Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, July 31, 2012

Optimis vs Pesimis


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,



Apa itu PESIMIS? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pesimis ialah orang yang bersikap PESIMISTIK. Pesimistik ialah bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, sentiasa berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu).

Apa itu OPTIMIS? Optimis ialah sikap seseorang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan dan lain-lain) atau orang yang selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik.

Mungkin sudah ramai yang tahu..UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA, seseorang perlu menjadi seorang yang optimis terlebih dahulu. Bersikap optimis ialah salah satu tips menuju kejayaan.

Terdapat beberapa perbandingan (Metafora) yang digunakan untuk membezakan antara orang yang optimis dengan orang yang pesimis. Orang yang optimis melihat cahaya yang terang di penghujung terowong, sebaliknya orang yang pesimis melihat cahaya lampu dari kereta api yang datang. Orang yang optimis percaya di sebalik awan terdapat garisan perak, sementara orang yang pesimis hanya melihat tanda-tanda yang dihasilkan selepas hujan. Orang yang optimis melihat donat (sejenis makanan) tetapi orang yang pesimis melihat pada lubangnya!

Jadi, apakah kita seorang yang optimis? Atau Pesimis? Saya tahu, ramai dalam kalangan korang adalah optimis!

Untuk menjadi seorang yang OPTIMIS pada permulaannya mungkin sukar jika kita adalah sejenis manusia yang rapuh. Tetapi, tidak ada di dalam dunia ini, lahirnya seorang bayi terus pandai berjalan. Hehe! Yes! Tidak dinafikan bahawa memang ada insan yang memang sudah dianugerahkan personaliti optismis dalam diri mereka. Namun, perlu diketahui... personaliti seseorang itu bukanlah muktamad tetapi boleh diperolehi. Boleh dipelajari dan boleh dilatih! Yang penting hanya KEMAHUAN untuk berubah.

Tips untuk menjadi seorang optimis adalah seperti berikut :

  1. Berfikir secara positif.
  2. Percaya setiap apa pun keputusan adalah yang terbaik.
  3. Bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita ada.
  4. Hargai apa pun yang kita ada.
  5. Sentiasa melakukan tindakan untuk kebaikan.
  6. Berlapang dada.
  7. Bersabar.
Jika kita baru nak belajar untuk optimis, mungkin dalam masa 24 jam memang sangat sukar. Mungkin kita akan terasa berat dan masih melakukan kesilapan dalam perjalanan menjadi insan yang optimis. Tetapi jangan risau, pesimis akan beransur hilang. Berlatihlah setiap hari. Bersabarlah dalam menuju ke arah kebaikan dan kejayaan. Tidak cepat mahupun lambat, tepat masanya akan tercapai!

Jika tips di atas masih tidak membantu, Tips ini mungkin akan terkesan dalam diri kita.

PERCAYA BAHAWA SIKAP PESIMIS ADALAH KEROSAKAN DAN SEJENIS PENYAKIT SEPERTI VIRUS. KITA HARUS MEMPUNYAI ANTI-VIRUS BERNAMA OPTIMIS UNTUK HIDUP LEBIH BAHAGIA DAN TENANG DIMANA PUN KITA BERADA. APA PUN YANG KITA BUAT.

Kadang-kadang,ada insan yang perlukan cara motivasi begini...iaitu dengan menanamkan kebencian atau ketakutan yang positif. Ini akan membantu untuk mereka berubah ke arah kebaikan (Membenci diri sendiri yang pesimis maka dia akan bangun untuk menjadi optimis).

P/s : Jika kita malas, lawan dengan rajin! Meski nampak remeh dan kecil, ia tetap sejenis perjuangan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


2 comments:

  1. errkk! hihi...takdelah.. merujuk kamus dewan gak =p

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.