Follow Instagram @sofinahlamudin

Sunday, November 19, 2017

Grace VanderWaal Bakal Menjadi Pengganti Taylor Swift

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada tahun lepas (2016), saya selalu buka Channel America's got Talent di Youtube. Sebenarnya, sampai sekarang memang suka tengok America's got Talent kat You Tube. Ish! Best laa..susah hati kalau tak layan. Huhu..Kalau dah bosan layan America's, buka pula Britain's atau Asia's atau seumpamanya. Hehe.. Tengok rancangan got Talent ni sangat menghiburkan hati tambah-tambah kalau tengok mereka yang berani ke auditions tapi tak ada bakat langsung. Kelakar tu memang kelakar tapi, saya respect sangat dengan keberanian mereka yang mungkin tak ada pada mereka yang berbakat pun. Nampak bodoh tapi tengok pada side positif sahaja ok, mereka memang berani mencuba! Tahun lepas, saya paling tertarik dengan seorang budak berumur 12 tahun. Sepanjang pertandingan, dia digelar sebagai pengganti Taylor Swift lantaran bakatnya yang sangat unik dan lain dari yang lain. Yes! Memang ramai sangat yang berbakat dalam got Talent tu tapi yang ini, bagi saya unik. Kenapa? Teruskan membaca.

Grace VanderWaal Bakal Menjadi Pengganti Taylor Swift

Pengganti Taylor Swift adalah gelaran yang dia perolehi setelah pertama kali 'melontarkan' suaranya di America's got Talent. Nama sebenarnya adalah GRACE VANDERWAAL. Pada tahun September 2016, Grace baru berumur 12 tahun. Budak berumur 12 tahun sememangnya ramai yang tahu menyanyi tetapi Grace mempunyai bakat lebih berbanding hanya tahu menyanyi. Saya tertarik dengan Grace sebab Grace menyanyi original song pada ketika itu. Guys!, Budak 12 tahun tulis lirik lagu dia sendiri. Menyanyi sambil bermain Ukulele pula. Awal-awal lagi dia dah cipta jenama dan imej dia yang tersendiri. Lirik lagu Grace bukan biasa-biasa bagi saya. Dia seorang yang mempunyai bakat sastera. Lirik lagu yang menyampaikan mesej yang mendalam.

Untuk pengetahuan, Grace sudah mula menulis lagu sendiri sejak berumur 3 tahun dan bermain Ukulele sejak berumur 7 tahun. Kisah mengenai Ukulele; Pada mulanya, ibu Grace tidak mahu membelikannya Ukulele sebab takut Grace tidak akan menggunakan Ukulele lantaran tidak tahu bermain. Oleh hal itu, Grace mendapatkan Ukulelenya sendiri dengan duit hadiah hari lahir daripada keluarganya yang dikumpul. Selepas mendapat Ukulele, Grace belajar Ukulele melalui youtube dan dikembangkan bakatnya oleh ibunya dengan menghantar Grace ke kelas muzik.

First Impressions saya masa Grace naik pentas, dia nampak biasa-biasa je. Kemudian, dia bercakap. Oh! Dia nampaknya memang mempunyai confident level agak tinggi. Tapi, tu perkara biasa. Kalau confident level rendah, tak mungkin dia ada kat pentas, kan. Wahaha. Kemudian, dia pun cakap, dia menyanyi original song. OK! Kaget banget gue! Haha.. OK! Tapi tak terkejut tahap apa sangat la. Rileks dulu. Sekali dia start buka mulut keluarkan suara, saya pun ternganga!

Malah, tidak disangka-sangka, Grace mendapat 'Golden Buzzer' pada waktu itu! Tapi memang wajar juri berikan Golden Buzzer pun. She was amazing! Berikut adalah lirik lagu Grace waktu itu yang bertajuk "I don't know my name" :



I don't know my name
I don't play by the rules of the game
So you say I'm just trying, just trying

So I heard you are my sister's friend
You get along quite nicely
You ask me why I cut my hair
And changed myself completely

I don't know my name
I don't play by the rules of the game
So you say I'm just trying, just trying

I went from bland and popular
To joining the marching band
I made the closest friends
I'll ever have in my lifetime

I am lost, trying to get found
In an ocean of people
Please don't ask me any questions
You won't get a valid answer
I'll just say that

Sesiapa yang mendapat Golden Buzzer oleh mana-mana juri, peserta akan automatik masuk ke Quarter-finals tidak kisah juri yang lain bersetuju atau tidak. Golden Buzzer diperkenalan dalam got Talent sejak season 9 tetapi telah ditukar-tukar format atau rules mengikut season seterusnya.

Sepanjang pertandingan, sememangnya mereka bersaing hebat. Semua pun berbakat sehingga juri rasa gundah gulana. Semua hebat-hebat! Dipendekkan cerita, Grace adalah pemenang America's got Talent pada tahun 2016.Selepas meraih kemenangan America's got Talent, kehidupan Grace berubah 360 darjah. Banyak peluang yang datang kepada Grace dalam bidang yang diceburinya.

Pada bulan Disember 2016, Grace mengeluarkan recording pertamanya, "Perfectly Imperfect". Setahun kemudian, iaitu pada November 2017, baru-baru ini, Grace telah maju lagi selangkah dengan keluarnya album "Just the Beginning".

Senarai lagu "Perfectly Imperfect" :

💕 I don't know my name
💕 Clay
💕 Light the Sky
💕 Beatiful Thing
💕 Gossip Girl
💕 Missing You

Senarai lagu "Just the Beginning:

💕 Moonlight
💕 Sick of Being Told
💕 Burned
💕 Just A Crush
💕 So Much More Than This
💕 Escape My Mind
💕 Talk Good
💕 Florets
💕 Insane Sometime
💕 A Better Life
💕 City Song
💕 Darkness Keep Chasing Me

Saya memang peminat lagu genre pop dan dance/electronic, so, memang bertambah-tambahlah minat dengan Grace ni! Wehehe.. Dari dalam senarai di atas, saya suka lagu moonlight, I Don't Know My Name dan So Much More Than This. Bermotivasi bila dengar. Try dengar sendiri,OK! hehe.

Pada malam kemenangan Grace di America's got Talent, TAYLOR SWIFT menghantar sejambak bunga tanda ucapan tahniah kepada Grace. Perrrggh!

Selepas membaca mengenai Grace? Apa yang ada dalam fikiran korang?

Terima kasih membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


12 comments:

  1. Siqah tengok episod yang ni. Memang best tau! Tambah lagi dia nyanyi her original song <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat kan dia. hehehe... Pakai original song kecik2 dia.

      Delete
  2. waaah muka pun nak ada iras2.. hehe.. boleh duet dengan Taylor ni =D

    ReplyDelete
  3. ju pun suka tgk show ni tp nda la follow slalu, series mmg best kan =D mcm2 ada
    btw mmg cantek dan unik suara grace ni !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jun... best tgk ni. Tahun ni budak main pupet menang... yang kalah pun mantop. Bersaing hebat.

      Delete
  4. Wah siap dapat hadiah dari Taylor Swift...Best suara dia... Taylor swift dah tak nyanyi bawak gitar lagi dah sekarang, but i still love the new Taylor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb taylor swift dah dewasa hehe... nak create sesuatu yg selaras dengan usia. hikhik.

      Delete
  5. Wah berbakat besar grace ni. Comel pun comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling best dia tulis lagu dia sendiri.. Tehee.

      Delete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.