Rabu, 10 Januari 2018

Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? - Part 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Di entri saya, "Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? - Part 1"....saya ada menyentuh bahawa orang kaya tak suka menjadi diri sendiri kerana jika mereka menjadi diri mereka sendiri, mungkin mereka tidak akan menjadi kaya. Betul atau salah pendapat mereka itu tidak lagi penting. Yang penting adalah kita memahami mesej tersirat yang mereka cuba sampaikan. Mereka tidak mahu menjadi diri sendiri kerana jika mereka menjadi diri sendiri mereka akan bertukar menjadi miskin kerana diri sendiri yang mereka miliki secara semula jadi adalah malas dan tidak suka berusaha. Jadi, mereka fight untuk mengubah personaliti diri sendiri mereka yang negatif kepada positif agar menjadi seorang yang berjaya. Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? Saya sudah menjelaskan apa itu BE YOURSELF positif di entri part 1. Di entri part 2 ini, saya akan menjelaskan pula apa itu BE YOURSELF negatif.

Mana Satu Personaliti Korang BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif - Part 2 - Sofinah Lamudin


BE YOURSELF NEGATIF

Situasi 1 - Apa boleh buat, bukan rezeki
Seorang lelaki muda bernama Abas selalu berangan angan untuk menjadi seorang yang hebat dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang lukisan, lakonan, wartawan dan sebagainya. Disebabkan minat yang mendalam untuk menjadi seseorang yang terkenal. Ayahnya mengalakkan Abas untuk menyertai apa sahaja pertandingan atau aktiviti yang berkaitan dengan bidang yang dia dambakan. Termasuklah belajar untuk menambahkan ilmu berkaitan bidang yang diminatinya.

Namun, Abas sering memberikan alasan kepada ayahnya. Macam macam alasannya. Belum bersedialah.. masih muda laa.. sekarang belum perlu lagi laa... tunggu dulu laa dan sebagainya. Sehinggalaa Abas meningkat dewasa, Abas masih belum mengasah bakatnya dan belum membuat apa apa tindakan pun berkenaan impiannya.

Sehinggalah Abas mendapati bidang yang Abas dambakan itu sudah tidak layak lagi untuk dimohon kerana umurnya sudah tidak layak lagi. Ayahnya pun tak sempat melihat anaknya berjaya apatah lagi merasa anaknya berbakti kepadanya. Ayahnya hanya sempat melihat anaknya itu semangat berangan angan.

Abas slumber berkata, "Apa boleh buat bukan rezeki. Macam ni la aku. Ini laa diri aku.. yang tak mampu nak menjadi apa yang aku nak. Tak pe laa.. jadi diri sendiri sendiri je. Tak popular, bukan pelakon, tak masuk TV..bukan macam si fulan bin si fulan tu. Rezeki dia.."

Abas membenarkan dirinya menjadi diri sendiri yang salah. Abas kata, bukan rezeki dia sedangkan ayahnya memberi galakan semasa ayahnya masih hidup. Sokongan dan bantuan ayahnya bagai masuk angin keluar asap saja. Abas patut rasa bersyukur sebab ayahnya memberi sokongan kepada dia untuk mengejar impiannya. Abas yang tangguh tangguh. Wajar tak jadi diri sendiri yang macam ni?

Jangan salah tempat kalau nak guna perkataan "Be Yourself" atau "Be Myself".

Situasi 2 - Apa laa sangat diri ni
Bubun mempunyai kisah hidup yang tidak cantik. Ibunya meninggal sejak Bubun kecil. Ayah Bubun seorang yang miskin tetapi rajin mencari rezeki untuk Bubun. Tidak pernah Bubun tidak cukup makan. Walaupun tidak berharta, tinggal di kampung, tidak mempunyai rumah yang besar tetapi ayah Bubun gigih bekerja untuk makanan sedap sedap Bubun..untuk belanja dan kos sekolah Bubun. ayah Bubun memberi kasih sayang kepada Bubun ibarat menatang minyak yang penuh walaupun sibuk bekerja. Ayah Bubun la ibu, ayah Bubun la bapa.

Pada suatu hari, ayah Bubun pergi untuk selama lamanya akibat kanser. Ketika itu usia Bubun 23 tahun. Walaupun keputusan SPM Bubun sangat cemerlang tapi Bubun tidak pernah mempunyai kerja tetap sehinggalah ayahnya meninggal pun, Bubun sering bertukar kerja. Bukan kerana Bubun tidak pintar dan tidak pandai bekerja. Tetapi sebab Bubun ego dan tidak suka ditegur kesalahannya.

Semasa ayahnya masih hidup, ayahnya selalu menegur Bubun, "Bun, janganlaa kau asyik bergaduh dengan kawan kawan di tempat kerja Bun. Kerja kau tu bukannya tidak bagus. Gaji pun bagus..boleh laa ayah berehat di rumah dan berhenti kerja."

Bubun akan merungut dengan ayahnya bila ayahnya menegur hal tersebut. "Alaa ayah.. apa la sangat dengan diri Bubun ni yah. Kawan kawan pandang rendah sebab kita miskin, tiada ibu dan rumah kita pun tidak lawa..sebab itulaa kawan di tempat kerja asyik marah Bubun..sebab tu la Bubun dan mereka bergaduh yah.."

Ayahnya membalas, "Masalahnya Bun, mereka tegur perkara betul. Bubun buat salah di tempat kerja. Kan tidak boleh keluar sesuka hati dari tempat kerja Bun. Bun pun satu, lambat pergi kerja, balik kerja bukan waktu yang sepatutnya.. Mahu kata Bubun balik rumah, tidak juga..memang la Bubun selalu kena marah.."

Bubun, "Ahh..ayah pun sama saja macam mereka. Asyik merungut dengan Bubun. Apa la sangat dengan Bubun ni. Anak yang tidak berguna dan tidak tahu bekerja. Malah tidak tahu memberi kesenangan dengan ayah.."

Begitulaa si Bubun. Selalu meratapi akan nasibnya yang miskin, tiada ibu, kesunyian, mempunyai ayah yang biasa biasa saja, dan rumah pun tidak lawa. Bubun hanya fokus pada diri sendiri yang miskin. Bubun hanya fokus pada diri sendiri yang tidak ada apa apa. Tapi tidak pernah mahu menukarkan diri sendiri kepada yang lebih baik atau mempersiapkan diri untuk tahu berdikari jika ayahnya sudah tiada.

Kita lahir miskin bukan salah kita. Tapi, jika kita mati miskin, itu salah kita. Sekurang kurangnya, berusahalah walaupun tidak menjadi kaya raya. Paling penting, jadi laa kaya hati, jangan jadi Bubun. Miskin hati, malah miskin juga hidupnya. Uhrmmm... kesian ayahnya.

Inilaa contoh menjadi diri sendiri yang negatif.

Situasi 3 - Terperangkap dalam badan jantina lain
"Aku nak jadi perempuan.. aku terangkap dalam badan lelaki selama ni..aku nak jadi diri sendiri"

Situasi ni tak perlu berikan penjelasan dan penceritaan terperinci. Pembaca mesti faham. Tehee...

Cukup laa 3 situasi. Semoga faham point yang dimaksudkan. Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Buka mata, buka hati, buka minda.. Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? Jika positif, Alhamdulillah.. kalau negatif, jangan kecewa, sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Tuhan membantu kita berhijrah.. Amiinn...

With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul kak shahida.. Tehee.. semoga kita semua be myself positif.

      Padam
  2. Untuk situasi pertama tu memang bagi eyqa menjengkelkan sebab dia nak berangan angan je. Usaha takde!

    BalasPadam
  3. yayy,,saya bukan negative orangnya,hihihi.Thnks sharing soffi

    BalasPadam
  4. Tq for sharing .. muhasabah diri sejenak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama... untuk muhasabah diri bersama...

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.