Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, November 13, 2017

Perangai Si Chokey Semasa Pertama Kali Menjadi Ahli Keluarga

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ni entry sambungan tentang Si Chokey. Hehehe.. Kucing kesayangan kami sekeluarga. Entry tentang Si Chokey sebelum ni bertajuk klik>> Chokey Nama Diberi Sempena Coklat Choki-Choki <<klik . Entry kali ni nak cerita tentang perangai Si Chokey semasa pertama kali menjadi ahli keluarga kami.



Pada 11 November 2016, sepupu saya menyerahkan Si Chokey sepenuhnya di bawah jagaan saya dan MR.BEE. Pertama kali Si Chokey bersama kami sebenarnya ada sedikit masalah. Si Chokey ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru, tuan baru, makanan baru dan terutamanya MASALAH DENGAN SI ONTOT, bapa dia sendiri. Wahaha! Masa tu umur Si Chokey dalam lingkungan 12 hingga 16 minggu rasanya. Sebab gigi dia masih gigi susu.

Sebelum Si Chokey diserahkan kepada kami, kami dah sediakan kurungan untuk Si Chokey. Kurungan tu khas untuk Si Chokey sahaja. Tak nak letak Si Chokey kat dalam kurungan Si Ontot. Sebab, Si Ontot kadang-kadang baik, kadang-kadang nakal. Takut Ontot buli Chokey pula. Dah la kecik! Wahaha... Tapi, kurungan tu saya sengaja bagi dekat-dekat supaya Chokey biasa nampak Ontot dan Ontot biasa dengan Chokey. Kira usaha untuk jadikan diorang ni jadi geng la. Ketika makan biar diorang makan rapat-rapat tapi mangkuk makanan asing.


So, masa masukkan Si Chokey dalam kurungan dia, nak tahu apa ladi? Tak sangka guys! Kecik-kecik dia, dia marah kat Si Ontot. Pernah nampak kucing marah kan? Bagi nampak gigi dia. Si Chokey macam nak terkam Ontot padahal Ontot kat sebelah. Huhu...Tapi walaupun Chokey yang marah-marah, Chokey yang terkencing guys! Aduss... tepuk dahi je saya waktu tu. Nampak macam berani tapi penakut giler! Acah-acah garang la ni.

Beberapa hari pun berlalu, saya ajak Si Chokey masuk rumah. Sebab memang plan nak jadikan Chokey ni kucing rumah. Nak biasakan dia dalam rumah, lepak dengan kitorang la kat dalam rumah. Wahaha. Tapi parah betul..Masa bawa masuk rumah, dia asyik bising dan cari jalan keluar. Dia akan ke pintu, akan ke tingkap. Bila kitorang tutup pintu, dia akan bising dan bising dan bising. Ingatkan lapar gila rupanya nak keluar. YES! Dia cuma nak keluar.

Selepas saya biarkan dia bising sendirian, lama-lama dia penat. Dia diam. Saya cuba ajak dia main, dia tak mahu juga. Nak manja jangan cakap lah. Langsung TIDAK! Dia tak suka kitorang, guys..Serius!

Tapi, kami bersabar juga. Biarkan dia pusing-pusing dalam rumah. Konon nak biar dia biasa. Biarlah dia nak explore rumah, suka hati.

Beberapa jam kemudian,...

Kenapa senyap semacam rumah ni. Jangankan bunyi kucing, bunyi dia kacau-kacau barang pun tak ada. Alamak! Dah hilang! Panik sangat sebab dia betul-betul tak ada dalam rumah. So, saya dan MR.BEE pun cari kat luar rumah. TAK ADA JUGA!


Then, saya pun terfikir, logik tak dia pergi rumah sepupu saya? Dia sangat kecik, logik tak kalau dia jalan jauh dalam 50 meter? hmm... Saya risau ni. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk Whatsapp sepupu saya tanya kalau-kalau ada Chokey kat dia. Dia kata, "Tak ada...jap check kat rumah bawah..". Rumah dia bertingkat. So dia turun la periksa kat bawah.

Nak tahu guys? Chokey slumber je kat situ makan AYAM GORENG!

Pertama, dia lari dari rumah.
Kedua, dia curi ayam orang.

Perasaan ni bercampur geram ada, nak gelak pun ada juga. Biar betul Si Chokey. Dia balik rumah sepupu saya, seolah-olah rumah saya tak best. Huwargghh... Sepupu pun datang rumah sambil mengangkat Si Chokey sebelah tangan dia. Masa sepupu bagi Si Chokey kat saya, ada rupa juga Chokey tak nak saya ambil dia. Aduhai. Saya rasa, dia rindu dengan adik dia. Dia nak ajak main sama. Si Chokey ada adik nama Si Opok. Sebelum Si Chokey diserahkan kepada kami, memang Chokey selalu main dengan Opok pun. Kesian Chokey.


Dari hari tersebut, saya pun berusaha untuk cari jalan supaya Chokey terlupa dengan rumah sepupu. Wehehe.. Saya terpaksa kurung Si Chokey lebih sebulan untuk dia tak melarikan diri lagi. Selain tu, mengharap Chokey akan lupa jalan ke rumah sebelah. Hahaha! Sepanjang tu, sekali-sekala saya lawat dia dengan bawa permainan kucing. Bola berloceng dan tali supaya dia tak bosan dalam kurungan.

Sepanjang tempoh tu, Si Ontot memang banyak ajak Si Chokey 'Borak' dari kurungan sebelah.. Tak tahu la apa dia cakap tapi macam nak mengorat pula. Si Chokey apa lagi, marah la kat Si Ontot. Kadang-kadang Si Ontot akan dibiarkan di luar kurungan untuk dia jalan-jalan kemana dia suka. Yang penting, waktu petang mesti balik. Memang rutin Si Ontot macam tu sejak kejadian dia ada maggot dulu. Tak boleh setiap hari duduk luar kurungan.


Tapi, sejak kehadiran Si Chokey depan mata dia, memang dia dah jadi pelik sangat. Sepanjang Si Chokey dalam kurungan di sebelah kurungan dia, setiap kali waktu dia keluar dari kurungan tiba, Si Ontot ni tak akan jalan mana-mana pun guys. Dia stay perhatikan Si Chokey all the time! Wahaha.. Kadang-kadang, diorang ni berbaik, siap kiss kiss gitu. Hahaha! Kadang-kadang saya buka kedua-dua kurungan, nak tengok apa jadi. Awal-awal kejadian memang sweet lah.. Jadi geng. Lama-lama, tiba-tiba gaduh. Hah! Apa lagi, masuk kurungan la semula kedua-duanya.


Selepas begitu lama di dalam kurungan, saya pun ambil keputusan untuk bawa Si Chokey masuk rumah semula. Alhamdulillah dia dah OK dengan kami semua dalam satu rumah. Si Chokey jadi kucing paling happy go lucky dan aktif. Sejak tu, barulah saya merasa bermain dengan kucing. Rajin sangat bermain dengan Si Chokey siang malam. Satu sesi bermain 1 jam terutamanya malam. Sebab, kalau tak buat macam tu, dia akan aktif sepanjang malam dan buat bising. Si Chokey akan berjaga sampai pagi sebab terdapat tenaga aktif. Jadi, bersedialah untuk dia kejutkan dari tidur. Huhu.. Bila dia penat, dia pun akan tidur kalau kami tidur.

Kemudian,dia membesar sedikit. Hmm, mungkin hampir berumur satu tahun. Dia mula pandai turun dari rumah. Explore luar rumah pula. Lama-kelamaan, saya dapati Si Chokey ada kawan. Anak kucing jantan jiran sebelah. Warna kuning dan saiz hampir sama. Saya gelar kucing tu 'Si Kuning'. Sejak Si Chokey ada kawan baru, rutin siang dia berubah. Saya dah tak perlu main dengan dia. Dia akan pergi tunggu member dia tu kat tangga dapur sebab diorang selalu buat temu janji kat belakang rumah.Diorang akan main kejar-kejar kat belakang rumah. Pokok mangga akan jadi mangsa diorang turun naik. Wahaha. Saya memang rajin perhatikan telatah Si Chokey dengan Si Kuning tu. Maklum, sebelum ni tak pernah jadi fulltime penjaga kucing. Macam CCTV pula.


Kadang-kadang, Si Chokey bawa Si Kuning ke rumah. Malangnya, Si Kuning sentiasa garang. Dah macam-macam cara saya buat supaya dia tak garang dengan saya bila datang rumah, tak berjaya langsung. Paling tak masuk akal, Si Kuning akan marah kalau saya angkat Si Chokey. Aiks? Si Kuning ni kenapa? Tak kan cemburu pula? Hahahaha! Kelakar.

Si Chokey ni, kalau dia pergi bermain dengan Si Kuning di luar rumah, dia ada satu tabiat. Sebelum turun main, dia minta makan dulu. Sementara saya sediakan makanan kegemaran dia, dia akan masuk tandas dulu melabur saham. Huhu.. Lepas tu, dia akan makan. Dia tak akan habiskan makanan dia. Dia makan sikit dulu. Lepas tu, dia akan turun main dengan Si Kuning. Kemudian, tak sampai 1 jam, dia akan balik rumah, sambung makan. Kemudian, dia turun semula jumpa Si Kuning. Macam tu lah tabiat dia berulang-ulang. Kalau makanan dia kat dapur dah habis semasa dia balik lepas bermain, dia akan bising dan cari saya minta makanan.


Pernah, satu hari tu, Chokey balik rumah makan sikit. Kemudian, dia turun semula kononnya nak sambung main dengan Si Kuning, nak tahu guys? Si Kuning tak muncul-muncul dah lepas tu, dia balik rumah dia kot. Si Chokey pun balik rumah juga sebab dia tengok kawan dia tu dah tak ada. Tapi punya la monyok! Serius guys. Dia monyok.. saya tak main-main. Masa tu baru saya tahu kucing pun pandai monyok!

Suatu hari, persahabatan Si Chokey dan Si Kuning pun berhenti begitu sahaja. Saya tak tahu Si Kuning dah ke mana. Mungkin juga masih ada tapi dah tak nak geng dengan Si Chokey. Maklumla.. dah besar. Si Chokey pun dah tukar dengan gigi dewasa. Gigi susu dah tanggal. Gigi taring dia yang baru bukan main besar lagi. Tapi tu lah.. sebenarnya sehinggalah hari ni, saya tak nampak dah Si Kuning. Huhu..

Sejak Si Kuning tak tunjuk batang hidung dia, Si Chokey main sendiri-sendiri selain saya layan dia dengan permainan kucing seperti, bola, catnip, laser, bulu ayam dan sebagainya. Apabila dia keluar rumah, dia bukan lagi bermain dengan kucing lain tetapi dia akan bawa sesuatu. Hadiah katanya... hahahaha!

Dia bawa burung, lipas, cicak, dan tikus. Huhu... Setiap kali dapat buruan, dia akan bawa naik ke rumah. Saja la tu nak show off!

Begitulah kisah Si Chokey semasa pertama kali menjadi ahli keluarga kami dan apa dia dah buat semasa dia kecil hingga umur satu tahun.

Terima kasih sebab baca. Hehe!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


6 comments:

  1. seronok pula baca kisah si chokey ni..lucu dgn mcm2 gelagat

    ReplyDelete
  2. Menarik... K.ema ni pun baru dua hari ambil kucing... Seronok juga ada kucing kat rumah kan...

    ReplyDelete
  3. Oooo gitu asal usul si macho Chokey ni. saya tak tahu pun kucing pun ada gigi susu dengan gigi kekal. alamakkkk nanti kalau udin dah ada taring besar masih suka main gigit2 matila saya,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gigi susu. Kalau mai ada anak kucing lagi one day, mai peratikan gigi dia. Akan double nt setelah gigi kekal tumbuh.

      Delete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.