SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 15 Julai 2013

Saya dan #Ramadan06 [Part 2]

 Assalammualaikum Readers dan Bloggers, HEHE.

Syukur Alhamdulillah... hampir seminggu dah kita semua berada di Bulan Ramadhan yang mulia ni. Saya rasa sangat seronok sangat sebab apa yang saya rasa tahun ni tidak pernah saya rasa sebelum ini..

Okeh. Apa cerita saya di hari keenam berpuasa ni? Pagi tadi, seperti yang saya ceritakan pada entry Saya dan #Ramadan06 [Part 1] , saya ada buat agar-agar Milo Oreo dan Jelly Oren bersama sepupu saya, Anna Abel.

HEHE. Kira nak jual suddenly tak jadi jual hari ni, nak masuk peti ais dulu supaya lebih umphhh! hehe.

Tengahari tadi, kat sini hujan lebat. Kesian kat orang-orang yang berniaga kat Bazaar tapi Alhamdulillah hujan tu tak lama sangat...

Sebelum ke Bazaar Ramadan, Encik Tunang bawa saya singgah ke rumah dia dulu.. Jadi saya sempat lah main ngan adik Awa..kekekeke...

Adik awa...ngan uncle dia. hehe.

Comel kan dorang dua ni? hehe.

Saya bercakap ngan dia kan, dia tetap nak tengok kamera dulu. HAHA.

Syok main ngan Adik Awa nieyh! :D

Periangnyaa.. hehe.

Sebelum berbuka puasa, Mami dan ayah saya pun singgah ke Bazaar Ramadan juga. Haha.. Shopping Ikan Bakar, Buah Tarap, Buah Rambutan, Milo Pink, Mee, Gado-Gado...dan sebagainya.. meriahnya orang rumah saya dengan makanan. Alhamdulillah..rezeki...

Kat Labuan, buah ni dipanggil TARAP. Kat sana? hehe.


Rambutan.
 Mahal betul orang jual rambutan seikat sekarang ni sampai ada yang RM2.50. Yang harga RM1.00 tak ada ke? hehehehhehehehe :p


Mami ngah pilih2 buah...

Ayah sibuk ngan rambutan...

Pilih-pilih-pilih jangan tak pilih. hehe.


Then,
Seperti biasa,
Saya dan Fiancee serta family akan berbuka puasa di Bazaar Ramadan.. Hehe.. Hari yang keenam ni, Encik Tunang belanja makan AYAM GOLEK! YeahH! Favourite saya tuh..Thanks Encik Tunang :D



Macam tu ceritanya untuk Ramadan saya yang keenam ni. hehe.. Esok pagi nak jumpa Cuzzy Anna Abel lagi untuk agar-agar.. Saya nak wish, Semoga Encik Tunang berehat cukup-cukup malam ni dan bertenaga esok pagi! ^_^

Kat rumah Encik Tunang tadi, saya sempat "Shoot" gambar Saya dan Encik Tunang yang tergantung di ruang tamu. WahhH! Sueet nya :D


Dan..gambar ni sangat menarik perhatian saya sejak awal lagi... :)
HERO SAYA KONVO :)

Okeh... Sampai sini dulu. Wassalam.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: