SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 15 Ogos 2011

Hari kelimabelas di Bulan Ramadhan...

SOFIE TAK COMEY HARI NI SEBAB SOFIE STRESS!



Awal pagi saya naik bas pergi kerja.Ayah nak hantar tapi tak nak. Nak jalan kaki ke bustop dan tunggu bas.huhu..

Bila dah sampai ofis....

SESI CUCI TELINGA LAGI..

Hati dah kebas sangat dengan bos saya yang sangat demand dan tak tahu betapa susahnya nak catch up 3 department untuk 8 jam bekerja walaupun overtime hingga 10 malam. Saya betul-betul taknak blame sesiapa mahupun bos sendiri. Saya sebenarnya terasa nak high. Faham tak high? Maksud saya, saya ada motivated untuk selesaikan dan betulkan semua yang perlu. Give up bukan pilihan. Saya jenis optimistik dan positif dalam segala hal tapi saya tak pasti.Sangat tak pasti. Betulkah.. saya perlu untuk teruskan?

Apabila dicuci telinga.
Saya iyakan saja.. Malas nak beri excuses atau explain atau seumpama dengannya...Semua datang dari diri saya sendiri. Mungkin tak cukup push diri. Atau mungkin memang tak mampu.

Then, tak sampai sehari pun dalam ofis.

SESI CUCI TELINGA LAGI..again and again.

Apakah?

OK ok ok..potensi saya dah jatuh. Markah saya dah low..spirit pun down..hari-hari sesi cuci telinga..bukan spirit down pasal dicuci telinga tapi terasa diri ni tak mampu angkat kerja ni seorang diri dengan masalah yang tak pernah berhenti. Mana salah buat lagi. Mana salah hantar HQ lagi. Call sana call sini. Kadang-kadang dah malas masuk ofis guna telepon ofis..guna je handphone sendiri yang memang di bawa kesana kemari. Ni pun, saya tahu jadi isu.. sebab tak boleh bawa handphone semasa bekerja. Ofis jauh. Nak telefon HQ kena masuk ofis, buang masa. Banyak kerja nak siapkan. Dalam menyiapkan kerja, saya juga sedang belajar. Bukan bidang kepakaran.

Haa!! Saya juga terima log file yang direspon oleh En.Karim system operator hari ni berkenaan masalah system.. :



"MR.SOFIE...can we close this case?"

Saya tahu nama saya tu macam nama lelaki En.Karim. Hahahahahaha! Tak apa la... sekurang-kurangnya email ni menghiburkan hati.

Perkara kecil boleh menghiburkan hati tau.. :)


Saya cuba untuk terus berdiri kat sini. Saya suka bukan tak suka. Apatah lagi membenci. Cuma, persoalannya, adakah benar, ini tempat saya? Takdir saya selamanya?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: