SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 3 Julai 2013

Blog Challenge - Day 12 : How you found out about blogger and why you made one

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Nak jawab macam mana saya jumpa blog dan kenapa saya buat blog juga. Actually, saya dah lama ada blog. Since tahun 2006 lagi iaitu semasa saya ditingkatan empat. Mengenal dunia maya daripada seorang sahabat baik nama Rlnda Hshm.

Ni la kawan yg ajar saya di dunia maya pada tahun 2006 tersebut.
Masa tu saya buka blog ni saja suka-suki. Tak tahu untuk apa pun. Saja la nak berceloteh maca-macam.. cerita kosong je.. nak simpan kenangan macam tu lah kiranya :p

Sejak tahun tu, agak aktif ber-blogging sampai ke tingkatan enam but suddenly lappy rosak, tak ada mood nak update blog dah.Selain tu, ntah apa tak ingat la... saya pun stop blogging dengan close account. Saya rasa blogging ni macam tak ada faedah sangat masa tu. Mana taknya, bayar internet dah berapa. Buang masa dah berapa jam.

Kemudian, saya buka semula blog pada tahun 2011. Tiba-tiba terdetik semula nak berblogging selepas jumpa buku mengenai blog di Perpustakaan Awam Labuan. Rindu pula nak menulis. Kemudian, terjumpa pula buku tentang buat duit melalui blog. Lepas tu melarat pula dengan buku-buku lain yang berkaitan dengan blog, bisnes online, buat domain, dan sebagainya.

Masa tu, saya bekerja kat parkson Labuan. Jawatan Computer Coordinator. Jadi, sibuknya Masha Allah tak tahu nak cakap macam mana.Duit memang banyak sampai boleh ada internet kat rumah atas nama sendiri demi nak belajar dunia internet. Saya terus pakai Streamyx unlimited. Tapi,malangnya masa sangat cemburu buta dengan saya. Saya tak pandai nak bahagi masa tambah-tambah saya ni pun seorang yang workahorlic tak bertempat. Tak tahu la kenapa, Ahad pun sanggup masuk ofis. Seronok sangat masa tu dengan kawan-kawan kat Parkson. Jadi, nak explore dunia internet ni belum terlaksana dengan baik. Spend time masa dengan internet dari jam 10 malam hingga 12 malam je. Kemudian, otak dah hang lepas balik kerja. Apa yang di baca dari jam 10 malam hingga 12 malam tu, tak masuk pun. Hahaha!

Kemudian, saya berjodoh dengan seseorang yang memang kaki internet, online marketer dan blogger juga. Tak sangka pula law of attraction kuat sampai begitu sekali. Akhirnya saya berhenti bekerja demi bidang ni dan belajar dengan dia. Hm, Encik Tunang la tu. hehe..

Buat masa ni, blog ni memang nampak terabai. Tak ada apa sangat content. Sebab saya sibuk kat website lain. Website apa? Rahsia. Pendedahan mungkin akan berlaku lepas dah khatam. hahahahaha! Banyak lagi nak khatam...huhuhu... agak-agak lepas 10 tahun baru settle. Mana nak kahwin lagi kan. Eh? Muahahaha.

Nak membina empayar, meski pun hanya dunia maya bukan mudah. Tapi kalau dah minat, tak peduli sangat berapa lama. Anggap macam hobi main game. :)

Begitulah nampaknya, tak dapat nak laju-laju. huhuhu...

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

iuzira berkata...

Sme la wat blog ske2 je sbb msih x clear lgi psal income.

Www.iuzira.com

Unknown berkata...

wowwwww!!