SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 28 Ogos 2012

My Hari Raya Story (2012)

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

Kawan-kawan saya sibuk update story berhari raya masing-masing. Saya tak update-update pun. Hee hee..lambat update sebab my story ni sama saja macam tahun-tahun yang lepas. Saya tak sambut raya sakan sangat sebab saya tidak bercuti hari raya. Aku berhari raya di tempat kerja.. hee hee...

Saya sengaja tak apply cuti raya atas sebab-sebab yang tertentu. Nak kata saya gembira berada di tempat kerja pada hari raya pertama, itu penipu besar namanya. Tapi cuba fikir, bukan saya seorang yang bekerja pada hari raya pertama. RAMAI! Masing-masing ada alasan masing-masing.

Apa-apa pun, masih bergelaktawa bersama kawan-kawan DJ...

Kawan-kawan lain ada tapi kat outlet lain.
Semua muka orang yang beraya kat outlet.
With our Madam :) Turun padang bersama kami di hari raya pertama dan kedua...
Hari raya pertama, family saya ke sana ke mari berhari raya, menziarahi sanak saudara. Kawan-kawan saya yang belajar jauh-jauh semua dah pulang beraya dengan keluarga masing-masing.

Hari raya pertama, kawan-kawan DJ pergi beraya. Tinggal la saya sampai malam di outlet. Gah! Tak tahu macam mana nak describe how i feel that time. HAHAHAHA. Tapi, faham-faham sendiri la sebab pilihan sendiri. Baju pun bukan baju raya. Pakai t-shirt je on Raya Aidilfitri. Mood memang ke laut.

Hari raya kedua, saya sepatutnya bekerja dari 6.30 pagi hingga 10 malam. Plan tiba-tiba bertukar apabila, hati saya mula tidak mampu menahan untuk bergembira. HAHAHAHA. Pagi-pagi, kawan-kawan ayah saya dan bos segala bos ayah saya dah datang ke rumah. Saya minta excuse dari bos untuk datang tengahari ke tempat kerja. Apabila tiba masa untuk ke tempat kerja, saya mula tidak mampu menolak peluang untuk berjumpa dan beraya dengan kawan-kawan di ELKEN! Kah kah kah. Saya pun minta excuse lagi untuk masuk kerja pada jam 6 petang. Hari raya mood yang tiba-tiba muncul.


Beloved ELKEN MENTOR

Ni bukan saya punya. Pinjam datin punya masa beraya kat rumah dia


With wo de jie jie Lenny ^^ and kak jelin.


Itu beberapa foto yang ada pada hari tersebut. Hehehe.. Kawan-kawan Elken beraya di rumah kawan-kawan Parkson. Hahaha..kelakar tapi best..

Bagi saya, bukan makanan yang sedap belaka. But 'friendship' .. Connection.. relationship :) Itulah hari raya.

After that, saya masuk kerja jam 5pm...very the lawak when i agreed to join my DJ friend to berhari raya at 8pm again...ops! i did it again...kerja hanya beberapa jam? Itulah HARI RAYA VIRUS yang merasuk saya di hari raya kedua. HAHAha.. melepas Double pay. kwang kwang kwang...

Hari raya story untuk hari ketiga pula...saya join kawan-kawan DJ ke Kg.Sungai Bangat, Kg.Bebuluh Laut dan Kg.Ganggarak. Ada gambar tapi sangat kurang rajin untuk upload ke blog ni memandangkan sangat lambat uploading! Penat menunggu gambar je!

Raya ke lima saya kembali kepada kawan Parkson semula. Hehe..Raya dengan Kawan Parkson lagi.

Raya ke tujuh baru berkesempatan raya dengan Family..

Raya ke berapa entah baru saya jumpa sepupu dan makcik pakcik...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: