SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 25 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sambungan dari entri "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 1". Di entri ini saya akan menyambung perkongsian analisis saya berkenaan tahun peribadi saya dengan kehidupan saya di masa lalu.


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2 - Sofinah Lamudin

Berdasarkan kajian dan analisis saya, tahun peribadi kita akan mengalami 3 pusingan. Ketika kita sejak lahir hingga lah meningkat remaja, dari remaja meningkat dewasa dan dari dewasa ke peringkat belia. Di entri saya sebelum ini, saya sudah berkongsi berkenaan kehidupan saya yang ada kaitan dengan kecenderungan tahun peribadi itu sendiri dari kecil hinggalah saya di tingkatan 3.

Kitaran kedua dan ketiga, iaitu dari remaja menuju ke dewasa dan dewasa menuju ke belia adalah merupakan detik detik mencabar bagi setiap individu dan akan lebih jelas kelihatan setiap sikap dan kecenderungan itu ada kebenaran dan logiknya dengan situasi mengikut tahun peribadi pada waktu tersebut berbanding ketika kecil.


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2 - Sofinah Lamudin

Nak tahu tahun peribadi korang apa, boleh baca entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".

Pada tahun 2006, kiraan tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 6. Saya berada di tingkatan 4 pada masa ini.


Menurut fakta tahun peribadi ke 6, tahun ini cenderung untuk meningkatkan tanggungjawab dan keperihatinan yang mendalam kepada keluarga, orang tersayang dan teman rapat.
Sejujurnya, pada tahun 2006 ini, saya mengalami peningkatan keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selepas SPM. Bertujuan untuk membantu keluarga di masa depan melalui kerjaya yang mungkin dipengaruhi oleh hasil memperolehi segulung ijazah.




Walaupun saya tahu, keinginan ini sama sekali tidak mungkin akan berlaku tanpa restu ayah yang tidak mungkin akan membenarkan ia berlaku tetapi saya tetap menyimpan harapan dan keinginan ini semakin meningkat pada tahun peribadi ke 6 ini.


Berdasarkan fakta tahun peribadi ke 6 juga, tahun ke 6 bukanlah merupakan tahun pencapaian yang besar tetapi ia lebih kepada mengendalikan pelarasan kepada pelan kita yang mungkin perlu diubah atau perlu ditambah.
Hal ini juga berlaku kepada saya ketika di tingatan 4 di mana saya terpaksa membuat pelarasan minda dan pelan terpaksa diubah apabila saya terpaksa akur unrtuk masuk ke kelas Sains Ekstrem. Bukan Sastera dan Seni. Saya sudah berusaha untuk menukar kelas aliran dari Sains Ekstrem kepada Sastera dan Seni tetapi pengetua tetap tak bagi. 

Menurut penjelasan tahun peribadi ke 7, saya yakin tindakan saya adalah betul untuk menukar aliran kepada sastera dan seni pada tahun peribadi ke 6 ini kerana tahun peribadi ke 7 merupakan tahun terbaik untuk bidang penulisan. Tetapi nampaknya saya gagal dalam permohonan dan saya meneruskan untuk berada dalam kelas aliran sains tulen pada tahun 2006. Mungkin ada hikmah yang lain.

Pelarasan dan perubahan pelan begitu banyak dan berlaku sedikit pembaziran kerana saya terpaksa membeli buku baru untuk kelas Sains Ekstrem sedangkan saya sudah membeli buku buku sastera dan seni.




Oleh hal yang demikian, saya pun menambah subjek untuk SPM iaitu Pendidikan Seni dan Tasawwur Islam untuk mencantikkan keputusan semasa SPM tahun depan. Wahahaha... Macam mana saya tahu result tak cantik? Kita tahu diri sendiri kan? Saya sangat sangat sangat slow kalau Fizik dan Kimia ni. Very! Begitu juga matematik tambahan. Dah masuk kelas tambahan sebanyak mungkin untuk matematik tambahan. Tetap bengap! 

So, akhirnya saya lepaskan 3 subjek ; kimia, fizik dan matematik tambahan ni. Saya masuk peperiksaan tapi saya tak belajar langsung subjek ni secara serius seperti subjek lain semasa SPM.

Apakah hikmahnya tak berjaya menukar aliran?


Menurut fakta tahun peribadi ke 6, pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini

Yes! Saya mempunyai sahabat baik waktu ni. Sahabat baik dan akrab sangat. Nama dia Roslinda.. Kami hanya akan menjadi sahabat jika saya dalam kelas aliran sains. Mustahil nak kawan dengan kalau masuk kelas aliran sastera dan seni. Beza kelas, beza kawan..beza mentaliti mengikut keadaan sekeliling.

Selain tu, progress pencapaian saya terlalu perlahan lantaran Sains Ekstrem bukanlah bidang yang diminati dan bukan juga senang nak faham apatah lagi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya masa tu? Uhrmm.. Cikgu Bahasa Inggeris saya je tahu sejauh mana buruknya masa tu. Wahaha.

Tahun 2007, merupakan tahun saya mengambil SPM dan pada tahun 2007, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 7.


Menurut penjelasan berkenaan tahun peribadi ke 7, tahun peribadi ke 7 ini adalah tahun yang sesuai untuk melihat kembali diri kita masa lalu dan membuat perancangan yang baik untuk masa depan. Tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk sebarang tindakan tetapi tahun peribadi ketujuh lebih kepada tahun untuk menunggu dan membina diri.
Sejujurnya, memang banyak membuat perancangan masa depan. Wahaha.. Terutamanya selepas SPM. Tapi tak ada yang menarik sangat tahun 2007 melainkan sibuk dengan hal hal belajar dan hubungan dengan kawan kawan masa tu. "Tahun untuk menunggu dan membina diri.."? Ada betulnya juga.. terlalu banyak penantian waktu ni. Penantian apakah yang bakal berlaku selepas SPM.

Menanti SPM dan tamatnya zaman sekolah lagi laa banyak masa ni.

Seingat saya, saya banyak spend time dengan seorang Cikgu pada tahun 2007, Cikgu Suriani nama dia untuk berborak tentang hal hal kami masing masing. Wahaha...Banyak perkara yang dia tahu tentang saya tapi tak banyak perkara yang dia betul betul faham sebenarnya. Tehee.. Mendengar luahan pelajar tu biasa dan boleh berlalu begitu saja.

Dan saya juga banyak berkomunikasi dengan pengetua sekolah untuk hal hal tertentu terutamanya hal hal dalaman.Ada sedikit membantu juga untuk memberi ketenangan. Walaupun tak banyak mana tapi ada.

Dan banyak sibuk dengan hal hal lukisan untuk folio SPM. Walaupun ia adalah kerja sekolah tapi sangat menenangkan sebab saya suka melukis, saya suka mewarna..  Terapi saat stress dengan hal hal remaja. uh!.. Jadi betullah..


Tahun peribadi ke 7 merupakan tahun yang akan memberikan sedikit masa untuk kita memahami diri kita sendiri. Tahun ini sesuai untuk kita meluangkan masa dengan diri sendiri tanpa aktiviti luar dan tanggungjawab.
"Memberikan masa untuk kita memahami diri kita sendiri"? Kadang ada masa saya faham, ada masa saya tak faham.

Keliru dengan pelbagai perkara terutama hal hal antara saya dan ayah. Saya dan ayah banyak percanggahan pendapat. Tapi sebenarnya, tak banyak lagi yang saya faham. Mungkin sebab masih remaja. Lagi banyak berontak dari matang. Meh~




Pada tahun 2008, saya bukan lagi pelajar sekolah. Ya.. itulah harapan saya. Bukan lagi pelajar sekolah tapi kalau boleh biar jadi mahasiswi. Sementara menunggu keputusan SPM, saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah sebagai seorang promoter.

Pada tahun 2008, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 8.

Tahun peribadi ke 8 merupakan tahun berkuasa untuk kita apabila kita membuat langkah paling penting dalam hidup kita. Selepas merasa perjalanan hidup begitu perlahan pada tahun ke 7, tahun ke 8 akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.
Disebabkan saya merajuk tak dibenarkan menyambung pelajaran oleh ayah.. Merajuk teruk waktu ni. Macam bumi tak terasa bila dipijak. Wahaha.. Pada tahun 2008 saya nekad untuk bekerja sepenuh masa. Tapi merajuk mula luntur bila ada seorang kawan kata, "Teruskan je sambung.. walaupun tingkatan 6..sambung je.. siapa tahu rezeki masuk universiti bukan sekarang.. tapi selepas tingkatan 6".. Nama kawan ni Woon Nie. Berbangsa Cina.

Saya koyak setiap surat tawaran ke universiti. Sadiss sangat masa ni. Waktu masih belum faham kenapa ayah tidak memberi keizinkan. Saya pula masih tak mahu tahu. Masih berdarah panas kononnya. Tapi, ada satu perkara yang saya faham, saya tetap sayang ayah saya sebab tu saya tak kepala batu. Saya tetap stay. Saya tak lari. Walaupun ada yang kata, "Pergi je laa..". 

Dalam hati, nak mampus ke nak pergi macam tu je. Walaupun ada support dari segi kewangan, hati tiba tiba berdarah bila fikir, tanpa restu ayah dan mommy. Jadi, dalam begini, saya sambung pelajaran ke tingkatan 6 pada tahun 2008. Itulah langkah paling penting dalam hidup saya di tahun 2008 dan langkah itu adalah betul. Walaupun selepas STPM saya tetap tidak melanjutkan pelajaran ke mana mana universiti, saya dapati, pengalaman dan kehidupan saya sepanjang di tingkatan memberi impak yang tinggi dalam hidup saya hinggalah hari ini.


Tahun peribadi ke 8 adalah kita perlu mengambil bahagian dan mengikuti aktiviti. Peluang untuk memajukan diri dan pengikhtirafan terhadap kerja masa lalu dan semasa mungkin akan berlaku pada tahun ini.

Ya.. kemajuan diri sangat banyak sejak masuk tingkatan 6.


Fakta tahun ke 8 juga ada menjelaskan bahawa kita akan memperolehi pelbagai perkara sekiranya kita mengambil peluang tersebut dan membuat tindakan pada tahun peribadi kita yang ke 8 ini.

Saya dapati, saya memang mendapat pelbagai perkara dan pengalaman sejak masuk tingkatan 6 pada tahun peribadi ke 8 ini. Saya mula belajar berkenaan perniagaan. Dan di tingkatan 6, saya boleh belajar subjek sastera di mana ia tertangguh semasa di tingkatan 4 hingga 5.

Pada tahun 2009, saya berada di tingkatan 6 atas dan bakal menduduki peperiksaan STPM. Pada tahun 2009 ini, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 9.


Tahun peribadi ke 9 merupakan tahun pengakhiran, kemuncak sesuatu perkara dan boleh juga dikatakan sebagai penutupan.Pada tahun peribadi kesembilan ini, kita akan banyak menilai hal hal lepas, cita cita, dan idea idea yang kita anggap penting. Pada tahun ini juga, kita akan sedar tentang keinginan kita untuk berkomunikasi dengan alam semulajadi kerana keinginan untuk melarikan diri dari masa lalu akan lebih kuat pada tahun peribadi kesembilan ini.

Pada tahun 2009, saya sangat sibuk dengan hal hal yang dipanggil "sekarang". Saya kurang mengingati hal hal yang lepas seperti insan insan tersayang yang pernah singgah dalam diari hidup. Sebagai contohnya, pada tahun peribadi ke 9 ini, saya hampir tidak pernah berfikir berkenaan seseorang yang saya gelar sebagai kakak. Kak Nora. Sejak berlakunya konflik antara kami pada tahun 2008, saya langsung tidak berfikir tentang dia pada tahun peribadi ke 9 ini.  Begitu juga dengan hal hal lampau yang lain, saya kurang menoleh ke belakang terlalu banyak. Saya hanya menilai dan menganggap mereka sudah tidak penting lagi.

Tapi, saya lepaskan mereka bukan secara ikhlas. Terselit sedikit perasaan benci. Tetapi ia berlangsung seperti itu pada tahun 2009 ini sahaja. Pada tahun peribadi ke 9 seterusnya, iaitu pada tahun 2018 ini, saya tidak merasa apa apa melainkan memaafkan, melepaskan, redha dan mengikhlaskan seadanya perkara lalu. Begitulah kecenderungan tahun peribadi ke 9 tetapi masih terpengaruh dengan umur dan kematangan seseorang individu.

Contohnya, tahun peribadi ke 9 saya pada tahun 2009, melepaskan hal lalu tetapi masih membenci dan tidak mahu melupakan walaupun sudah memaafkan, mungkin kerana ketika itu saya seorang remaja yang dalam proses mematangkan diri. Berbeza dengan tahun peribadi ke 9 untuk tahun 2018. Semua berlalu seperti tiada apa yang pernah berlaku. Melupakan konflik lalu dan menerima apa adanya tanpa ada perasaan benci.

Banyak perkara yang dikerjakan sepatutnya selesai pada tahun kesembilan ini, dan kita akan cenderung untuk membersihkan diri dan hal hal lain untuk permulaan kitaran baru. Tiba masanya untuk melepaskan masa lalu dan buang hal hal lalu yang sudah dianggap 'mati'. Membuang semua perkara perkara lalu yang dianggap tidak lagi berguna.
Pada tahun 2009, saya banyak mencuba untuk tidak melihat semula ke belakang. Itulah kecenderungan saya pada tahun peribadi ke 9 di tahun 2009 tetapi tidak 100% kerana kebanyakkannya lebih kepada melupakan dengan cara yang salah. Contoh, membuang pemberian seseorang untuk harapan melupakan. Sedangkan melupakan bukanlah dengan cara begitu. Melupakan adalah...kita mampu menyimpan pemberian seseorang yang pernah menyakiti hati kita. Kita lupakan kesilapannya tetapi tetap mengenang kebaikkannya yang pernah ada.

. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2010 merupakan tahun peribadi saya yang pertama berulang kembali.

Tahun peribadi pertama menjanjikan pengembaraan baru yang menarik dengan mengambil cabaran baru dalam hidup. Ini adalah tahun yang sesuai untuk menjelaskan apakah matlamat hidup kita. Ini lah masanya untuk bertindak  untuk matlamat tersebut. Usaha keras mungkin diperlukan untuk melihat kemajuan setiap usaha tersebut.
Pada tahun 2010, keputusan STPM tidak begitu membanggakan apabila satu subjek memusnahkan harapan. Oleh hal yang demikian, saya begitu nekad untuk mengulang STPM agar keputusan STPM tersebut sama seperti yang didambakan. Di mana ia mampu membanggakan. Disebabkan tahun 2010 merupakan tahun yang kuat dan bercita cita, kecenderungan saya pada tahun ini begitu bermatlamat dan jelas sekali.

Saya siap meneliti open universiti, membuat perancangan kewangan untuk kos pengajian jarak jauh.

Menurut fakta tahun peribadi pertama, sekiranya kita tidak bertindak untuk matlamat kita pada tahun ini, kemungkinan besar prospek atau target kita akan ditangguhkan pada kitaran seterusnya, iaitu 9 tahun akan datang. Yang bermaksud, kita terpaksa menunggu kiraan tahun peribadi kita adalah 1 semula.
Oleh hal yang demikian, saya begitu bertenaga dan begitu bermatlamat dengan sanggup mengulang STPM tetapi...saya telah melakukan kesilapan paling besar pada tahun 2010 ini kerasa kurangnya usaha keras dan fokus yang benar.

Jadi, saya terlepas peluang. Saya tidak berjaya mengulang kaji pembelajaran STPM saya dengan baik. Saya sibuk bekerja dan membuat hal hal yang mengganggu fokus sendiri secara rela.

Contohnya, waktu mengulangkaji, saya gunakan untuk hobi yang lain. Malah, penyimpanan tabung sambung belajar juga tidak mampu diteruskan. Terlalu banyak melencong dan tiada pencapaian untuk pengajian jarak jauh mahupun dalam pekerjaan.

Tahun peribadi pertama merupakan tahun yang sangat hebat. Jangan lepaskannya dan gunakan kelebihan ini sepenuhnya!
Nampaknya saya terlepas peluang ni. Semua usaha menjadi sia sia sebab tak fokus. Nak buat ini juga..nak buat ini juga..Tahun peribadi saya ke 1 ni, ada juga pencapaian yang baik sedikit di alam pekerjaan  tapi saya rosakkan pada tahun peribadi ke 2 iaitu pada tahun 2011.

Bersambung di entri part 3 - "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3".

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: