SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 13 Julai 2013

Ilmu Ramadhan - Siapa Kata Tidak Ada Syaitan Di Bulan Ramadhan?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Adakah syaitan wujud di Bulan Ramadhan? Teruskan membaca.


Saya rasa ramai yang keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu daripada saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikannya, Terpulanglah sama ada mahu mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam. (sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas sehingga diluar jangkauan pemikiran manusia, yang benar kita ambil, yang tidak kita ketepikan dengan ilmu pengetahuan yang lagi baik)

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli  dan Syaitan Terbitan:


*SYAITAN ASLI

1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.



Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman daripada sebab pengenalan meraka yang sangat mendalam tentang kebenaran yang mereka ketahui.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: “Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka”


*SYAITAN TERBITAN

Sesungguhnya kerja Syaitan Asli itu adalah mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka Jin Bukan Syaitan Asli termasuk juga sebagai jin Kafir dan manusia yang suka melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai apa yang dikenali Syaitan Terbitan (ketika mengerjakannya).

Seandainya ia berhenti atau tidak lagi berbuat hasutan kejahatan maka ia bukanlah lagi dipanggil syaitan. Maka Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang berbuat kerja² Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu jika ia mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan jika ia mengerjakan kebaikan sekalipun, ia tetap juga dikenali sebagai syaitan dikeranakan kejahatan dan kebaikan yang dibuat oleh Syaitan Asli itu sama sahaja tujuannya iaitu hanya untuk menuju kejahatan ataupun melanggar perintah Allah swt (tipu daya semata-mata).

Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan) sebenarnya ia adalah seperti manusia iaitu ada yang baik dan ada jahat serta mereka mempunyai pelbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila masa sahaja daripada baik menjadi jahat atau daripada jahat menjadi baik kalau ia menginginkan sebagaimana manusia lakukan dan menukar agama atau daripada beragama kepada yang tidak beragama ataupun sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tetapi tidak mustahil berubah menjadi lembut hati dan ada pula yang mudah insaf daripada segala kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut sebagai hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah daripada kalangan Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan).


DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang sahaja sebenarnya yang ditangkap dan dikurung manakala Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan) sebagaimana manusia tetap lagi bebas menjalani cara hidup yang mereka ingini. Dan daripada kalangan dua golongan inilah iaitu Jin Bukan Syaitan Asli dan Manusialah yang akan menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan) bagi menggantikan kerja² yang tertangguh yang dilakukan oleh golongan Jin Daripada Syaitan Asli.

Begitu jugalah dengan jin atau syaitan yang sering mengganggu dan menakutkan anak cucu adam dan yang mendampingi atau menyerang anak cucu adam termasuk jin sihir yang merasuk dan yang menghuni jasad manusia itu adalah daripada kalangan Jin Biasa atau Jin Bukan Syaitan Asli ( Syaitan Terbitan).

Maka meskipun dalam bulan Ramadan, ia akan tetap terus mengganggu dan menyakiti manusia. Harus dingatkan, Syaitan Terbitan juga adalah manusia yang berperangai seperti Jin Daripada Kalangan Syaitan Asli yang suka menghasut ke jalan² kejahatan.



Pada sebuah buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara lagi berkenaan Syaitan Asli iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga merupakan daripada kalangan Bangsa Jin namun ia dapat menghasut golongan Jin Bukan Syaitan Asli sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa dapat dilihat dan tanpa dapat disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian Jin Daripada kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian Jin Bukan Daripada Golongan Syaitan Asli.

Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (daripada kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas. Ketika terdengar satu seruan maka seluruh penghuni Neraka akan dapat melihat Iblis dan dengan segera mereka dapat pula mengenalinya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: “Kerana engkaulah kami menjadi penghuni Neraka…”

Jawab Iblis: “Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tetapi kamu sendirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatiku, tetapi laknatlah dirimu sendiri.”



Wallohu a’lam.

Sumber : http://aidanatasya.com

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Masmira Masri berkata...

katakan tidak kpd syaitonnn

Sofinah Lamudin berkata...

hehe.. YA UNTUK KATA TIDAK.. hehehehe.. :D