Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, July 21, 2012

Saturday Evening Post

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Entry kali ni bertajuk Saturday Evening Post. Maksudnya? saya beri jawapan simple saja lah . KENANGAN. Jadi, entry kali ni saya sentuh tentang KENANGAN. Kenangan manis? Pahit? Suka? Tak suka? Mana korang nak? HAHA.

Baiklah, bagi saya kenangan terdiri dari beberapa aspek. Kenangan yang menyakitkan, membahagiakan, bermakna dan membuat kita rasa sedih berbulan-bulan pun boleh wujud. Tapi bukan itu yang saya nak bincangkan. Tapi saya nak bincangkan tentang KENANGAN YANG MENJATUHKAN SEMANGAT MANUSIA. Kenangan ini, lebih kepada kenangan yang menyakitkan atau pahit. Dari sudut pandangan saya sendiri, ada beberapa aspek kenangan yang selalu menjatuhkan semangat manusia. Lihat gambar di bawah :


KENANGAN LALU YANG BERKISAHKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA

Sesiapapun tahu bahawa manusia memerlukan manusia lain. Semua itu adalah fitrah dan tidak boleh disangkal lagi. Fitrah manusia yang perlukan kasih sayang sememangnya merupakan perkara biasa. Walau bagaimanapun, pertemuan dan perpisahan juga adalah lumrah kehidupan. Jangan terlalu kecewa dan sedih apabila menghadapi perpisahan sehingga ia menjadi satu penyakit hati. Apapun alasan perpisahan itu ; berpisah dengan sahabat handai kerana tamat sekolah, berpisah atas persengketaan yang tidak mampu disatukan lagi, berpisah kerana kematian dan sebagainya, kita harus menerimanya dengan penuh sabar dan tabah! Reda.

Begitulah kitaran manusia dalam perhubungan.



Jika kita bertemu dengan manusia lain, bersyukurlah dan berkasih sayanglah antara kita. Cuba sedaya yang ada untuk menghindari sebarang persengketaan. Jika tiba masanya berpisah, tabahlah dan berdoalah supaya dia sentiasa dirahmati ALLAH. Semua yang kita ada hanya pinjaman dari Tuhan. Tuhan amanahkan kepada kita supaya kita menjalankan tanggungjawab kita. Jika Tuhan menganugerahkan kita sahabat maka, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat. Jika tuhan menganugerahkan kita seorang anak, maka tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang ayah / ibu. Tiada perkara yang ada di dunia ini yang bersifat kekal.

KENANGAN YANG BERKISAHKAN KESILAPAN LALU

Kesilapan lalu sedikit sebanyak memberi impak dalam semangat dalaman manusia. Manusia yang gagal menghadapi dengan baik kadang kala berputus asa dan terangsang untuk melakukan perkara yang tidak wajar.
Kesilapan lalu tidak bermakna kita sudah tidak berguna. Tidak bermaksud kita adalah manusia yang gagal untuk selama-lamanya. Ruang dan peluang untuk bertaubat dan menginsafinya masih terbuka luas. Malah sentiasa terbuka.
Tuhan maha menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar mahu bertaubat. Yakinlah! bahawa tuhan menerima hamba-Nya yang ingin kembali ke jalan-Nya semula.

KENANGAN YANG BERKISAHKAN KEGAGALAN

Bangun semula! Bangun dan bangun dan bangun!! Setelah kita berusaha tetapi kita masih menghadapi kegagalan, YAKINLAH! bahawa ada hikmah disebaliknya. Kegagalan itu tidak bermakna kita seorang yang tidak layak untuk berjaya. SEMUA ORANG LAYAK BERJAYA!!
Mungkin Tuhan mahu berikan yang lebih istimewa pada kita berbanding apa yang kita inginkan.Jangan kerana kegagalan, hingga hari ini kita tidak bangun. Jadikan kenangan kegagalan itu sebagai motivasi untuk kita bangun semula dan menjadi lebih hebat!

FUNGSI KENANGAN

Wujudkan Fungsi pada sebuah kenangan itu akan membawa kita lebih mudah untuk tidak kehilangan semangat. Antara fungsi kenangan :


  • Sebagai bahan untuk dinilai sama ada perkara itu benar atau salah.Jika benar, kita gunakan semula sebagai rujukan untuk meningkatkan kekuatan.Jika salah, kita buat pembetulan agar selepas ini kita tidak melakukan kesilapan yang sama seperti dalam kenangan lalu.
  • Jangan sesekali beranggapan negatif. Sesungguhnya, kesilapan adalah peluang untuk kita mencuba sekali lagi. Malah, kesilapan akan mengajar kita sehingga kita membuat perkara yang betul..! "MISTAKEN SHOWING US THE TRUTH!!"
  • Sebagai bahan untuk kita ulangtayang semula untuk melihat part mana yang memerlukan penambahbaikan.
  • Sebagai sumber untuk kita melihat punca sesuatu itu berlaku pada hari ini. Mengetahui punca akan lebih memudahkan kita menyelesaikan masalah.


P/s 1: Kadang-kadang, ada kenangan indah yang cukup melekakan kita hingga bila kenangan itu semakin jauh kita semakin lemah. Kenangan bukan untuk diingat-ingat...tetapi hanya untuk dikenang.

P/s 2: Dipetik dari blog privacy saya untuk dikongsikan bersama korang.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

1 comment:

  1. Kegagalan itu fitrah bagi manusia...jadikan ia sebagai benchmark utk kejayaan... :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.