Ahad, 7 Januari 2018

Nak Fokus Tapi Gangguan Yang Sering Saya Terima - Part 1

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semua orang pasti pernah merasa terganggu ketika kusyuk membuat kerja. Tidak kiralah di pejabat atau pun di rumah. Kusyuk membuat kerja atau memberi sepenuh perhatian kepada sesuatu kerja adalah FOKUS. Seseorang individu akan memerlukan fokus yang baik untuk pelbagai target, matlamat, impian dan apa sahaja jenis kejayaan. Di entri ini saya ingin membincangkan berkenaan GANGGUAN FOKUS. Sebab tu laa tajuk entri "Nak fokus tapi gangguan yang sering saya terima". Tehee... Sejenis rungutan? Mungkin. Mesti ramai yang selalu badmood sebab selalu terganggu dengan pelbagai macam semasa nak buat kerja penting mahupun yang urgent. Di bawah merupakan jenis jenis gangguan fokus yang boleh kita ketahui agar boleh membezakan mana satu penting/utama atau yang tak penting langsung untuk dilayan ketika kita sedang bekerja.

Jenis Jenis Gangguan Fokus - Part 1 - Sofinah Lamudin


JENIS JENIS GANGGUAN FOKUS

Terdapat 4 jenis gangguan fokus. Iaitu :
1. Gangguan segera
2. Gangguan kecemasan/urgent
3. Gangguan bukan segera/bukan urgent
4. Gangguan tidak dapat dielakkan

Setiap jenis gangguan di atas terbahagi kepada dua iaitu, PENTING dan TIDAK PENTING.

Gangguan Segera
Gangguan segera adalah sejenis gangguan yang nampak remeh dan nampak kecil tapi ia mampu mengganggu tumpuan kita ketika membuat kerja. Sebagai contohnya, semasa saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dulu, saya akan mengadap komputer untuk mengasingkan dokumen penting dan tidak penting serta dokumen yang urgent perlu dihantar kepada bos dengan segera supaya bos boleh menandatangani dokumen tersebut. Tapi dalam sedang nak fokus tu, telefon asyik berdering. Mesti angkat telefon pula tu. Tak angkat, kita kena marah. Gara gara mengangkat telefon dua tiga kali, dari luar..tumpuan bekerja jadi kacau. Jadi lambat. Lepas tu bos tanya mana dokumen nak tanda tangan. Belum siap? Kita pula dikata tak expert. Wehehe... pernah rasa tak? Ikutkan hati nak cabut wayar telefon tapi tak boleh. Tehee.

Hhaaah!... ini adalah jenis gangguan segera. Penting atau tidak mengangkat telefon tersebut? Penting jika memang tugas kita di pejabat untuk menjawab telefon dan pas kepada siapa orang yang menelefon nak bercakap.

Tidak penting jika yang berdering tu adalah dari telefon pintar kita. Panggilan panggilan peribadi adalah tidak penting untuk dijawab jika kita dalam pejabat. Kalau kaluarga ada hal penting, telefon pejabat terus.

Itu hanya satu contoh gangguan segera sahaja. Contoh lain adalah:

Gangguan Segera Tidak Penting di Pejabat
1. Berborak dengan rakan pejabat yang ajak kita bergosip.
2. Membalas emel atau mesej tidak penting.
3. Bos panggil minta tolong siapkan kerja dia yang tak ada due date.

Gangguan Segera Tidak Penting di Rumah
1. Kucing panggil ajak main (betul ni tak tipu..)
2. Televisyen
3. Chatting gosip/borak kosong
4. Facebook/Youtube semasa bukan waktu rehat

Gangguan Segera Penting
1. Buang air kecil/besar. Jangan tahan nanti merana. Wahahaha.
2. Anak panggil. Sahut..nanti kecik hati dia.
3. Ahli keluarga tanya sesuatu.
4. Lapar/haus.
5. Bos panggil sebab ada kerja lebih penting.
6. Penat.

Begitulaa contoh contoh gangguan segera. Sekarang kita ketahui pula jenis jenis gangguan kecemasan/urgent.

Gangguan Kecemasan/Urgent
Gangguan kecemasan/urgent ni adalah jenis gangguan yang kita tidak boleh tangguh tangguh langsung walaupun kita ada kerja penting nak buat. Gangguan kecemasan semasa kita sedang sibuk tumpukan perhatian kepada sesuatu kerja penting macam mana sekali pun, ia perlu di hadapi dahulu sebagai perkara utama!

Contohnya, kita sedang fokus dalam membuat saving untuk pergi melancong. Ini adalah penting bagi kita sekiranya ia adalah salah satu impian kita pada tahun tersebut. Tiba tiba salah seorang ahli keluarga kita perlukan bantuan kewangan yang banyak. Bantuan kewangan yang sangat penting seperti kos rawatan atau pembedahan. Tak ada sesiapa pun yang nak ahli keluarga kita sakit kan? So, kita akan korbankan tabung melancong tadi untuk menambah duit bagi membayar kos rawatan tersebut. Jadi, ini adalah contoh untuk gangguan kecemasan/urgent. Biasanya ia adalah jenis mengalahkan kepentingan diri kita. Ia adalah utama.

Contoh gangguan kecemasan/urgent yang lain :
1. Anak menangis
2. Tiba tiba sakit dan perlu ke hospital
3. Pergaduhan dalam keluarga
4. Perkara perkara yang melibatkan polis
5. Perkara perkara yang melibatkan mahkamah
6. Perkara perkara yang melibatkan kemalangan
7. Perkara perkara yang melibatkan kematian
8. Perkara perkara yang melibatkan kesihatan
9. Urusan penting yang berkaitan dengan imegresen, bank, tanah, etc.

Gangguan bukan segera/bukan kecemasan dan gangguan tidak dapat dielakkan boleh di baca di entri "Nak fokus tapi gangguan yang sering saya terima - Part 2"


Semoga entri jenis jenis gangguan fokus ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua agar boleh menentukan perkara penting dan utama dan tidak penting langsung. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.con tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.