Isnin, 21 Mei 2018

Kebaikan Lazz Susu Kambing Di Bulan Ramadhan | Saya dan Suami Amalkan Lazz Susu Kambing Perisa Kurma

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Beberapa hari dah puasa berlangsung. Macam mana puasa? OK tak? Saya harap semua urusan berjalan dengan lancar dan tetap bertenaga sepanjang melakukan kerja harian. Kat entri sebelum ni, yang bertajuk "Kebaikan susu kambing untuk kesihatan seluruh keluarga", saya ada mengatakan bahawa saya nak kongsikan satu jenama susu kambing yang saya dan Mr.Bee amalkan. Hhaaah! Di bulan Ramadhan ni, saya dan Mr.Bee tetap mengamalkannya malah ia lebih bagus dan sesuai sebenarnya kita minum di bulan yang mulia ni. Susu kambing tu adalah Lazz Susu Kambing atau Susu Kambing Lazz... Wahaha.. sama je..saja nak terbalikkan. Tapi yang pasti, jenamanya adalah LAZZ.

Minuman terbaik bulan Ramadhan


Sepanjang bulan Ramadhan ni, saya dan Mr.Bee amalkan meminum Lazz Susu Kambing Kurma dan juga yang asli dengan campuran pelbagai resepi. Sampai tak cukup pula segelas... Vvaaah! Jadi, apakah kebaikan Lazz Susu Kambing di bulan Ramadhan? Teruskan membaca, OK.



KEBAIKAN LAZZ SUSU KAMBING DI BULAN RAMADHAN

1. Pelbagai Perisa

Lazz Susu Kambing ni mempunyai 4 perisa. Pertama ialah Choco, kedua perisa asli, ketiga kopi dan keempat adalah kurma. Dalam bulan puasa, mestilah kita nak kepelbagaian perisa. Betul tak? Ada orang, dia cepat bosan dengan perisa yang sama.

Kalau ada anak anak, nak menarik mereka untuk terus amalkan susu kambing, perisa choco la jawapannya. Tidak semua kanak kanak suka minum susu kambing perisa asli kann? Kalau ada anak yang memang peminat susu perisa asli tanpa gula tu, bertuah sangat. Sihat tulang sebab dapat sumber kalsium. Sihat otak sebab dapat sumber kandungan linoleic acid di mana ia akan melancarkan tumbesaran dan perkembangan otak. Malah, tak ada la risiko gigi buruk sebab makanan manis. Tehee...

Kenapa Mesti Minum Susu Kambing


2. Kurang manis

Ramai dalam kalangan kita suka beribadah di bulan Ramadhan sambil ada misi turunkan berat badan. Betul tak? Tak kurang juga saya dan Mr.Bee. Nak kekal sihat tanpa pengambilan makanan manis terlalu banyak di Bulan Ramadhan. Lagipun, bulan April lepas, saya kurang bersenam sebab sibuk siapkan kerja online. Tidur pun lewat membuatkan metabolisme kurang efektif. Sedar tak sedar tiba tiba muncul 'babat' kat perut. Wahaha.. (Belly Fat).



Lazz Susu Kambing ni, tidak kira lah perisa choco ke, kopi ke, memang tak manis. Sesuai sangat untuk mereka yang nak berdiet di Bulan Ramadhan ni. Bukan bulan Ramadhan pun boleh. Apabila kita minum minuman yang tidak manis, insulin dalam badan kita tidak akan terasang untuk mencari makanan.

Bila paras insulin kita naik, tu yang kadang kadang baru je lepas makan tapi rasa nak makan lagi. Selera membuak buak pula. Jadi cara nak kawalnya adalah dengan mengambil minuman tidak manis seperti Lazz Susu Kambing ni. Tak manis tapi sedaaapp! Lagi pun, terlalu banyak gula, membuatkan kita menyimpan lemak air tambah tambah kalau tak bersenam. Bulan puasa ni takkan nak bersenam secara ekstrem kan? Wehehe...

3. Kekal bertenaga sepanjang hari

Saya dan Mr.Bee mengambil Lazz Susu Kambing perisa kurma dan kadang kadang ambil yang asli semasa bersahur. Alhamdulillah, setakat ni tak seperti tahun lepas semasa belum mengamalkan susu kambing Lazz di bulan Ramadhan.

Saya sendiri merasa bertenaga dan tak lembik. Masih mampu membaca dan menulis tanpa mengantuk. Mr.Bee pun kelihatan begitu ceria di siang hari sebab tak rasa lapar. Di tempat saya ni, cuaca panas memang kalau dah terik, terik sangat. Tenaga cepat drop sebab tu kerap lemah sepanjang bulan puasa terutama di waktu siang. Tak sampai petang dah rasa tak bermaya.



Tapi dengan mengambil Lazz Susu Kambing sebagai sebahagian dari sahur, rasa kekal aktif hingga Maghrib. Apabila berbuka pula, ambil lagi segelas, memang recover tenaga yang digunakan sepanjang hari.

4. Mudah disediakan

Lazz Susu Kambing ni, mudah sangat disediakan. Bayangkan kalau kita tiba tiba terlajak tidur. Bangun lambat semasa nak sahur. Tak sempat pun nak masak. Hhaaah! Senang selagi stok Lazz ada kat rumah. Ambil gelas, masukkan serbuk susu tiga sudu, bancuh dengan air suam atau panas. Siap.. Minum.

Kalau nak lebih advance, campurkan dengan nestum atau oat atau pun kurma. Tapi kalau dah tak sempat sangat tu, bancuh je kosong. Wehehehe... Paling elok ambil yang perisa kurma la kalau kes macam ni. Dapat khasiat kurma, dan khasiat susu kambing sekali.

Saya nak juga la kongsi dengan korang, saya ni kerap tidur lewat. Bila dah tengah malam tu tetiba je perut berkeroncong. Wahaha.. Dah lewat lewat malam biasa nak cari benda segera. Kalau makan mee segera tak elok untuk kesihatan kann.. dan akan membuatkan kita cepat menggemuks.. huhu...





Sekarang ni, senang dah.. bancuh je Lazz dengan nestum ke, oat ke... nestum dan oat ni kan serat, tak payah banyak, segelas je memang kenyang. Tehee... Sebab tu suka sangat dengan Lazz Susu Kambing. Terutamanya tengah malam. Wahahaha... Minum tanpa nestum dan oat pun tetap perfect juga!

5. Orgamilk

Orgamilk ni bermaksud serbuk susu kambing yang tidak panas dan tidak hamis. Penghasilannya tanpa bahan kimia sintetik dan berasaskan bahan non-GMO. Enak berkrim dengan khasiat semula jadi.

Bagus kan? Siapa yang nak minum susu kambing yang hamis di bulan Ramadhan? Betul tak nanti muntah muntah pula tak pasal pasal sebab tak biasa. Tak semua orang boleh. Tapi kalau saya, memang peminat hidangan berasaskan kambing. Memang tak kisah.. tapi kalau jumpa yang tak hamis ni, bonus laaa! Tehee..

6. Pelbagai kebaikan untuk kesihatan

Susu kambing mempunyai sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium, mineral yang baik untuk jantung dan boleh menghalang darah beku serta peningkatan kolestrol. Malah, boleh mengawal paras kolestrol tidak baik dalam tubuh disamping boleh meningkatkan lemak kolestrol baik. Maksudnya, ia akan seimbang.



Disebabkan mempunyai kandungan kalsium, maka ia boleh menguatkan tulang dan gigi. Yang istimewanya, susu kambing juga mengandungi Vitamin D di mana ia berperanan sebagai ejen penyerapan.

Kalau nak tahu lebih lanjut akan kebaikan susu kambing untuk kesihatan, boleh lah membaca di entri saya yang sebelum ini, bertajuk "Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan Seluruh Keluarga".

7. Boleh dihidangan dengan pelbagai resipi

Lazz Susu Kambing ni sangat sedap juga jika kita hidangkan dengan bahan kegemaran kita seperti oat atau nestum atau kurma. Nak campurkan kesemuanya sekali pun sedap. Saya dan Mr.Bee dah cuba. Memang kenyang lama dibuatnya.

Resipinya adalah :

4 Sudu Lazz Kurma / Coklat Kurma (Nak guna Lazz Asli atau Lazz Kurma pun boleh)
2 Sudu Nestum
3 Sudu Oat
1 biji kurma, potong halus
Bancuh dengan air panas

Hhaaah! Boleh minum semasa sahur. Senang dan sekejap je nak sediakan. Kalau terlambat bangun tapi nak rasa kenyang ni la resipi terbaik. Kalau korang nak, boleh juga blend. Selain dari untuk sahur, resipi ni boleh juga diminum semasa berbuka. Campurkan dengan ais. Pergghhh! Dah laa seharian tak dapat minum kan... cuaca pula panas. Sekali berbuka dengan resipi ni, sejuk sejuk, besst sangat!

Resepi Susu Kambing


Selain itu, boleh juga campurkan Lazz Choco dan Lazz Cafe kalau nak jadikannya perisa Mocha. Hhaaah! Sedaapp tau..

Saya ada juga campurkan dengan minuman kegemaran saya dan Mr.Bee. Resipinya :

3 Sudu Lazz Susu Kurma / Lazz Susu Asli
2 Sudu Milo
2 Susu susu manis
2 Susu Sejat
Ais

Fuuhhh! Lemak rasanya. Tapi tak boleh buat selalu sebab manis. Ni boleh minum semasa cheat day sahaja. Tehehe...

8. Boleh diminum oleh semua peringkat umur

Kanak Kanak

Kanak kanak sedang membesar bagus minum Lazz susu kambing ni untuk tumbesaran mereka. Malah ia bagus juga untuk  meningkatkan kesihatan otak mereka. Maka, mereka akan lebih fokus untuk belajar. Semestinya, tulang dan gigi mereka juga akan turut sihat kerana sumber kalsium dari susu tersebut.

Dewasa

Ibu hamil / ibu berpantang dan ibu menyusukan juga boleh mengamalkan susu kambing ni. Pelbagai khasiat dan nutrisi yang mereka perlukan boleh diperolehi dari Lazz Susu Kambing.

In Shaa Allah Ibu hamil akan memperolehi tenaga bersalin kelak. Khasiat dari susu kambing juga akan memberikan nutrisi secara tidak langsung kepada bayi dalam perut. Ia bagus untuk perkembangan bayi. Selain itu, jika sedang ikhtiar membantu mengurangkan risiko bayi lahir terkena kuning boleh amalkan Lazz Susu Kambing.



Untuk ibu berpantang pula, ia boleh memulihkan tenaga. Sibuk dengan bayi yang baru lahir mesti akan merasa penat. Jadi dengan mengamalkan susu kambing boleh membuatkan si ibu merasa lebih bermaya. Selain itu, boleh 'memeriahkan' susu ibu.

Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Ia tidak semestinya hanya untuk wanita. Tehehehe... Malah Lazz Susu Kambing sesuai untuk pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Kepada sesiapa yang sedang ada misi ikhtiar hamil , boleh mencuba set ikhtiar hamil dari Lazz. Ia baik untuk aliran darah dan tenaga suami isteri.

Warga Emas

Selain dari kanak kanak, warga emas juga perlukan Lazz Susu Kambing ni untuk kesihatan mereka. Terutamanya untuk kekuatan tulang mereka. Mereka perlukan sumber kalsium. Dengan mengamalkan susu kambing, ibu ayah, nenek atok kita  In Shaa Allah akan cergas bertenaga walaupun sudah semakin berusia. Lagipun, Lazz Susu Kambing adalah tanpa sukrosa (asli).

Mak ayah saya bukan peminat susu. Apatah lagi susu kambing. Tapi... Lazz Susu Kambing ada 4 perisa, asli, kurma, choco dan kopi. Mak ayah saya peminat kopi, cuba teka apa yang buat mereka boleh layan Lazz Susu Kambing? YEZZAA! Perisa kopi... 😍😍😍👍👍👍 So, lepas ni kalau nak my mak ayah saya minum susu kambing, kena belanja perisa kopi atau Choco... . . Semalam minta ayah rasa sikit perisa asli, walaupun tak segelas, tapi katanya rasanya bagus tak hamis... Yeaahhaa... Mana la tau pas ni my mak ayah jadi peminat Lazz Susu Kambing kan. Lagipun, ia bagus untuk kesihatan mereka. 😍😄😁😊👍 . . NAK JUGA? PEMBELIAN SILA HUBUNGI LAZZ DELIVERY . . Wasap : www.wasap.my/60108232600‬ . . Website : www.lazzdelivery.com . . #JomSahur #LazzRamadhan #LazzSusuKambing #LazzDelivery #LAZZ #LazzSusuKambingAsli #LazzSusuKambingKurma #LazzChoco #LazzCafe #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari
A post shared by 🐝🌹 Abella Flor (Sofie) 🤓 (@sofinahlamudin) on


9. Dijual dalam pelbagai pakej

Set Sejoli atau Set Ikhtiar Hamil

Set sejoli adalah Lazz Cafe dan Lazz Kurma. Lazz Cefe untuk suami manakala Lazz Kurma untuk isteri.

Susu Kambing Boleh Membantu Cepat Hamil


Set Mak Buyong

Kepada ibu ibu hamil yang mengalami masalah nak telan susu semasa hamil, tetapi tetap mahu yang terbaik untuk kamdungan boleh dapatkan set mak buyong sebab set ni adalah Lazz Choco dan Lazz Kurma. Ia berperisa yang mungkin boleh hilangkan masalah untuk telan susu.

Selain tu, set ni boleh didapatkan oleh ibu yang mahu mengurangkan risiko bayi terkena kuning semasa lahir.

Ibu Menyusukan Boleh Minum Susu Kambing

Set Milk Booster untuk Ibu menyusukan / Berpantang

Jika ingin perbanyakkan susu badan, boleh cuba set ini.

Bagaimana Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

Dan banyak lagi. Boleh lihat senarai kat bawah :


Kesimpulannya, Lazz Susu kambing adalah yang terbaik untuk kita jadikan sebahagian dari minuman harian kita setiap hari bukan sahaja di Bulan Ramadhan. Jadi, cepat cepat dapatkan Lazz Susu Kambing perisa kegemaran korang dan simpan stok untuk seisi keluarga.

CARA MENDAPATKAN LAZZ SUSU KAMBING

Boleh ke www.lazzdelivery.com kemudian masukkan maklumat yang diperlukan. Sebelum klik pada butang "Order Now", sila pilih set Lazz terlebih dahulu. Tehehe.



Maklumat lanjut, boleh layari :



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

9 ulasan:

  1. menarik juga minum susu kambing waktu sahur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus minum susu kambing waktu bersahur. Terutamanya Lazz Susu Kambing ni. Pelbagai perisa ada. Boleh tukar perisa bila bila masa. Tehehehe.

      Padam
  2. Seronoknya banyak perisa yang boleh kita pilih ikut selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aima... Kalau minat minum susu, boleh la pilih Lazz Susu Kambing perisa coklat.. atau kopi.. Hhaaah! gituu laah, hehehe.

      Padam
  3. Wah, susu nie memang banyak memberi manfaat kepada semua peringkat umur, apatah lagi ianya susu berkhasiat dan memberi kebaikan kepada tubuh kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat kak Shikin. Semua peringkat umur boleh minum. Try laa jenama Lazz ni kak... boleh try campur dengan kurma , oat dan nestum. Tehee.

      Padam
  4. banayk pula perisa susu Lazz ni, bagus juga untuk mereka yg cerewet nak minum susu asli kan, boleh pilih flavor kegemaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak pip. Betul Lazz Susu Kambing ni, saya suka juga campur dengan minuman kegemaran yang lain. Contohnya, Susu kambing asli atau kurma tu campur dengan milo. Kalau taknak, boleh pilih Lazz Coklat saja direct. Nyumeeh!

      Padam
  5. banyak kebaikan susu kambing ni. Akak ambik masa preg, masa puasa, lepas preg..sebb susu ni bagus untuk ibu yang menyusu dan mengandung..bgus juga untuk kanak-kanak..eh semuaorang boleh minum suus ni..hehe

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.