Simple Challenge nampaknya hari ni. My Another pics with my friends :
Eating~ |
Bowling~ |
Lepaking~ |
Watching~ |
Snaping~ |
Foto-foto kat atas ialah foto saya dan kawan-kawan semasa tingkatan 6. Masa tu, kami berempta je yang free. Masing-masing dah tak berapa nak free sebab busy dengan sambung study, busy kerja part time dan macam-macam lagilah kesibukkan yang menuntut masa masing-masing.
Kitorang saja je hangout. Lama tak borak-borak lepas habis STPM. Kitorang berkumpul kat Ujana Kewangan Labuan. Makan kat Restoren Deans. Kemudian, tiba-tiba rasa bosan pula tak tahu nak buat apa sangat kat Ujana Kewangan tu, so, kami ke tempat main bowling. Sebenarnya, saya ni tak reti pun main bowling. Hahaha! Saya hentam je la main tu asalkan member-member happy boleh main bowling.
Then,bila dah penat layan bowling dalam Ujana Kewangan, kami rasa macam nak keluar dari Ujana Kewangan tu. Jalan-jalan kat area bandar Labuan pula. Tiba-tiba lapar balik la pula. Hahahaha!
So, singgah lagi sekali ke restoren India. Kali ni, nama restorennya adalah Choice. Makan dan foto-foto sekejap buat kenangan. Mana lah tahu, ini kali terakhir hangout macam ni kan. Masa depan kita tak tahu apa jadi. lagipun, masing-masing bakal ada life dan prinsip masing-masing. Tak mungkin la nak melepak suka-suka macam zaman-zaman sekolah kalau dah banyak tanggungjawab nak settle.
Lepas habis makan kat Restoren Choice, kami ke Cineplex layan movie. Pergh... Kat dalam hall, Emran kemain lagi tau. Boring movie ni katanya. Dia siap tido macam atas katil kat rumah sendiri. Hahahaha! Sampai lah movie tu habis dia tak fokus langsung dengan jalan cerita. Hahaha!
Lepas dari tengok wayang, kami masing-masing pun balik.
Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan