SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 17 Februari 2020

Fokus Penyelesaian Masalah

Fokus Penyelesaian Masalah


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hari ni, saya dan Mr.Bee ke Pantai Damai untuk beriadah. Saya langsung tak dapat nak membaca dengan fokus di rumah sebab cuaca kat Labuan 2 3 hari agak panas. Di pantai, rasa panas boleh hilang disapu angin pantai disamping boleh mendengar deruan ombak. Saya membawa buku. Tajuk buku, Make, Think, and Imagine.


Ini bukan review keseluruhan. Saya cuma nak komen sedikit. Saya belum baca sampai habis pun buku tu. Baru muka surat 25. Hahaha...ni bukan buku kebiasaan yang saya selalu baca. Tapi, apa salahnya membaca sesuatu yang belum pernah dibaca untuk menambah sedikit pengetahuan yang masih sedikit ni. Topik yang menarik minat saya buku tu, iaitu tentang progress sebuah ketamadunan. Dalam kehidupan kita di dunia ni perlukan kemajuan, inovasi dan perubahan agar hidup kita tidak berada ditakuk lama.

Saya faham, setiap tindakan untuk perubahan dalam hidup dari segi pembangunan tamadun manusia itu banyak pro dan kon. Atau istilah lainnya, ada hikmah dan faedah di sebalik setiap pembangunan tersebut. Cuma, apa yang saya kesalkan pada hari ini, ramai masyarakat kita lebih suka berdebat mengenai siapa sokong siapa. Siapa sokong pro dan siapa sokong kon. Siapa dan mana satu yang salah. Sedangkan bukan itu yang patut kita fokus.

Yang patut kita fokus adalah... penyelesaian masalah. Contoh yang mudah difahami, dulu...sebelum ada kereta...kita jalan kaki. Apabila ada golongan optimis yang menyelesaikan masalah penat jalan kaki, lambat sampai ke lokasi kerana berjalan kaki, maka... wujudlah kereta. Lalu, faedah yang kita peroleh adalah jimat masa, cepat sampai ke lokasi dan kurang penat sebab kurang guna tenaga.

Tapi, muncul satu masalah...pencemaran alam akibat asap kereta, berlaku kemalangan jalan raya dan ada yang kata, dah tidak bersenam bila mula guna kereta. Kurang sihat.

Setiap progress pasti ada risiko. Tanpa mengambil risiko kita tidak akan ada progress. Kita tidak akan keluar dari kepompong. Progress tidak boleh dihentikan. Mustahil. Memang lumrah manusia akan mencipta sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Jadi masalah yang muncul setelah membuat perubahan baik, fokus untuk selesaikannya. Tidak perlu dibahaskan siapa salah siapa betul. Masalah pencemaran udara akibat asap kereta? saya yakin ada golongan bijak, yang sedang bertungkus lumus mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah. Mungkin membuat filter pada asap kereta yang menggunakan petrol/gasoline. Menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya? sudah banyak yang membuat kempen keselamatan jalan raya, pengambilan lesen kereta, menyaman mereka yang menggunakan kereta tanpa lesen dan menggunakan kereta kurang sihat? Banyak taman dan gym yang disediakan untuk bersenam. Di rumah pun boleh bersenam. Kan?

Itu contoh yang saya rasa mudah nak faham.

Kita kena fokus PENYELESAIAN MASALAH. Bukan menuding jari. Nak ada perkembangan dan kemajuan dalam diri, tak dapat nak elak risiko dan kegagalan. Ia dalam satu pakej.

Okay... banyak lagi yang saya belajar dari buku Make, Think, Imagine oleh John Browne ni walaupun baru 25 muka surat saya baca. Saya nak sambung baca dulu.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Ahad, 9 Februari 2020

[PART 1] Quichotte oleh Salman Rushdie | Quichotte Membuat Saya Agak Gila dan Salman Rushdie Memaksa Saya Bermain Dengan Teka Teki

[PART 1] Quichotte by Salman Rushdie | Quichotte Membuat Saya Agak Gila dan Salman Rushdie Memaksa Saya Bermain Dengan Teka Teki


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Buat pertama kalinya saya membaca buku novel Bahasa Inggeris setebal kamus (Ehh...janganlah menipu pula..Wehehe). Mungkin separuh ketebalan kamus dewan bahasa lah. Pernah juga baca buku setebal buku ni tapi buku ni full of text. So, bagi saya berbeza. Saya mula membaca Quichotte ni sejak 01 Januari 2020. Sekarang saya baru tamat membaca bab 10 dari 21 bab dan berada di muka surat 158 dari 396 muka surat. Saiz buku adalah separuh A4 dan saiz font mungkin 11 atau 12. Agak kecil juga. Buku ni, banyak hal yang menarik minat saya untuk membuat kajian. Sebab banyak hal yang saya baru tahu melalui penulisan Salman Rushdie ni.

Review Buku Quichotte oleh Salman Rushdie

P/S : Ulasan buku ini mempunyai versi Bahasa Inggeris di blog buku saya di www.sillywonk.com.

Book Reviewer From Malaysia


Disebabkan banyak yang saya nak kongsikan dengan korang tentang buku ni, saya mengambil keputusan untuk menulis ulasan buku Quichotte ni menjadi 3 bahagian (Part 1, Part 2 dan Part 3). Mungkin cara mengulas begini agak sedikit diluar kebiasaan tetapi apa salahnya jika saya mengulas dari bab ke bab tanpa membuat sebarang spoiler? Kann?

Review Buku Quichotte oleh Salman Rushdie

Siapakah Salman Rushdie?

Sebelum saya membawa korang ke topik yang ada di dalam buku, saya nak berkongsi dan memperkenalkan kepada korang penulis buku ni; Salman Rushdie (SR).

SR adalah seorang penulis novel India-British yang terkenal sejak penulisan beliau yang bertajuk "Midnight's Children (1981)" dan "The Satanic Verses (1988)". Beliau lahir pada 19 June 1947 di Bombay, India. SR adalah seorang pelajar dalam bidang sejarah di King's College di University Cambridge.

Salman Rushdie


Buku pertama yang beliau tulis adalah novel sains fiksyen dan fantasi yang bertajuk "Grimus" pada tahun 1975. Buku beliau yang bertajuk "The Satanic verses" pada tahun 1988 pernah memenangi anugerah "Whitbread Award". Walaupun begitu, buku ini mempunyai kontroversi sehingga buku ini di ban disesetengah negara Islam. Isu mengenai buku ini mulai reda pada tahun 1998.

Senarai buku (Top 10) oleh SR adalah:

  1. Midnight's Children (1981)
  2. Shame (1983)
  3. The Satanic Verses (1988)
  4. Harun Aur Kahaniyo Ka Samunder (1990)
  5. Imaginary Homelands (1991)
  6. East, West (1994)
  7. The Moor's Last Sigh (1995)
  8. The Golden House (2017)
  9. The Ground Beneath Her Feet (1999)
  10. Joseph Anton : A Memoir (2012)
SR website : www.salmanrushdie.com

Novel Quichotte Mengenai Apa?

Novel ini diinspirasikan dari sebuah novel lama berjudul "Don Quixote de la Mancha (1605, edisi pertama) yang ditulis oleh Miguel de Cervantes yang berasal dari Spain. Judul asli Don Quixote adalah El Ingenioso Hidalgo Don Quijote de la Mancha. Pada tahun 1612, buku ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk bahagian pertama. Manakala bahagian kedua dikeluarkan pada 1620.

Novel Quichotte ini bergenre fiksyen sejarah / fiksyen realism sejarah kerana banyak sekali imbasan kembali berkenaan sejarah lampau di dalamnya, yang bukan fiksi atau rekaan. Contohnya, SR menggunakan nama lokasi dengan nama yang sudah tidak wujud lagi pada hari ini. Seperti BOMBAY. Nama Bombay telah digantikan dengan Mumbai pada tahun 1995.

Hal ini membuatkan pembaca agak ligat berfikir mengenai sejarah lampau terutamanya di India (yang pernah wujud dan pernah terjadi) disamping menyelami perasaan, emosi, krisis dan situasi watak watak di dalam kisah ini terutamanya watak utama, iaitu Ismail Smile atau nama samarannya Quichotte. Selain dari sejarah, SR juga memasukkan isu atau topik mengenai kesihatan mental, politik, perkauman, pengganas dan industri lakonan.

Secara keseluruhannya, novel ini mengisahkan perjalanan atau pengembaraan Ismail Smile bersama anak lelakinya Sancho. Pengembaraan tersebut adalah bertujuan mencari cinta sejati Ismail yang digelar sebagai "Oprah 2.0".

Ulasan Saya Mengenai Novel Ini [Part 1]

Penulisan SR di dalam novel ini mempunyai lebih dari satu sudut pandang. Dari bab 1 hingga 5, saya membaca novel ini pencerita menggunakan sudut pandang orang ketiga di mana penulis menggunakan kata ganti nama "Dia" tetapi pada bab 6, tiba tiba sudut pandang berubah menjadi "Saya" dari sudut pandang Sancho anak lelaki Ismail Smile. Pada bab ke 7, sudut pandang kembali kepada kata ganti nama "Dia".

Review Buku Quichotte oleh Salman Rushdie

Setakat yang saya sudah baca (Bab 1 hingga 10), saya sangat menikmati jalan cerita novel ini terutamanya mengenai Salma R iaitu intan payung, pengarang jantung Si Ismail / Quichotte. Sehingga saya rasa saya boleh jadi gila bila saya berada di tempat Quichotte dari awal cerita sampailah bab 10. Bila saya cuba mendalami wataknya, pendapat saya, Quichotte bukan sahaja gila bayang tetapi obses. Percaya hal yang belum terjadi. Atau tidak pernah terjadi pun.

Atau mungkin, sikap Quichotte menajdi sedemikian rupa akibat terlalu berimaginasi kerana terlalu menonton TV. Wehehe... Nampak agak pelik. Tapi, itulah yang mengakibatkan Quichotte mengalami masalah otak. Mari saya mulakan ulasan dari bab ke bab secara ringkas.

Bab 1

Di dalam bab pertama ini, penulis memperkenalkan kepada pembaca mengenai watak utama novel ini. Di bab pertama ini saya sudah mula merasakan bahawa buku ini sedikit sebanyak akan bercerita mengenai masalah mental atau masalah psikologi tetapi saya tidak pasti masalah mental yang bagaimana. Kemudian, saya tiba tiba keliru apabila...

he had been seized long ago and now returned by the aliens in the mothership hiding in the sky above the meteors... (Page 17)
Quichotte menemui anaknya dari masa hadapan yang bernama Sancho. Adakah ini cerita sains fiksyen?

Bab 2

Dalam bab 2 ini saya mula menghadapi 'tambahan' kekeliruan apabila penulis novel ni memperkenalkan watak bernama Sam Duchamp. Pembacaan saya mula semakin tegang dengan teka teki apabila Sam Duchamp merupakan seorang penulis novel. Di dalam novel nampaknya ada penulis novel. Vvaaah!

Babak yang mengejutkan saya dalam bab 2 adalah apabila bapa kepada Sam membunuh diri. Hhuhu menyedihkan! Watak ini juga sama seperti Quichotte yang kelihatan 'gila'. Tetapi, kali ini saya tahu apa yang dialami oleh Sam.

...then Brother's anxieties were close to triggering a flight response. He wanted to run but didn't know where or how, which made him more fearful still...(Page 23)
Sam mengalami anxiety disorder. kesihatan mental Sam terganggu mungkin kerana pembulian yang berlaku pada zaman kanak kanaknya. Korang yang membaca ni, sebarkanlah betapa buruknya kesan buli. Kesihatan mental orang lain, mungkin tanpa kita sedari telah terosakan.

Jadi, kembali kepada topik asal, apa kaitan Sam Duchamp dengan Quichotte?

Bab 3

Apabila membaca bab 3, saya mula jatuh cinta dengan novel ni. Pada mulanya hanyalah suka. Dia macam pembacaan yang biasa biasa sahaja. Walaupun saya suka dengan kisah psikologi dan latar belakang kehidupan Quichotte dan Sam DuChamp. Tiba di bab 3, saya mula berkobar kobar dan ingin tahu siapa sebenarnya Salma R? Yang digila gilakan oleh Quichotte. Apa sangat keistimewaan Salma R hingga Quichotte sanggup membuat pembaraan tentang cinta? Kadang kadang saya terfikir, berbaloi ke jatuh cinta bagai nak rak dekat seseorang yang tidak pun kenal kita. Wahahaha...

Dalam bab 3 ni ada unsur penyakit mental juga. Yang membawa sampai kes membunuh diri. Itu yang membuatkan saya begitu tertarik dengan kisah Salma R dan keluarganya. Sama macam bab 2, kisah hubungan keluarga yang dysfunctinal.

Maybe her spirit was more adventurous than she knew. Maybe there was something in her that wanted to test itself against the challenges of the wider world...(Page 44)
Dia memang nampak optimistik, berkarisma dan YyeahHHH... watak dia ni sangat membuatkan saya membuak buak nak tahu lebih lanjut tentang character dia. Alamak... adakah saya terjangkit gila seperti Quichotte? Wahaha...

Bab 4

Dalam bab 4, saya terbawa bawa dengan emosi membaca kisah adik kepada Sam DuChamp. Bila melihat cara adik dia ni marah, saya rasa macam dia pun ada masalah mental. Weyhhh... nampaknya semua watak pun saya dah mula nak kata diorang ada masalah mental. Wahahaha.... Macam mana tidaknya. Adik dia ni marah macam HULK. Smash smash smash! Hurmmm...

Kisah adik Sam ni sedikit sebanyak membuatkan saya mengimbau dengan kisah silam sendiri. Hhuhu... Cuma, ada juga yang berbeza, adik Sam ni, dia tiba tiba macam watak Joker. Faham tak korang? Korang rasa, berwatak macam Joker, memberontak tu betul? Tapi...entahlah... semua yang terjadi ada sebab / hikmah. Walaupun kita kata dalam hidup ni ada pilihan yang lebih baik dan positif, tapi... masalah yang dipikul, beban yang dirasa oleh seseorang, kita tak rasa. Bukan kita yang pikul. Tak perlulah.. judging tu lebih memburukkan lagi keadaan. Ada baiknya fikirkan solution.

Dalam bab ni saya agak tersentuhlah tentang hubungan adik beradik yang mula rengang dan berjauhan. Sedih. Malangnya masing masing ada ego. Si adik ni, aku tak suka watak dia. Agak biadap dan tak kenang budi. Dan... tak pasti la...sebab dalam bab ni, dia memang nampak macam Talam Dua Muka.

Bab 5

Dalam bab 5, saya agak sangkut sikit kat bab ni. Mengenai seorang Doktor. Yang seakan....hurm...macam ni lah.. saya tak dapat nak komen sangat bab ni. Saya kena baca semula. Banyak hal hal politik yang membuatkan saya agak tak dapat nak telan. Tapi, mengikut naluri saya, doktor tu ada skandal dan kebaikkan dia hanyalah topeng semata mata.

Bab 6

OK! Bab 6 seperti yang saya sebut di atas tadi, sudut pandang penceritaan di sini adalah sudut pandang orang pertama. Menggunakan kata ganti nama "Saya".

Saya terkejut! Macam tidak percaya. Sancho ni wujud ke? Macam mana pula dia boleh bercerita banyak tentang Quichotte? Kalau di dalam bab 1 tadi, dia kononnya diculik Alien, so, dia ni orang atau...?

I guess I have to call him Dad. But here's the thing. How am I supposed to feel properly what's the word. Filial. When we just met. I didn't grow up with him...(Page 82)
Walaupun Sancho tidak jelas statusnya. Dia sangat mengetahui kisah Quichotte dengan terperinci sekali. Contohnya, kisah Quichotte dibuli oleh orang kulit putih kerana dia seorang India. Dan bergaduh dengan bapanya sendiri di England. Selagi tak habis baca novel ni, selagi tu kepala macam maze. Tapi, itulah salah satu faktor kenapa penulisan SR ni menarik!

Bab 7

Dalam bab ni ada part yang saya rasa lucu sangat... Sancho bercakap dengan cengkerik! Wahahahaha! Pada mulanya, mungkin pet dia kot kan...rupanya, cengkerik tu pun boleh bercakap! dan...Sancho boleh hilangkan cengkerik tu dengan memahami fungsi insula otak.

"That is correct," said the cricket, "he wants you to be fully human as badly as you do. He imagines it all the time. And to get you there, he will need to give you an insula." (Page 101)
Agak agak Sancho ni apa? Apapun, saya terhibur dengan bab ni gara gara Sancho borak dengan cengkerik..Tehee.

Bab 8

Penulis membawa pembaca kembali ke dalam kehidupan Salma R. Namun dalam bab kali ini, kisah Salma R lebih terperinci kepada darkness side Salma R. Agak menakutkan dan mengejutkan. Pernah tak korang menonton wayang yang berkaitan dengan pesakit mental? Yang melibat rawatan kejutan elektrik?

Saya pernah menonton wayang bertajuk "Girl Interrupted" . Wayang ini merupakan genre drama psikologi Amerika yang mengisahkan pengalaman Sussana Kaysen pada tahun 1993 yang pernah tinggal di institusi mental.

Sahabat Susanna, Lisa Rowe yang dilakonkan oleh Angelina Jolie, adalah pesakit yang agak agresif di institusi tersebut. Lisa sebagai pesakit sosiopath, pernah malah kerap mendapat rawatan ECT (Electroconvulsive therapy).

...He was the man who knew too much. He had helped her cover up a scandal that could have derailed her career. (Page 115)
Jadi, di dalam bab ini, penulis telah menyebut beberapa jenis ubat dan rawatan mental. Terdapat juga kisah skandal dan kematian yang melibatkan Oprah 2.0 ni. Adakah akibat dari penyakit mentalnya? Walaupun dalam bab kali ini agak membuat saya tegang dan mempersoalan pelbagai perkara mengenai Salma R, saya masih suka pada watak ini.

Kesimpulan Part 1

Kesimpulannya, SR sangat terperinci dan tahu bagaimana untuk menulis berkenaan isu isu semasa di dalam novel ini disamping menulis kisah fiksyen sebagai cara menyampaikan mesej yang beliau cuba sampaikan kepada pembaca. Terlalu banyak yang saya perolehi dari buku Quichotte ini, dari sejarah hinggalah sains. Termasuklah hiburan, wayang, lagu dan sebagainya. Hampir setiap bab, saya mendapat informasi dan nilai murni.

Review Buku Quichotte oleh Salman Rushdie

Saya tidak mahu artikel ini menjadi terlalu panjang, jadi bertemu lagi di artikel ulasan Quichotte oleh Salman Rushdie Part 2. Tunggu ulasan terakhir di part 3, saya akan kongsikan berapa bintang saya berikan untuk Quichotte. Terima kasih kerana membaca ulasan ini.

Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

Ahad, 26 Januari 2020

Wanita Yang Melawan Penindasan Dengan Kalimah Kebenaran dan Keimanan

Wanita Yang Melawan Penindasan Dengan Kalimah Kebenaran dan Keimanan

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hari ini kita cuba renungkan sedikit (hanya sedikit) dari kisah isteri Firaun pada zaman nabi musa, iaitu Asiyah binti Mazaahim.

Cebisan kisah dari kisah keseluruhan Asiyah R.A ini terdapat satu teladan yang berguna untuk semua orang mukmin dan mukminah contohi / boleh dijadikan ikutan.

Sesungguhnya Allah telah memuji Asiyah R.A. Allah S.W.T berfirman:

At-Tahriim 66:11

Asiyah mendedahkan tentang keimanannya kepada Allah, menolak Firaun sebagai Tuhan, dan berkata bahawa dia tidak kisah apa akan terjadi kepada dirinya kelak. Terkejut dengan pendedahan tersebut, Firaun mengarahkan tenteranya untuk menyeksa Asiyah di padang pasir, membiarkan dia kelaparan, dan menanggalkan pakaiannya.

Beliau diseksa dengan teruk, namun keimanannya langsung tidak goyah. Firaun mengarahkan tenteranya untuk mencari sebuah batu besar. Sekiranya Asiyah berkeras dengan perndiriannya yang enggan mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka batu tersebut akan dilontar kepadanya sehingga dia meninggal dunia. Jika tidak, nyawanya di dunia ini akan terselamat. Pengakhiran kisah Asiyah, dia meninggal dunia masih dengan pendiriannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Sedangkan Asiyah adalah seorang Ratu di samping Firaun pun beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, maka kita sebagai orang biasa harus turut beriman dengan teguh kepada Allah. Asiyah pernah hidup dengan kemewahan yang tidak dapat kita bayangkan, namun dia tahu bahawa kekayaan dunia tidak kekal berbanding pengakhiran di akhirat kelak.

Sumber : islamhashtag.com , whyislam.org, aboutislam.net, iluminasi.com

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini bagi pendapat saya. *Mohon tegur jika terdapatnya kesilapan dalam pendapat saya ini, di ruang komen artikel ini.

Dunia Hanyalah Sementara, Akhirat Satu Satunya Yang Kekal dan Abadi

Janganlah merungut dengan segala kekurangan dan ujian kita di dunia serta tidak tercapainya cita cita yang kita idamkan di dunia ini. Sedangkan Asiyah R.A yang hidupnya mewah, kaya raya tiada bandingannya, hidup dalam istana yang penuh dengan perhiasan dan ramai pelayan yang boleh melayan semua keperluannya tetap pendiriannya memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik disisi Tuhan. Jangan lah bersedih dunia ini hanya sementara. Kuatlah berusaha untuk yang abadi.

Tidak Ada Salahnya Kita Ada Kaitan Dengan Mereka Yang Non-Muslim Di Zaman Moden Ini

Selagi tidak mudarat atau terjejas iman, tetaplah berbaik baik dengan mereka yang bukan Islam. Islam tidak pernah mengajar kita untuk sombong, berlagak dan zalim. Namun, tetaplah kita wajib jauhkanlah diri dari mereka yang boleh membuat kita lupa dan jauh dari Allah kerana kebanyakkannya lebih suka memuja hal hal duniawi.

Tetapkan Pendirian, jangan goyah!

Belajarlah tetap pendirian dengan hal hal yang benar terutamanya berkaitan dengan agama Islam.

Tiada daya untuk menghindarkan dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T.

Banyak lagi pengajaran disebalik kisah Asiyah. Hari ini kita peringatkan diri sendiri untuk satu ini dulu. Jangan terlalu bersedih kerana dunia hanya sementara. Itulah tujuannya kita di dunia. Diuji untuk mendapat ganjaran Allah (Pahala). Yang kekal dan yang abadi.

Semoga Allah S.W.T memberikan kita semua kekuatan untuk berjuang dalam keimanan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Akhirnya, dah tiba masanya saya memperkenalkan READING SECTION kepada semua rakan bloggers dan pembaca blog saya.

Senarai Blogger Dalam Malaysia
https://readingsections.blogspot.com/

Pada tahun 2017, saya telah membuat group Facebook yang diberikan nama "Reading Section" untuk tujuan penulis blog mengongsikan blog diorang di group tersebut agar saya tidak perlu ke group blog yang lain untuk saya blog walking. Jika saya ingin blog walking, saya akan buka group FB Reading Section untuk saya singgah ke blog rakan blogger yang sudi mengongsikan artikel terbaru diorang di group tersebut.

Logo Reading Section


Saya aktif dengan group tersebut dan dapat membantu saya aktif blog walking juga selama setahun selepas saya created group FB ni. Tapi, tahun 2019 saya "terkandas" pula. Hhahaha... That's mean saya memang tak ada buat blog walking langsung tahun 2019 tu (Kalau ada pun mungkin dua tiga buah blog sahaja).

Tapi, walaupun saya "terkandas" sampai terjelepok, saya cuba bangkit walaupun payah. Nak buat blog walking ala ala membaca buku berjam jam memang saya payah laa tahun 2019.. Tapi, sempat lah saya bina blog khas untuk READING SECTION ni sedikit demi sedikit. Walaupun templates blog ni percuma dari internet, bukan saya yang design 100% tapi, nak baca HTML dan tukar warna tu memenatkan juga laa bagi saya. So, saya hanya mampu buat sikit sikit laa...

Akhirnya, siap juga di hujung tahun 2019. Rupa bentuknya 100% yang saya inginkan setelah saya tukar sana sini dari rupa template yang asal. Tapi, kalau nak design yang lebih gempak tu tak dapat laa. Tehee...

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Sebenarnya, saya bina blog READING SECTION ni akibat ter-inspirasi-kan oleh sebuah blog yang hanya mengenai blog orang lain sahaja di dalamnya. Tapi, saya dah terlupa apa nama domain blog tu. Siapa tuan empunya blog tu pun saya tak tahu. Sebab dia lebih suka jadi unknown. Dalam blog tu, dia hanya letakkan bloglist. Tak ada posting. Katanya, tu adalah laman khas untuk memudahkan dia blog walking ke blog blog yang dia sudah masukkan ke dalam bloglist.

Menurut saya, idea dia sama dengan saya cuma platform dan cara sahaja yang berbeza. Saya membuat group FB untuk saya blog walking. Tetapi dia membuat blog khas untuk bloglist untuk dia blog walking.

Bila saya fikirkan semula, ada baiknya saya buat macam tu juga. Sebabnya, blog walking melalui FB, saya bakal hilang fokus. Malah ia pernah terjadi berkali kali.Waahahaha... Saya ni mempunyai 196887515498795214687 perkara distraction dalam kepala. Tak boleh blog walking dari FB, sebab FB ada notification, FB ada home, FB ada banyaaaakkkk posting yang pelbagai. Macam mana kalau tiba tiba, kat FB saya nampak hal hal yang tidak sepatutnya? Contoh, kucing mati dikerat. Korang tahu tak? Saya bakal memikirkan hal tu sampai seminggu lamanya dan blog walking, blogging, reading dan semua kerja saya terbantut sepanjang situasi itu berlangsung. Hhuhuhu!

Since blog tidak mempunyai banyak function seperti FB, maka...saya memilih untuk create blog khas READING SECTION. Untuk memulakan bloglist, memanglah, saya kena cari dari FB juga walaupun ada cara lain nak cari blog orang tapi jangan risau, selepas selesai mendapatkan list blog, saya tidak akan membuka FB sepanjang masa blog walking. Jadi saya boleh fokus. Selesai membuat bloglist dalam blog Reading Section, saya hanya tinggal ke blog khas tersebut untuk proses blog walking.

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Tapi laman Reading Section saya ada posting artikel. Bukan setakat ada bloglist. Tapi, artikel ringkas sahaja la. Artikel ulasan mengenai blog orang lain yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain pula.

Selain dari group FB, saya ada juga menyediakan Channel Telegram Reading Section. Bloggers dan Readers dijemput untuk menyertai channel tersebut bagi yang nak mendapatkan update terbaru (artikel terbaru) daripada bloggers yang automatik update di channel tersebut. Tujuan channel group telegram ini adalah untuk memudahkan korang yang suka membaca blog / blog walking melalui smartphone.

Mengapa penulis blog perlu Blog walking ke blog penulis blog lain?

Membaca

Sebagai penulis blog, kita bukan sahaja perlu menulis tetapi kita perlu membaca.

Blog walking ni sama konsep macam membaca buku digital. Bezanya apa yang dibaca adalah artikel bukan buku yang halamannya beratus.

Bagi saya, setiap blog ada keistimewaannya. Setiap blog ada pengajaran, ada ilmu, ada informasi dan sebagainya. Sama macam buku. Tinggal kita yang memilih blog jenis apa yang kita nak baca. Tidak semua orang ada banyak masa membaca buku yang tebal, jadi, blog adalah salah satu sumber bahan bacaan yang baik dan ringkas untuk zaman sekarang mendapatkan info,tips, ilmu, cerita dan pengajaran. Mengapa sesuai untuk zaman sekarang? Sekarang zaman gadjet. Hampir 100% manusia menggunakan smartphone. Alhamdulillah belum ada lagi kucing yang menggunakan smartphone. Ehh? Tehee.

Jadi, sudah semakin mudah untuk kita membuat blog walking sekarang. Dah tak perlu ke Cyber Cafe. Tak perlu buka komputer untuk mendapatkan bahan bacaan.

Blog walking sama seperti kita membaca bahan bacaan yang lain (News paper, buku fizikal dan risalah). Membaca kan amalan mulia. Tehee. Semoga blog yang kita baca bermanfaat untuk kita semua.

Idea dan Pengetahuan

Setiap blogger, lain caranya. Lain juga pemikiran dan pendapatnya. Ada yang kreatif, ada yang tajam pengetahuannya, ada yang logik kata katanya. Ada yang menjadi refleksi kepada diri kita yang membaca. Ada ceria ada yang serius. Ada yang santai, ada yang baku.

Semestinya wujud blogger yang pakar dalam bidang tertentu dan diorang olahkan dalam bentuk penulisan setiap kepakaran diorang. Dan kita sebagai pembaca blog diorang, kita mula mengetahui sesuatu.

Melalui pembacaan kita dari blog orang lain, kita dapat melihat ragam, pengalaman dan cara orang lain. Kita belajar dari diorang dan akhirnya kita mendapat idea atau ilham daripada diorang.

Menyokong

Sebagai penulis blog, saya mengerti perasaan blogger yang sedang mendapatkan pembaca. Ya betul, segelintir diorang menulis kerana mahukan pendapatan. Itu lah yang mengukur kita blog walking kerana ikhlas atau inginkan balasan.

Ini cara yang mudah untuk kita belajar dan berlatih menjadi seorang manusia yang mahu membuat kebaikan. Selain daripada membaca adalah bermanfaat kepada kita, kita juga sudah membuat si penulis blog itu gembira kerana kita mengunjungi blog diorang. Kita sebagai pembaca blog, mendapat manfaat daripada penulisan diorang dan secara tidak langsung kita telah membuatkan diorang gembira kerana menerima pengunjung/pembaca -- Itu maksudnya sudah berlaku proses give and take secara tidak kita sedari.

Sebagai blogger, gembirakan lah blogger lain. Bacalah tulisannya, fahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Punca blogger yang meninggalkan blog adalah kerana diorang merasa tiada sesiapa suka akan tulisannya dengan memberikan alasan tidak ada masa blogging. Bagaimana jika ada yang memberikan mereka semangat dan menyokong untuk diorang menulis? Diorang pasti akan terus blogging.

Hal ini kelihatan remeh kan? Tetapi itulah hakikatnya. Hal yang remeh inilah juga yang membuatkan orang lain boleh tersenyum. Tinggalkanlah komen, diorang pasti sangat gembira. Tiada komen? juga tetap membuat diorang gembira kerana 1 viewer besar nilainya bagi diorang.

Jangan difikirkan diorang menulis bakal mendapat pendapatan hasil daripada kunjungan kita. Tahukah korang, itu sama seperti kita sedang memberi? memberi tidak semestinya kita menghulurkan wang ringgit kepadanya secara direct. Tetapi, dengan cara mengunjungi blog diorang, diorang akan memperolehi pendapatan dari kunjungan kita. Walaupun nilainya sedikit masih memberi namanya. Biarlah kerana kunjungan kita ke blog diorang, diorang happy. Biarlah kita ke blog diorang, diorang mendapat viewer dan income. Sebab, kita belum tentu mampu membantu diorang dengan cara yang lain. Kalau rasa kisah diorang, tulisan diorang bermanfaat, sebarkan. Kongsikan di laman sosial kita. Itulah tujuannya kita membaca dan mengetahui info dan ilmu baru. Untuk kita kongsikan. Bukan untuk kita sendirian mengetahuinya. Hambar.

Silaturrahim

Sebagai blogger, adalah lumrah mencari rakan, teman, kawan yang sama minat -- iaitu blogger. Kenapa? Sebab kita mahu bersembang hal dan topik yang sama.

Kita sebagai blogger, kita sebenarnya beruntung kerana kita boleh bergaul secara online dan offline. Walaupun sejujurnya saya sendiri tidak pernah bergaul dengan blogger lain secara offline (bersemuka) kecuali di zaman blogger masih menjadikan Blogspot sebagai platform menulis diary. Sekarang masih juga ada blogger yang menggunakan blogspot sebagai diary dan journal harian. Tapi dah semakin berkurangan. Actually, saya suka baca type blog yang macam ni. Ia lebih deep untuk kita berkawan. Lebih memahami si penulis.

Zaman sekarang, blogger sudah berevolusi menjadi sebahagian dari platform advertising, influencing dan marketing. Walaupun tidak semua berfungsi seperti itu tapi itu lah yang berlaku sedikit sebanyak dalam dunia blogging. Zaman dulu bukan lah tak ada, cuma bilangannya sedikit. Sekarang kebanyakkannya bukan lagi diary.

Walaupun begitu, saya tetap suka kedua dua nya. Saya suka semua niche blog yang mereka usahakan. Tanpa variasi dan ragam, maka tiada lah pengetahuan dan pembelajaran. Dan tiadalah perbezaan personaliti dan character di antara penulis blog. Tanpa perbezaan personaliti, dunia blogging pasti akan jadi membosankan.

Mengapa laman Reading Section bukan sahaja untuk blogger tetapi juga untuk reader?

Nama pun reader (pembaca). Pembaca biasanya suka membaca. Jadi, saya dedikasikan laman Reading Section ni untuk pembaca juga. In Shaa Allah ada yang bermanfaat di blog yang saya senaraikan dalam laman ni.

Mungkin genre yang pembaca blog suka. Penulis blog mungkin tidaklah sama seperti penulis buku di mana mereka telah menerbitkan buku. Tetapi, saya percaya, penulis blog juga ada mesej, pelajaran, ilmu dan kisah bermanfaat (berdasarkan pembacaan diorang juga).

Dan ramai dalam kalangan blogger suka membuat review buku yang mereka pernah baca di dalam blog peribadi mereka.

Jadi, laman Reading Section a.k.a RS ni bakal saya mula isikan artikel ringkasnya pada bulan Februari 2020. Bulan Januari saya sibuk membaca buku dan mencari blog yang bakal saya tulis di laman RS. 10 blog akan saya tuliskan di dalam laman RS pada bulan Februari 2020 nanti.

Jika korang sedang membaca artikel ni, mohon kongsikan ke laman sosial korang. Dan ajak rakan korang untuk memberikan saya URL/Link blog masing masing ke ruangan komen artikel ini sebab saya bakal menjadikan blog diorang salah satu blog yang tersenarai di dalam laman RS...Saya tak main main ni. VvaawaahhHHHH!

Terima kasih kerana membaca sampai bawah ni. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Rabu, 22 Januari 2020

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Kreatif Ada di Lovingly Signed

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Yang bakal menimang cahaya mata atau cucu, Hhaaah! Ni saya nak kongsikan dengan korang satu website yang sangat sesuai dengan korang. Bukan sahaja sesuai untuk bakal mak ayah, bakal nenek atok malah sangat sesuai juga untuk korang yang sedang mencari hadiah untuk kelahiran bayi baru. Maybe korang bakal ada anak buah baru, atau best friend korang mungkin tak lama lagi ada baby baru. Of course kita akan berfikir fikir nak bagi apa kat baby baru tu... betul tak?

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

So, kat sini kita ada LOVINGLY SIGNED di mana terdapat hadiah cantik, comel dan boleh letak nama baby kat hadiah tersebut. Dan tak semestinya baby baru lahir, hadiah untuk kanak kanak berusia sekitar satu tahun hingga 2 tahun pun boleh. Contoh seperti dalam gambar kat bawah ni:

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Comel tak? Boleh letak nama pada barangan tu.
Yang sedang cari hadiah hari lahir untuk kanak kanak pun ada kat sini, backpack dan anak patung tu pun sesuai sangat untuk mereka. Kebetulan, tak lama lagi Tahun Baru Cina untuk tahun 2020, ada Nini The Mouse Dual Gift Set kat LS(Lovingly Signed) ni. Comel sangat untuk dijadikan hadiah buat anak buah, anak sendiri, anak member di Tahun Baru Cina 2020.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Warna pun sesuai kan untuk CNY? Tehee.

Apa produk yang boleh didapati di LS?

Pakaian


Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Salah satu pakaian bayi di LS adalah Personalised Short Romper . Ia diperbuat dari 100% cotton organik, menggunakan pewarna mesra alam (non-toxic dyes) dan leher berbentuk "V" yang direka khas agar ia kelihatan bergaya disamping tetap selesa untuk bayi.
Part paling best dengan Short Romper ni adalah ia direka khas dengan fungsi "Easy-on-off-able". Mudah untuk dibuka dan dipasang semula ketika si ibu menukar lampin bayi. So, ia akan memudahkan si ibu dan juga jimat masa! Si baby pasti tidak suka kan waktu menukar lampin lama lama. Wahahaha... Dia sibuk nak bermain. Tehee!

Design Short Romper sangat sesuai dipakai oleh bayi yang memerlukan pakaian yang sejuk dan lapang disiang hari. Malah, ia Unisex. Vvaaah! Boleh lihat gambar dibawah ni contoh Short Romper. Comel semuanya dengan cetakan yang unik dimana cetakan tersebut mempunyai nama dan tema tersendiri. Salah satu daripadanya dinamakan sempena Taman Negara Yala di Sri Lanka, rumah harimau Ceylon yang terancam.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Yang mana bakal menjadi pilihan korang?

Selimut dan Tuala

Selain baju, selimut dan tuala pun ada. Tuala paling saya suka dari LS adalah Hooded Towel. OMG! Comel sangat!

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Hhaaah! Macam mana? Comel sangat sangat kan?
Saiz tuala bertopi unicorn ni adalah 127 x 56cm. Sesuai untuk kanak kanak berumur sekitar 1 tahun hingga 6/7 tahun. Fabriknya adalah 100% cotton. Oh! Jangan risau, boleh cuci guna mesin cuci kain. Tehee!
My opinionlah, tuala ni sangat sesuai dijadikan hadiah. Tambah tambah boleh letak nama pada tuala tu. Little girls mana yang tak suka dengan unicorn ni korang? Sedangkan yang dewasa pun suka! Wahaha... Anak buah saya pun, kalau dengan unicorn susah nak dipisahkan. Hhuhu...

Kalau nak tahu tuala dan selimut lain, bolehlah periksa sendiri website LS di https://lovinglysigned.hk/, OK!

Permainan dan Aksesori

Sebut tentang permainan, semua anak anak comel sudah pastilah sangat menyukainya! Nak jadikan hadiah memang paling senang sangatlah kalau permainan. Di LS, terdapat beberapa permainan unik. Antaranya:

La Grande Famille Doctor's Suitcase 20x14cm

Permainan doktor doktor ni, biasanya sesuai kita hadiahkan kepada anak anak perempuan tapi tidak kurang juga dengan anak anak lelaki. Ada juga yang suka permainan macam ni. Cuma, La Grande Famille Doctor's Suitcase 20x14cm ni lebih sesuai dengan anak perempuan bagi pendapat saya. Sesuai yang berumur sekitar 3 tahun.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

La Grande Famille 'Je Bricole' Wooden Tools Suitcase

Kalau permainan macam ni pula sesuai untuk anak lelaki. Selalukan anak lelaki yang suka follow telatah ayahnya yang sedang menyiapkan kerja kerja kayu dan sebagainya.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Permainan yang ada di LS sangat berkualiti dan mematuhi Standard Keselamatan Eropah NF-EN 71.

Ada satu aksesori yang diyakini bukan sahaja anak yang jatuh cinta tapi maknya pun jatuh cinta. Ia adalah Lunch Bag! Jadi, mak jangan lupa hadiahkan lunch bag dari LS ni untuk anak tercinta. Tehee! Saya teringat di zaman saya ke sekolah dulu, di zaman tadika atau sekolah rendah (darjah 1), bekal saya pasti akan ditulis nama.

Istimewanya di LS, lunch bag boleh di dituliskan nama dengan abadi sesuai dengan warna dan materialnya yang berkualiti. Sure nama tak akan hilang pada lunch bag tersebut.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Mana satu agaknya warna pilihan korang?

Set Hadiah

Teristimewa, LS menyediakan perkhidmatan produk berbentuk set hadiah. Kalau yang tak ada idea nak berikan hadiah dan tak ada idea nak buat packaging hadiah lawa, LS ada sediakan!

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Penghantaran

Penghantaran di dalam Hong Kong adalah percuma untuk semua jenis tempahan dan tempoh penghantaran parcel akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Jangan risau! Bagi pembeli dari luar Hong Kong masih boleh menempah sebab LS menyediakan penghantaran antarabangsa. Caj akan dikenakan bagi penghantaran luar Hong Kong. Penghantaran luar Hong Kong akan mengambil masa sekitar 4 hingga 8 hari waktu bekerja (Tidak termasuk hujung minggu dan public holidays).

Untuk maklumat lanjut mengenai LS, boleh layari laman sosial LS di bawah ini:

FACEBOOK | PINTEREST | INSTAGRAM

Kepada korang yang mungkin runsing tak ada idea nak hadiahkan anak buah, anak anak, dan anak member, boleh lah tempah di LS. Happy Shopping korang!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Rabu, 15 Januari 2020

Memperkenalkan Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com Tahun 2020

Memperkenalkan Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hhaaah! Kepada yang baru mengunjungi blog saya, saya memperkenalkan, nama saya Sofinah Lamudin. Boleh panggil saya Sofina. Blog ni sudah wujud sejak tahun 2011. Blog yang pernah dibina sebelum tahun 2011, sudah pun saya tamatkan riwayatnya sekian lama. Wahahaha... Sebab masalah isi kandungan yang agak bertabur dan berbahasa slanga / bahasa pasar yang melampau. Maklumlaa jiwa terlalu muda. Tehee.


Kepada yang belum tahu "My Sugarpeeps" tu apa, meh saya jelaskan. Kalau dalam blog ni Sugarpeeps tu merujuk korang lah. Pembaca blog ni. Kalau di Instagram pula, ia merujuk kepada followers Instagram saya. Saja laa nak buat panggilan manja sikit. Wehehe...

Bila saya membuat bacaan secara rawak di dalam blog saya ni (membaca blog sendiri pula ni haa), saya dapati blog ni kategori dia macam rojak. Ehh! Bukan lagi macam...memang pun rojak. Namapun blog personal kan. Penulisan pun susah betul nak seratus peratus bahasa Malaysia. Campur. Sekejap Melayu, sekejap lagi jadi English. Broken English pula tu. Uhrmm. Nasib baik tak campur sekali bahasa hometown saya, Kedayan atau bahasa negeri jiran saya, Sabahan dalam blog ni. Wahahaha...

Jadi, mulai hari ni, saya telah membuat satu rombakan (Tak banyak). Saya nak buat kategori blog ni biar tersusun sedikit dan mulai tahun 2020 ni saya nak blog ni ada kategori utama. Biar itulah yang menjadikan niche pada blog ni. Yang lain lain tu, sampingan.

Kalau ada masa yang banyak, In Shaa Allah, ada laa saya edit artikel lama tu. Kalau tak ada masa, jawabnya, biarlah ia bersemadi di masa lampau di dalam blog ni. YyeahhH! begitulaa.

Buat masa ni rombakan isi kandungan dan penulisan di dalam blog ni sahaja yang saya nak ubah. Kalau nak design blog ni lawa lawa, memang tahun ni saya ketepikan dulu sebab banyak hal lagi saya nak kena uruskan tahun ni. Hhuhu.

Saya nak blog ni biar selari dengan tema / slogan saya iaitu "Helping People by Writing". Bermaksud, saya nak mengisi blog ni biar berinformasi, bermotivasi dan berinpirasi (Dijadikan rujukan kepada pembaca). Bukan sekadar saya menulis hal peribadi, pendapat sendiri atau pengalaman hidup saya. Nak buat apa cerita peribadi saya tu. Betul tak? Wahahaha...

Bahasa dalam blog ni, saya kekalkan iaitu campur laa sekejap English, kejap Malay. Sebab saya nak santai sahaja. Tak nak juga laa macam dalam buku teks sekolah. Aduh. Tapi....Hhaaah! Ada tapi ni. Yang santai tu di kategori "Sofinah Speaks" , "Produk Review" dan "Review Movie" sahaja. Jika artikel jenis informasi saya akan menggunakan Bahasa Melayu seratus peratus. Biar ia lebih jelas.

Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com Tahun 2020

Terdapat dua jenis kategori; Formal dan Tidak Formal. Yang formal adalah artikel jenis informasi, motivasi dan mengulas buku. Yang tidak formal pula adalah artikel jenis Si Sofinah membebel. Wahahaha... Tak ada lah. Kategori tidak formal ni bila saya nak menulis tentang pengalaman hidup, mengulas produk yang saya gunakan, kisah tentang kucing kesayangan, atau cerita masak resepi baru tak menjadi ke apa. Lols.



Jadi, senarai kategori tersebut adalah seperti berikut:

Formal

Topik Utama

  1. Metafizik
  2. Psikologi
  3. Personaliti
  4. Motivasi
  5. Bagaimanakah?! (Merangkumi artikel dibawah label hubungan, parenting, tutorial, perniagaan, tips, resipi dan sebagainya)
  6. Apa Itu? (Merangkumi artikel seperti informasi mengenai ilmu pengetahuan)
  7. Mengulas Buku (Termasuk buku bahasa Inggeris tetapi ulasan dalam Bahasa Melayu - Ulasan Bahasa Inggeris di blog Silly Wonk).

Tidak Formal

Topik Utama

  1. Sofinah Speaks (Artikel celoteh saya, pendapat saya, kisah kucing saya, dan sebagainya).
  2. Review produk (Artikel produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya).
  3. Review movie.
VvaawaahhHHHH! Macam tuuu laaa kategori blog ni tahun 2020 ni. Semoga istiqamah hendaknya. Oh ya... terima kasih kerana membaca Sofinah Speaks dan terima kasih kerana terus menyokong blog Sofinahlamudin dot com. Kepada yang ada cadangan untuk saya tulis di dalam blog ni, sila lah komen di ruang komen di bawah. OK!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Sabtu, 11 Januari 2020

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Sebelum tahun baru 2020 membuka tirai, pada 23 Disember 2019, saya membawa buku bersaiz kecil di dalam beg kecil saya semasa keluar rumah. Tajuk buku tersebut adalah Apa yang saya perhatikan? yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan dan bekas jurutera Tenaga Nasional Berhad, Syed Faiz. Saya membawa buku tersebut kerana ingin membacanya apabila saya dan Mr.Bee lepak di Lapangan Terbang,Labuan. Kami memang rajin ke sana untuk singgah membeli Boba (Golden Fish) atau nak makan di restoren yang ada di sana. Kadang kadang sengaja ke sana untuk santai membaca buku, melukis atau bermain mobile game.


Buku ni saya dah beli lama dulu. Tapi saya tak ingat sangat bila saya beli sebab saya lupa nak catat tarikh pada buku tersebut. Cetakan buku ni adalah pada tahun 2013. Jadi saya menjangkakan saya membeli buku tersebut sekitar tahun 2016 sebab masa tu saya agak aktif membeli buku di Popular Center Point, Kota Kinabalu, Sabah (Tahun 2018 Popular, Center Point, KK dah ditutup). Buku yang ada pada saya ni, dah mula menunjukkan tanda tanda menguning dek sudah lama sangat duduk di rak buku.
Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Disebabkan saya nekad nak habiskan membaca buku buku yang belum disentuh di rak buku, saya pun memilih buku ni pada hari tersebut. Tak sangka saya dapat habiskan membacanya hanya 24 jam! Vvaaah! Tapi....bukan sebab saya hebat dan membacanya dengan pantas. Cepat habis sebab rupanya buku ni tak panjang mana walaupun bermuka surat 202 muka surat dan mempunyai 53 bab. Wahaha... OK, mari kita straight to the point, review jujur dari saya mengenai buku ni dan mana lah tahu ada yang tertanya tanya buku Syed Faiz ni bagus ke tak? Buku ni memotivasikan ke tidak? Siapa Syed Faiz ni. Hhaaah! Gituu...


Buku Ni Mengenai Apa?

OK! Kalau korang pernah membaca buku Billi Lim, yang versi nipis tu, korang akan automatik faham cara buku ni dipersembahkan. Buku Billi Lim tu saya baca semasa saya di tingkatan 2. Dalam buku tu cuma tulisan yang ringkas, ia dalam bentuk kata kata semangat, nasihat, kata kata yang membuka minta kita. Tapi, buku tu betul betul mengubah persepsi saya mengenai kejayaan. Apa yang perlu kita buat kalau nak berjaya? So, buku Syed Faiz ni lebih kurang macam tu. Dia bukan buku yang terperinci seperti buku motivasi yang lain seperti Eat That Frog oleh Brian Tracy. Saya tak pasti buku nipis Billi Lim tu masih dijual lagi atau tidak sebabnya, sekarang ni, saya lebih banyak melihat buku Billi Lim yang tebal (Muka surat sampai 406) dijual diinternet.

Selain tu, kalau nak lebih jelas, korang boleh cuba Google atau mungkin pernah membaca buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari dari Indonesia yang berwarna pink tu. Buku ni popular gila dalam kalangan budak perempuan. Wahaha...So, buku Apa Yang Saya Perhatikan? ni konsep dia, ringkas sama macam buku 88 Love Life tu. Kandungannya merupakan fikiran dan pemerhatian penulis yang dipersembahkan dalam bentuk perkataan agar boleh dikongsikan dengan pembaca.

Buku ni pada asalnya hanyalah buku digital dan pada tahun 2013, Syed Faiz telah membuat keputusan untuk mengongsikan lagi penulisannya ni dalam bentuk buku fizikal. Maka, saya lah salah seorang yang membelinya.

Melalui buku ni, penulis menyampaikan bagaimana cara orang kaya dan berjaya berfikir. Penulis juga cuba berkongsi mengenai bagaimanakah fikiran orang kaya sehingga boleh bertahan menjadi orang kaya. Malah, mereka bertambah kaya? Korang pernah kan terfikir kenapa orang kaya kebanyakkannya maintain jadi kaya? Apa yang orang kaya buat hingga pendapatan mereka pasif dan sebagainya?

Jadi, 53 rahsia mengenai otak orang kaya adalah seperti dalam isi kandungan buku ni. Isi kandungan dalam buku:

0. Kayakah Saya? Kita?
1. Fokus Impian Anda.
2. Kecil tetapi Besar.
3. Bercakap Belakang Tanda Berjaya.
4. Sampai Bila Nak Orang Sahkan?
5. Pelik Tetapi Benar.
6. Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun.
7. Bateri Dah 'Kong'? Cas Di Kampung.
8. 'Fast Action?' Jom Kita Tengok!
9. Kejayaan Bergoncang!
10. Signal Tanda Laju?
11. Patutlah Masa Tak Cukup!
12. Saya 'Stuck' Apa Perlu Buat?
13. Tak Perlu Sorok, Mesti Nampak!
14. Susah Payah Sekejap Saja!
15. Tanda Minda Mati Sebelum Ajal!
16. Kanak-Kanak Sangat 'Expert' - 'Learn From Them'.
17. Anda Serabut? Kemaskan Otak Sekarang.
18.  Nak Duit? Cari Masalah!
19. Tiru! Boleh Ke?
20. Hidup 'Crashed', Pegang Stereng Kuat-kuat.
21. Stop! And Start Thinking.
22. Mereka Sangat Menyesal! Kita?
23. Move And You Will Survive.
24. Mereka Tak Sempat Fikir 'Just Do It!'
25. Marah...Ada Apa Dengan Marah?
26. Tanda-Tanda Hidup Bosan
27. Jangan Mengharap, Berdoalah.
28. Suap Tak Nak Makan.
29. Jadi Diri Sendiri.
30. Sibuk Sangat Ke?
31. Nak Daki Gunung? Jangan Bawa...
32. Menangislah...Jujur Pada Diri Sendiri.
33. Selalu Marah-marah?
34. Rendah Bukan Sebarang Rendah.
35. Beri...Beri...Beri...
36. Komunikasi Yang Dilupakan.
37. Ini Perkara Biasa.
38. Kenapa Dan Mengapa.
39. Lepak Atau Bersantai.
40. Idea Kena Curi.
41. Colour Your Life!
42. Gelagat Manusia
43. Mereka Tidak Selesa.
44. Cipta Tong Anda Hari Ini.
45. Saya Ketagih...Anda?
46. Stop Comparing Each Other.
47. Change Environment.
48. Tergesa-gesa Nak Berjaya.
49. Kalkulator Kehidupan.
50. Hukum Biji Benih.
51. Bukan Hadiah Ulang Tahun.
52. Why...What...
53. Labur 20% Untung 80%.

Senarai isi kandung di atas merupakan "53 RAHSIA Orang Kaya" bak kata penulis di muka hadapan buku tersebut. Jadi, ada tak tajuk tajuk di atas yang membuatkan korang tertarik dan nak tahu apa yang ditulis oleh penulis dalam buku ni? Sesetengah orang kata buku ni memang hebat!

Jadi, Apa Yang Membuatkan Buku Ni Hebat?

Tajuknya Yang Unik

Tajuknya. Ya...tajuknya yang membuatkan saya tertarik dengan buku ni lalu saya membelinya tanpa berfikir panjang. Bukan perkataan 'orang kaya' tu tetapi perkataan HATI yang ditonjolkan pada tajuk buku ni. Tajuk buku ni unik dengan menulisnya dalam huruf besar dan ditebalkan pada perkataan HATI dalam PERHATIAN : Apa yang saya perHATIkan?


Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Testimonial

Buku ni juga mempunyai senarai testimonial pembaca pembacanya dengan tajuk, "Apa Kata Mereka Tentang Buku Ini...". Di mana testimonial tersebut diberi oleh sebanyak 17 pembaca.

Pengajaran Atau Moral Dari Kandungan Buku

53 rahsia tersebut memberikan 53 nasihat dan kata kata motivasi yang bermanfaat kepada mereka yang berfikir melalui apa yang penulis cuba sampaikan. Antara tajuk dan pengajaran kegemaran saya dalam buku ni adalah seperti berikut:

1. Dalam topik yang bertajuk "Kecil Tetapi Besar" membawa maksud bahawa kita perlu, wajib dan mesti nekad untuk berjaya sama seperti semut. Walaupun semut adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat kecil tetapi kalau kita pelajari cara mereka mencari rezeki, bekerja, teamwork dan sebagainya, sudah pasti kita rasa kita ni pemalas! Kan? Jadi, kalau nak berjaya, kita tak boleh nak sekadar perasaan nak sahaja (kemahuan) tapi tak ada daya tindakan atau proses atau nekad tu. Kalau mahu tapi tak nekad macam semut maka, boleh jadi, usaha kita sekadar separuh jalan disebabkan kita tidak nekad untuk merempuh segala halangan mahupun cabaran. Jadi, contohi lah semut, penulis kata, semut tu kecil tapi besar. Besar apa? Otaknya, fikirannya, tindakannya, usahanya. Jadi sebagai manusia yang memang dah berganda ganda besar dari semut ni, kenalah lebih berani menerima cabaran bak kata peribahasa melayu "kecil kecil cili api" (Maksud : Meskipun kecil tetapi berani).

2. Pengajaran kedua yang saya suka dari buku ni adalah bab ke 5 yang bertajuk "Pelik Tetapi Benar" mengenai betapa lupanya orang dewasa untuk menjadi kanak kanak semula. Apa yang penulis ni tulis dalam bab ni sebenarnya saya pernah mendengarnya atau mungkin membacanya dari mana mana sumber motivasi. Saya sendiri tak ingat pula dari mana. Tapi, pengajarannya deep bagi saya. Kadang kadang ramai orang dewasa lebih banyak cenderung stress. Cenderung nak bermasam muka; lupa nak senyum, lupa ketawa dan lupa nak bersuka ria lantaran terlalu sibuk mencari rezeki, meningkatkan ekonomi keluarga dan komitmen sebagai seseorang yang wajib menjalankan tanggujawabnya. Memang wajar jika orang dewasa wajib menjalankan tanggunjawabnya sebagai seseorang; sebagai bapa, sebagai emak, pelajar, majikan atau pekerja dan sebagainya.

Tetapi, perasan atau tidak? Kita orang dewasa terlupa nak gembira. Terlupa cara nak bahagia dengan hal hal kecil depan mata. Hal hal ringkas sedia ada. Kenapa? Kerana terlalu mengejar dan memikirkan hal hal yang belum pasti / belum terjadi; risau bankrup, risau esok barang tak laku, risau nanti esok bos tak bagi bonus besar dan sebagainya. Tu lah salah satunya punca tidak happy. Cuba belajar throwback. Kita masa zaman kanak kanak kita akan happy walaupun hal kecil. Kenapa hari ni, bila dah dewasa, hujung bulan tak happy, dah kahwin still tak happy. Dah ada calon suami atau isteri masih tak cukup untuk happy "bagai gembala diberi keris" (Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna bagi dirinya) Sebab apa jadi begitu? Sebab expectation terlalu tinggi menggunung dari logik.

Tak macam kanak kanak. Dia dapat main rumah rumah, dia happy. Dapat main layang layang, dia happy. Tak perlu pun benda benda mewah nak happy. Tak perlu pun Toy'R'us kalau kanak kanak nak happy. Kecuali mak bapa dia ajar wajib Toy'R'us lah. Hhahaha. OK! Kidding. Selain tu, perasan ke tak? kanak kanak, kalau dia kata nak melukis rumah, dia akan lukis rumah tanpa fikir panjang, lukisan tu buruk ke tak bagi pandangan orang lain. Yang penting dia buat dan dia happy. Dia tak fikir pun apa orang kata. Dia jadi je apa dia nak jadi. Kita? Nak buat sesuatu banyak fikir. Takut orang kata ini kata itu. Kenapa?

3. "Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun" bab 6 dari buku ni juga cukup memberikan pengajaran kepada kita. Misalnya kita ingin berjaya atau saya berikan contoh, kita ada azam baru di tahun baru ingin mempunyai sebuah rumah pada tahun tersebut. Mendapatkan sebuah rumah di atas tanah sendiri merupakan 1 kemahuan yang perlukan usaha yang besar. Ia bukan seperti kita menyewa hotel.

Pertama sekali, sudah pastilah perlukan wang. Kena lah membanting tulang mendapatkan wang. Mungkin terpaksa berhutang atau terpaksa mengeluarkan duit simpanan di mana ia usaha bertahun tahun. Membeli tanah, belum tentu hari ni mahu, esok sudah kita miliki. Urusan pemindahan nama pemilik tanah sudah cukup memberi tekanan. Belum lagi berurusan dengan hal hal berkaitan membina rumah, membeli bahan, mengupah orang dan termasuklah menguruskan bekalan elektrik dan air. Tertekan? Sudah pasti tetapi, hasilnya lumayan. Tanpa tekanan tak mungkin ada rumahnya.

Contoh lain, seorang pelajar sekolah menengah. Ingin mendapat straight A pada peperiksaan besar, tanpa tekanan belajar tidak mungkin A berderet. Betul? lelaki yang mempunyai otot 6 pax di perut tanpa mengangkat tekanan dari jumlah KG dumbbel yang ditambah setiap minggu dan bulan serta latihan yang konsisten, mustahil wujud 6 roti bun kat perut dia. Wahahaha. Jika inginkan sesuatu kejayaan yang besar, mustahil untuk kita mencapainya dengan cara "belum duduk sudah berlunjur" (Maksud : Menganggap sudah memperoleh sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai ataubergirang dahulu sebelum maksud tercapai).

4. "Orang berjaya, mereka tidak sibuk. Mereka sangat produktif dengan kerja mereka." - Muka surat 113 (Bab 30 - Sibuk Sangat Ke?). Ini merupakan petikan yang saya suka sebab pada pendapat saya, sangat ramai yang kelihatan sibuk tetapi sebenarnya tidak. Saya berikan contoh, sibuk benarkah kita di tempat kerja? Jika kita sangat sibuk di tempat kerja, mengapakah kita membawa kerja kita ke rumah dan menyambungnya di rumah? dan...mengapa pula kita bawa lagi ke pejabat lalu menyambung lagi saki bakinya di pejabat? Okay, ayat ni mungkin tidak sesuai bagi sesetengah profession. Saya maksudkan di sini adalah mereka yang bekerja sebagai kerani atau seumpama dengannya. Fikirkan kembali, adakah kita sibuk menggunakan masa kita di pejabat 100% dengan melakukan kerja kita atau sekadar buat buat sibuk? Adakah kita bersembang lebat di pejabat di waktu bekerja? Saya pernah membaca satu fakta mengenai ini di buku I Change.

Adakah kita benar benar menggunakan sebaik mungkin masa kita di pejabat untuk kerja kita? Selain itu juga, saya pernah membaca tentang di mana kita wajib fokus dengan cara yang betul semasa bekerja dari buku Focal Point yang ditulis oleh Brian Tracy. Waktu bekerja, maka kita bekerja. Jangan sedikit pun selitkan waktu bekerja untuk bersembang hal hal yang tiada kaitan dengan kerja kerana kita akan berhutang masa. Berhutang masa di sini bermaksud, kita akan terpaksa membawa kerja ke rumah sedangkan di rumah, masa kita adalah hak keluarga kita (spent time dengan anak, sembang dengan suami atau isteri) dan diri kita sendiri untuk berehat. Masa di luar pejabat bukan hak majikan melainkan pekerjaan jenis "Standby" dan gaji kita adalah sebahagian dari itu.

Jika misalnya ingin bersembang dengan rakan sekerja, bersembanglah di kedai kopi atau di waktu cuti. Biar penat bekerja di tempat kerja. Bukan bersenang lenang di kedai kopi selepas tamat bersungguh sungguh bekerja. Bak kata pepatah, "berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang senang senang kemudian (Maksud : Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang senang). Malah, sebagai muslim, Allah menjanjikan kita ganjaran setelah susah payah (berusaha).

Saiz Buku Dan Keringkasan Penulisan

Saiz buku ini adalah saiz A6 di mana ia kecil dan mudah dibawa di dalam beg yang kecil. Kalau waktu tersebut tidak menggunakan beg yang bersaiz besar, masih boleh membaca buku ini dan membacanya di mana mana.

Lagipun, gaya penulisan buku ini sangat ringkas dan santai. Tidak terlalu menggunakan gaya bahasa yang terlalu mendalam. Sangat sesuai untuk dibaca dalam keadaan yang bukan suasana perpustakaan. OK! Kalau saya, buku ringkas macam ni saya masih boleh baca di tempat yang bising. Kalau buku yang agak ilmiah dengan perkataan perkataan yang begitu canggih, saya perlukan tempat yang senyap untuk memahami dan menghadam apa yang saya baca.

Disebabkan buku ni menggunakan bahasa yang simple, jadi golongan yang sukar membaca dengan ayat ayat yang complicated sangat sesuai untuk membaca buku ni.

Maka, Apakah Pendapat Peribadi Saya Mengenai Buku ni?

Pada pendapat saya, buku ni ada pro dan kontra. Kembali kepada tajuknya tadi yang sengaja di tulis secara unik; perHATIkan. Perasan tak perkataan HATI yang ditonjolkan ni ada makna? Dia membawa maksud perhatikan bukan sekadar memerhatikan tetapi memerhatikan dengan menggunakan mata hati. Menganalisis dan menilai sesuatu kejadian atau situasi tersebut.

Semasa saya berada di kedai buku tu, saya menghampiri buku ni hanya sebab saya terhidu isi tersirat disebalik tajuk ni. Ia membuatkan perasaan nak tahu membuak buak, pemerhatian menggunakan hati yang macam mana isi kandungannya. Saya pun membelinya. Selepas saya membaca buku ni, saya tertanya tanya. Adakah selama ni saya memerhatikan situasi dan orang lain dengna hati?

Setelah saya habis membaca buku ni, dari kulit depan hinggalah ke kulit belakang buku ni, saya ada beberapa pendapat. Pendapat pertama, testimonial buku ni lebih kepada tujuan marketing sebab setiap nama yang memberi testimonial tertera nama perniagaan mereka apa di sebelah nama pemberi testimonial. Buku ni sebahagian daripada advertising ke arah perniagaan penulis kerana di buku ni juga terdapat iklan perniagaan beliau secara halus. Lagipun beliau telah meletakkan nama mentor beliau, iaitu Dr.Azizan Osman. Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tahu perniagaan dan marketing adalah perkataan sinonim dengan Dr. Azizan Osman.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengatakan buku ini tidak boleh dibaca kerana ada tujuan marketing. Tidak, bukan begitu saya maksudkan. Marketing itu adalah normal. Dalam realiti kehidupan, kita dikeliling oleh hal hal seperti ini secara sedar mahupun di bawah sedar. Hampir semua buku ada iklan. Betul tak? Itu cara penulis meningkatkan sales. Lagipun, Syed Faiz sekarang berlatar belakang sebagai seorang businessman. Maka, ia normal.

Seorang penulis yang berlatar belakang perniagaan adalah wajar menulis berkaitan dengan perniagaan secara psikologi mahupun teknikal. Kan?

Dari segi stail penulisan, buku ni lebih cenderung seperti FIXI bukan Alaf 21 sebab ada teknik atau format menulis yang bebas. Tak terlalu terikat dengan mana mana format. Sama macam gaya bahasa Faiz Ibrahim. Ringkas dan mudah difahami.

Cuma, disebabkan buku ni adalah buku motivasi yang mempunyai mesej yang baik, saya agak sedikit kecewa dengan penyampaian yang terlalu ringkas. Pada asasnya, kita memang tahu mesej penulis. Memang sampai kepada pembaca. Cuma saya rasa kurang puas dengan huraian. Sebab buku self-help biasanya diulas lebih terperinci. Kenapa mengapa dan sebagainya. Tapi apapun, buku ni still okay sebab mesej dan pengajaran serta nasihat tu deep. Tak ada satu pun dalam 53 bab tu yang saya tak setuju atau tak suka.

Dari segi gaya bahasa, saya ada sedikit janggal membacanya sebab kadang kadang penulis cuba untuk menulis seperti puisi cuma ada sedikit kekok. Tapi, seperti yang saya ada katakan di atas tadi, keringkasan yang tidak terlalu puitis dan berkias membuatkan lebih difahami isi tersiratnya oleh pembaca.

Satu lagi yang sama macam stail Faiz Ibrahim juga, Syed Faiz suka menggunakan gaya bahasa pinjaman iaitu bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, saya rasa buku ni okay. In the middle. Not to bad, not too good. Sesuai untuk bacaan ringan.

Kualiti kertas juga sangat bagus. Ketebalannya mungkin 100gsm. Sebab tu buku nampak tebal walaupun 1 bab tak sampai pun 300 patah perkataan. Tulisan di setiap muka surat bersaiz besar dan pendek pendek. Macam format puisi, pantun dan syair. Jadi buku ni boleh lah dijadikan buku yang kerap diulang baca. Tak makan masa tapi masih memotivasikan.

Dan yang terakhir, saya membaca di belakang buku ni mengatakan bahawa buku ni "Menghimpunkan 53 kisah pendek yang sangat menarik...", sebenarnya buku ni bukan kisah pendek. Biasa peminat cerpen akan jumpa ayat, "Himpunan Cerpen" atau "Himpunan Cerita Pendek" atau pun "Kumpulan Kisah Pendek". Betul tak? Mungkin ada sedikit error atau disengajakan, tapi bagi saya buku ni bukan cerita pendek tapi lebih kepada kata kata, thoughts, quotes, dan nasihat motivasi.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

3 bintang dari 5 bintang.

Buku ni bagi saya just okay. Tak great juga tapi tak juga bad . Tak dapat nak bagi lebih dari 3 bintang sebab ada beberapa bahagian dalam buku ni, ayat dia bagi saya hambar. Mesej bagus cuma pemilihan ayat atau perkataan dan kadang kadang jumpa susunan ayat yang tak sesuai. Malah, di bab satu, tajuk mengenai fokus impian tetapi tiba tiba cerita hukum alam dan menentang hidup. Mungkin penulis nak sampaikan fokus impian dengan berfikir secara melawan arus sehingga law of attraction tu ke arah kejayaan mencapai impian?

So, kepada yang sudah membaca buku ni, boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Suka atau tidak. Mengapa suka, mengapa tidak. Beri berapa bintang dan bahagian mana paling disuka?

Kalau nak dapatkan buku ni, mungkin masih ada dijual di mana mana secara online. Boleh cuba buka laman web menjual buku yang terkenal dalam Malaysia.

Jangan lupa kongsikan review buku Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz ni sosial media korang (laman facebook, instagram dan lain lain) kerana akan membantu rakan rakan korang yang mungkin memerlukan buku motivasi yang seperti ini.

Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share: