SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Jumaat, 5 Februari 2021

Pelan Internet Yoodo Membahagiakan Pemain MLBB | Bermain Mobile Legends Bang Bang Dengan Hanya RM5 sebulan untuk 20GB!

Pelan Internet Yoodo Membahagiakan Pemain MLBB | Bermain Mobile Legends Bang Bang Dengan Hanya RM5 sebulan untuk 20GB!

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Yang kenal saya dah lama, memang tahu saya seorang peminat permainan video mobile. Saya melayan game ni dengan Mr.Bee dah sekian lama. Sejak dari Pou sampailah ke Mobile Legends sekarang. Tapi... mesti ada yang perasan saya dah mula kurang posting mengenai MLBB sejak tahun lepas. Sekitar awal tahun 2020.

Sepatutnya PKP 1.0 berpotensi menjadikan saya dan Mr.Bee lebih ketagih dengan bermain MLBB sebab asyik duduk rumah sahaja. Namun, ia tidak terjadi gara gara... masalah 'network connection failed. Reconnecting...' kerap sangat berlaku. Data cepat habis. Maklumlah... banyak sangat aplikasi yang digunakan dalam satu masa.

Sekarang saya teruja sebab dah boleh layan Mobile Legends semula dengan Mr.Bee tanpa risau masalah data cepat habis bila main game ni diluar kawasan rumah saya. Nak tahu kenapa? Sebab Yoodo! Hmm... buat masa ni, memang belum boleh lah kan nak lepak main game kat luar. But, ni untuk future memang bagus. Boleh saya guna untuk layan Mobile Legends Bang Bang, Spotify, Tiktok, dan Viu di luar kawasan wifi rumah.

Saya tahu, segelintir pembaca blog saya, pasti pernah mendengar perkataan Yoodo. Dan begitu juga dengan yang baru sahaja mendengarnya. Kan?


Apa itu Yoodo?

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital baharu di Malaysia yang membenarkan kita membuat penyesuaian atau kontrol penggunaan data internet kita. Ayat lain, kita boleh mengawal penggunaan internet kita mengikut citarasa kita. Penggunaan boleh kita kawal melalui pilihan aplikasi yang kita gunakan.

Apa kelebihan dan keseronokan Yoodo terhadap pemain video mudah alih (Game handphone)?

Buat masa sekarang ni, saya masih lagi setia dengan Mobile Legends dan hero kesayangan saya, Lylia. Hhaha... So, Yoodo ni memberi kelebihan kepada saya terhadap MLBB berbanding game lain. Tapi, ada game lain yang mendapat kelebihan paling best sebenarnya. Mari saya kongsikan lebih lanjut lagi.


Bermain PUBG MOBILE 20GB Secara Percuma // Cara Jimat Kaw Kaw!

Walaupun bermain PUBG boleh secara percuma sebanyak 20GB, kita perlu ada pelan asas terlebih dahulu. Pelan Data Yoodo ni, sangat fleksible kerana kita boleh memilih untuk bayar nilai penggunaan yang kita mahukan sahaja pada setiap bulan. Jika nak sangat sangat sangat jimat, kita boleh memilih untuk membayar RM35 (3Mbps) sebulan untuk internet tanpa had (Unlimited) sebagai pelan asas kita. Barulah kita boleh memperolehi PUBG MOBILE 20GB PERCUMA dengan memilih aplikasi PUBG di aplikasi Yoodo.

Maka, kita boleh menikmati 20GB PERCUMA khas untuk PUBG sahaja tanpa menggangu pelan asas kita RM35 tadi. Jimat sangat kan? bermain aplikasi PUBG tanpa ganggu pelan internet utama kita pun. Boleh lah guna untuk aplikasi yang lain.


Bermain PUBG MOBILE 20GB Secara Percuma Dengan Kelajuan Tinggi!

Baik...Yoodo memberikan kita kebebasan untuk memilih nak beli data internet tanpa had yang murah atau data kelajuan tinggi yang kita boleh selaraskan mengikut keperluan kita sendiri. Contohnya, kita perlukan 15GB data sahaja sebulan, kita hanya membayar RM48 sebulan bersama dengan 50 minit panggilan dan 50 pesanan ringkas.

Kalau saya sendiri, saya mempunyai lebih dari satu handphone. Salah satunya hanya untuk bermain game. Jadi, untuk jimat, saya hanya memilih 15GB tanpa panggilan dan tanpa pesanan ringkas. Saya tidak menggunakan handphone itu untuk menelefon. Lagipun, zaman sekarang, saya lebih kerap menggunakan Whatsapp atau telegram untuk menghantar mesej, menelefon, dan video call. Jadi, saya tidak perlukan 50 minit panggilan dan 50 pesanan ringkas.

Oleh itu, saya hanya perlu membayar RM40 sahaja setiap bulan. Bagi yang nak mengikut cara ini untuk jimat, bolehlah bermain PUBG MOBILE 20GB secara percuma disamping mempunyai 15GB data internet yang dibayar hanya RM40 sebulan.


Bermain PUBG MOBILE 20GB Secara Percuma Dengan Kelajuan Tinggi (Double Special)!

Baik, untuk pengetahuan, data kelajuan tinggi ni sekarang ada promosi yang sangat sangat sangat istimewa! Saya cuma sebut 15GB tadi kan? Haaa...sebenarnya kita dapat data berganda!... Jika kita membeli data 15GB dengan RM40 sebulan, maknanya kita dapat 30GB dengan hanya RM40 sebulan! Yoodo telah melancarkan promosi DOUBLE SPECIAL yang hebat ini sejak 1 Disember 2020 yang lalu. Promosi ini belum ada tarikh tamat yang spesifik. Sementara masih ada promo double data ni, cepat cepatlah grab simkad Yoodo untuk korang dan keluarga. Okay!


Add-On RM5 sebulan untuk bermain Mobile Legends

Disebabkan saya belum lagi mencuba keseronokan bermain PUBG MOBILE, saya belum perlukan 20GB data percuma khas untuk PUBG. Mungkin, di masa akan datang, saya akan ambil peluang ni. Manalah tahu, tiba tiba jadi peminat PUBG pula. Tapi, sejujurnya... ada hati juga nak belajar main PUBG menggunakan 20GB percuma tu... hhahaha... Akan saya pertimbangan kelak.

Buat masa ni saya akan memilih Add-On untuk Mobile Legends RM5 sebulan sahaja. Bukan sikit data boleh dapat, 20GB tau! Haaa boleh la layan MLBB sampai lebam... hhahaha... Jadi, total yang saya perlu bayar hanyalah RM45 sebulan jika saya buat penyelarasan macam ni.


Promosi terkini Yoodo

Double Special

Promosi Double Special ini adalah promo yang paling saya suka sekali. Sebagai seorang blogger dan, yaa... kalau saya bukan seorang blogger pun, saya yakin saya sangat sangat perlukan data sepanjang masa. Hhahaha... Sejak saya di bangku sekolah lagi, memang kaki Cyber Cafe. Tehee... Jadi, Double Special adalah promo yang memang akan saya grab tanpa berfikir panjang.

Jadi, Double Special ni bagaimana? Jika kita memilih untuk melanggan data kelajuan tinggi, kita boleh menikmati data berganda. Contohnya, kita langgan 30GB data, kita akan dapat percuma 30GB lagi data! So, semuanya 60GB! Yyeaahh! Sama macam istilah BUY 1 FREE 1 lah. Promo ini berlangsung sejak 1 Disember 2020 sehingga...haaa...sehingganya agak misteri sedikit. Buat masa ni tak ada tamat tempoh. Akan tamat apabila diumumkan kelak oleh pihak Yoodo.

Sementara Double Special ni masih on, apa lagi, jangan tak grab! Rujuk gambar rajah di bawah ni untuk lebih memahaminya.


Libresse X Yoodo

Haaa... Libresse X Yoodo ni pula merupakan peluang terbaik untuk wanita wanita yang nak dapatkan simkad Yoodo secara percuma dengan cara yang berbaloi dan pantas dari Watsons!

Caranya macam ni, belanja sebanyak RM15 dalam satu resit untuk produk Libresse di WATSONS (Watsons sahaja tau), maka...kita boleh dapat simkad Yoodo percuma on the spot...

Apa yang membuatkannya berbaloi? Wanita memang perlukan produk Libresse betul tak? hehehe... Sementara boleh dapatkan simkad secara terus ni kat Watsons, tak salah untuk kita grab peluang ni sekarang sebelum 31 Mac 2021.

Jika tak, kita terpaksa dapatkan simkad fizikal (bagi yang mahukan simkad fizikal) secara pengeposan. Walaupun tidak perlu menunggu lama sangat tapi, saya rasa lebih bagus dapatkannya on the spot. Lebih jimat masa dan dapat 5GB data PERCUMA.

So, cepat dapatkan di Watsons sebelum stok habis.

Prosperity Huat Huat

Sempena Chinese New Year tahun 2021 ni, Yoodo membuat promosi Prosperity Huat Huat. Jika kita tempah simkad Yoodo sepanjang promosi Prosperity Huat Huat ini, kita akan mendapat paket ang pao limited edition daripada Yoodo. Dan kita akan berpeluang memenangi RM18 daripada Yoodo.

Sekiranya kita adalah pengguna baru Yoodo, kita juga boleh mendapat 5GB percuma setelah kita mengaktifkan simkad.

Beli Sim Yoodo hanya RM2 di 99Speedmart

Sekiranya lokasi korang mempunyai kedai 99Speedmart, berita baik untuk korang sebab boleh membeli simkad Yoodo dengan harga murah. Hanya RM2 sahaja. Haaa, ni untuk orang yang jenis tak sabar menunggu bungkusan simkad sampai... Hhehehe... boleh lah dapatkan on the spot dengan membelinya.

Kalau kita order online, simkad adalah percuma. Penghantaran juga percuma. Tapi, kena menunggu lah kan. Kalau nak cepat, boleh singgah ke 99Speedmart.


Kelebihan Yoodo

Customise Mobile Plan

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih yang sangat unik PERTAMA di MALAYSIA dengan memberikan kebebasan kepada pengguna mereka memilih untuk membayar data mengikut pilihan sendiri.

Kita decide, nak yang semurah murahnya atau semahalnya mengikut keperluan kita sendiri. Ibarat pepatah melayu, ukur baju di badan sendiri. Begitulah Yoodo membenarkan kita membayar data dengan harga yang kita perlukan sahaja.

Yoodo mempunyai dua jenis data.

  1. Kelajuan tinggi
  2. Tanpa had (Unlimited)

Kita boleh memilih untuk melanggan Kelajuan tinggi atau Tanpa had. Jika kita memilih untuk melanggan kelajuan tinggi, kita boleh selaraskan perbelanjaan data yang kita inginkan. Pilihan jumlah data yang ingin dilanggan ditangan kita. 15GB? 20GB? 30GB?

So, kita hanya perlu membayar data internet yang kita perlukan sahaja.

Jika kita memilih untuk melanggan internet tanpa had, kita boleh memilih antara 3 Mbps atau 6 Mbps. Jika kita memilih 3 Mbps, kita hanya perlu membayar RM35 sebulan termasuk mendapat 2GB percuma. RM35 ini kita bayar termasuklah untuk menggunakan 2 hotspot ke peranti yang lain, 50 minit panggilan (tanpa SMS).

Begitu juga jika kita memilih internet tanpa had sebanyak 6 Mbps. Kita akan menikmati 50 minit panggilan (tanpa SMS), penggunakan 2 sambungan hotspot, dan percuma 2GB data internet.

Roaming and IDD

Jika kita perlu out station atau travel, tidak perlu risau. Yoodo menyediakan pakej 'Roam Like Home'. Kita tidak perlu membeli simkad dari negara lain untuk berhubung ke Malaysia. Yoodo membenarkan kita menggunakan data dan panggilan keluar seperti biasa walaupun kita berada di luar negara dengan hanya RM10 atau RM20 satu hari.

Power Pass

Mungkin, kita tidak perlu menggunakan data internet terlalu lama. Mungkin, kita tidak perlu online sepanjang masa. Kita boleh membeli Power Pass untuk 1 jam penggunaan sahaja tetapi kelajuannya...Perghhh! Mantap!

Kita boleh membeli 100GB data untuk 1 jam hanya dengan RM2. Dalam masa 1 jam, kita boleh menggunakan 100GB sepuasnya dengan memuat turun game, menonton video dan movie dalam HD atau melakukan muat naik video yang banyak ke Youtube.

Adakah 1 jam tidak cukup? Baik, Power Pass 100GB boleh juga dibeli untuk 3 jam dengan hanya RM5. Murah kan?

Refer to Earn

Bagi sesiapa sahaja yang mungkin mahu menambah pendapatan sampingan daripada Yoodo, Yoodo juga mempunyai program affiliate atau referral. Di mana kita boleh mengajak rakan kita menggunakan perkhidmatan mudah alih Yoodo dan mendapat RM20.

Rakan kita yang berminat dan bersetuju menjadi pengguna Yoodo melalui kita akan mendapat 7GB data percuma. Win win situation lah kan... Lagipun, Simkad Yoodo tidak perlu dibeli. Percuma sahaja... Tiada sesiapa yang rugi. Hanya untuk kedua dua pihak.

E-Sim

Keunikan Yoodo bukan sahaja boleh menyelaraskan penggunaan data internet tetapi, boleh menggunakannya dengan cara E-Sim. Maksudnya, nombor telefon kita berfungsi tanpa meletakkan simkad fizikal ke peranti kita. WOW!! Hebat bukan? Dah tak perlu nak buka slot simkad. HHahaha...

Kelebihan E-Sim ni, jika slot simkad kita dah penuh (biasa slot simkad cuma ada dua di setiap smartphone), kita tetap boleh memiliki 3 nombor sebab tak perlukan simkad pun dah boleh gunakannya.

Add-Ons

Add-Ons ni juga merupakan kelebihan Yoodo yang saya sangat suka. Seperti yang saya sudah kongsikan di atas, di bahagian kelebihan Yoodo dengan permainan video mudah alih (video games mobile), kita perlu ada data asas terlebih dahulu untuk kita menambah pembelian data di aplikasi tertentu.

Sekiranya nak jimat data internet utama, tak nak data internet kita terpakai tanpa sengaja disebabkan aplikasi tertentu, kita boleh membeli data khas untuk aplikasi tersebut. Ini bermaksud, penggunaan data tersebut hanya untuk aplikasi itu sahaja.

Contohnya, kita banyak menggunakan aplikasi Instagram, dan Instagram ini sering menghabiskan data utama kita, kita boleh beli data khas untuk Instagram sahaja sebanyak 20GB dengan hanya RM5! Yay! Best kan?

Yang suka spend time buat video TikTok, boleh lah merancang untuk dapatkan simkad Yoodo dan menikmati Tiktok sepuasnya! Tanpa risau data internet tu surut. Hhahaha...

Paling best, pemain PUBG dapat percuma je 20GB tu setiap bulan. Hhhaaa...apa lagi tunggu tu? Tehee...

Jadi, macam mana nak dapatkan simkad ni secara percuma? Buka aplikasi Google Play Store, cari Yoodo, muat turun aplikasi Yoodo, kemudian, klik pada butang 'Daftar'. Kemudian, pilih sama ada nak simkad fizikal atau e-sim.

Selamat Ber-Yoodo ya semuanya... Tehehe...

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web atau Instagram Yoodo.
Laman web : yoodo.com.my
Instagram : @yoodomy



With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hai Litah.... hehehe... jom jom try Yodoo... saya ambil Add on gaming dan Instagram... hahaha...

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel