SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 27 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sambungan dari entri "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3". Entri terakhir berkenaan sejauh mana kebenaran dan logik analisis tahun peribadi berdasarkan metafizik apabila di bandingkan dengan masa lalu kita. Korang boleh kira tahun peribadi korang terlebih dahulu. Kemudian, catatkan pada tahun atau pada umur waktu itu, apakah tahun peribadi korang. Kemudian, bandingan fakta tahun peribadi dengan situasi yang korang alami pada tahun tersebut. Adakah mempunyai persamaan? Adakah korang berjaya mengatasi kecenderungan pada tahun tersebut?

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4 - Sofinah Lamudin

Saya akan menyambung analisis kehidupan saya masa lalu dan perbandingan dengan fakta tahun peribadi saya pada waktu itu untuk tahun 2013 hingga 2017.

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4 - Sofinah Lamudin

Nak tahu tahun peribadi korang apa, boleh baca entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".

Pada tahun 2013, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 4. Pada tahun 2013, perkara terpenting dan terbesar saya adalah saya bertunang dengan Mr.Bee.

Menurut fakta tahun peribadi ke 4, kehebatan tahun peribadi ke 3 yang penuh ceria, berseronok dan bergembira betul betul akan dilupakan pada tahun peribadi ke 4. Tahun ke 4 merupakan tahun bekerja keras dan berusaha. Tahun peribadi keempat merupakan tahun penggalian dan penubuhan semula mengenai kawalan diri.
Tahun 2013 ni, saya dan Mr.Bee dah pun bertunang pada bulan May. Hhaaah.. betul sangat. Ni la tahun bekerja keras dan berusaha. Ye laa.. nak kahwin kan tahun depan. Tehee... Tahun 2013 ni banyak kerja juga laa..


Contohnya, mama mertua nak berniaga kat Bazaar Ramadhan. Sibuk juga dengan urusan Bazaar Ramadhan walaupun tak la banyak mana join berniaga. Banyak buat niaga internet je sebenarnya. Tahun 2013 ni saya tak kerja kat mana mana. Buat bisnes MLM, bisnes internet dan forex trading je banyak.

Walaupun begitu,di tahun peribadi ke 4 ni, dalam banyak perkara, mungkin ia akan menjadi tahun yang mengecewakan apabila usaha yang besar gagal membuahkan hasil yang diingini. Jadi, tahun keempat ini adalah tahun di mana kita perlu menorganisasikan kembali prestasi diri. Melihat dan analisis prestasi semasa dan yang lalu. Tahun ini adalah tahun kita perlu bersistematik dan teratur dan berpijak di bumi yang nyata.
Mengecewakan tu banyak juga terutamanya dalam bisnes MLM. Bisnes internet ada peningkatan tapi sederhana. Part bersistematik dan teratur tu paling betul. Kenapa? Sebab saya biasa bekerja. Tahun ni tiba tiba tak kerja. Agak huru hara juga jadual rutin harian. Saya banyak membuat susun atur semula untuk saya lebih teratur bekerja sendiri dari rumah.

Bekerja sendiri dari rumah untuk permulaan bukan mudah sebab tak ada punch card, tak ada jadual dan tak ada bos dan seumpamanya. Saya lebih banyak buat adjustment diri sendiri tahun ni.

Pada tahun peribadi ke 4 tanggungjawab akan meningkat. Oleh itu usaha dan kerja keras juga perlu dipertingkat. Kesihatan dan cara pemakanan pula perlu dikaji semula pada tahun keempat ini. Kajian yang teliti! Kerana rintangan fizikal akan rendah dan kita mungkin akan lebih mudah mendapat penyakit. 
Tanggungjawab memang meningkat. Masa ni dah bertunang. Banyak perkara baru nak belajar. Nak biasakan diri dengan keluarga baru dan nak biasanya diri dengan keluarga sendiri sebagai seorang anak yang bakal kahwin. Tanggungjawab dengan tunang dan sebagainya. Dah kurang dah berseronok masa ni. Sibuk.

Tentang kesihatan dan pemakanan masa tahun 2013 ni pun ada betul juga. Masa ni banyak kesedaran tentang makanan sihat, senaman dan banyak membaca hal hal kesihatan melalui internet dan kelas Elken.

Pada tahun 2014, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 5.

Menurut fakta tahun peribadi ke 5, kita mungkin akan mendapat rakan baru pada tahun kelima ini apabila aktiviti sosial diperluaskan. Tahun peribadi kelima ini adalah tahun yang membawa kepada kegembiraan dan pengembaraan serta kebebasan yang lebih baik daripada yang kita alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Mendapat rakan baru tu betul sangat sebab tahun 2014 ni saya bekerja sekejap kat Sea Lane Shipping selama 15 hari. Kemudian, saya ganti seorang kakak maternity leave kat Eon Auto Mart di department jualan selama 3 bulan. Jadi, kenalan baru tu semua datang dari dua tempat ni.


Kemudian, selepas tamat kontrak 3 bulan kat Eon Auto Mart, department jualan, department servis pula nak kerani baru. Tapi saya tolak sebab saya nak kerja 3 bulan je. Ada misi disebalik 3 bulan tu. Bukan nak lama lama. Lepas tu, bulan Ogos, saya dan Mr.Bee pergi buang tebiat kat Palm Beach Resort. Kitorang ikut jadi part timer untuk function kat sana. Jadi, kalau ada function, kitorang akan dipanggil. Hhaaah! time ni la dapat kawan baru lagi. Tehee.

Kalau tentang membawa kepada kegembiraan tu, semestinya sebab saya dan Mr.Bee kahwin tahun 2014. Hujung tahun seperti yang dirancang.

Tahun peribadi ke 5 ini adalah tahun di mana kita akan merasa lapang dan bebas untuk bergerak dari rutin yang lama dengan cara yang konstruktif. Sekiranya kita menjadi seseorang yang lemah pada tahun lalu, sekarang adalah masa untuk mencari arah yang baru.
Tahun 2013 tak kerja sepanjang tahun. Tahun 2014 masuk kerja sampai 3 tempat sambil buat bisnes MLM Elken dan forex trading. Memang rutin jauh beza dari tahun 2013.

Masalah bagi individu yang berada dalam tahun peribadi ke 5 adalah akan cenderung untuk menyelerakkan tenaga dalam segala arah. Namun, pada tahun kelima ini, keupayaan kita untuk melakukan kerja secara terperinci agak terhad dan ia akan membuatkan kita merasa sangat terbatas.
Hhaaah! Pun betul juga sebab macam banyak sangat saya nak buat dan cuba tahun 2014 ni. Nak kerja juga.. nak forex trading juga, nak bisnes Elken juga. Hhuuhuhu..pening pula dibuatnya.

Kesimpulannya, tahun ke 5 merupakan tahun yang bakal membawa kepada perubahan besar kepada kehidupan kita, kerjaya kita , keadaan keluarga kita dan kediaman kita.
Saya berkahwin. Jadi isteri orang. Memang perubahan besar masa ni. Kalau kerjaya tu, tak sangat la. Tahun 2014 ni adalah tahun terakhir saya buat bisnes Elken. Keadaan keluarga memang berubah sebab saya dah jadi isteri orang dan dalam keluarga ada family member baru. Tehee...

Pada tahun 2015, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 6. Tahun 2015 ni, saya menjalankan kehidupan sebagai isteri Mr.Bee, menantu mama mertua dan seumpama dengannya. Tak bekerja. Kami sama sama bisnes online je.

Menurut fakta tahun peribadi ke 6, tahun peribadi ke 6 adalah tahun yang cenderung untuk meningkatkan tanggungjawab dan keperihatinan yang mendalam kepada keluarga, orang tersayang dan teman rapat. Tahun keenam merupakan tahun untuk kita membuat penyesuaian dalam kehidupan atau pengorbanan kepada keluarga atau rakan rakan.
Tanggungjawab dan keprihatinan yang mendalam terhadap keluarga tu sememangnya berlaku sebab dah kahwin. Feeling lepas kahwin ni beza sikit. Lebih banyak kepada komitmen dan nak buat yang bterbaik untuk insan insan tersayang. Part pengorbanan kepada rakan rakan mungkin sebab dah kahwin tak banyak sangat spend time dengan member. Kadang kadang ada juga. Tapi tak banyak.

Pengorbanan kepada keluarga ni, ada betul juga. Pada tahun 2015 ni ada konflik dan masalah keluarga sikit antara saya dan kakak saya. Jadi, ending dia adalah, kami dah tak serumah dengan kakak saya. Tapi, walaupun tak selancar mana konflik tersebut, ada kebaikan juga untuk kakak saya. Dia ada anak 3 orang. Bila berada di rumah sendiri lebih sesuai. Dan anak anak buah saya pun dah semakin besar, perlukan ruang dan bilik sendiri.

Pada tahun peribadi ke 6, kita akan dijangkakan mempunyai tahun yang baik untuk keluarga dan hal hal romantis bersama pasangan. Pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini.
Pada tahun 2015 ni, hal terbaik untuk keluarga saya memang ada. Jelas kelihatan walaupun mengalami ketegangan sedikit. Perubahan ke arah kebaikan dan hikmah kejadian tu memang ada terutamanya dalam rumah keluarga saya. Kalau hal hal romantis bersama pasangan tu, pun ada betulnya juga. Tahun pertama lepas kahwin. Feeling beza dari bertunang. Dah jadi suami isteri. Tehee.

. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2016 pula, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 7.

Berdasarkan fakta tahun peribadi ke 7, tahun peribadi ke 7 merupakan tahun sangat aktif dalam hidup kita. Tahun peribadi ketujuh akan memberikan sedikit masa untuk kita memahami diri kita sendiri. Tahun ini sesuai untuk kita meluangkan masa dengan diri sendiri tanpa aktiviti luar dan tanggungjawab. Kita perlu elakkan diri dari tekanan perniagaan.
Saya aktif dengan sepupu tahun 2016. Paling ketara dengan anak anak buah (anak sepupu). Paling rapat dengan saya anak sepupu saya nama Mia. Hampir setiap hari datang rumah. Aktif hal lain adalah aktiviti online, jumpa client dan kadang kadang lepak dengan sepupu.

Memahami diri sendiri tu lebih kepada apa yang saya mahu dari segi, hobi, minat dan siapa saya sebenarnya. Tahun 2016, saya banyak meluangkan masa melukis. Melukis buat saya rasa tenang dan tak ada gangguan. Saya membuat koleksi puzzle dan bermain permainan indoor. Saya rasa tenang dan sangat merasa itu la saya.

Tahun peribadi ke 7 ini adalah tahun yang sesuai untuk melihat kembali diri kita masa lalu dan membuat perancangan yang baik untuk masa depan. Tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk sebarang tindakan tetapi tahun peribadi ketujuh lebih kepada tahun untuk menunggu dan membina diri.
Tahun 2016, perjalanan hidup memang agak slow. Banyak melukis je. Tentang perancangan, memang banyak rancangan tapi tak banyak yang saya capai macam tahun 2015. Nak beli X-Box pun tak tercapai. Wahaha. Bisnes internet saya pun slow sangat walaupun dah macam macam percubaan saya buat. Tukar warna minisite la. Buat cara marketing yang lain la. Tapi tak memberangsangkan seperti tahun 2015. Pendapatan tu ada tapi tak mampu nak fight pendapatan 2015.

Salah satu aktiviti menguntungkan pada tahun peribadi ke 7 ini adalah melibatkan diri dalam pembelajaran dan penulisan kerana kemampuan kita untuk berfikir dengan lebih jelas, menganalisis dan mengintegrasikan pemikiran akan lebih tajam dan memuncak pada tahun peribadi ketujuh ini.
Malangnya, saya tak mengambil peluang ni. Saya tak banyak menulis pun tahun 2016. Saya banyak melukis. Kalau saya banyak menulis kat blog pada tahun peribadi ke 7 ni saya tak tahu apa akan jadi.


Pada tahun 2017 merupakan tahun peribadi saya yang ke 8. Pada tahun 2017, tak banyak aktiviti sangat tapi ada satu perkara yang saya buat telah mengubah haluan saya.

Menurut fakta tahun peribadi ke 8, tahun peribadi ke 8 merupakan tahun berkuasa untuk kita apabila kita membuat langkah paling penting dalam hidup kita. Selepas merasa perjalanan hidup begitu perlahan pada tahun ketujuh, tahun kelapan akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.
Apa langkah yang sudah saya buat pada tahun 2017? Saya ada cerita sedikit hal ni kat entri bertajuk "Semoga pengakhiran tahun 2017 akan membawa 1001 pencapaian postif di tahun 2018". Langkah terbaik saya adalah untuk meneruskan cita cita sebagai penulis blog dan menyertai komuniti blogger iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tahun ke 8 membuatkan kita merasa begitu bercita cita.. Yes.. sangat sangat! Cita cita semua ke arah blog sebab saya pilih untuk menjadi penulis blog sepenuh masa. Tahun 2017, banyak saya perubahan terhadap blog. Template, pembersihan entri lama yang tak berfaedah dan tak bermanfaat dan saya banyak belajar semua mengenai hal hal blog. Paling ketara berkenaan google adsense, google analytics, broken link dan code HTML.

Kunci tahun peribadi ke 8 adalah kita perlu mengambil bahagian dan mengikuti aktiviti. Peluang untuk memajukan diri dan pengikhtirafan terhadap kerja masa lalu dan semasa mungkin akan berlaku pada tahun ini.
Semua bermula dari menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Walaupun aktiviti kat Semenanjung Malaysia masih tidak dapat disertai, aktiviti maya saya sertai untuk memajukan diri dalam dunia blog dan hal hal lain sebab Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sekadar blogger. Tehee.

Selain tu, fakta tahun peribadi ke 8 juga mengatakan bahawa kita kan memperolehi pelbagai perkara sekiranya kita mengambil peluang tersebut dan membuat tindakan pada tahun peribadi kita yang ke lapan ini. Adalah lebih mudah untuk kita membuat cawangan atau meluaskan lagi perniagaan atau sesuatu yang kita lakukan pada waktu ini. Jika kecenderungan kita ke arah perniagaan pada tahun peribadi ke 8 ini, kita akan dapat mengekalkan keyakinan diri dan kuasa kita sebagai pemimpin.
Meluaskan perniagaan ni saya dah terlepas. Saya kurang buat marketing bisnes online tahun 2017. Saya aktif bulan januari hingga April je. Rugi laa saya.. tehee. Tapi, untuk blog ada kemajuan.

Menurut fakta tahun peribadi ke 8 juga mengatakan bahawa potensi kuasa dan status kita adalah pada kemuncak tahun ke 9.
Hhaaah! Tahun 2018 ni merupakan tahun peribadi ke 9 saya. Kita tunggu dan lihat. Analisis tahun peribadi saya dengan kehidupan masa lalu saya, saya akhiri pada tahun peribadi ke 8 sahaja.

Pokoknya, memang ada kebenaran dan logiknya pengiraan tahun peribadi kita berdasarkan tarikh lahir dan tahun semasa. Ada juga yang saya tak dapat nak jelaskan sebab hal tu tak ada dalam kehidupan saya masa lalu. Mungkin perkara tu terjawab kalau kita kaitkan dengan kod asas kita. Personaliti dan sikap kita banyak dipengaruhi dari kod asas juga. Contohnya, kod asas saya adalah 8, pendiam orangnya. Wahahhaa.

Terima kasih membaca entri panjang berjela hingga part ke 4 ni. Semoga bermanfaat dan boleh membantu kita semua dalam perancangan masa depan dan persediaan untuk setiap ujian dan cabaran.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: