Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, July 15, 2013

Blog Challenge - Day 24 : A letter to your parents

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

A letter for my parents,

Dear mami dan ayah,

hmm..krik krik krik..

Saya sebenarnya ter-touching dengan tajuk blog challenge yang kali ini. Surat untuk mami dan ayah.. tak tahu nak mulakan macam mana.

Oke lah surat ni khas untuk mami dan ayah. Bukan semata-mata sebab nak jawab blog challenge ni. Cuma , blog challenge ni dah bagi tajuk macam ni, jadi biarlah saya ambil kesempatan menulis secara jujur dan dari hati seorang anak.

Pertama, mami dan ayah, terima kasih sebab jaga saya sampai sekarang.Terima kasih sebab jaga makan dan minum saya. Terima kasih sebab bagi segala yang diperlukan dengan cukup malah lebih dari cukup sebenarnya. Tak ada yang tak pernah cukup. Terima kasih sebab memberi kasih sayang yang sangat membahagiakan.

Mami dan ayah, saya tengok mami dan ayah dah semakin lanjut usia. Tapi senyuman yang manis tetap setia diberikan khas buat saya setiap hari. Gurauan manja tetap ada tiap hari walau sibuk macam mana pun saya. Pesanan tak pernah putus-putus untuk saya walaupun saya dah besar panjang. Walaupun mami dan ayah selalu kata sakit-sakit, tapi mami dan ayah tetap kuat dan tabah! Ceria macam biasa.. Maafkan saya kalau respon saya macam batu. Macam orang tak ada perasaan kan? Bukan macam tu. Saya diam bukan sebab tak kisah. Tapi hakikatnya saya tak suka mami dan ayah sakit-sakit. Saya sedih!.. Sampai mami dan ayah sekarang dah macam ni, saya rasa masih tak ada apa-apa yang saya beri. Mungkin ada tapi tak hebat kan mami, ayah? Sampai usia kamu macam ni, dan saya dah besar macam ni, nak lengkapkan rumah macam ayah buat tu pun saya tak mampu. Di kala saya perlukan sesuatu, mami dan ayah selalu ada. Di kala kamu berdua perlukan sesuatu, saya ada tapi..tapi masa itu jugalah saya tidak ada kecukupan wang untuk menjadikan itu menjadi kenyataan. Walaupun mami dan ayah tak pernah meminta tapi hati mesti menaruh harapan kan? :'( Maafkan saya...Saya sebak bila saya hulurkan duit yang hanya sedikit itu, mami dan ayah dah senyum sampai telinga dan berikan saya ciuman. Terima kasih sebab pemberian yang kecil itu sangat berharga dan besar buat mami dan ayah. Saya terharu.

Mami dan ayah selalu kata penat bekerja. Saya tahu semua itu sangat memenatkan dan sekarang ni sepatutnya sudah tiba masanya untuk berehat di rumah. Walaupun saya sudah tidak perlu meminta wang dan apa-apa lagi seperti kecil-kecil dulu tapi saya cukup sedih bila tidak boleh buat kamu berdua duduk di rumah dan berehat. Saya minta maaf!

Benarlah orang kata, pengorbanan kedua orang tua tu sangat besar hingga kita tidak mampu nak balas. Tapi semua tu bukan alasan untuk saya duduk diam! Saya minta maaf. Mungkin saya tidak mampu memberi dari segi kebendaan dan kewangan yang banyak. Tapi In Shaa Allah saya akan jadi anak yang baik dan jaga nama baik mami ayah. Terima kasih kerana mendoakan kebaikan anak mami dan ayah. Alhamdulillah saya jadi macam ni sekarang. Syukur seadanya.

Ayah pernah marah saya sebab saya pernah kata nak jadi orang kaya. BUKAN niat nak lukakan hati. Bukan menghina keluarga kita yang hidup sederhana. Bukan juga tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi saya kata macam tu bersebab. Jika saya ada wang banyak, saya tahu, saya nampak, apa yang mampu saya lakukan untuk mami dan ayah walaupun suatu hari nanti saya bukan lagi dibawah jagaan mami dan ayah tapi di bawah jagaan seorang lelaki bernama suami. Saya impikan kemampuan itu! Kemampuan memberi..memberi dan terus memberi...tanpa henti..

Josie kata, kalau anak banyak duit, dia boleh hantar ibu bapa pergi mekah. Boleh belikan makanan tambahan untuk kesihatan ibu bapa. Boleh beri keselesaan dari segi pakai, makan dan sebagainya. Boleh juga bantu orang lain yang memerlukan. Boleh bagi mami ayah duduk rumah berehat. Duit belanja saya boleh berikan. Saya sangat tersentuh bila ada sahabat saya berjaya mencapai tahap itu, memberi kehidupan kepada ibunya seperti ibunya memberi kehidupan kepadanya sejak kecil. Saya nak jadi macam tu. Walaupun, saya tahu mami dan ayah tidak mengharap semua tu. Tapi saya ada impian seperti itu. Tak salah kan mami, ayah ? Doakan saya berjaya. Doakan saya sempat lakukan itu. Walaupun mungkin tidak sehebat sahabat saya itu. Tapi biarlah ada jangan langsung tak ada.

Josie kata betul..Mr.Seng kata juga betul..Kita bukan nak taburkan kekayaan kita dengan bermegah-megah sana sini. Tapi jika orang Islam kaya, dia mampu lakukan kebajikan yang banyak. Walau macam mana pun kan mami dan ayah, Tuhan tu sangat adil! Dia bagi saya dan orang lain akal dan kemampuan tersenyum. Akal untuk berfikir , biar bukan duit dan harta yang banyak untuk menyenangkan hati mami dan ayah, mungkin sikap dan doa anak mami dan ayah ni kepada tuhan untuk kesejahteraan untuk mami dan ayah menjadi milik mami dan ayah. In Sha Allah. In Shaa Allah senyuman comel anak mami dah ayah setiap hari ini akan menghiburkan hati mami dan ayah. In Shaa Allah, saya tidak mahu menjadi anak yang menyusahkan.

In Shaa Allah, Segala kebaikan akan menjadi milik kita, mami dan ayah.

Mami dan ayah, saya sayang mami dan ayah. Tanpa mami dan ayah, siapalah saya. SIAPA LAH SAYA DI DUNIA NI. Mami dan ayah tiada ganti. Cikgu kata, soal jodoh, kawan dan sebagainya, boleh diganti. Tapi IBU dan AYAH? TIADA GANTI..tidak akan ada gantinya.

Akhir sekali, saya mohon ampun segala dosa dan silap. Saya tahu saya selalu melakukan silap. Semoga raya tahun 2013 ni, saya mampu bangunkan semangat mami dan ayah beraya dengan meriah..In Shaa Allah. Kita akan sambut raya meriah tahun ni In Shaa Allah. Tambah-tambah bersama Encik Tunang, Mohd Nasyit. Saya dah kata kan, saya nak lelaki yang betul untuk dijadikan menantu mami dan ayah. In Shaa Allah Nasyit adalah hero yang terbaik. Doakan hubungan kami mami dan ayah. Semoga jodoh kami berpanjangan. :)

Semoga mami dan ayah dirahmati Allah, dilindungi, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga segala kebaikan menyebelahi mami dan ayah. Amin.

Yang Benar,
Bibi. You beloved Doter.

LOVE BOTH OF YOU VERY MUCH..

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.