Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, November 30, 2017

Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)

Assalammualaikum bloggers dan Readers,

Hah! Dah janji nak sertai giveaway ni dengan kak Pip. Kenalan saya dari Sabahan Blogger. Lagipun, "Ohsem Giveaway by Mrs Pip" ni, memang menarik! Tarikh tutup adalah 6 Disember 2017. Jadi masih sempat untuk sesiapa yang berminat untuk sertai giveaway ni. "Ohsem Giveaway by Mrs Pip" ni sebenarnya ada kaitan dengan sambutan krismas. Walaupun saya dan keluarga sebenarnya menyambut Hari raya Aidilfitri, saya tetap ada pengalaman semasa sambutan krismas berlangsung terutamanya semasa saya kecil dan remaja.




Pengalaman Krismas semasa kecil

Kira-kira berumur 5 hingga 7 tahun, tidak kira apapun perayaan, saya sememangnya teruja! Krismas pun buat saya teruja! Bila tiba bulan Disember, saya akan kerap bertanya kat mommy dan ayah saya, "Bila krismas? Kita pergi jalan tengok Santa?" Wahaha... Ayah saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah. Jadi, setiap kali ada perayaan seperti krismas, syarikat akan menganjurkan beberapa aktiviti.

Salah satu aktiviti kegemaran saya adalah apabila waktu bersama Santa Claus dan Santarina. Saya masih ingat lagi, ada seorang pakcik tukang buat roti terpaksa berlakon jadi Santa Claus syarikat. Nak tahu kenapa? Sebab perut dia boroi! Hahaha... Setiap tahun, dia memang akan terpilih jadi Santa Claus, siap jerit-jerit, "Hey heyy...". Paling lawak, semua budak percaya dan jadi riang! Oh! Termasuklah saya. Wahahaha!... Kenapa jumpa Santa Claus dan Santarina seronok? Sebab...Santa Claus dan Santarina akan membawa satu beg besar berwarna merah bersama mereka.

Ada apa dengan beg merah? Benda yang wujud dalam beg merah itulah yang budak-budak mahu! Saya pun mahu.. Yay! Di dalam beg merah tu, ada banyaaakkk hadiah. Saya akan dapat hadiah dari Santa Claus jika saya berada berdekatan dengan Santa Claus. Semasa sesi salam Santa dan bergambar, memang semua budak-budak sopan dan tertib. Bila tiba masa nak dapat hadiah, habis terbang kasut dan selipar. Huhu.. Tapi budak-budak riang tak pernah kisah. Saya pun tak kisah. Yang penting dapat hadiah, gula-gula, makanan ringan daripada Santa Claus.

Saya paling tak boleh lupa apabila Santa Claus tak ingat muka saya. Selepas saya dah dapat hadiah, saya simpan. Lepas tu, saya datang semula lalu dapat lagi hadiah dari Santa. Wahaha! Pernah, saya dapat lebih dari hampir sepuluh hadiah.

Pengalaman paling lawak, saya buat berulangkali macam tu, dapat lah banyak hadiah...sekali balik rumah, buka semua hadiah dan.....isi dalam kotak semua sama! Huwarrgghh! Seriusly. Tu laa tamak. Wahaha.

Pada suatu hari, Pakcik tukang buat roti berpindah ke tempat lain. Kerja di cawangan lain tapi syarikat yang sama. So, tempat kerja ayah saya dah tak ada sesiapa yang sesuai jadi Santa Claus. Disebabkan hal tersebut, syarikat ayah pun mencari sukarelawan yang sanggup jadi Santa. Nak tahu siapa?

Pakcik yang kurus. Dia tak ada perut boroi. Nak tahu apa jadi dengan dia? Semasa dia jadi Santa Claus, rupa dia nampak begitu kelakar! Kepala dia nampak kecik tapi badan jadi besar! Sebab banyak kapas dalam baju dia supaya ada perut boroi! Wahaha! Sian dia tapi maaf lah, saya gelak.

Dengan adanya sesi bersama Santa Claus dan Santarina ni, Almari mommy saya penuh dengan barang-barang mainan saya terutamanya teddy bear sama rupa lain warna. Ada besar, ada kecil. huhu. Saya tak ingat bila saya berhenti jumpa Santa syarikat ayah bekerja. Tapi, saya masih ingat lagi..pada suatu waktu tersebut, saya cakap kat mommy, taknak jumpa Santa Claus dah sebab malu. Malu sebab dah besar. Kekeke.

Pengalaman Krismas semasa remaja

Pengalaman Krismas saya semasa remaja jauh beza dengan zaman budak-budak. Lebih kepada sesuatu yang matang dan memberi pengajaran. Pengalaman ni berlaku semasa saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah. Salah sebuah syarikat di bawah Lion Group, iaitu Parkson selepas tamat SPM dan bekerja sambil sekolah semasa on the way nak STPM hingga lah tahun terakhir, iaitu hujung tahun 2011. Parkson adalah syarikat yang bukan kecil malah bukan juga biasa-biasa. Bila tiba sambutan krismas, pasti saya akan sibuk dengan pelbagai tanggungjawab. Memasang banner, poster, iklan, promosi dan menghias sempena krismas.

Paling tidak boleh dilupakan adalah salah satu aktiviti sempena Krismas di Parkson iaitu membuat sumbangan kepada rumah kebajikan Orang Kurang Upaya. Sumbangan ini adalah anjuran daripada Parkson tetapi bukan diberi oleh Parkson. Maksudnya, Parkson menjadi perantaraan sahaja atau senang disebut sebagai orang ketiga yang menyampaikan hadiah tersebut kepada mereka yang memerlukan. Yang memberikan hadiah dan sumbangan tersebut adalah pelanggan-pelanggan Parkson. Pelanggan membeli barangan dari Parkson, barangan akan dibalut oleh pekerja parkson dan kad ucapan akan disertakan. Bukan paksaan tetapi sukarela. Kad akan ditulis kata-kata semangat dan positif dan tertulis nama si penerima.

Di sana, saya mula berfikir. Kita tidak semestinya berharta atau kaya untuk memberi sumbangan. Sebagai orang ketiga, menganjurkan dan menyampaikan juga salah satu cara. Hadiah dan sumbangan merupakan barang keperluan sekolah dan sebagainya.

Saya juga sempat ke rumah kebajikan tersebut ketika sumbangan disampaikan. Krismas tidak semestinya "Bergembira" semata-mata tetapi "Mengembirakan" orang lain juga. Malah, saya terkejut, pelanggan bangsa lain memberi kepada bangsa yang lain.

Haaa... itulah pengalaman saya semasa Krismas ketika remaja. Pengalaman ketika dewasa dah tak ada sebab yang saya tahu, krismas ni di hujung tahun, banyak jualan murah-murah, bagus-bagus dan..macam biasa rambang mata. Adakah itu pengalaman yang tidak boleh dilupakan juga? Hahaha! Salah satu yang memerangkap diri ini adalah SimplyOhsem.com. Keliru sama ada nak buat-buat tak tahu atau kita shopping je kat SimplyOhsem.com. Wahaha.

OKlaa, Terima kasih Kak Pip yang menyediakan atau menganjurkan giveaway ohsem ini dengan hadiah yang tidak boleh diketahui. Huhu... Misteri katanya. jadi...Saya tak dapat nak cakap apa-apa..harap saya dapat hadiah misteri ini. Harapan itu mesti,jangan angan-angan mat jenin.Wahaha! Asalkan bukan Teddy Bear sebab teddy bear hasil hadiah krismas semasa saya kecil masih wujud hingga ke hari ini dalam almari klasik my mommy! Yes..Sweet mommy forever more!

OK! Sesiapa yang belum sertai giveaway Mrs.Pip, cepat-cepat sertai selagi masa masih menyebelahi kita. Sebab, bila-bila masa sahaja tuah melekat kat korang untuk mendapat hadiah misteri dari Kak Pip!

Have a nice day!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


1 comment:

  1. tq Sofie join GA kak pip .. kalau Sofie menang lah kan, boleh bagi Sofie teddy bear tambah koleksi kan kan kan .. hehe ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.