Hari ni saya dan Encik Tunang secara kebetulan pakai baju sama kaler. Accident jadi baju couple. Hehe.. WahH! Ada chemistry! bagus! hehe. But hari ni saya ingat untuk ambil gambar Encik Tunang saja. Lupa nak ambil gambar sendiri pula :p Excited la tuh HAHA.
Sekarang saya kat rumah. Sedang menahan rasa sakit perut sebab "ABC" - Allah Bagi Cuti. Faham tak? Aduh..Wanita punya hal tu lah. Alhamdulillah sempat buka puasa baru "ABC" hehe. Sekejap tadi mami berleter sebab saya minum air sejuk time "ABC" sekarang rasalah sakit perut yang...yang...ngilu pun ada juga rasanya. Ntahlah.. Pelik la sakit perut "ABC" ni. hehe. Apa pun, Alhamdulillah untuk sakit ni..but kan..saya minum air sejuk tu sebelum "ABC" mana lah saya tahu boleh sakit... -_-" hehe.
Tengahari tadi, saya join Encik Tunang ke Bazaar Ramadhan lagi seperti semalam. In Shaa Allah mungkin hingga penghujung Ramadhan, hari-hari saya penuh dengan adegan Encik Tunang :) Seronok!
Encik Tunang dan Kem.. |
Encik Tunang sedang angkat kem dan kami pasang sama-sama untuk mama dan adik Encik Tunang niaga bersama-sama. |
Hari ni ada cupcake! Nani,Adik my Mohd Nasyit, jual cupcake!
"Nani, buat sendiri ke?"
"Ha'a.."
"Wah..bestnyaaa.."
"Nanti kita buat sama-sama k.."
Wahh..Sweetnya.. :D
Cupcake Chocolate ni dah jadi favourite anak buah saya, Irah dan Fitri. Kekeke... |
Selain tu,
Alhamdulillah , hari ni rezeki saya pun banyak, asyik terserempak dengan kawan-kawan yang dikenali. Jadi boleh lah hadiahkan senyuman. Seronok sebab jarang boleh jumpa diorang. Kat Bazaar Ramadhan ni, memang peluang terserempak dengan orang yang kita kenal tu ada. Macam tu juga dengan Encik Tunang. Mudah saja terserempak kawan-kawan..
oh ya! Hari ni adik awa tak ada (anak Nani)..Jadi tak ada la gambar comel dia untuk hari ni.. kekeke...
Selepas beli barang, Encik Tunang dan saya sempat singgah Perpustakaan Awam..hehe..
Sempat candid Encik Tunang baca Surat Khabar kat Library. hehe. |
Sempat membeli makanan BBQ. Oh kawasan ini sangat penuh dengan asap. Uhuk uhuk.. >_<
Seperti biasa, selepas buka puasa, kami kemas-kemas dan pulang... Selesai. Alhamdulillah. Semoga esok hari lebih baik berbanding hari ini. Semoga jualan esok dan seterusnya laris dan lebih lebih laris. Amin! :)
Suasana kemas barang. |
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan