SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 11 Julai 2013

Saya dan #Ramadan02 [Part 1]

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Azan berkumandang maka berpuasa lah kita di hari yang kedua. Apa perasaan you all? Syukur Alhamdulillah...Semoga terus kuat untuk hari yang seterusnya.

Pagi ni saya bangun jam 3 pagi dan dibangunkan oleh "LOVE ALARM" lagi. Terima kasih kepada Encik Tunang risau saya tidak terbangun sahur, In Shaa Allah puasa kali ini saya tidak akan terlajak sampai tidak bersahur. hehe.



Pagi hari ini, saya goreng nugget, sosej dan masak nasi. Sempat juga kukus kuih favourite. Anak-anak angry bird, Fitri dan Irah join sekaki sahur hari ni. haha. Kesiannya mamai-mamai makan roti inti kaya yang mami dia buatkan. Milo diminum pun susah-susah nak habiskan. Alhamdulillah hari ni sahur berempat.


Sekarang anak-anak buah fanatik Angry Bird tu dah pergi sekolah. Comel je...Semoga jadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa. Amin.


Semalam, saya tanya Encik Tunang, comel tak rupa Ramadhan Version blog saya ni, haha. Muka dia jadi 'comel' . Pasal saya letak gambar kartun kat header. Kartun tu lawak! saja saya letak.. hehe.. sabar ye Encik Tunang, nanti dah dekat nak raya Cik Sofie tukar versi raya kita pula. :D

Selamat berpuasa..

Wassalam.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: