SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 24 Ogos 2017

Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 1)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Sebelum ni saya ada cerita mengenai klik>>TIPS JIMAT, MURAH dan BERBALOI ketika membida di CHILINDO<<klik!

...dan juga berkongsi mengenai klik>>kaedah pembayaran di CHILINDO selepas selesai membida<<klik!

Sekarang saya nak cerita pula mengenai Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah! yang berkaitan dengan tracking number.

Selepas membuat pembidaan dan klik>>pembayaran<<klik, sudah tentu kita akan merasa tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya di manakah barang kita sekarang. Apatah lagi, kalau kita dah bayar! Perghh! panik kan kalau barang tak sampai-sampai? Kalau boleh hari ni bayar, esok sampai lah!

Ok guys! Selepas buat pembayaran, kita akan dapat email, right? Email yang seperti di bawah ni :

GAMBAR 1 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 1 : Email yang ni, adalah email di mana kita akan jejak di mana barang kita berada sekarang.

GAMBAR 2 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 2 : Email ni, kita boleh check semula senarai barang yang kita sudah bayar.

Email seperti di dalam gambar nombor 1 tu penting. Buka dan baca kemudian klik pada "HERE" yang tertera di dalam email. Rujuk pada gambar di bawah kalau tak faham.

GAMBAR 3 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

GAMBAR 3 : Sebelum klik "HERE" sila copy dulu trackingcode dari email ini. Saya punya adalah CHI06998015. Anda punya apa?


Selepas klik "HERE", kita akan di bawa ke laman NINJA VAN! Di laman NINJA VAN tersebut, klik pada "Track Your Order".

GAMBAR 5 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kemudian, masukkan atau pastekan trackingcode NINJA VAN korang ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar di bawah ni.

GAMBAR 6 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Dah paste, klik "Next" . Selepas itu, kita akan di bawa ke laman Ninja Van seperti di bawah..

GAMBAR 7 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
Di sini, akan tertera status barang kita dari NINJA VAN.  Ada tiga status..

💟Pending
💟Transit
💟Delivered
Kat jadual di bawah sekali (rujuk dalam gambar di atas) , kita akan tahu success atau tidak barang kita oleh pihak NINJA VAN. Kalau dalam gambar yang saya kongsikan ni, barang saya nampaknya sudah berjaya di ambil oleh pihak NINJA VAN dari CHILINDO tapi, delivery ke pos laju masih pending.

Untuk memeriksa status barang kita dari pos laju pula adalah dengan klik perkataan "HERE" yang saya tandakan nombor 2 dalam gambar di atas tu. Kemudian, copy tracking number dari pos laju yang saya tanda kan nombor 1.

Selepas klik "HERE" , akan terbuka lah laman pos laju. 

GAMBAR 8 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Tadi kita ada copy tracking number dari laman NINJA VAN kan.. haa...lepas ni kita paste kan ke kotak yang saya tandakan nombor 1 seperti di dalam gambar di atas. Lepas tu, klik "TRACK" yang saya tandakan nombor 2.

Selepas klik "TRACK" , akan keluar status-status barang kita berada di mana. Kalau kat laman NINJA VAN tadi masih berstatus transit atau delivery pending, status kat pos laju akan tertera "Record Not Found" sebab barang tu tak diterima lagi oleh pihak pos laju.

Biasanya, tak akan ambil masa lama sangat. Tapi kalau dah hampir seminggu, dua minggu tak muncul-muncul juga barang tu memang pelik!

So, lepas check status barang korang yang korang beli dari CHILINDO setakat ni macam mana? Success tak? hehe! Dah sampai ke belum?

Saya ada buat dua kali pembidaan kat CHILINDO dan dua kali pembayaran. So, maksudnya saya akan menerima dua parcel atau dua kotak dari pihak CHILINDO.

Itu juga bermaksud, saya akan menerima 2 trackingcode dari NINJA VAN dan 2 tracking number dari pos laju.

PEMBIDAAN PERTAMA atau KOTAK PERTAMA

Trackingcode NINJA VAN - CHI06998015
Tracking number POS LAJU - EG635056718MY

STATUS dari NINJA VAN adalah "Delivery Pending".
STATUS dari POS LAJU adalah "Record not found".

...sejak 16 Ogos 2017. Hahaha! Rasa semacam geram malah ada juga sejenis menyampah sebab lambat sangat. Ingat ni pra-tempahan ke? kekeke...

PEMBIDAAN KEDUA atau KOTAK KEDUA

Trackingcode NINJA VAN - CHI07011183
Tracking number POS LAJU - EG635050202MY

STATUS dari NINJA VAN adalah "Delivery Success".
STATUS dari POS LAJU adalah "Successfully delivered SOFINAH".

GAMBAR 9 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 9 : Beginilah statusnya kalau berjaya sampai kepada kita..

OK! Itulah sedikit perkongsian mengenai  penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 1).

Sambungan di sini - klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 2)<<klik

Boleh baca artikel berkaitan kat sini :

💟klik>>Tips membeli atau membida barangan di CHILINDO dengan harga yang murah<<klik
💟klik>>Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Rabu, 23 Ogos 2017

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Hai hai... Dah baca entry saya sebelum ni berkenaan cara berjimat ketika membida di CHILINDO? Kalau belum baca, elok baca sekarang! hehehe!

OK! Selepas kita membida dan menang barang-barang di CHILINDO, kita mestila nak bayar barang-barang tu kan?

Penghantaran barang yang kita bida akan dicaj RM8 sahaja. Tapi kalau korang pilih COD, korang mesti tambah RM4 lagi untuk bayar orang yang menghantarkan tu ke depan rumah korang.

Terdapat 3 jenis kaedah pembayaran di CHILINDO.

💟Cash On Delivery
💟ATM/Bank (Bank in atau transfer duit ke akaun bank CHILINDO)
💟Visa/Mastercard (Credit/debit)
KAEDAH CASH ON DELIVERY - Jika korang memilih menggunakan CASH ON DELIVERY,(Barang sampai dulu baru bayar tunai) CHILINDO akan menggunakan perkhidmatan NINJA VAN untuk menghantar barang korang depan mata korang. Dia akan blah bila korang dah tanda tangan dan bagi dia duit barang dan caj penghantaran. Tapi, tidak semua orang boleh guna kaedah ni terutamanya saya yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Hahaha! So, jika korang dari SABAH/SARAWAK/LABUAN, korang terpaksalah menggunakan kaedah nombor 2 atau pun nombor 3.

KAEDAH ATM/BANK - Sekiranya korang tidak mempunyai online banking, korang boleh lah pilih kaedah kedua ni, dengan mem-bank-in kan atau transfer duit korang ke nombor akaun bank milik CHILINDO (CHILINDO guna bank OCBC). Kemudian, sila hantarkan slip atau bukti pembayaran korang kat CHILINDO melalui email mereka di support.my@chilindo.com . Kalau boleh, hantar slip atau bukti pembayaran korang ni dengan cara membalas (reply) email  dari CHILINDO yang sudah disertakan dengan invois korang semasa korang daftar keluar barang-barang korang dari troli. OK!

KAEDAH VISA/MASTERCARD - Kaedah VISA/MASTERCARD ni tidak boleh digunakan jika korang belum activate kan kad bank korang untuk shopping online. Cara nak activate kan kaedah ini, korang kena call bank korang (Nombor telefon biasa ada tulis kat belakang kad bank kita). Bercakap dengan pegawai bank tu tak lama. Cakap je nak activate kad untuk shopping online. Dia akan faham laa tu. Saya guna kaedah nombor 3 ni. Jadi saya boleh jelaskan dengan lebih lanjut.

OK! Rujuk gambar (Sila klik gambar ye kalau tak jelas) di bawah ni...

Langkah Pertama.
Saya tick nombor 2 iaitu Visa/MasterCard.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kedua.
Klik "Teruskan".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah ketiga.
Akan keluar page dari 2C2P macam dalam gambar di bawah. Isi maklumat dengan betul OK!

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Selepas dah isi maklumat kat borang nombor 1 dan nombor 2, klik pada "Continue Payment".

Langkah keempat.
Sila tunggu.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kelima.
Nombor Kod MSOS akan masuk ke telefon korang (SMS). Bila dah dapat nokbor tu, masukkan ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar kat bawah ni. Lepas tu klik "OK".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Lepas klik "OK" , korang akan terima email daripada CHILINDO bahawa korang dah pun selesai membuat bayaran.

Rupa emailnya adalah seperti berikut.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pastikan korang simpan email ni. Jangan delete dari inbox. Sebab, inilah bukti korang memang dah bayar kalau tiba-tiba barang tak sampai. Huhuhu...

Selain tu, korang juga akan menerima dua lagi email seperti di bawah..

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kalau tak jumpa email ni dalam inbox email korang, jangan lupa check kat spam atau trash..Hmm...OK! Begitula sahaja yang boleh saya bantu. Jumpa lagi di entry seterusnya!Jangan lupa pula baca entry tips jimat di CHILINDO ! OK...
Terima kasih membaca entri ini. Semoga membantu dan bermanfaat.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 22 Ogos 2017

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Beberapa hari yang lepas (14 hingga 16/08/2017), saya dan my MR.Bee try buka akaun kat CHILINDO. Ramai yang sudah tahu apa itu CHILINDO, right? Tapi kalau belum tahu, hari ini korang akan tahu.

CHILINDO adalah laman membeli belah pelbagai jenis barang dengan cara membida. Pihak CHILINDO membuat lelongan barangan bermula hanya RM1.00 sahaja. Tak kiralah barangan apa pun. Dari besar ke kecil tetap bermula dari RM1.00.

Caj penghantaran pula adalah hanya RM8! Tak kisah berapa banyak barang yang korang beli kat CHILINDO, berat atau ringan, besar atau kecil, tetap RM8! Interesting? Of course-laaah!

Boleh ke laman klik>>www.chilindo.com<<klik untuk buka akaun anda sendiri dan mula membida barang favourite korang.OK! Barang apa? Oh! Ada pelbagai jenis barangan kat CHILINDO.

Antaranya adalah barangan dapur seperti pisau, gunting sayur, periuk, dapur api, err...banyak lagi! Boleh lihat sendiri kat laman web mereka.OK!

OK! SEBELUM korang membida barang kat CHILINDO, mesti fahamkan betul-betul terlebih dahulu. Barangan yang dilelong di CHILINDO bukanlah barangan rare, atau antik, atau barangan lama, atau barangan limited edition, atau barangan yang sukar didapati di tempat lain. Semua barangan di CHILINDO adalah barangan biasa-biasa sahaja. Kenapa saya kata, barangannya adalah barangan biasa sahaja? OK..barangan yang dilelong kat CHILINDO adalah barangan yang boleh kita dapati dari kedai lain juga! Malah boleh juga didapati di laman membeli belah yang lain seperti, LAZADA! SHOPEE! atau LELONG.MY! atau...MUDAH.MY? atau ALIExpress... 😉

SO...jika barang CHILINDO hanya barangan biasa, kenapa kita nak membida juga?

OK! Untuk saya dan MR.Bee, this is so FUN! hahahaha! OK, kidding...

Actually, jika barangan tersebut berbaloi untuk kita miliki melalui perkhidmatan CHILINDO, apa salahnya kita jadi pembida.

Keistimewaan CHILINDO bagi saya dan my MR.BEE ialah kerana lokasi kami adalah di Wilayah Persekutuan Labuan. Barangan kat LABUAN ni, boleh tahan mahal. Thats why, kami prefer beli barang online berbanding beli barang kat LABUAN. Tapi kalau terdesak dan tak ada pilihan memang beli kat sini je laa selain dari ke Kota Kinabalu untuk beli barang yang diidamkan malah banyak pilihan. chehh! kekeke...

Jadi, membida kat CHILINDO ni BUKANLAH untuk BERTANDING siapa yang MENANG maka dia lah HEBAT membida. PEMBIDA yang hebat disini adalah, dia MENANG dengan HARGA yang sesuai dengan bajet poket sendiri dan dapat harga yang murah dari di tempat yang lain melainkan memang dah jatuh cinta sangat dengan barang kat CHILINDO tu, haa..bida la tinggi-tinggi...

Lagi murah, lagi bagus! Itu prinsip terbaiik untuk kita pegang sebelum kita excited nak menang semasa membida di CHILINDO.

TIPS MEMBELI ATAU MEMBIDA BARANGAN DI CHILINDO DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI, ialah....

💟Bandingkan harga barang tersebut di laman membeli belah yang lain terlebih dahulu seperti LAZADA, SHOPEE,LELONG.MY atau MUDAH.MY atau mana-mana yang korang tahu.

💟Bandingkan harga barang tersebut di kedai-kedai berdekatan tempat tinggal korang.

💟Pastikan bajet tersebut adalah bajet yang anda sanggup bayar untuk barangan tersebut.

💟Semasa kita membida barangan di CHILINDO, kita akan dikenakan caj servis sebanyak 10% dari harga barang yang kita menang. Jadi, pastikan murah apabila dicampurkan dengan 10% dan caj penghantaran tersebut.

💟Membida pada waktu-waktu yang sesuai seperti jam 5 petang, 3 pagi, 4 pagi dan jam 6 pagi (Tips ini semakin tidak berkesan jika pengguna CHILINDO semakin meningkat dan ada pengguna baru yang teruja sampai taknak tido).

💟Sebelum membida, perhatikan dahulu harga paling murah (paling rendah) dan paling mahal (paling tinggi) yang pernah dimenangi oleh pembida lain. Hal ini kerana kita akan tahu berapa bajet yang pembida lain sanggup untuk menang. 

💟Kalau kita nak juga barang tu, boleh cuba bida dengan harga yang paling murah tadi. Kalau kalah juga, boleh bida dengan harga antara paling tinggi dan paling rendah. Kalau tak berbaloi, bagus blahh je.. (Memerhatikan memang akan mengambil masa).


💟Jangan marah kalau kalah, sebab kita akan letak harga tak masuk akal semata-mata untuk menang. Hahaha! Contohnya kat bawah ni..

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin


Katil/Sofa angin kat atas ni boleh beli dengan harga RM100++ kat Tesco tau. Tak perlu spend sampai RM824.50 ... Wahaha... BUT don't worry, jika kita menang dengan harga yang tidak patut dan tidak berbaloi, tak apa. Jangan daftar keluar dari troli atau maksudnya, jangan barang barangan tersebut. Biarkan je dalam troli. Nanti CHILINDO akan lelong semula barang tu selepas 3 hari kita tak daftar keluar.

Setakat ni, tu sahaja tips yang saya boleh kongsikan kepada sesiapa yang memerlukan.

Lepas membida tu,jangan lupa bayar kalau dah suka barang tu.. kekeke... Boleh baca klik>>kaedah pembayaran<<klik untuk maklumat lanjut mengenai bayaran OK...

Then, Saya nak kongsikan pula barang apa yang saya bida di CHILINDO!

Di bawah ni adalah barang yang saya bida dan saya menang :

PEMBIDAAN PERTAMA

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Plan nak beli 1 lagi TV. Tiba-tiba nampak ini, jadi saya bida la. Dapat harga RM9.90 kat Labuan ni boleh tahan murah juga! Yayh!

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Klip lensa ni memang saya nak beli juga. Baru-baru ni saya dan MR.BEE sikit lagi nak beli kat satu kedai accessories handphone kat Ujana Kewangan Labuan. Nasib baik tak jadi. Kalau tak, memang rugi la sebab harga RM45.00. Tu pun 2 in 1 je..

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Benda ni selalu panggil LAZY STAND kan..Sebelum hari raya hari tu, saya ada beli online kat instagram. Harga RM18.90. Saya beli untuk letak kat meja melukis. Sekali kat CHILINDO dapat RM4.70 je. Hahaha! Saya bida lagi kat CHILINDO walaupun dah ada satu sebab saya nak letak kat meja komputer saya pula.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
This pop socket, saya tak sure nak cari kat mana kat Labuan ni. Tak jumpa langsung. Yang jenis ring tu ada lah.. So, bida je lah. Yang penting bukan RM10.00 satu. Hahahaha!

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Ahaks! Ni untuk #SiChokey... Pet saya dan MR.BEE.. Saiz rantai ni saiz kucing atau anak anjing. Lagipun, saya ada ke kedai pet bulan lepas cari benda ni la.. Mahal siot! RM15 ke atas memang tak lari la. Padahal biasa je rantai tu. Kat CHILINDO pun biasa-biasa juga cuma harga boleh dapat murah kan. Kat Lazada pula, boleh dapat design lawa! Tapi nanti la cari yang lawa.. Nak latih #SiChokey dulu. Tak pernah lagi dia guna benda ni.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Tripod! Yess! Saya suka tripod.. monopod pun my fav juga. Awal bulan Ogos hari tu ada event kat Labuan, so memang ramai yang buka booth jualan accessories handphone. Ternampak satu booth tu jual tripod sebijik macam kat CHILINDO ni. Harga nya RM45.00. Terus MR.BEE tak jadi beli sebab kitorang dah beli tripod kecil RM42.00 (yang sambung dengan monopod tu) kat Ujana Kewangan Labuan. Rugi kan..? Huwarrggghhh! See! Kat CHILINDO boleh dapat RM9.30.. Jimat dalam 30 ringgit..!

PEMBIDAAN KEDUA
Kenapa ada pembidaan pertama dan kedua? Sebab saya terdaftar keluar dah yang pertama tu. huhu... So, saya kena bayar penghantaran sebanyak RM16! Boleh buat penghantaran sekaligus walaupun ada dua invois tetapi kena emailkan dahulu kepada pihak CHILINDO. Disebabkan saya malas, jadi saya biarkan je ada dua penghantaran. NASIB BAIK saya buat dua penghantaran...kalau taaakkk....baca kat sini sebab apa - klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 2)<<klik

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Beg Buaya ni cute kan! Bagi saya RM15.00 masih murah. Lagipun beg ni cute dan sesuai untuk someone. Hehehe... Dah membida kat CHILINDO jadi saya sekalikan la untuk hadiah orang birthday.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Beg kelabu ni! Saya nak sangat..tapi susah betul nak dapat harga dalam RM15.00 atau RM20.00.. huhuhu... So, saya pun bida la beg ni RM25.70. 
Review berkenaan beg galas NEAT kelabu di atas, korang boleh baca kat entry bertajuk klik>>Review Beg Galas NEAT kelabu dari CHILINDO<<klik .

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Jam tangan ni warna warni. Saya suka sangat warna warna warni... Jadi saya bida dalam RM10.00 tapi kalah. Malas nak menunggu lagi, jadi saya bida je RM11.00 terus sebab memang nak jam ni.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Jam tangan ni saya bida untuk MR.BEE. Memang ada niat nak belikan jam tangan untuk dia. Cuma, design jam ni tak berapa OK la kot kan. Tapi, saya nak bayar niat dulu. Huhuhu... dah lama sangat kata nak beli tapi tak beli. Sementara, pakai ni dulu la ye MR.BEE.. kekeke...

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Kalau kat Labuan, kabel bateri kereta ni lebih kurang dalam RM39.90, jadi saya bida la yang kat CHILINDO ni untuk ayah saya. Tiba-tiba, bila dah menang tu, terlupa pula check panjang kabel ni. Kwang3x... 

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Ini untuk saya. Waktu-waktu period, memang aktiviti kegemaran saya cat kuku.. huhu... bida RM1.50. Layan..

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
OK! Lampu ni cantik sangat tau... Kalau pasang kat dalam gelap, tengok kat siling... ada bintang-bintang berwarna-warni..Saya bida yang ni pun someone's birthday juga.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
HAAAA! Barang ni susah sangat saya nak menang! Sebab saya target RM50.00 sahaja. Hahahahahaha! Logik tak benda ni RM50.00? Logik la kan kalau CHILINDO jujur dalam sistem pembidaan mereka. Contohnya, ramai nak harga murah, mustahil la diorang nak bida RM100.00. Memang semua orang nak murah dalam pembidaan barangan seperti ini. Tapi, disebabkan saya nak sangat meja ni untuk aktiviti piknik dengan MR.BEE, so saya naikkan bajet saya kepada RM80.00 untuk bida meja ni sahaja. Kat Labuan, meja ni ada juga..cuma RM200-300...jadi, walaupun tidak mengikut target bajet, saya rasa berbaloi menang meja lipat ni. (Bahasa CHILINDO memang teruk kan? "Meja Kolam Berlipat" ? Kolam? ).

