SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 10 Julai 2013

Saya dan #Ramadan01 [Part 1]

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Puasa di hari yang pertama. :) Apa perasaan u all ? Kepada yang bekerja, selamat bekerja sambil berpuasa bersama kawan-kawan kerja. Kepada yang sekolah, selamat bersekolah sambil berpuasa dengan kawan-kawan. Kepada yang tidak kerja dan berada di rumah, selamat berpuasa bersama keluarga tercinta...

Sahur saya tadi just fine. Sama macam lepas-lepas. Statik..No gain, no less...


Saya kat sini berpuasa bersama laptop, handphone, lagu-lagu yang berkumandang melalui speaker USB saya yang saya letakkan dalam bilik kesayangan saya ni. In Shaa Allah bilik inilah ofis saya membuat kerja depan laptop dan mendapat income melalui internet. In Shaa Allah. Budak baru belajar masih terkedek-kedek.


Hari ni, saya tidak keseorangan dalam rumah. Kakak saya tidak kerja. Hari ni hari apa ye? kenapa tak kerja? hehe. Tak tahu lah. Anak buah kesayangan, Muhammad Fitri yang comel, si Angry Bird saya pun tak sekolah. Boleh lah jadi teman saya tengok kartun! haha! Anak buah seorang lagi, si kakak Angry Bird pun tak sekolah juga. Dia sedang main game. Kalaulah saya masih kecil macam diorang kan...saya tak mungkin akan pening kepala dengan kehidupan dan perasaan serta konflik diri kan? eh, kesitu pula. Skip.


Sambil-sambil menulis entri ni, lagu "waiting Outside The Line" by Greyson Chance berkumandang. Sejak saya kenal mamat ni dari youtube, saya suka dengar lagu dia sebab suara dan lagu yang dia hasilkan sendiri. Paling saya suka adalah lagu ni, Lagu ni ada meaning dalam jiwa saya, bukan sekadar lagu..bila saya dengar lagu ni, perasaan saya sama seperti saya mendengar lagu pokok by Meet Uncle Hussien.

Bulan puasa yang 1st ni, saya nak duduk kat rumah seharian saja..plan lain saya tangguh lepas dah settle kerja rumah. Kemas bilik dulu, macam tongkang pecah je, penuhkan diri dengan kesibukan dalam dunia sendiri, kadang-kadang sendiri kita lebih baik dan tenang dari asyik fikir something/someone then lepas tu? sakit sendiri tak bersebab. Wahaha.



Lepas tu, saya nak cuci baju. Cuci dan jemur tengah panas biar jadi macam keropok. Krop krop..rangup.. haha.

Lepas tu, sementara tunggu kering-kering tu kan, baca buku bagus juga. Banyak buku tak habis baca lagi.

Esok In Shaa Allah ada plan lain kat luar rumah.

Salam Ramadan01.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: