Ahad, 14 Januari 2018

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 3)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya nak menjawab soalan ketiga berkenaan pengiraan personaliti diri metafizik tarikh lahir. Kepada yang masih tak faham, boleh baca artikel part 1 untuk membaca langkah demi langkah mengira kod asas tarikh lahir korang. Saya dah jelaskan dengan terperinci dan ringkas serta mudah difahami asalkan korang rajin baca dan memang nak memahaminya. Sangat senang sebenarnya. Main tambah tambah je. Tehee..

Dan..jika jumpa jawapan kiraan korang tu nombor belas belas, contohnya 9 tambah 5, jawapannya 14. Jangan lupa jadikannya hanya 1 digit sahaja. Jadi, tambahkan 1 dengan 4 dapat laa jawapannya, 5. Mari kita teruskan dengan soalan yang ketiga.



Soalan [3]
"Bagaimana nak kira personaliti Metafizik Pernomboran Tarikh Lahir 07.02.2003?"

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

Keliru sebab banyak sangat nombor kosong ke? Kira je.. kosong tak kosong, tuliskan je supaya tak keliru. Wahahaha...

Macam biasa, lukiskan kotak piramid terbalik seperti yang saya ajar di entri Part 1. Kenapa mesti ada kotak piramid terbalik? supaya lebih jelas formula kiraannya. Kalau tak nak guna piramid terbalik pun boleh..saya akan tunjukkan kedua dua cara. Teruskan membaca.

Lepas dah lukis kota piramid terbalik, masukkan tarikh 01.02.2003 ke dalam kotak tersebut. Sekarang kita kira.

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 3)
KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Penjelasan untuk kiraan tarikh lahir di dalam gambar di atas :
0 + 7 = 7, 0 + 2 = 2, 2 + 0 = 2, 0 + 3 = 3
7 + 2 = 9, 2 + 3 = 5
9 + 5 = 14 (mesti 1 digit sahaja jadi, 1 ditambah dengan 4)
1 + 4 = 5
Jadi, KOD ASAS untuk tarikh lahir 07.02.2003 adalah nombor 5.

Kod asas bagi nombor 5 adalah element bumi atau tanah. Rahsia individu dengan kod asas 5 ni adalah:


Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Untuk mengetahui maksud dan penjelasan personaliti bagi individu yang mempunyai kod asas selain 5, boleh ke entri "Personaliti berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir".

Jika korang tak nak menggunakan kotak piramid terbalik untuk mengira kod asas tarikh lahir korang, korang boleh juga membuat pengiraan seperti di bawah ini :

0 + 7 + 0 + 2 + 2 + 0 + 0 + 3 = 14
1 + 4 = 5

Tetapi, tanpa menggunakan kotak piramid ketika mengira kombinasi 3 nombor kecenderungan korang mengalami kesukaran. Jadi, semasa mengira nombor kecenderungan korang, mesti menggunakan format kotak piramid terbalik.


Untuk mengetahui apakah kecenderungan korang melalui kombinasi 3 nombor kecenderungan, boleh membaca di entri "Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita atau bidang yang sesuai bagi kecenderungan personaliti kita".

Bagi tarikh lahir 07.02.2003, kombinasi 3 nombor kecenderungannya adalah pola 687, 279 dan 516.

Kalau nak tahu apakah maksud kombinasi 3 nombor kecenderungan, boleh rujuk di entri bertajuk "Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan kecenderungan melalui metafizik tarikh lahir".

Semoga terjawab soalan dan bermanfaat. Sekian dulu untuk Part 3.

. . . . .


. . . . .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.con tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.