Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, May 30, 2014

Lets fine something fun! Enjoy! :)

Friday, May 30, 2014 0 Comments

Happy Friday...
Pagi-pagi lagi saya terkejut dengan dentuman guruh yang kuat kat sini (Labuan). Hujan lebat hingga bunyi kipas dalam bilik hilang. Yang kedengaran hanya hujan yang turun tanpa henti.

.....tak tahu nak cakap apa.

Saya rasa tertipu,ditipu dan saya tak percaya langsung.

dan, tak akan percaya lagi.

Kalau manusia ada memory card, saya dengan senang lenang nak format saja. senang.
Semua saya lupakan...

Paling best nak tukar CPU, dan komponen-komponen dan sama waktunya.
Jadi orang baru...

Lets fine something fun, Sofie. Enjoy!

With Love,



Thursday, May 29, 2014

Perbezaan Ciki dan Member

Thursday, May 29, 2014 1 Comments
"Ciki ada member. Kami memang rapat. Ciki dengan dia memang suka borak sama-sama. Dah lama dah. Memang kalau nak bergosip sakan memang Ciki suka sangat kalau dengan dia. Ciki memang suka kongsi cerita lawak dengan dia. Macam-macam la Ciki cerita kat dia ni sebab dia memang layan je apa pun topik. Dia pun memang rajin juga kongsi cerita dengan Ciki. Macam-macam cerita.

Tapi Ciki kadang-kadang meluat dengan dia ni bila dah start merungut dengan kisah dia. Pasal suami dia la, rumah dia la, anak dia la, kereta dia la, duit dia la, mak dia la, adik kakak abang dia la, tentang kampung halaman dia la, tentang kawan lama dia la dan macam-macam la.

Ciki bukan apa. Kalau dia nak cerita masalah, Ciki memang dengar. Ciki hanya mampu dengar dan nasihat apa yang patut sahaja. Kalau dia luahkan perasaan pun Ciki tak kisah, Ciki boleh dengar. sebab dia kawan Ciki.

Cuma, Ciki rasa menyampah sangat bila dia asyik merungut bagaikan masalah tu memang masalah. Ciki ada hati juga. Ciki bukan orang senang. Ciki memang jauh beza dengan dia. Ciki orang susah kalau bandingkan dengan dia. Tak lah miskin sangat Ciki ni kalau masih dibawah ketiak ibu bapa, cuma bila dah 'dilepaskan' oleh ibu bapa ni, Ciki memang rasa susah. Duit poket pun tak mudah nak dapat. Dapat pun tak banyak. Nak kumpul pun tak sempat memang akan pakai punya untuk keperluan.

Bila member Ciki ni asyik cerita suami dia ni, begini la begitu la.. tak itu la tak ini... Ciki rasa dia macam tak bersyukur langsung dengan apa yang dia dapat. Mungkin dia bahagia dan lega dapat cerita semua tu kat Ciki sebab Ciki tak pernah cerita kat dia yang Ciki ni lagi susah dari dia. Tapi Ciki tak nak cerita. Buat malu Ciki saja. Buka aib sendiri saja. Ciki ada suami yang sayang Ciki. Tak kaya pun tapi Ciki syukur sebab dia ada hati kental walaupun Ciki ni perangai macam budak brutal tapi tak la brutal sangat kot. 'Tersepak batu' nangis juga. Suami Ciki saja tahu Ciki macam mana. Kalau marah, dia saja yang tahu siapa Ciki. Orang lain tak pernah nampak pun Ciki ni macam mana. Jadi, Ciki syukur ada suami yang memang tahu serba serbi diri Ciki. Tak perlu Ciki cakap kat member.

Bila member Ciki kata, duit dia tak cukup. Dia kata, suami dia tak faham tentang dia dan sebagainya. Hidup diorang serba serbi tak cukup. Anak-anak nakal dan sebagainya. Ciki rasa sakit hati.

Kenapa Ciki sakit hati?

Sebab Ciki tengok suami dia belikan dia macam-macam. Handphone pun canggih dah ribu ringgit nilainya. Ada rumah walaupun sewa. Ciki? handphone pun bapa Ciki yang belanja handphone yang tak original. Mana mampu nak dapat hanphone ribu ringgit sendiri. Tapi member Ciki masih kata dia serba serbi tak cukup? Kata suami dia begitu dan begini. Ciki hairan sangat.

Member Ciki ada rumah dan tinggal bersama suami dan anak-anak. Walaupun rumah sewa, tapi kat kampung ada rumah sendiri. Ciki? Ciki tak ada rumah sewa apatah lagi rumah sendiri. Menumpang saja kat rumah mertua yang kecil.Adik beradik suami pun tinggal bersama. Kawan-kawan adik ipar kadang-kadang tidur kat rumah. Ciki rasa tak ada privacy langsung. Ciki rimas. Tapi nak buat macam mana, Ciki bukan orang kaya. Rumah keluarga member Ciki besar. Boleh muat ramai. Sekiranya dia tak ada rumah sendiri atau sewa, member Ciki tetap nampak beruntung sebab rumah tu besar. Anak dia boleh lari-lari dalam rumah tu. Dua tingkat pula.

Dia juga selalu merungut tentang anak-anak. Katanya susah nak buat itu dan ini sejak ada anak. Ciki rasa simpati dengan anak dia. Kalau Ciki jadi anak dia, Ciki mesti rasa tersingung sebab bagus tak payah lahir ke dunia kalau lahir pun dianggap macam tu. Kalau Ciki? Ciki bukan tak nak anak. Ciki nak. Ciki suka budak-budak. Budak-budak sangat menghiburkan hati Ciki. Sedih atau hibanya Ciki, budak-budak kecil boleh menghilangkan rasa sedih. Tapi Ciki terpaksa merancang dulu. Ciki belum bersedia untuk dapatkan anak lagi. Kewangan Ciki dan suami belum mampu menanggung anak. Kesian anak-anak serba serbi tak cukup nanti. Makan minum dan keperluan Ciki pun terpaksa dikecilkan. Tak cukup! Tapi Ciki gembira sebab Ciki dimanja dan disayang suami yang penyayang. Kenapa member Ciki menganggap semua tu masalah? sedangkan Ciki merasa cemburu kerana dia ada apa yang Ciki nak?

Ciki tak percaya bila member Ciki kata, dia tak cukup itu dan ini. Susah sebab kereta begitu dan begini. Sedangkan suami dia dah belikan dia kereta. Malah bukan sebuah. Ada dua buah kereta yang cantik! Walaupun orang kaya akan kata kereta tu adalah kereta biasa sahaja. Tapi bagi Ciki, kereta dia tu kereta terbaik bila Ciki ada. Kenapa? Sebab kereta Ciki kereta usang dan selalu rosak. Hmm.. Bukan kereta Ciki pun. Kereta suami. Mungkin juga bukan kereta suami. Kereta keluarga suami. Entah apa yang member Ciki rasa tak cukup sedangkan Ciki, lesen kereta pun Ciki belum mampu nak dapatkan! Ciki nak dapatkan pun duit Ciki akan habis ke arah lain! Member Ciki ada lesen dan kereta. Kenapa dia kata macam tu? Ciki anggap Ciki tak suka kereta. Ciki anggap diri Ciki tak suka kereta sebab Ciki tak mampu dapat kereta. Ciki anggap Ciki gila motorsikal. Tu pun pada hakikatnya, motor pun Ciki tak ada pun. Basikal pun tak mampu nak dapat. Mampus la member Ciki kalau hidup dia ditempat Ciki agaknya.

Member Ciki bertuah. Seorang pemegang Ijazah. Dia pernah merasa berada di menara gading. Ciki? Ciki tak ada Ijazah. Ciki tak mampu sambung belajar. Ciki budak pandai tapi Ciki tak mampu nak lebarkan sayap Ciki macam member Ciki. Tapi dia masih kata hidup dia tak cukup? Kalau Ciki jadi dia, Ciki bangga sebab Ciki pernah ke menara Gading tapi tak jadi andartu. hahaha...Sebab orang gila kerjaya jarang dapat kawen awal dan ada keluarga. Tu pun, Ciki tengok, ada juga wanita yang boleh belajar walaupun ada keluarga. Asal ada kemampuan kewangan dan kemahuan. kan.

Ciki tahu , Ciki ni golongan mana. Ciki bukan golongan sederhana pun. Ciki golongan miskin. Terus terang Ciki cemburu dengan dia dengan semua yang dia ada. Suami dia mampu bawa shopping, melancong, jalan sana sini... tak kisah pun. Tapi dia masih meluahkan perasaan dia dengan masalah dia yang bagi Ciki bukan masalah pun. Dia patut bersyukur sebab Ciki tak ada pun apa yang dia ada.

Ntah la... Ciki tak tahu nak cakap apa kat member Ciki ni. Elok Ciki tak payah layan..."

[Copy Paste]

P.S : Cerita panjang lagi...tapi panjang sangat... ambil pendek saja cukup la asal tahu dan faham apa yang tersirat dalam cerita si Ciki ni....Bersyukurlah apa yang ada. Cari apa yang dimahu tidak salah dengan syarat masih bersyukur kerana ada apa yang ada di depan mata. Masalah member Ciki ni, dah la tak bersyukur, tapi merungut dengan apa yang dia ada. Malah dia tak bertindak pun untuk dapatkan apa yang dia mahu. Merungut tak sudah~ Elok bagi apa yang dia ada kat Ciki je. HAHAHAHA!!!


With Love,



Wednesday, May 21, 2014

Personaliti diri berdasarkan Metafizik tarikh lahir 16 petak nombor

Wednesday, May 21, 2014 4 Comments
Assalammualaikum Bloggers and Readers! :)

Selamat berhari RABU. Saya ambil kesempatan pada pagi ini untuk update dan sambung entry personaliti diri berdasarkan metafizik tarikh lahir. hehe.

Jom kita imbas kembali dulu, entry pertama tentang personaliti metafizik yang saya kongsikan berjudul "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir" adalah untuk mendapatkan kiraan KOD ASAS dalam diri kita. Kita bernaung atas nombor apa.

Entry kedua pula, berjudul "Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)" . 3 nombor kombinasi yang dimaksudkan adalah kiraan luar petak piramid terbalik tersebut di mana ia adalah nombor yang merujuk kepada kecenderungan kita.

Entry ketiga, berjudul "Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Metafizik Tarikh Lahir" . Entry ketiga ini hanyalah sebagai rujukan kita untuk maksud tertentu bagi nombor kecenderungan kita yang sudah kita ketahui melalui kiraan tarikh lahir kita.

Sekarang saya akan kongsikan senarai nombor satu hingga sembilan yang mempunyai maksud tersendiri mengikut kajian sains metafizik.

Sila rujuk gambar di bawah...


Kiraan di atas adalah tarikh lahir saya. Anda akan mendapat keputusan 16 digit nombor (Yang di dalam petak warna biru) selepas siap mengira.

Berdasarkan tarikh lahir saya, nombor yang wujud adalah nombor 1 , 2 , 3 , _ , 5 , 6 , 7 , 8 , dan 9 sahaja.

Nombor 4 tidak wujud di dalam kiraan tarikh lahir saya. Oleh hal yang demikian, nombor yang tidak wujud ini merupakan kelemahan saya. Nombor empat bermaksud "suka membuat perancangan dan suka kepada ilmu pengetahuan" .

Jika korang kira tarikh lahir korang dan nombor 1 hingga 9 wujud. TAHNIAH! kerana, itu bermaksud seimbang.

Jika ada nombor yang tidak wujud, TAHNIAH juga!, kerana itulah peluang yang kita ada untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri untuk mendapatkan identiti yang kita perlukan.

Di bawah ini adalah senarai maksud dari nombor satu hingga sembilan. Kita boleh rujuk selepas membuat kiraan... Selamat mencuba! :)

Nombor 1:
ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN. KEMUNGKINAN SEMASA ALAM PERSEKOLAHAN ATAU SELEPAS ANDA DILANTIK MENJADI KETUA ATAU PENOLONG ATAU DALAM PERSATUAN. KEMUNGKINAN JUGA ANDA MENOLAK PERLANTIKAN DALAM JAWATAN TERSEBUT.

Nombor 2:
ANDA PUNYAI KOMUNIKASI ATAU PENYAMPAIAN YANG BAIK. SUARA ANDA KEDENGARAN LANTANG DAN JELAS. MUNGKIN JUGA ANDA SUSAH ATAU MALU NAK MULA BERCAKAP NAMUN APABILA SUDAH MULA ANDA KELIHATAN MESRA.

Nombor 3:
PERGERAKAN ANDA SANGAT CEPAT ATAU LAIN KATA ANDA TIDAK SUKA BERTANGGUH DALAM SESUATU PERKARA.

Nombor 4:
ANDA SUKA MERANCANG DAN JUGA ANDA SUKA KEPADA ILMU PENGETAHUAN.

Nombor 5:
ANDA SEORANG YANG PUNYAI PRINSIP SENDIRI. CONTOH JIKA ANDA KATA “A”, “A”LAH JAWAPANNYA, JIKA “B”, “B”LAH JAWABNYA. ATAU ANDA TIDAK TERUS MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA MERTA DAN ANDA AKAN FIKIR DAHULU DAN JAWAPAN AKAN DIBERI KEMUDIAN.

Nombor 6:
ANDA MEMPUNYAI SIFAT KEKELUARGAAN ATAU AMBIL BERAT TENTANG KELUARGA. INI MEMBUATKAN ANDA BAGUS DALAM PERANCANGAN KEWANGAN.

Nombor 7: 
ANDA PUNYAI RAMAI KAWAN ATAU MUDAH MENDAPAT PENYOKONG. INI MEMBUATKAN HIDUP ANDA NAMPAK BERTUAH.

Nombor 8: 
ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB SAMA ADA TERHADAP KELUARGA ATAU KERJAYA.
CONTOH DALAM KERJAYA ATAU PERSEKOLAHAN JIKA DIBERI TUGAS ATAU KERJA RUMAH ANDA AKAN SELESAIKANNYA WALAUPUN MEMAKAN MASA.

Nombor 9: 
ANDA SUKA MENGEJAR KEJAYAAN ATAU ASET. MUNGKIN JUGA ANDA MEMIKIRKAN PERNIAGAAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Tuesday, May 20, 2014

Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Metafizik Tarikh Lahir

Tuesday, May 20, 2014 28 Comments
Assalammualaikum bloggers dan readers,

Best kan kira tarikh lahir? hehe.

Sebelum membaca semua senarai nombor kombinasi di bawah, saya syorkan korang kira terlebih dahulu KOD ASAS DIRI dan KECENDERUNGAN DIRI melaui tarikh lahir korang!

SO..jangan lupa baca entry di bawah ini :
Entry 1 : KOD ASAS DIRI
Entry 2 : KECENDERUNGAN DIRI



...dan di bawah ini adalah senarai nombor kombinasi yang boleh kita rujuk selepas buat pengiraan kecenderungan kita melalui tarikh lahir.

Senarai nombor kombinasi yang kerap ditemui :

1 - Sangat berdikari, namun “ditikam belakang”. Jadi, berwaspada selalu.

56 - Sangat berhati-hati dengan wang

67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan

71 - Mudah ditipu orang

73 - Orang/pengikut mudah datang dan pergi.
73 - Orang / Kawan mudah datang dan pergi.

156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.

189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat

336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif.

786 - Orang suka beri tanggungjawab.

123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan.
123 - Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing, penyanyi atau usahawan.
123 - Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan adalah digalakkan.
123 - Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan usahawan.

235 - Beremosi, mudah terusik dan baran.
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran.

246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah.

393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama.
393 - Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.

426 - Pandai dalam syarahan dan ceramah.

426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan.

456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah.

459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense.
459 - Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi.

573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan.
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan kenamaan.
573 - Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh orang lain.

666 - Sangat berhati-hati dengan wang.

729 - Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.
729 - Mudah menyakinkan orang. Menjadi tarikan orang.
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan.
729 - Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang
729 - Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga “pelaris”. Sesuai untuk jadi ahli politik.
729 - “Pelaris”, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.
729 - Sangat menawan & mudah yakinkan orang.

777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki.

843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif.
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa.
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa.
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa.
843 - Selalu tercar-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.

888 - Hiperaktif.

933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya.

944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi.

966 - Mudah untung. Bagus jadi usahawan.
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan
966 - Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai
966 - Mudah untung dan bagus jadi usahawan
966 - Mudah mendapat keuntungan. Elok jadi usahawan
966 - Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi dermawan, macam Syed Mokhtar atau Bill Gates.
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan.
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan.
966 - Mudah untung, elok jadi usahawan.
966 - Mudah untung (bagus untuk menjadi usahawan).

999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Pola-pola yg berkaitan dgn no.6 – PATTERNS OF “6”
seperti 426, 363, 696, 156, 876, 456, 666, 396 :

426 – dunia pendidikan – penceramah, pensyarah, pusat tuition atau sebagainya.

786 – pemimpin – pengarah, pengurus, ahli politik.

156 – transport, outstation, sekuriti – courier, logistic,polis.

696 – perniagaan – peniaga, usahawan.

456 – dunia kewangan, money matters –bank, insuran.

336 – pelaburan – shareholder, perdagangan mata wang/forex.

666 – money matters, gold – bank, insuran, gold broker

396 – retailer – stockist, hypermarket.

Apa yg ingin ditekankan disini adalah peluang rezeki yg banyak/lumayan dari bidang2 tersebut.

Nombor 7(pengaruh dan tarikan) :

kebiasannya pola 729 adalah pelaris semulajadi..tetapi pola berangkai 7 seperti 786, 753, 775, 769, 764, 777 juga mempunyai pengaruh/ pelaris diri cara berlainan..
contohnya 753 pelaris diri kerana selalu berurusan dgn vip..786 mereka selalu mempunyai tarikan sebagai ketua dan tempat rujukan penyokongnya..777 penyokong dan disukai ramai/ aura tersendiri..769 bertuah kerana selalu dibantu dan disokong baik segi rezeki/wang dan kuasa..764 selalu mereka golongan pendidik/ cendikiawan yang bepengaruh dan segi kebijaksaan idea yg hebat sperti kebanyakkan penerima anugerah Nobel.

Senarai nombor kombinasi lain-lain :

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal.

13 - Pola aktif (kekuatan fizikal).

5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan.

459 dan 549 bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.

545544 – perancang yang hebat.

494 – memiliki pengetahuan yang tinggi.

426 – penceramah yang bagus.

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.

7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.

Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.

Profil Kelemahan :

456 – dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)

Sedikit info untuk pola 729 :

Ini adalah pola pelaris (lagi sekali ini adalah statistik bukan ramalan). sesiapa yg ada pola ini cuba perhatikan situasi di mana jika ke sesebuah restoran/kedai makan yg tiada/kurang pengunjung dan setelah mereka duduk disitu akan semakin ramai pelanggan yg datang dengan izin Allah ler.. tak caye, pergi try test – kalau tak jadi, lom mandi kot – kuang..kuang..kuang., kalau jadi seperti dijangka, tak reti-reti nak guna kelebihan tu..

P/S : Terima kasih kerana membaca entry personaliti di blog ini. Saya belum habis berkongsi lagi mengenai metafizik tarikh lahir ni. HEHE. In Shaa Allah akan disambung pada tahun 2017 ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)

Tuesday, May 20, 2014 23 Comments
Assalammualaikum readers :)

Siang tadi saya ada buat satu entry mengenai PERSONALITI BERDASARKAN PENGIRAAN METAFIZIK TARIKH LAHIR (klik untuk baca). Saya dah janji nak sambung langkah seterusnya. Langkah seterusnya ni, ada sedikit pening-pening. hehe. kena faham dan teliti kiraan dari mana ke mana oke. :)

Boleh lihat gambar kat bawah ni. Saya ada explain juga. Boleh baca dan rujuk gambar untuk lebih faham. Untuk pengetahuan kita bersama, kiraan kali ini adalah untuk mengetahui kecenderungan kita melalui kombinasi 3 nombor dari kiraan tarikh lahir kita.

Ada tiga kecenderungan dalam diri kita yang boleh kita siasat. hahaha :p Gambar di bawah ni adalah hasil kiraan tarikh lahir saya. Korang boleh cuba kira untuk korang punya kekasih. eh? kesitu pula :p

Oke jom teruskan meneliti gambar dan penjelasan saya kat bawah.


Saya dah tandakan huruf berwarna hijau pada kotak warna biru untuk senang rujuk.

a + c ( 7 + 7 = 14, kecilkan lagi. 1 + 4 = 5). So, letak 5 kat kotak yang dah ditandakan 'a + c'

b + c ( 9 + 7 = 16, kecilkan lagi. 1 + 6 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan 'b + c'

d + f ( 1 + 1 = 2). So, letak 2 kat kotak yang dah ditandakan 'd + f '

e + f ( 9 + 1 = 10, kecilkan lagi. 1 + 0 = 1). So, letakkan 1 kat kotak yang dah ditandakan 'e + f '

c + g ( 7 + 8 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'c + g '

f + g ( 1 + 8 = 9). So, letak 9 kat kotak yang dah ditandakan 'f + g'

h + i ( 9 + 6 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'h + i'

Senang faham kan setakat ni ? hehehe...kalau tak faham boleh komen dan tanya oke. :)

Lepas tu, saya ada highlightkan petak kuning kat 3 bahagian. Tu maksudnya adalah bahagian nombor/pola kecenderungan kita.

Nombor kombinasi saya kat petak highlight kuning tu adalah 753, 213 dan 696.

Ramai yang tertanya-tanya. kenapa 696 bukan 966? hehe.. ikut saja sebab itu adalah arah yang merujuk piramid kiri kanan tarikh lahir kita. Ada sebabnya, tapi maklumla, dah tak ingat. Nanti saya share lagi kalau saya jumpa buku yang saya pinjam kat perpustakaan Labuan, oke! :)

Apa yang dimaksudkan disebalik nombor kombinasi kita?

Ini saya punya, nanti kamu kira-kira tarikh lahir dulu lepas tu boleh rujuk kat entry bertajuk "Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Metafizik Tarikh Lahir" untuk ketahui nombor kecenderungan korang OK!.

753

  • 'Pelaris' diri kerana selalu berurusan dengan VIP/Kenamaan/orang atasan.
  • Orang atasan/VIP/Kenamaan mudah suka dan percaya kepadanya.
  • Mudah yakinkan orang.
  • Menjadi tarikan orang.
  • Mudah bergaul dengan orang atasan. 

213

  • Seorang debaters/berhujah/debat.
  • Kekuatan pada suara.
  • Sesuai menjadi guru/pensyarah/ahli politik/Sales marketing/usahawan.

696

  • Sesuai dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Alhamdulillah untuk yang baik-baik. Yang tak baik, ubah. Yang baik, asah. Apapun yang tertulis pada maksud nombor di atas, yang menentukannya hanya diri kita sendiri. Nombor kajian ini hanya untuk kita lihat kita sesuai dengan bidang apa dan bagaimana diri kita untuk diperbaiki atau ditambah potensi diri sendiri.

Saya akan sambung post seterusnya dengan membuat entry rujukan nombor kombinasi untuk korang oke.

KLIK SINI untuk membaca senarai 3 nombor kombinasi kecenderungan berdasarkan tarikh lahir!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Tuesday, May 20, 2014 66 Comments
Assalammualaikum Readers,

Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je kan. hakhak.

Just nak update entry kat sini. Hari ni saya sibuk buat kira-kira metafizik tarikh lahir. Bukan lah pertama kali layan pola nombor ni. Dulu-dulu, zaman sekolah pun ada buat juga tapi hari ni terlebih rajin pula. Macam-macam saya search dan nak tahu.

Ada satu buku, saya pernah pinjam dari perpustakaan Labuan. Cerita mengenai personaliti diri. Kat dalam buku tu pun ada juga ajar dan rujukan metafizik tarikh lahir dan nombor kombinasi yang kita cenderung. Menurut Dato Fadzilah Kamsah, kajian metafizik ni 95% betul. Wallahualam.

Biar saya kongsikan di sini cara kira-kira metafizik tarikh lahir kita. Kalau jumpa yang part 'kelemahan' tu, dan rasa macam tak suka kan, kita berusaha ubah dan buktikan yang kita tak macam tu. Kalau ada 'kekuatan' yang rasa-rasa memang ada dalam diri kita, teruskan dan asah bakat dan potensi tu supaya ia benar-benar menjadi realiti.

No Magic, Just Basic. Maksudnya, nak berjaya kena berusaha. Kena mula dari langkah pertama juga. Tak ada nya magic-magic tiba-tiba jadi kaya ke, tiba-tiba jadi pandai ke apa kan. hehehe.

eh? banyak cakap la pula. Jom terus belajar cara kira personaliti kita.

Saya ajarkan menggunakan tarikh lahir saya saja oke. Nanti korang boleh tukarkan kepada tarikh lahir korang. Sedikit sebanyak boleh la kenal saya ni macam mana orang nya. haha.. tak tahu malu :p


TARIKH LAHIR : 16/09/1990

1+6 = 7
0 + 9 = 9
1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
9 + 0 = 9

Kemudian,
7 + 9 = 16. Jadi kecilkan lagi. 1 + 6 = 7

Lepas tu,
9 + 1 = 10. Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1

Last,
7 + 1 = 8

Jadi, KOD ASAS SAYA adalah LAPAN[8]

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
KETULENAN (ELEMENT - METAL


Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT - WATER


Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)


Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)


Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.


Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
PERINTIS (ELEMENT - EARTH)


Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)


Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.


Sikap Individu dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)
PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)


Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Individu dengan Kod Asas 9
GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)


Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
Selamat mencuba dan mengira.

Aitsss! Tungguuu!!! Belum habis lagi tau...!

Kalau dah habis kira, jangan lupa untuk mengira 3 nombor kombinasi kecenderungan kat entry bertajuk "Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)" ...OK!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .