Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, November 11, 2017

Panduan Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tutorial Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends ini adalah sekadar untuk rujukan kepada pemain baru sahaja. Sudah pasti pemain-pemain Mobile Legends sendiri mempunyai skill masing-masing ketika bermain menggunakan Chou. Tutorial Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pemain lama Mobile Legends yang belum pernah mencuba Chou dalam perlawanan.

Pada pendapat saya, Hero Chou adalah Hero yang seronok digunakan dengan wataknya yang kelakar. Menurut pemain Mobile Legends yang pernah menggunakan Chou, Chou adalah hero yang sangat bagus untuk berhadapan situasi satu lawan satu dan mampu menumpaskan musuh.

Panduan Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends


KEUPAYAAN

Keupayaan 1 : ONLY FAST

Pasif :
Selepas pergerakan sejauh 8 meter, serang asas akan boleh membuat kerosakan (kecederaan/mengurangkan nyawa musuh) sebanyak 140% dan mampu membuat musuh pengsan atau tidak bergerak atau lumpuh.

Tips : Semasa menggunakan Chou, berjalan-jalan dulu sehingga 8 meter untuk melengkapkan kesemua kebolehannya. Pergi membunuh minions atau jungling terlebih dahulu. Selepas ketiga-tiga kebolehannya muncul, barulah menyerang musuh.

Keupayaan 2 : JEET KUNE DO

Jeet Kune Do adalah tumbukan ke depan yang kuat. Mampu melemparkan tumbukan ini 2 kali berturut-turut. Tumbukan ini mampu mencederakan musuh (kerosakan fizikal) sehingga 140 pts. Tumbukan dua kali akan melemahkan pergerakan musuh sehingga 60%, manakala tumbukan ketiga akan menumbuk musuh yang berdekatan dengannya. Menggunakan kemahiran Jeet Kune Do ini akan

Tips : Semasa menggunakan Jeet Kune Do Chou, kita akan menumbuk musuh dan musuh akan terhumban sedikit dari kita, di situ, boleh dijadikan peluang untuk menjauhkan diri dari musuh atau melarikan diri.

Keupayaan 3 : SHUNPO

Shunpo akan membolehkan Chou imun dan menjadi halimunan 2 selama 2 saat. Walaupun sekejap sahaja tetapi boleh digunakan untuk melontarkan tembok kecil dalam permainan. Lontara tembok kecil tersebut boleh melontar musuh atau menjauhkan diri dari musuh.

Tips : Gunakan Shunpo untuk melontarkan musuh yang dikehendaki dan tendang mereka ke arah yang diinginkan dan diikuti dengan The Way of Dragon.

Keupayaan 4 : THE WAY OF DRAGON

The Way of Dragon sangat sesuai untuk digunakan ketika berlawan secara berkumpul apatah lagi ketika kumpulan kita dalam masalah seperti di serang beramai-ramai. Selain itu, The Way of Dragon juga sangat sesuai untuk melarikan diri juga diserang oleh sekumpulan musuh ketika sendirian.

Tips : Gunakan sebagai alat untuk melarikan diri. Jika klik sekali, Chou mampu menentang musuh jauh dari kita, ketika itulah peluang kita untuk melarikan diri dari musuh.

PANDUAN SERANGAN GABUNGAN

Rujukan :

BA = Basic Attack
1 = Jeet Kun Do
2 = Shunpo
ULT = The Way of Dragon

💕 Serangan pertama untuk Chou adalah 2-BA-ULT-1-BA. Serangan ini adalah serangan yang sesuai untuk 1 vs 1.

💕 Untuk mengejar musuh yang melarikan diri adalah 1-BA-ULT-BA-2-BA.

💕 Untuk melarikan diri dari musuh pula adalah BA-ULT-2 atau 1-BA-ULT-2.

💕 Untuk masuk dalam serangan berkumpulan dan ingin menyerang sasaran tertentu adalah ULT-BA-1-BA.


SET PERALATAN/KELENGAKAPAN BERLAWAN

Setiap perlawanan menggunakan Chou dengan panduan di atas, perlu dilengkapkan dengan peralatan perlawanan yang sesuai dengan Chou. Ketika bermain, kita perlu membeli peralatan di bawah menggunakan gold yang dikumpul. Boleh menggunakan salah satu set di bawah.


Set pertama :
💕 Rapid Boots - Pergerakan
💕 Blade Armor - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Cursed Helmet - Pertahanan
💕 Bloodthirsty King - Pertahanan

Set kedua :
💕 Magic Shoes - Pergerakan
💕 Ancient Ghostatue - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Oracle - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Bloodthirsty King - Pertahanan

Set ketiga :
💕 Magic Shoes - Pergerakan
💕 Ancient Ghostatue - Pertahanan
💕 Oracle - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Athena's Shield - Pertahanan

SIHIR PERTEMPURAN

💕 Purify

Sekian.

Terima kasih membaca Panduan Menggunakan Hero Chou Mobile Legends. Have fun!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .



8 comments:

  1. Have fun Sofie, kak pip tumpang baca saja infonya, mmg tak reti main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...saya terjebak ba ni kak pip. Wkwkwkw.

      Delete
  2. game cuma reti layan counter strike dan footbal manager. ni pun dah 2 tahun tak sempat nak hadap fm..pc tak cukup spec :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak reti la fm. huhuhu... counter strike best!! hehe..

      Delete
  3. hari tu penah cuba main..mula memang syok..tp xreti sgt terus stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lagi kak Nia. Hehehe... dun give up.hehehe!

      Delete
  4. Tak pernah main game mobile legend ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majority budak lelaki suka main ni kak. hahaha.

      Delete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.