SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 28 Julai 2012

Keluh Kesah Itu Merugikan

Assalammualaikum Bloggers Dan Readers,




Apa yang kita nampak dari gambar kat atas? Apa yang korang nampak? separuh penuh atau separuh kosong? Biasanya kalau kita nampak yang separuh kosong bermaksud tidak bersyukur. HAHAha. Just kidding.

Misalnya kita nampak separuh penuh bermaksud kita berkata dalam hati, "Tak penuh satu gelas tu tak apa, dah ada tu bersyukurlah daripada tak ada langsung nak minum..macam mana kalau gelas tu kosong?"

Saya saja-saja nak kongsi dalam blog ni tentang pandangan saya mengenai gambar kat atas. Diumpamakan kita dalam kehidupan ni, ada salah, tidak ada pun salah. SERBA TIDAK KENA! Bukan nak bercakap tentang orang luar semata-mata tetapi ini adalah kenyataan dan saya sendiri pernah melaluinya. Saya pun pernah merasanya dan bila tersedar baru saya tahu baik buruknya. Jadi, Entri ni saya coret untuk saya jadikan peringatan kita bersama :)

Sebenarnya, apabila saya lihat gambar di atas, saya terfikir tentang sesuatu iaitu KELUHAN, RUNGUTAN, ITU TIDAK KENA dan INI TIDAK KENA! Senang nak cakap, CEREWET? Mahu yang terlalu SEMPURNA?

Bila difikirkan semula, wujudkah yang sempurna dalam hidup kita? TIDAK.

Lapar merungut, kenyang merungut...
Mengantuk merungut, tertidur merungut...
Panas merungut, sejuk merungut...
Cuaca panas terik merungut, cuaca hujan pun merungut...

Hidung tidak mancung mengeluh..
Pipi tembam mengeluh..
Muka tak cantik mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak dianugerahkan Tuhan dengan muka?

Bila tubuh badan tinggi, mengeluh..
Bila tubuh badan pendek mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak ada tubuh badan?

Gaji rendah merungut, gaji sederhana merungut...
GAJI BESAR pun merungut?
Cuba bayangkan sekiranya kita bekerja tanpa gaji?
Ingat lagi tak zaman dulu? Hamba yang dikerah tenaga tanpa apa-apa bayaran?

Apabila kita mengeluh dan terus mengeluh sepanjang hari, setiap saat, minit , jam...setiap hari, minggu dan berbulan-bulan, tidakkah kita sudah kerugian? Kita sudah membuang masa dengan berfikir itu dan ini yang membuat kita sendiri pusing kepala.

Sekiranya kita sering mengeluh dan merungut tentang perkara-perkara kecil dan remeh dalam rutin harian kita, ianya akan menjadi kebiasaan kita dan kita kelihatan seperti tidak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kita mahukan yang sempurna tetapi, kita perlu sedar kerana jika tidak ada itu, kita tidak akan seperti sekarang.

Saya menulis seperti ini bukan bermakna saya mengatakan kita tidak wajar untuk mencari yang lebih baik. kadang-kadang, sesetengah perkara kita tidak perlu untuk merungut. Ada sesetengah perkara, apabila dibiarkan begitu sahaja, kita tidak akan ada kemajuan.

Berusaha untuk mendapat yang lebih baik adalah lebih wajar dan Tuhan tidak pernah mengatakan tidak boleh tentangnya. Tetapi apabila segalanya serba tidak kena, segala yang dianggap lebih baik itu menjadi tidak mengembirakan. Hati kita tidak gembira dengan rungutan sendiri. Segalanya menjadi negatif walaupun sebenarnya, perkara itu tidak lah buruk mana :)

Hidup kita sangat singkat untuk mengeluh perkara yang terlalu kecil dan remeh.

Cara untuk tidak merungut dan mengeluh. Ingat ayat di bawah :

Hadis Rasulullah - Rasulullah Bersabda : "Demi yang diriku ada di tanganNya, tidaklah Allah menetapkan suatu takdir bagi orang mukmin , melainkan takdir itulah yang terbaik baginya. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan jika ditimpa mudarat dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya, dan yang demikian itu tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin" (Riwayat Muslim dan Ahmad)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Noor Atikah Ramli berkata...

btol tu..rasanya tak perlu nak merungut . bersyukur dgn apa yg kita ada ^^

Tanpa Nama berkata...

betul2 mendalam maksud entry ko kali ni...baru aku sedar rasa bersyukur akan membuatkan hidup kita bertambah tenang...syabas kawan..artikel yang sangat berguna...

Unknown berkata...

betol tu..sabar dalam segala keadaan dan bersyukur atas nikmatnya....InsyaAllah..

Nik berkata...

nice entry dik.insyaAllah, sama2 la kita sentiasa bersyukur dari duk merungut kan.