Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, October 27, 2017

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Nampaknya INKTOBER sudah pun bermula lantaran kita sudah berada di bulan OKTOBER.Malah sudah pun hampir ke hujung bulan Oktober.Pada Oktober tahun lepas (2016) saya telah menyertai INKTOBER CHALLENGE buat pertama kali. Syarat INKTOBER CHALLENGE adalah melukis menggunakan ink. Boleh baca mengenai INKTOBER kat laman pengasas INKTOBER klik>> JAKE PARKER <<klik untuk maklumat lanjut. INKTOBER CHALLENGE ini adalah untuk berlatih dan mengasah bakat semata-mata. Untuk mempertingkatkan teknik melukis selama 31 hari.

Syarat menyertai INKTOBER CHALLENGE ini adalah melukis 1 lukisan setiap hari selama 31 hari. Kemudian, post kan lukisan kita ke laman sosial seperti instagram, facebook, twitter dan sebagainya. INKTOBER CHALLENGE ini akan berlangsung sekali setahun iaitu sepanjang bulan OKTOBER. Posting lukisan tidak semestinya setiap hari. Boleh juga kumpul untuk seminggu, posting terus 7 lukisan tu dalam 1 hari. Ikutla mana-mana mengikut keselesaan kita.

Tajuk-tajuk lukisan ada diberikan oleh Jake Parker di laman webnya. Jadi, kita boleh lukis mengikut tajuk-tajuk yang beliau usulkan. Namun begitu, ada juga pelukis yang menggunakan tajuk sendiri mengikut minat masing-masing.Contohnya, tajuk-tajuk berkaitan Hallowen dan Monster..Ada juga menggunakan tajuk rutin harian..Macam buat komik la..Hari ni diorang sedang buat apa, esok lusa dan seterusnya.. Pada tahun lepas, saya hanya mengikuti tajuk yang Jake Parker usulkan untuk Inktober Challenge 2016 dengan bertemakan Pokemon. Kenapa Pokemon? Sebab masa tu game android Pokemon Go sedang hangat dalam dunia gamers. Termasuk saya dan MR.BEE menjadi salah seorang pemain Pokemon Go di Kota Kinabalu dan WP.Labuan dengan aktif sekali. Hahaha! Tapi demam Pokemon Go tak lama sangat sebab didapati sangat membosankan.Haha! Sekarang game tu sudah pun terkubur digantikan dengan Mobile Legends.

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017


Kembali ke tajuk Inktober Challenge. Hehe... Tema Pokemon untuk diselaraskan dengan tajuk yang Jake Parker usulkan membuatkan saya tak mampu nak melukis lawa pun. Hahaha. Tak ada idea sebab tak semua cerita Pokemon saya pernah tengok. Jadi, memang silap besar saya pilih tema Pokemon. Tapi tak apa... yang penting, saya siap 31 lukisan walaupun tak lawa. Hahaha. Challenge settled dan sedikit sebanyak membantu saya dalam teknik menggunakan artline. Dalam bulan OKTOBER tahun lepas tu, saya sedang sibuk juga manage group newbies trading dari Kota Kinabalu dan buat analisis signal trading. Serius kelaut INKTOBER CHALLENGE. Hahahaha! Jadi perempuan banyak hobi dan multitasking memang tinggi cabaran. Stress kena diam-diam sebab tu semua pilihan sendiri dan memang sendiri minat dan nak sendiri. Kekeke. Yang penting gembira. Yes..gembiran dan enjoy dengan apa yang kita lakukan tu penting.

Tahun ni, saya memberanikan diri menggunakan tema dan tajuk sendiri. Lukisan yang bertemakan self thought. Mereka watak-watak yang tak pernah wujud dimana-mana movie mahupun animasi. Seratus peratus hasil dari imaginasi sendiri. Semuanya fantasi. Lukisan untuk INKTOBER CHALLENGE 2017, saya hanya akan persembahkan nama-nama watak dan perkenalkan watak dalam bentuk lukisan potret. Memang semua lukisan akan menjadi potret pandangan depan. Macam dalam gambar passport. Hahaha! Sebab ini adalah langkah pertama saya untuk memperkenalkan watak-watak semata-mata.

Namun, OKTOBER tahun ni nampaknya sangat jelas tidak mengizinkan saya menikmati INKTOBER CHALLENGE seperti tahun lepas. Stress kepala otak. Stress bukan sebab banyak perkara nak buat tapi stress sebab target dan kepuasan hobi tak tercapai. Selepas tiga hari siapkan lukisan INKTOBER, tiba-tiba saya tak sihat dan mesti rehat. Apabila dah sihat, tiba-tiba ribut dari Filipina tempias kat Kota Kinabalu dan Labuan pula. Bukan sebab ribut tu yang membuatkan saya tak dapat melukis tapi sepanjang ribut, rumah asyik blackout. Kalau blackout sekejap, its ok. Blackout berjam-jam dan berkali-kali. Sadis... Lama-lama, saya pun hilang fokus. Bila teringat lukisan tak siap, stress pula.Bila nak siapkan ada sahaja gangguan dan ada je yang tak kena.

Saya ada buat kat luar juga. Seperti kat Oldtown dan sebagainya. Tapi reda je la.. dah tak terkejar..hahaha! Setakat ni ada 9 buah lukisan sahaja yang sempat buat. 3 lukisan lagi dah publish kat media sosial. 6 buah lukisan nanti saya publish. Selebihnya idea dalam bentuk tulisan dan lakaran semata-mata.

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017


Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik walaupun ada mendung-mendung sikit. Elektrik pun ada peningkatan. Tak blackout macam sebelum ni. Jangankan buat mood melukis ke laut, mood blogging pun di awang-awangan. hehe..Saya pakai PC dan streamyx kat rumah. Jadi, kalau blackout PC dan internet tak boleh on. Guna laptop pula, habis bateri tak ada tempat nak charge bateri. Sometime, pakai internet digi dan celcom. Kelip-kelip pula internet. Kadang-kadang, jadi GPRS..hahaha...biar betul! Tu yang layan game android pun asyik kalah sebab internet tiba-tiba lost.

Jadi, OKTOBER tahun ni memang serba tak kena untuk INKTOBER CHALLENGE saya. Walaupun begitu, tidak bermakna saya berputus asa untuk meneruskan 31 buah lukisan saya. Saya dah sediakan plan dan watak-watak serta lakaran. Jadi, saya akan teruskan lukisan ni walaupun OKTOBER bakal berlalu. Buat je INKTOBER on NOVEMBER kalau tak sempat siap tepat on 31 Oktober 2017. Hahahaha... Buat untuk diri sendiri! Gangguan yang berlaku dalam bulan OKTOBER ni, bukan 100% salah sendiri. Kecewa dan stress tu yes tapi tak apa...semua tu biasa. Yang luar biasanya, kita sambung je sampai siap untuk kepuasan sendiri. Yayyy! TUKAR kan je INKTOBER CHALLENGE jadi SELF CHALLENGE. simple. 

Tahniah kepada yang berjaya teruskan lukisan INKTOBER on time. Nanti saya akan jenguk dan like lukisan korang melalui hashtag INKTOBER menggunakan instagram @sopheestudio,OK!

Haa..itu dia.

Terima kasih sudi singgah membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


3 comments:

  1. cantik lukiasan sofie tu ... memang berbakat lah cik sofie ni....

    ReplyDelete
  2. Sedihnya pokemon Go tidak sepertu yang diharapkan.. Memang dah lama tunggu game Pokemon GO.

    Masalah dengan pokemon Go banyak sangat bug dan mudah digodam untuk dapatkan pokemon hebat. Tak adil untuk mereka yang bermain secara bersih.

    INKtokber challenge ni macamana cabaran dia? 1 hari 1 lukisan?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.