Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, February 4, 2011

Si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ gaduh?


Semua orang tahu awak dah marah saya. Semua orang tahu saya dah gaduh dengan awak. Semua orang senyum-senyum.Entah apa maksud setiap senyuman mereka tu awak..Diorang senyum suka atau apa ye awak..saya pun tak tahu lah awak! Situasi ni lah buat saya ‘mati’ . Tersebar tentang saya dan awak dah GADUH! Hahahaha sana hahahaha sini..semua ketawa..semua puas hati. Sebab..mereka berjaya buat saya tak kawan dengan awak. :( mereka jahat kan awak?

Si kutu dah mula naik tanduk..dah mula jadi batu api.Cucuh api sana sini supaya saya terbakar dan naik marah, meradang dan benci kat awak :( Awak….saya tak sudi benci awak..Saya tak nak benci awak..saya tak mungkin benci awak..Walaupun, awak marah saya atas sesuatu yang bukan salah saya. Tak apa la awak..Take your time. Biarlah si kutu tu syok sendiri nak meng-api-api-kan saya..Saya mendengar Si Kutu, tidak bermaksud saya percaya.

Awakkk…awak betul-betul bunuh saya! Saya kata, itu bukan salah saya. Bukan saya yang buat macam tu.Entah Si katak mana pulak buat cerita ni awak..Awak tak percaya? Oh! Awak tak percaya saya rupanya selama ni. Awak tak percaya saya rupanya..Awak tak percaya saya..awakk? Saya tak salah..! Saya tidak bersalah..Bukan saya yang buat! Please lah percaya saya.

Sebulan awak tak sudi tegur saya.Sebulan awak tak keluar makan dengan saya macam biasa. Saya keluar dengan kawan lain. Saya makan dengan kawan lain. Saya gelak tawa dengan kawan lain. Awak biarkan saja. Awak buat muka tak kisah langsung. Awak tak tahu yang saya risau awak makan ke tak. Selama ni awak makan dengan saya je. Awak tak tahu saya makan tu teringat kat awak. Awak tak tahu saya gelak, ketawa,senyum kat orang tu, hati saya remuk. Bila awak lalu depan saya, tapi awak buat tak nampak saya, saya hancur ! Saya Punah ! Ye..awak tak tahu pun…

SEMUA SEBAB si katak tu! Lari dari kesilapan..dia yang buat salah, saya pula jadi macam ni. Awak BIARKAN je..Awak membunuh saya!

Lama saya tunggu awak tegur saya balik..Sedihhhnyee..awak tak sudi langsung..ye lah..siapa lah saya ni..saya ada atau tak ada bagi awak sama saja kan? Kan awak? Tak payah lah cakap..saya tahu.. :(

Suatu hari tu..saya nekad nak tinggalkan awak. Saya putus asa dengan awak. Tak apa lah..saya boleh cari kawan baru di luar. Saya harap..awak sihat-sihat saja ye awak..Jangan stress sangat ye awak..Jaga diri baik-baik ye awak..Saya pun menunggu masa untuk pergi…dan takkan cari awak lagi…takkan tengok awak lagi… :(

Sehari  sebelum pergi….

Saya tak sangka awak panggil nama saya.Awak senyum kat saya. Saya terkejut! Yeahhh!! Awak dah kembali..yeaahhhhh!! Awakkkkk! Saya rasa macam nak peluk awak je! Awak..awak…Awakkkkk…hehe…awak, saya sayang awak tau! Awak jangan pergi lagi..jangan buat macam tu lagi! Terima kasih untuk hadiah untuk saya tu! Saya akan jaganya  macam saya jaga PERSAHABATAN kita! Terima kasih awak! :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.