.. ..Alhamdulilah paham 90%......

Unknown berkata...

Iya betul... Maaf aku tertidur 4 tahun... Kikiki

Zainye berkata...

Maaf bertanya bagaimana dengan tahun 2000, adakah 0+0=0?

Zainye berkata...

Maaf bertanya, bagaimana dengan tahun 2000, adakah 0+0=0?

Unknown berkata...

Waalaikumussalam

Tanpa Nama berkata...

Lepas buat kira2 ,dpt result asas 2 tp bila baca asas 2 mcm jauh tersimpang & tiada sedikit betul mengenai diri ni pda asas 2. Bila sy bca asas 7 mcm betul psal diri sy .. hurmm knp mcm tu ea ? Keluar no 2 , tp yg kena asas 7 . Apa yg menarik sy nk bca no 7 ialah berlaku slh kira ,awal2 kluar asas 7 ,bila kira2 balik...rupanya slh,yg betul asas 2..tp asas 2 tiada yg betul mengenai diri ini. .. ada penjelasan ??