SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 12 Julai 2013

Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki

Assalammualaikum Readers,

Tajuk kali ini mungkin buat para lelaki kat luar tu 'bingit telinga' kalau ada perempuan yang kata macam tu kuat-kuat. Actually, saya baru saja baca info ni dan saya nak share pendapat saya sikit. Just pendapat peribadi saya. Mungkin lepas baca info ni, pembaca pun ada pendapat sendiri berdasarkan pengalaman dan berfikir secara waras menggunakan akal yang Tuhan beri kat kita :) Alhamdulillah sebab kita dikurniakan akal.


Sekarang mari baca info tersebut untuk dibincangkan dan difikirkan oleh kita semua :

10 SEBAB KENAPA WANITA LEBIH SETIA BERBANDING LELAKI
Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia. Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.
Sumber : www.ammboi.com


PENDAPAT SAYA :

Sebagai seorang wanita, firasat saya, orang manulis statement di atas adalah seorang wanita yang bermasalah dengan seorang lelaki dan menganggap semua lelaki sama. hehe. Mungkin dia kebetulan bertemu dengan lelaki jenis macam tu kot.

Saya bukan nak back up lelaki. Apa yang dikatakan dalam statement di atas memang betul juga. Ada yang betul tetapi saya percaya TIDAK SEMUA lelaki sama. Saya rasa statement di atas adalah untuk ditujukan kepada seorang yang dimaksudkan. Hanya orang itu bukan semua lelaki. Lelaki yang baca jangan naik berang. Hehe.. Korang pun tahu korang ni jenis macam mana kan? Kalau rasa-rasa statement kat atas bukan korang, BERSYUKURlah dan baiki diri agar lebih baik. Kalau ada statement yang terkena batang hidung korang, hehehehe... Semoga berubah! Sesungguhnya semua orang pun nak jadi baik. Nak jadi pasangan atau lebih tepat nak jadi pemimpin yang benar kepada Isteri dan anak-anak. Tanggungjawab dan komitment untuk seorang lelaki memang kena tip top sebab Allah dah bagi lelaki darjat ketinggian berbanding wanita. Semua tu bersebab kalau korang faham kenapa lelaki macam tu.

Statement satu : Wanita kurang berbohong berbanding lelaki.
Zaman sekarang, kita pun tahu kan. Wanita dan lelaki sama sahaja. Siapa kata wanita tak tahu berbohong? Bergantung lah jenis macam mana dan bagaimana sikap lelaki dan perempuan tu.

Statement dua : Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat.
Saya rasa macam terbalik pun ada juga statement ni. Wanita memang terima pasangannya seadanya. Tetapi agak tidak adil apabila statement ini dibaca oleh lelaki yang berdarjat dan menerima wanita yang tiada apa-apa. Tidak adil juga bagi lelaki yang pernah kecewa kerana pernah ada teman wanita yang 'pisau cukur' . hee :p Saya seorang wanita, saya kurang setuju statement ni. Bagaimana kalau wanita yang mahu lelaki berharta. materialistik itu dan ini dia nak ? Dan tinggalkan kekasih lama kerana lelaki lain ada duit ? Tapi, memang wujud lelaki yang tinggalkan kekasih lama kerana lelaki tu jumpa wanita yang lebih SEXY! lebih umph! hehe...Nasihat saya kepada wanita, lelaki memang cenderung ke arah itu, jika sayang suami anda, berhiaslah untuk suami. Bercantiklah untuk suami, jadi, In Shaa Allah Isterinya lah paling SEXY dari orang lain! hehe.. Lagipun, wanita SEXY yang ada kat luar tu, dah ramai yang tengok dia terlentok sana sini..sexy sana sexy sini. Kan lebih bagus kalau WANITA ITU SEXY HANYA UNTUK SUAMI? kan? :) chill bebeh.. hee~

Statement tiga : Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia.
Bukan senang nak jadi PENDENGAR. Ramai dalam kalangan kita lebih suka didengar berbanding mendengar. Syukur jika dapat pasangan yang mendengar kita dalam susah dan senang. Sifat semula jadi lelaki adalah jarang berborak berbanding wanita.Akan lebih diam bila mengalami masalah dan terpaksa berfikir dan menyusun semula apa caranya hendak menyelesaikan masalah. Wanita pula sifat semulajadinya mudah berleter berbanding lelaki. Biasanya, lelaki lebih mendengar tetapi tidak semua lelaki mampu mendengar lama dan menghayati apa yang dimaksudkan seorang wanita kerana wanita akan bercerita sangat details dan complete. Kenapa tidak direct to the point? Hehe.. Actually, lelaki bukan tidak suka mendengar tetapi lelaki sudah dijadikan macam tu. Lelaki bukan macam perempuan yang "complicated" . Mereka pasti akan mendengar juga but sometime lelaki kena faham sifat wanita juga. Wanita kadang-kadang susah nak cakap "direct to the point" ...dia akan cakap panjang-panjang lepas tu point dia akan kita faham kat hujung cerita dia yang panjang tu. Depends dengan topik, masalah, dan besar kecilnya masalah yang hendak didengarkan. Kenapa wanita rasa tidak didengar? sebab wanita ni selalu bercerita mengenai "PERASAAN" , lelaki pula biasanya jenis yang FAKTA. bila nampak macam lelaki tu kurang mendengar dan mengalih perhatian ketika wanita meluahkan perasaan, tu yang wanita akan salah faham. So, Statement ni salah faham sahaja. Lelaki dan Wanita hanya perlu saling faham dan terima sifat masing-masing.

Statement empat : Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia.
Statement ni kata wanita tidak akan tinggalkan lelaki itu jika lelaki itu tinggal sehelai sepinggang. Wanita memang sentiasa mahu faham lelakinya. Sentiasa cuba bangunkan lelakinya ketika lelaki itu jatuh. Tetapi lelaki pun seperti ini juga. Lelaki akan jaga wanitanya yang "jatuh" yang perlukan sokongan dan dorongan. Tapi kan... apa ceritanya kat luar sana di mana wanita tinggalkan lelaki kerana lelaki itu tidak punya apa-apa??? So, this statement agak berat sebelah. Sian lelaki kan kena cakap cenggini macam diorang teruk sangat. Senang cerita, kalau cinta wanita kepada lelaki itu bukan kerana harta, dia akan stay. kalau cinta lelaki itu bukan kerana body wanita itu atau kecantikan wanita itu, bila dah tak cantik ke apa ke kan, lelaki itu juga akan stay. Check balik, kita bersama pasangan kita kerana apa? tujuan apa? Biasanya kalau tujuan sebab harta, confirm harta dah tak ada, dia blah la..huhu..

Statement lima : Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal.
Yang ini saya agak bersetuju... Sudah lumrah lelaki tidak suka berterus terang apatah lagi perkara-perkara yang tidak penting dan mungkin jaga hati wanitanya.Biasanya tentang masalah yang dia hadapi di tempat kerja. Atau masalah kewangan atau apa sahaja yang berbunyi "masalah" bagi seorang lelaki. Tetapi, jika dia berbohong untuk menutup perkara yang salah dia lakukan dibelakang wanitanya, itu bukanlah lumrah lelaki. Itu sudah masuk dalam sikap buruk si lelaki.

Statement enam : Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat.
Tidak semua wanita macam tu. Ada wanita yang akan ceritakan rahsia bekas kekasihnya demi menutup silapnya. Betul tak? Ada juga yang sembunyikan. Begitu juga lelaki, ada yang ceritakan dan ada yang tidak ceritakan. Perkara ini sebenarnya bukan masalah lelaki atau wanita. Tetapi wanita dan lelaki perlu tahu, PERKARA LEPAS, LEPAS LAH.. Tak payah mengumpat lagi. hehe~ Kalau tak suka dah kat bekas kekasih tu, make sure PAHALA kita tak pergi kat dia secara percuma dosa dia tetiba ada pada kita sebab apa? kita mengumpat dia. Lols. But jika masih bersama, pasangan suami isteri khasnya, RAHSIA SUAMI ISTERI itu PERLU DIJAGA KETAT-KETAT. WAJIB!

Statement tujuh : Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari.
Oh Tidak...zaman sekarang memang wanita lebih berdikari dan ada yang bekerjaya. Tak macam dulu. Itu sungguh diakui. But, Wanita jangan lupa, lelaki adalah pemimpin dan ketua walaupun lelaki tidak sehebat kerjaya kamu. Lelaki pula jangan lupa, jangan terbalik pula, kamu lelaki, kamu yang perlu sara isteri. Nafkah isteri tetap wajib diberikan walaupun isteri kamu banyak duit. Hehe.. tu kes suami isteri. Macam mana pula dengan GF/BF? GF/BF ni susah nak cakap, biasanya lelaki gentleman tak akan buat macam ni. Dia akan malu nak minta-minta duit kat GF dia. Except, GF dia yang memang sudi nak bantu. Tu bukan ambil kesempatan namanya tapi GF dia berbesar hati untuk bantu dari segi wang. Kalau itulah kebaikan seorang GF kepada BF, tak perlu ungkit bila rasanya BF dia tu hanya mengambil kesempatan sebab, nanti sia-sia kebaikan tu tak ada ganjaran pahala. Walahuallam. Anggaplah bantu sesama manusia sahaja. Walau apapun, tidak semua lelaki DAYUS. Jangan terlalu meninggi diri jika kita wanita bekerjaya, bergaya dan berharta sebab kurangnya harta lelaki itu pun, jika dah jodoh atau jadi suami kita, dia tetap ketua. Kalau mampu bantu suami, bantu. Tapi biar ikhlas jangan dok ungkit-ungkit. Dah gaduh apa tiba-tiba kata dia macam-macam. Jangan hina... nanti harta Allah tarik balik. Semua tu hanya pinjaman Allah. Kalau dah suami kita, suami kita lah, ingat syurga wanita kat mana jika kita dah ada suami.

Statement lapan : Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya.
Statement ni betul tapi tak lebih dan tak kurang juga dengan lelaki. Lelaki juga boleh buat dan sanggup buat sama seperti wanita. Tak macam tu? Lelaki tak lah teruk sangat. Wanita pun tak lah baik sangat. sama-sama ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saling melengkapi lah sahaja. Tapi kadang-kadang, wanita kena lah akur jika lelaki kita terpaksa pergi untuk bekerja. Lelaki perlu fokus, wanita kena faham lelaki suka membuktikan cintanya dengan bukti, dengan tindakan bukan kata-kata semata-mata. Tugas lelaki berat, kenalah cari nafkah, rezeki buat insan tersayang (Isteri dan anak-anak). Walau apapun, lelaki tidak boleh juga menggunakan hal kerja untuk alasan selalu tidak pulang ke rumah. Tak boleh salah guna pula. Berpada-pada lah. Masa seorang lelaki untuk wanitanya itu penting kerana wanita sangat perlukan MASA daripada suami/lelakinya bukan harta seratus peratus. Walau bagaimanapun, statement ini lebih sesuai untuk wanita yang sudah berumahtangga dan sudah pun mempunyai zuriat. YES! Wanita berkorban nyawanya ketika melahirkan anak (saya belum kahwin so topik melahirkan ni agak bingung sedikit saya nak jelaskan..lols..) Bila anak dah dilahirkan wanita yang bergelar ibulah yang akan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa mengharap balasan. Itulah pengorbanan BESAR seorang wanita. Suami kena hargai isteri yang sudah melahirkan anak-anak you all..dan menjaga penuh amanah. Jika masih bingung untuk faham, lihat wajah ibu anda yang sudah menjaga anda :) Wanita banyak pengorbanan dari segi itu kan? Bagi yang belum ada anak, belum merasa sakitnya melahirkan, nanti bila dah rasa, In Shaa Allah kita semua lebih faham.

Statement sembilan : Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya.
Statement ni pun susah juga nak cakap kan. Tetap nak kata tak semua lelaki akan mengaku dia solo walaupun ada jenis lelaki macam ni. Lelaki yang baik tak akan mengaku dia solo. Tak semua lelaki "kaki perempuan" kan? dan jangan terlalu backup perempuan sebab wujud perempuan yang pantang nampak lelaki kacak, dia mula cair lupa suami kat rumah yang konon kurang hensem. Tak baik macam tu.

Statement sepuluh : Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih.
Kes ni pun tidak adil bila kata lelaki tak suka bertandang ke rumah keluarga kekasihnya. Ada juga perempuan yang "susah" untuk mengenalkan kekasihnya kepada keluarga kan? Bercinta sembunyi-sembunyi kan? kan? Ada juga lelaki yang mengharap dia dikenalkan kepada keluarga si perempuan.Memang tidak dinafikanlah ada lelaki yang cuba mengelak but kalau serius nak kan perempuan tu, pergi lah jumpa parent dia. Minta izin. hehe.


P.S : Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. Apapun, Lelaki jangan terlalu pandang rendah pada wanita, begitu juga sebaliknya dengan wanita. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Cuba lah untuk saling lengkap melengkapi. Cuba untuk saling tegur dan mengingati agar hubungan itu menjadi lengkap, Win-win, dan tidak berat sebelah. Sama-sama baiki diri. Jangan ego dan buang sikap pentingkan diri. Info kat atas ni memang wujud tidak boleh nak nafi tapi tidak semua lelaki macam tu. Kalau ada wanita yang terkena dengan lelaki yang macam kat atas ni, jangan mengharaplah kat dia. Lupakan saja.. hehe :p Tapi sekali lagi saya nak kata, sikap boleh diubah. Cuba ubah pasangan anda jika anda sayangkan dia :) Cuba bentuk pasangan anda jika anda cintakan dia.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Masmira Masri berkata...

haii sofi sis dtg di pg buta haha sis rs statement ni (Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.)

mmg betul perempuan byk berkorban,,,tp waktu kapel dgn lepas kawen len...mmg lelaki memerah tenaga utk mencari nafkah utk menggembira kn isteri,..tp kena ingt setimpal dgn apa yg isteri korbankn utk dia...isteri korbankan nyawa utk melahirkan zuriat..menjaga mengasuh zuriat dan suami...secara ikhlas xpernah mintak dibalas... so pape cerita pun awk kena kawen dulu hahah.. ehh ape kena mengena ni...senget betol out of topic

Sofinah Lamudin berkata...

Salam akak.. hehehe.. terima kasih singgah dan baca entry ni :D

a'ah la akak.. terlupa tentang perempuan melahirkan zuriat..dan jaga anak.. lols... asyik baca buku pasal "wanita dan lelaki" je kan... buku pasal wanita hamil tak baca la pulok :p

Thanks ek... nnt saya tambahkan kat entry ni ttg itu... yeahHH! :D

Masmira Masri berkata...

hahaha akak sj jer...teremosi tau kalau ada lelaki yg xreti menghargai wanita ni hehehe by da wayy besttt

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih. hehe...

semua wanita pun akan teremosi kalau lelaki tak hargai.. :) Marilah kita saling menghargai.. :D