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
MP3 Merah jambu ni pun untuk seseorang yang bakal menyambut hari jadi. Bawah RM10.00 kira OK la ni. Kat Lazada ada juga tapi RM10 ke atas.. Sebenarnya tak kisah sangat. Just nak sekali dengan barang-barang yang lain je.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Ni pun untuk seseorang juga. Lagi murah dari MP3 yang merah jampu tu. Tapi sebenarnya boleh dapat harga lebih murah lagi dalam RM5.70 macam tu. (Saya tahu sebab saya ada bida sekali lagi MP3 ni selepas bayar pembidaan kedua..saja suka-suka nak tahu boleh dapat lagi murah tak..Lepas tu biarkan je dalam troli tu. Biar CHILINDO lelong balik..).

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Aduhh! yang ni silap tau... saya bukan nak pun ni. Tapi ingat CHILINDO bagi sekali dengan botol air tu. Rupanya cuma pam air ek. Hahaha! Belajar dari kesilapan.. siapa suruh bida dulu baru baca description. Dah menang terpaksa la akur. Bukan boleh nak remove dari troli ni.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Ini pun untuk someone juga. Tak sangka pula dapat RM4.90 je.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Pita pengukur ni untuk MR.BEE... sebab dia dalam projek buat bilik. Selalu pinjam ayah punya pita pengukur. Sekarang dah ada sendiri. Senang sikit. Ngeh ngeh..

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Kad SD 16 GB ni saya beli sebab saya ada membida kamera dan menang. So, saya bida sekali la kad memori ni khas untuk kamera tersebut. Sebelum saya bida kad ni, saya ada check kat Lazada. Memang RM21.00 adalah murah. So, saya bida RM21.00 terus secara automatik. Kalau Bida RM15.00 memang kalah. Bulan lepas, MR.BEE ada beli memori kad 16 GB juga kat Kota Kinabalu RM40++ .. Untungla saya dapat memori kad 16 GB dengan harga RM21.00 sahaja. Hehehe...

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Inilah kamera yang saya maksudkan. Semasa event awal bulan lepas, MR.BEE hampir-hampir beli kamera jenis ni. Harga dalam RM100++. Spec sama sahaja. Masa tu, saya kata kat MR.BEE beli kat Lazada je la. So, dia pun cancel. Tup tup ternampak ni kat CHILINDO...jadi saya bida la kamera ni. Cuma, saya rugi sikitla sebab kat LAZADA RM47.90 je ni. Huhuhu... Saya cerita kemudian mengenai kamera ni kat next entry!

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
This is my favourite too! hehe... kitorang selalu breakfast telur rebus.. and, memang selalu nak soft atau medium. Tapi selalu tersilap. Terlebih masak pula. RM3.70 bagi saya still murah.

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Yang ni saya bida untuk MR.BEE. Supaya boleh letak handphone dia atas meja kerja. Boleh-boleh dia letak guna gelas pula. ish ish... so, dapatla bida RM2.00 sahaja. MR.BEE pun ada bida juga benda ni. Tapi kalah. Lepas dia dia malas dah nak bida. hahaha!

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin
Tikar ni saya selalu tengok harga kalau nampak kat mana-mana yang jual. Selalu jumpa dalam RM19.90, RM39.90 dan ada juga harga yang lebih mahal dari tu. Jadi saya tangguh-tangguh untuk beli. So, kat CHILINDO dapat bida RM10.00.. yess!

Itu semua barang-barang yang saya bida dan menang dengan harga yang bagi saya berbaloi. Dan, saya sangat suka membida barangan di CHILINDO ni. Seronok dan memukau.. Hahahaa!

Selepas kita siap membida, kita perlu daftar keluar untuk buat bayaran. Semasa kita klik daftar keluar, akan dipaparkan invois. Invois tersebut, akan senaraikan semua barang-barang yang kita menang tu. Simpan invois ni untuk buat checklist setelah barang-barang kita sampai kelak. Takut ada barang yang tak ada pula.huhu..

Rupa invois tu adalah seperti dalam gambar di bawah :

Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan Harga yang Murah dan Berbaloi - Chilindo Malaysia - Sofinah Lamudin


OK!
Lepas tu, kita akan di bawa ke kaedah pembayaran selepas nampak invois.

Haa..begitulah,cerita berkenaan CHILINDO tapi cerita saya mengenai CHILINDO ni belum tamat lagi!

Boleh baca sambungannya kat sini :

💟klik>>Cara dan Kaedah pembayaran selepas membida di CHILINDO<<klik
💟klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 1)<<klik
💟klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 2)<<klik
💟klik>>Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 14 Ogos 2017

Menjawab Semua Soalan Mengenai Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 1)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hii guyss....

Melalui entry saya mengenai "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh lahir" , terdapat banyak persoalan sebab tak faham cara mengira. OK! Saya cuba jawab semua soalan. In Shaa Allah.

Soalan [1]
"Pleasela........sy tak faham ni......cara pengiraan tuh tak brpe jelas.....harap dpt bantu sy......"

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

OKla...untuk lebih jelas cara kira, saya jelaskan satu per satu.


💟Mula-mula pilih satu tarikh lahir. Saya pilih 16/09/1990 sebab tu tarikh lahir saya.
💟Lepas tu, Lukis segi tiga terbalik dan buat pembahagi seperti di dalam rajah di bawah.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟Lukis 7 kotak kecil seperti rajah di bawah (Kotak biru bertanda A hingga G).
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟Kemudian, Letakkan tarikh lahir di tempat yang ditetapkan seperti berikut.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 6 = 7 . Tulis nombor 7 ke dalam kotak biru bertanda A.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟0 + 9 = 9 . Tulis nombor 9 ke dalam kotak biru bertanda B.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 9 = 10 . Disebabkan nombor 10 mempunyai dua digit (dua nombor), jadi kita tambahkan lagi nombor 10 ini agar menjadi 1 digit sahaja. SO, 1 + 0 = 1 . Tulis nombor 1 ke dalam kotak biru bertanda C.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟9 + 0 = 9 . Tulis nombor 9 ke dalam kotak biru bertanda D.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

OK! Sekarang kita dapatkan pula kiraan untuk kotak biru bertanda E dan F.

💟7 + 9 = 16 (Nombor dalam Kotak A tambah dengan nombor dalam Kotak B,jawapannya adalah nombor dalam Kotak E) . Jadikan nombor 16 ini kepada 1 digit sahaja. 1 + 6 = 7. Tulis nombor 7 di kotak bertanda E.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

💟1 + 9 = 10 (Nombor dalam Kotak C tambah dengan nombor dalam Kotak D,jawapannya adalah nombor dalam Kotak F). jadikan nombor 10 ini kepada 1 digit sahaja. 1 + 0 = 1. Tulis nombor 1 di kotak bertanda F.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Siap yang di atas, kita dapatkan pula jawapan untuk Kotak biru bertanda G.

💟7 + 1 = 8 . Tulis nombor 8 di kotak bertanda G.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Siap!
Kotak biru bertanda G merupakan nombor ASAS kita mengikut kiraan tarikh lahir mengikut format yang saya sudah jelaskan dari atas. So, maksudnya... Nombor 8 adalah NOMBOR ASAS SAYA. Sekarang, kira pula tarikh lahir korang. Dapat nombor berapa untuk di kotak biru bertanda G mengikut tarikh lahir korang? Hehehe...

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Bagi NOMBOR ASAS 8 ini adalah merupakan element API! yang membawa maksud seperti berikut :

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

PERGH!! Korang bagaimana pula? Element apa? Apa pun, saya harap cara saya jelaskan kali ni, korang lebih faham cara mengira OK!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: