SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 23 Jun 2013

Blog Challenge - Day 03 : A picture of you and your friends

Assalammualaikum Reader dan Bloggers,

Simplenya challenge hari ke 3 ni.. Gambar dengan kawan-kawan ek? Ni yang buat rindu nak ke sekolah balik ni.. hahaha. Just Kidding :p This tajuk boleh tahan best bagi saya. Jom imbas kembali :

Me and Lnda : My BestFriend. Both of us di panggil twin sebab selalu sama-sama kalau zaman sekolah dulu. Dah tu sama baju pula... biru.. Pengawas sekolah la kononnya :p

Gambar ni, semasa kami semua dah rasa bebas gila sebab dah habis SPM.. pergh!! Macam dunia kami yang punya.. miahaha! Padahal, kat depan banyak lagi perkara sedang menunggu nak menguji hidup. hehe..

Saya bersama Lnda dan Woon Nie kat Taman Botanikal Labuan. Jalan-Jalan after habis sekolah dah. Rasa bebas rasanya.. haha.

Kalau gambar kat atas we all kat Taman Botanikal, Yang ni kami kat Chimney Labuan. Kami round Labuan masa ni. Seronok juga!! Tengok-tengok tempat sendiri...

Ni waktu rehat. Time ni saya masih tingkatan lima. Kat koperasi sempat ambil gambar kenangan.

Ni kat Ujana Kewangan. Jalan-jalan dengan ex classmate tingkatan 4 dan 5..



Melepak kat Dataran Labuan lepas balik sekolah. Hahahaha! Time ni saya tingkatan enam. Pindah sekolah dah. Kawan-kawan baru...

Yang ni, Achap, EMran dan Farah Bandon... orang keempat, saya.. tukang ambil gambar. Time ni kami selalu lepak berempat...

Gitar? ahaha.. eksen jek! Tak pandai main pun..

Kami geng-geng tingkatan enam buat piknik kat Pohon Batu Labuan.. Lower 6 lagi time ni.. kuat main.. huhuhu!

Ni, we all kat Dewan Konvenyen Hall ada pertandingan Kuiz Pengguna tahun 2009.

Hah!! ni lah classmate saya semasa tingkatan enam kat SMK Lajau Labuan. Hahahaha.. semua putih dari atas sampai bawah.. aduyaiii!

AJK Majalah sekolah :D

Kami lepak-lepak kat Shopping Kompleks! hahahaha!

OKelah.... ni adegan yang tak tahu nak cakap apa. Dahsyat!!! Waktu petang study group but...tengok apa dah jadi kalau dah stress :p

Kat Lapangan Terbang Labuan. We all lepak-lepak sampai tengah malam kat Mc Donalds.. saja jumpa balik.. masa ni dah habis dah sekolah.. masing-masing buat hal sendiri dah.. but this time kami berkesempatan berjumpa lagi :)

Semangat lukis kain rentang untuk pertandingan kelas tercantik untuk hari kemerdekaan :D

Macam kumpulan Nasyid la pula gambar ni kan? hahaha.. Time ni kami kat Kota Kinabalu ada program anti Dadah..

Semasa Hari Raya tahun 2009 :) - Sofie, Farah dan Ayu...kami kawan.. hehe..

Bersama-sama kakak-kakak Parkson. Masa ni saya sekolah tapi balik sekolah saya pergi kerja.. :)

Dengan Mr.K... kawan dengan budak-budak pun best :p

Kak Jelin. Dia tak berada kat Parkson pun we all tetap kawan.

Berkawan dengan budak-budak lagi.. haha!

again! kawan dengan budak-budak lagi.. :p

Bersama adik-adik Parkson. Rasa macam saya ketua je dalam gambar ni.. Miahahaha!

Gambar kenangan kat Putrajaya bersama Kak Idah dan kawan-kawan kecik saya "F BOYS" - Fawwaz, Farhan, Firas dan Faris :) Comel je nama.. hehe.

Geng Kaca Mata. Hehe.. persamaan kami adalah pakai spek.. dan kami kawan :)

Kawan baru saya pada tahun 2012. Wife and Husband yang secocok ni mel dan acin...

Tengok! Ada Kak Jelin lagi kat sini. hehehe...

Kat KL bersama-sama kawan-kawan Elken...

Kat POGH...bersama Kak Comel dan Kak Mong! 

Bersama kawan-kawan Diamoney...

Kat Time Square.. bersama kawan-kawan KL.

i-City....bersama-sama dengan kawan kenalan FB dan junior...

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Sabtu, 22 Jun 2013

Blog Challenge - Day 02 - The Meaning Behind Your Blogger Name

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari ni hari kedua.. Nak jawab "The Meaning Behind Your Blogger Name" . Btw, nama blog saya ni biasa saja. BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM. Haha...macam mana nak story?


Okelah.. saya story sikit. Blog ni tak ada nama yang canggih-canggih pun. Saya just put my real name. Nama penuh lagi. Sofinah Lamudin. Hehe.. Maksudnya, saya suka original. Saya tak suka letak nama glamor ke.. nama comel ke.. Lagipun blog ni majority story tentang saya, life, feeling, jumpa apa, siapa, story tentang benda yang saya suka,pendapat peribadi dan etc. so, ok la guna real name. haha.

Saya memang suka sesuatu yang original. Sebab apa? lebih kualiti dan lebih real. Kalau dah ini adalah saya, so, saya lah. Tak akan mungkin jadi orang lain. Kalau tak suka saya, saya try ubah apa yang tak patut dalam sikap saya but if still tak suka juga, sila lah pergi dan jangan cari saya. Betul tak? Jadi diri sendiri lebih baik dari jadi diri orang lain. Kalau ada yang tak terima kita as kita yang seadanya nak buat macam mana. hahaha!

Perkara lain, saya lebih bangga menggunakan nama penuh malah ada nama ayah saya sendiri. Saya rasa saya sudah membuatkan ayah saya orang paling tertinggi dan saya sangat bangga ada ayah seperti ayah saya. Kalau bukan ayah saya, saya tak akan ada di dunia ni. Malah, lebih dari itu sebenarnya yang boleh kita kata tentang seorang ayah. Apapun, biarlah kita masing-masing tahu kan.. Nama Facebook saya pun original "Sofinah Lamudin" . Kenapa malu nak letak nama sendiri? Ubah macam mana pun nama tu kat blog ke mana-mana ke, its still your name.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Dah Dua Kali Kita Jumpa

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni perasaan "rindu" datang lagi.. Punca? Mungkin kerana "kosong" ? "Sunyi" ? semua itu adalah konflik dalam diri yang hanya kita sahaja yang tahu. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa..sedangkan itu pilihan sendiri, kenapa perlu ada konflik diri lagi? Apa-apapun, semuanya ada jawapan dalam sebuah buku yang sedang saya cuba habiskan membacanya.


But,
Bukan itu yang saya nak share. Just nak tulis mengenai seseorang yang saya "jumpa" dalam mimpi. ? Ntah..mainan tidur agaknya.. dah dua kali saya "jumpa" dia.

Perjumpaan pertama, saya tak berapa sure apa aktiviti yang saya join hingga saya terpaksa ke company tersebut. Di syarikat tersebut ada seorang kakak (gaya muslimah - islamic) dan saya bertemu dia untuk membuat pengesahan dokumen or something la.. tak berapa ingat. Its just.. dalam mimpi cabuk saya. HAHA. Tu pun dah lama dah.. Teringat semula apabila semalam mimpi jumpa kakak tu lagi.

Perjumpaan kedua, saya datang ke sana lagi dengan membawa sebuah fail yang berisi sijil-sijil saya. Saya pergi ke sana untuk interview masuk kerja. Perasaan saya waktu tu adalah perasaan YAKIN, GEMBIRA, HEBAT dan seorang yang optimis! (rindu perasaan ni..). Saya pergi ke syarikat tu sendiri tanpa dipanggil actually.

Then,
Saya jumpa kakak tu lagi..at first, dia minta saya tunggu sekejap sebelum sesi temuduga tersebut. Beberapa minit kemudian, pembantu dia panggil saya dan saya diminta masuk ke ofis dia. But, tak sempat masuk ofis dia, dia dah keluar dari ofis dan berjumpa saya. Apapun yang berlaku dalam mimpi tu biarlah rahsia. :)

Cuma,
Saya nak share apa yang dia kata kat saya :

"Kalau kita boleh buat yang lebih baik, kenapa kita nak buat yang ini sahaja? , Kalau kita tahu kita sepatutnya lebih dari itu kenapa nak stay dan jadi seperti sekarang sahaja?"

Speechless. -_-"

Nama kakak tu, saya kurang ingat..sound like : "Puan Suriani" or "Puan Sakinah" .

bye.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Jumaat, 21 Jun 2013

Blog Challenge - Day 01 : A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

You all macam mana? dah start buat challenge ni tak? Saya nak start hari ni. Hehe..Dari tajuk kat atas, "A recent picture of you" . Ok!


Hah!  gambar saya kat atas ni kira yang terbaru la tu.. hehe..Hari Selasa lepas. Then, "15 interesting facts about yourself" . Sound like kita kena cari kelebihan kita sendiri pula kan? susah nak cakap sendiri kelebihan sendiri. Kalau kelemahan tu boleh lah nak senarai banyak-banyak kan..

Apa pun, semua manusia sebenarnya ada kelebihan masing-masing. Pernah tak baca buku kaunseling atau buku motivasi yang buka minda dan membuat kan kita nampak something dalam diri kita masing-masing? Saya suka buku jenis macam tu untuk melihat kelebihan dan kekurangan diri sendiri supaya saya boleh baiki mana yang patut dibaiki. Yang part kelebihan tu pula, bukan untuk dibangga-banggakan dengan cara tak betul. Tapi untuk kita gunakan kepada yang baik-baik sahaja. INGAT! kelebihan yang kita ada adalah anugerah Tuhan. Allah bagi bila dia nak bagi.. bila dia nak tarik balik pun bila-bila masa juga. Bersyukur apa adanya :) Alhamdulillah...

15 Interesting Facts About Myself

SATU : I Love my MOM and DAD.
DUA : I WILL love my husband seperti apa yang sepatutnya seorang isteri lakukan menurut Islam jika saya sudah menjadi isteri.
TIGA : Sering mahu membaiki kekurangan.
EMPAT : Saya suka berkawan especially orang yang muda atau yang lebih tua daripada saya.
LIMA : Kreatif (Melukis, Kad, etc).
ENAM : Disenangi/disukai ramai (Macam perasan pula).
TUJUH : Saya tahu menghargai sesuatu terutamanya sesuatu yang bukan senang nak dapat.
LAPAN : Boleh menulis sesuatu seperti cerpen atau novel atau puisi.
SEMBILAN : Ulat buku.
SEPULUH : Boleh buat sesuatu yang berfaedah melalui internet.
SEBELAS : Cepat belajar tentang sesuatu even tak minat kecuali saya yang tak nak belajar benda tu.
DUABELAS : Saya tidak suka melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua terutamanya kesilapan besar/berat.
TIGABELAS : Suka membuat koleksi gambar.
EMPATBELAS : Terus akan mengingati seseorang yang pernah memberi 'makna' , jasa dan nasihat yang baik.
LIMABELAS : Suka mengambil pengajaran daripada pengalaman sendiri dan orang lain.

Susah nak senarai sampai 15. Apapun, yang baik datang dari Allah..Yang tak baik datang dari saya sendiri. In Shaa Allah yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Bersyukur dan gunakan kelebihan untuk kebaikan. Jangan terlalu lihat kekurangan dan kelemahan orang lain kerana kita ada kelemahan yang mungkin lebih banyak berbanding mereka namun kita tidak nampak.

Wallahualam.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

30 Days Blog Challenge

 Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

Beberapa hari lepas terjumpa "30 Days Blog Challenge" ni kat blog seorang blogger. Dia dah start buat challenge ni. Dah hari kedua kalau tak silap. So, its my turn pula... Start today! yeahH!

Challenge ni adalah game cabaran untuk blogger menjawab semua soalan yang disediakan. Tidak boleh terlepas dari tidak update blog dalam sehari selama 30 hari (Sebulan).

Challeng ini adalah sekadar untuk suka-suka. Dan untuk berkenalan sesama blogger.



💟Day 01- klik>>A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself<<klik

💟Day 02- klik>>The meaning behind your Blogger name<<klik

💟Day 03- klik>>A picture of you and your friends<<klik

💟Day 04- klik>>A habit that you wish you didn't have<<klik

💟Day 05- klik>>A picture of somewhere you've been to<<klik

💟Day 06- klik>>Favorite superhero and why<<klik

💟Day 07- klik>>A picture of someone/something that has the biggest impact on you<<klik

💟Day 08 - klik>>Short term goals for this month and why<<klik

💟Day 09 - klik>>Something you're proud of in the past few days<<klik

💟Day 10 - klik>>Songs you listen to when you are happy, Sad. bored Hyped Mad<<klik

💟Day 11 - klik>>Another picture of you and your friends<<klik

💟Day 12 - klik>>How you found out about blogger and why yo made one<<klik

💟Day 13 - klik>>A letter to someone who has hurt you recently<<klik

💟Day 14 - klik>>A picture of you and your family<<klik

💟Day 15 - klik>>Put your ipod on shuffle: First 10 songs that play<<klik

💟Day 16 - klik>>Another picture of yourself (baby pic)<<klik

💟Day 17- klik>>Someone you would want to switch lives with for one day and why<<klik

💟Day 18 - klik>>Plans/dreams/goals you have<<klik

💟Day 19 - klik>>Nicknames you have: why do you have them<<klik

💟Day 20 - klik>>Someone you see yourself marrying/being in the future<<klik

💟Day 21- klik>>A picture of something that makes you happy<<klik

💟Day 22 - klik>>What make different from everyone else<<klik

💟Day 23 - klik>>Something you crave for a lot<<klik

💟Day 24 - klik>>A letter to your parents<<klik

💟Day 25 - klik>>What i would find your bag<<klik

💟Day 26 - klik>>What you think about your friends<<klik

💟Day 27 - klik>>Why are doing this 30 day challenge<<klik

💟Day 28 - klik>>A picture of you last year and now, how have you changes since then?<<klik

💟Day 29 - klik>>In this past month, what have yo learned<<klik

💟Day 30 - klik>>Who are you?<<klik


Wish me luck agar tak ter-miss satu hari pun untuk buat ni.. haha! :p

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Selasa, 18 Jun 2013

Berjogging Membahayakan Kesihatan?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Apa khabar guys? Sihat tak hari ni? Ada pergi senaman tak hari ni? hehe..

Hari ni, aktiviti saya petang-petang pergi library baca buku kejap.. Then, Pergi jogging...



Oke...Gambar kat atas ni tak ada kena mengena dengan jogging...but this time tengah tunggu Encik Tunang jemput kat rumah... hehe..


Dah penat dah ni...huhu..Amik gambar jap..

Muka kepenatan!
Terkejut tak baca tajuk kat atas? Hehe.. Jangan panik.. Jom baca info kesihatan ni :

Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.

Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.

Di sini adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman dengan berjogging.

Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan kita :

💟 Jika kita berjogging di jalan raya, kita akan menghadapi risiko dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, kita perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.

💟 Berjogging di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan kita. Salah satu kaki kita akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit kekejangan.

💟 Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami dalam kalangan mereka yang berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang kita akan menerima kira-kira 10,000 pusingan pelakuan yang tangkas. Akhirnya, kita akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.

💟 Sakit jantung adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pertengahan umur yang tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yang tidak sihat dilatih berjogging berdua-duaan adalah untuk memudahkan salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang sakit jantung.

💟 Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya menganggotai kelab yang baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.

💟 Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa kita harus BERHENTI. Jika kita tidak memperdulikan amaran itu dan terus berlari, kita akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga menemui ajal.

💟 Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung kita dan pertukaran hormon yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks kita.

💟 Setiap kali kaki kita terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk, pastikan kita berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulangkali.

💟 Berlari boleh menyebabkan kita ketagih. Apabila kita berlari, tubuh kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila seketika akan membuatkan kita ketagih.

Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:

💟 Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

💟 Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh kita.

💟 Jika kita terlalu gemuk, kita boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

💟 Kadar denyutan otot kita dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.

💟 Jika kita menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu kita menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi kita daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.

💟 Sistem pernafasan kita dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, kita perlu belajar bernafas.

💟 Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, kita boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya telefon bimbit. Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan tekanan. Jika kerja kita membuatkan kita sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan kita.

Sumber : Panduan Jogging

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

Berhari Minggu

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Berhari minggu? Hehe.. Actually nak cerita pasal semalam. Hari ni Isnin.. Hari yang paling dibenci kan? Dulu, saya pun benci hari Isnin semasa saya sebagai seorang pekerja. Kenapa? Sebab, Isninlah hari yang paling sibuk dan hari permulaan bagi setiap minggu untuk pekerja-pekerja.

Tapi.. Semua tu sudah berakhir buat masa ni. Saya bukan seorang pekerja yang mempunyai seorang bos ...ops! he he.. Btw, malam ni saya rasa sunyi. Apasal ye? Rasa rindu tapi tak tahu rindu apa dan siapa? -pelik- tu lah..dengar lagu jiwang pula tu..(bikin jiwa kacau, oh...silalah kembali ke normal - LOL)...

Oke lah.. nak share story kelmarin. Kelmarin kan Ahad. My parent tak kerja. Me? Rasanya dah lama betul tak join mami ayah pergi jalan-jalan. So, saya pun meringankan diri untuk join. Macam pemalas pula bunyinya kan? :p

Jap... posing dulu...




Posing dulu dalam kereta. Haha! Dulu-dulu memang suka ambil gambar sendiri dalam kereta..tak kira lah.. nak pergi kerja? Pulang kerja? Pergi jalan...sekarang dah tak buat. Maklumlah.. dah besar kononnya. Tapi kelmarin buat lagi. haha. Tak ingat bila last day saya naik kereta ayah. Suddenly, yesterday macam naik kereta baru pulak rasa..adui...

Pepagi tu, saya just layan mami dan ayah shopping sikit-sikit.



Ayah beli kasut. Hehehe.. comelnya kasut tu.. Ayah kata nak pakai untuk pergi kerja.. Mami pula beli seluar..

Lepas tu Encik Tunang datang.. :) and we all breakfast together laa...Breakfast SOTO. Semua pilih soto. Pagi-pagi memang best makan soto panas-panas.


Petang-petang pula, sambung jalan-jalan dengan Encik Tunang.. :)




Jalan-jalan dari petang tu, sampai lah ke malam. Dinner pun dengan Encik Tunang juga hari minggu..


Macam mana? Nampak sedap tak ikan dalam gambar kat atas tu? Makan kegemaran En.Tunang kalau jenis-jenis yang macam ni. Saya kurang sikit tapi, dah ada yang belanja kan..kita makan la..hahaha!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Rabu, 5 Jun 2013

Hujan yang turun bagaikan mutiara

As'salam...

LEBATNYA hujan semalam...Actually bukan nak cerita pasal hujan. Saja nak post entry untuk kategori catatan harian. Lama dah tak di update. HAHA.

Semalam, masa dok lepak-ing dalam bilik, ngah syok sendiri nak layan movie Harry Potter. Konon-kononnya nak 'ulangkaji' citer tu la dari nomor satu hingga lah ke lapan. But tetiba lampu dalam rumah ni macam dalam filem hantu.. Mak eh!

Kejap samar...
Kejap gelap TETIBA terang balik...
Bunyi lampu tu, ting ting ting...tring ting ting pun macam ada...
PC? Macam biasa..dah lampu macam tu, PC kompom hitam terus!
Kipas pula kadang pusing laju..kadang selow...haish.. apa ni? siapa punya angkara ni?

macam seram... sikit kot...

at last, DVD player ntah ke mana, DVD Harry Potter pun ntah ke mana.. Aku tak jadi nonton..macam mana nak nonton tu kalau tak dapat nak charge batterynya? huhu..

Then kan...aku layan buku diary..ops! hobi lama...p tulis balik..saja buang tebiat :p atau lebih sesuai kalau kata ni ialah 'ambil' tebiat lama.. kwang3x...

Lepas je tulis diary, bla bla bla kejap...tak tido lagi.. aku buka PC...lepas tu jammed lagi..lepas tu lampu main-main lagi...hahaha...off ah PC tu.. guna laptop plak online FB. Chat ngan Encik Tunang jap lepas tu terjumpa satu web nama "Assign Jobs" . Look like "SAYS" laa kot... tapi ni ada task untuk di submit dan baru dapat duit. Menariknya? dalam USD. Tak sure kebenaran web ni lagi but, aku test dulu :)

After that...dalam jam 3 pagi kot...hmm...suddenly aku dengar satu bunyi kat sebelah bilik aku...dekat dengan tingkap..

Tak kan ada orang menyapu pagi-pagi buta macam tu? Bunyi orang sedang menyapu daun-daun kering dan ada bunyi orang berjalan. Seyesly ada org sibuk menyapu pagi-pagi buta dan waktu cuaca yang macam "cipan" tu? Haish!

at last...i try to sleep and ter-titun dalam jam 5 plus plus kut...

k laa... byeBye! hee~

Aku,
Share:

Ahad, 26 Mei 2013

Majlis Pertunangan Cik Sofie dan Mr.Nazz

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sebenarnya beberapa minggu ni sibuk sebab buat persiapan. Hehehe. Tak berapa nak sempat blogging panjang-panjang.

Hari ni, Majlis Pertunangan saya dan Encik Mohd Nasyit berlangsung dan sudah pun selesai.

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan restu orang tua dan izin Allah.. Termakbul hasrat hati untuk menjadi Tunang kepada Encik Mohd Nasyit Md. Nooh. Syukur sangat kerana majlis ini lancar dan berjalan dengan baik seperti yang diharapkan.

Sekarang saya dah menjadi tunang orang :) Perasaan sangat gembira dan bersyukur tidak terhingga. Semoga hubungan kami akan terpelihara hendaknya. Hubungan ini akan kekal Insha Allah - hingga ke pelamin dan hingga syurga. Amin.

Terima kasih kepada kerana mendoakan yang terbaik untuk  hubungan kami berdua.

Gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan...














Ada lagi foto-foto lain. Tapi cukup ini saya share kat sini.

Now, saya OFFICIAL Mr.Nazz Fiancee :) ..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Sabtu, 18 Mei 2013

Kuatkan Hati, Yang Terbaik Untuk Kita Semua



Saat kamu dihadapanku,
Kenangan itu menggamit seluruh kisah lalu.

Hatiku berbaur sedih, rindu dan gembira.

SEDIH kerana kusudah tinggalkan kamu,
sama ada sementara atau selamanya; aku tidak tahu.

RINDU kerana gelaktawa ku pernah bersama kamu dahulu.
Malah penyelemat jiwa remukku tika itu.

GEMBIRA kerana sudah lama kita tidak bertemu
Kini kulihat kamu lagi; dan masih seperti dulu.

Kadang-kala ku ingin waktu seperti dulu,
Kadang-kala ku ingin bergembira bersama kamu,
Kadang-kala ku ingin berimpian besar lagi,
Kadang-kala ku ingin hati ini tetap seperti itu lagi.

Ketentuan ILAHI itu pasti.
Jika terbaik untuk ku disitu,
Kita akan bersama lagi.
Hatiku kuat tatkala kenal kamu dulu.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Ahad, 12 Mei 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu



Kuinginkan bahagia yang abadi.
Yang akan membawaku selamanya untuk-MU.
Kuinginkan ganjaran-MU di dunia ini demi akhiratku.
Hati ini luluh dengan hakikat duniawi.
Menyakitkan saatku cuba terima saat ini.
Sesungguhnya Allah yang maha Esa.
Maha tahu segalanya.
Aku manusia lemah imannya, inginkan kekuatan dari-MU Tuhan.

Kuingin hentikan semuanya.
Agarku terima pahala-MU sesungguhnya itu yang sepatutnya.
Bukan mengumpul dosa berterusan.
Ku tahu engkau mengerti jiwaku.
Namun,
Segala ketentuan hanya dari-MU.
Ajar aku untuk menjadi redha kerana-MU.

Sesungguhnya hanya pena temanku.
Biar tidak bernyawa.
Juga tidak pernah bisa mendengar kataku.
Namun mampu kutuliskan.
Sebagai penganti teman borakku dan akan menjadi nota hidupku.

Ya Allah, jika apa yang kuimpikan adalah terbaik buatku.
Kurniakan aku apa yang sewajarnya.
Bantulah aku, mencapainya dengan mudah.

Kerana kau tahu apa yang aku inginkan.
Lebih tahu dari makhluk segala alam.
Sesungguhnya aku manusia ciptaan-MU yang sudah penat.
Penat dengan dunia yang sentiasa berdusta.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Khamis, 9 Mei 2013

Hati Seorang Lelaki

Assalammualaikum Readers dan Blogger,

Wahai wanita yang bakal menjadi tunang kepada lelaki kesayangan atau sebagai wanita yang bakal menjadi isteri kepada lelaki pilihan, Kenalilah dan fahami serta selami hati lelaki yang kita cintai. Pasti! hati wanita tersentuh dan terharu.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada wanita kesayangannya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Sekeras macam mana sekalipun lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Pernah dengar pepatah cuba letak kaki kita pada kasut seseorang? Cubalah, wahai wanita, letakkan kaki ke kasut lelaki kesayangan kita, rasakan hatinya, saat dia mengalirkan air matanya. Bagaimana rasa sedih kita, apa rasa hati kita saat kita menangis teresak-esak kerana dilukai? Begitulah lelaki juga.



Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lelaki itu..

Sedarkah kamu wahai wanita lelaki kesayangan kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dalam rela hati? Jika YA! NYATA kamu tidak salah dalam memilih teman hidup.

Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Lelaki ini bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan ke atas wanita. Tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Maka, BETAPA BERUNTUNGNYA WANITA ITU yang memperolehi lelaki yang sebegini.

Selain itu, jika lelaki kesayangan sang wanita sentiasa buat hati wanitanya senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada wanita. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk dikenang..kenangan indah..

Jadi, tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur...

Lelaki bukan seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi wanita kesayangannya secebis nasihat. Nasihat adalah mengingati wanita kesayangannya. Lelaki ini akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan itu. Jadi, terbukalah dalam mendengarkan dia...

Jika sudah sayang, pelbagai perkara akan difikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan wanita tercintanya. Begitu juga jika lelaki selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan itu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan itu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin jika mereka yang belum berkahwin. Biarlah sampai ke syurga...In Shaa Allah bagi yang sudah berumah tangga. Barulah berbaloi satu perhubungan itu terjalin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelaki mu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada wanita kesayangannya. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya itu melayannya lebih daripada orang lain yang pernah wanita yang dicintainya itu pernah sayang.

Kalau lelaki kesayangan sedang merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Cuba sahaja meskipun hakikatnya kadang-kadang kaum wanita tidak pandai memujuk kerana sudah lumrah wanita lebih mudah merajuk. Jangan disangka manja seorang lelaki itu mengada-ngada. Lelaki seperti inilah yang sangat disayangi wanitanya yang tahu menghargainya kerana bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayanginya sahaja. Wanita itu akan beruntung!

Saat wanita tercintanya mendapat masalah, orang pertama yang datang membantu adalah lelaki yang menyayangimu. Tandanya dia tidak mahu melihat wanitanya dalam kesusahan. Dia akan berasa bertanggungjawab untuk membantu. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan wanitanya senang dan tidak dibebani kerja atau masalah. Beruntungkan wanita?

Saat si wanita memberitahu bahawa akan pergi ke satu tempat dalam tempoh yang lama, Lelaki kesayanganmu pasti akan menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari wanitanya dan wahai wanita, jika lelaki kesayangan mu bersikap seperti ini, maka tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya lelakimu sering bertanyakan soalan "Masih sayang saya tak?" , jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya, dia tidak mahu kasih sayang wanitanya terhadapnya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah itu sentiasa diulang-ulang agar wanitanya tahu betapa si dia sentiasa mahu wanita kesayangannya ingat bahawa wanita yang bersamanya itu adalah miliknya.

Lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita kesayangannya. Bukan semua lelaki begitu. Tidakkah wahai wanita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita? Itu membuktikan cintanya buat wanita kesayangannya cukup KUAT.

Dan pengorbanan yang paling besar dan lebih jelas lagi betapa si dia menyayangi wanitanya apabila dia lebih mementingkan wanitanya berbanding dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk wanitanya. Asalkan wanita kesayangannya sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengan dirinya.

Jadi, wahai wanita, HARGAILAH lelaki yang sentiasa ada bersamamu sekarang. Terima lah dia seadaanya. Berilah peluang kepada diri kamu sendiri untuk mencintai seseorang yang bergelar lelaki..Apatah lagi lelaki seperti ini.

Setiap pasangan ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jika merasa pasanganmu mempunyai kelemahan, begitu juga dengan diri kamu. Jangan pernah mencari pengganti kerana mahukan yang lebih baik. Jangan cari yang lebih baik sedang kamu ada yang baik. Kerana lepasnya yang baik, mungkin kamu tidak akan pernah bertemu dengan yang lebih baik lagi.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Air Mata


Sejak kamu menyatakan rasa cintamu buatku,
Kadangkala ku ragu akan rasa itu benar untukku,
Tatkala air matamu gugur,
Hatiku turut hancur berkecai,
Kerana mendustai penerimaanku tentangmu,

Kini,
Kukunci hatiku,
Hanya buatmu,
Selamanya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Ahad, 5 Mei 2013

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 2 Mei 2013

Untungnya Kamu Sebagai Wanita



1.) Dia bekerja dengan Allah..Jadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA~

P/S : betapa beruntungnya kamu wahai Hawa sekalian..apa lagi yang kamu mahu selain daripada kurniaan yang tak terhingga ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: