SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 4 Julai 2013

Blog Challenge - Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Nampak gayanya, challenge hari ni terlebih mencabar. Siap nak bagi surat pula kepada yang pernah menyakitkan hati kita baru-baru ni. Ada memang ada. hahaha!

Dengan memberanikan diri, saya tulis demi menyahut cabaran. Cuma saya sembunyikan nama sebenar.



Surat Pertama :

To MUSIKA TERSELIT BUNGA

Kehadapan Musika Terselit Bunga.

Kita pernah jadi kawan. Mungkin awak nak saya jadikan awak sebagai kawan baik. Tapi awak perlu faham satu perkara, nak letak BEST kat perkataan FRIEND tu bukan senang. Malah, bukan main letak-letak sahaja bila-bila masa mengikut suka hati kita. Kalau kita baik kat orang, In Shaa Allah , tak payah suruh pun, dia akan kata kita ni kawan baik dia.

Saya dah jelaskan pun dengan awak. Saya tak boleh nak jadi best friend awak dengan secara terpaksa. Kalau kita memang dah matching berkawan, sekepala dengan apapun kita buat, memang dah seronok bersama sebagai kawan, tak payah pun nak declare bagai. Sebab apa, Anggapan sebagai kawan baik ni datang nya dari hati. hati yang ikhlas. Mana ada main kontrak-kontrak. Berkawan ni bukan macam kita nak cari teman lelaki, kena ada declare. Kena jelas. Bukan macam akad nikah, kena clear. Kita dah lah baru kenal. Bukan kawan sejak kecil, tiba-tiba nak buat macam perjanjian hitam putih pula.

Dah tu, siap ada jeles-jeles pula bila saya kawan dengan kawan lain. Ukhuwah seperti kita ni ialah berkawan dan bersahabat. Ini adalah sejenis jalinan silaturrahim. Tak adalah kes-kes cerai berai pula. Kalau nak kawan, kawan. Kalau tak nak tu, tak nak la. Hah macam tu. Tak boleh la pula nak kawan kita jangan kawan dengan yang itu atas sebab-sebab yang tidak jelas. Melainkan memang tak boleh kawan dengan seseorang sebab dia tak elok dijadikan kawan.

Kita mungkin bukan kawan baik di mata awak sebab tak ada declare seperti yang awak nak tu. Hahaha... tapi still kawan kan. Still boleh berkawan.

OK. Saya tetap anggap awak kawan pun. Even plan awak nak best friend ala-ala couple tu tak menjadi.

Bila lama tak jumpa, terjumpa awak balik memang rasa seronok juga. Boleh la borak-borak kan.

Tapi, menyesal pula jumpa awak balik lepas sekian lama tak bersapa. Dengan tidak segan silunya awak tikam belakang saya macam tikam belakang orang asing. Seolah-olah awak tak pernah kawan pun dengan saya.

Saya ingatkan orang jenis macam awak ni, baik berkawan. Rupanya lebih teruk. Kata-kata tentang kawan, sahabat dan sebagainya tu semua datang dari hati awal atau datang dari lutut? Tu semua sebagai topeng semata-mata, kan?

Pesanan saya untuk awak, kalau nak ada kawan yang baik, jadilah kawan baik dahulu. Kalau nak ada pasangan hidup yang sempurna, baiki diri dulu. Bukan jadikan teman hidup orang lain sebagai testimonial terbaik untuk digoda dan dirampas. Tapi jadikan testimonial terbaik tersebut untuk kita belajar jadi terbaik juga.

Selain tu, material tidak akan membahagiakan hati. Malah akan jadi penyakit hati jika disalahgunakan.


From : SofinahLamudin.



-------------------------------------



Surat Kedua :

To NISSA BELLA.

The End of your story so its should be silent forever. Blocking you means, u are not important and kita tak ada apa-apa kaitan lagi, you can go on with your life. Enough. Its good for us actually. Chill la kalau setakat kena blocking pun. Tak boleh hidup lepas kena blocked tu maksudnya awak la yang hidup dalam bayang-bayang orang lain. Tak  reti nak move on langsung. Terima je la salah sendiri tu.

From : SofinahLamudin.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: